Friday, April 16, 2010

Siri Dakwah 06

06 Dalam Sirah Terdapat Bekalan       

Written by Mustafa Masyhur  

Para penyeru di jalan Allah dan mereka yang menyusuri jalan da'wah mendapati sirah Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam merupakan bekalan terbaik di jalan da'wah. Terdapat banyak sebabnya, antaranya ialah: Jalan da'wah yang kita lalui adalah jalan yang pernah dilalui oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersama sahabat Baginda terlebih dahulu. Ini kerana kita melalui berbagai peringkat seumpama peringkat pertama da'wah dahulu. Islam kembali menjadi suatu yang terasing. Jahiliyyah mengancam masyarakat semula. Penda'wah di jalan Allah dikongkong, ditindas dan diazab. Manakala musuh-musuh Allah sentiasa mencari peluang dan membuat tipudaya. Ini semua menguatkan kenyataan bahawa semestinya kita mengambil bekalan dari sirah yang terkandung di dalamnya pelbagai sikap dan kejadian. Tambahan pula, perintis dan pemimpinnya ialah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Baginda adalah insan teladan kepada kita sebagaimana yang Allah Subhanahu wa Ta'ala tegaskan di dalam firmanNya:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta iapula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

(Surah Al-Ahzab: Ayat 21)

Demikian juga, mereka yang sering dengan Baginda di jalan da'wah adalah para sahabat Ridwanullahi 'alaihim. Di atas pundak merekalah tertegaknya negara Islam pertama. Mereka ibarat bintang-bintang, sesiapa sahaja dari kalangan yang kita ikuti nescaya kita mendapat hidayat.

Oleh itu, sirah adalah era kegemilangan yang kaya dengan pengertian-pengertian kebaikan. la adalah jangka waktu turunnya limpahaii rahmal dan nur Ilahi kepada manusia seluruhnya dengan cara turunnya wahyu kepada Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam. Dengan itu, sirah merupakan pelaksanaan Islam yang pertama dan sahih di dalam kehidupan manusia.

Semua ini memestikan kita mempelajari sirah dengan amalan, ikutan dan pengenalan yang mendalam terhadap apa sahaja pendirian dan penstiwa yang dialami oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan sahabat Baginda. Bagaimanakah sikap dan kelakukan mereka terhadapnya. Ambillah darinya teladan, i'tibar dan bekalan.

Tidak perlu diperjelaskan lagi; teladan 'amali memberi kesan yang lebih berkesan kepada jiwa melebihi kata-kata nasihat semata-mata. Di sinilah terdapat bekalan yangbaik di jalan da'wah.

Sesiapapun tidak terdaya untuk menyingkap keseluruhan nasihat, i'tibar dan pengajaran yang terkandung di dalam sirah. Akan tetapi kami akan bentangkan sebahagian daripadanya sebagai contoh. Dan kami menegaskan kemestian mengkaji sirah bukan hanya membacanya.

Sesungguhnya di antara perkara yang pertama dan terpenting untuk mengambil bekalan dari sirah dan apa yang kita perlukan di jalan da'wah ialah kesediaan jiwa dan bekalan ruh. la merupakan penolong terbaik untuk kita melaksanakan tuntutan da'wah. Seterusnya, kita mengatasi segala rintangan dan kesusahan; dan mengawasi segala liku-liku dan persimpangan. Kita mengesannya di dalam ilham Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam daripada Allah Subhanahu waTa'ala sebelum Baginda diutuskan menjadi rasul agar tahannuth di dalam gua sepanjang had dan malam. Begitu juga pada arahan Allah kepada Rasul agar melakukan qiamullail:

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat lidak untuk berehat). laitu separuh dari wakm malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Qur'an dengan "Tartil." (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan 'ibadah yang boat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menuruukan kepadamu wahyu (Al-Qur'an yang mengan-dungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

(Surah Al-Muzzammil: Ayat 1-5)

Mendekatkan diri (taqarrub) dan mengelokkan hubungan dengan Allah adalah bekalan terbaik di jalan da'wah.

Kita perlulah membaca apa yang dialami Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dari pelbagai jenis seksaan, kesabaran dan kesanggupan Baginda meneruskan usaha gigih menyampaikan hidayat kepada kaumnya. Dari pembacaan ini, kita boleh mengambil bekalan dan kekuatan untuk menjalani da'wah dan menanggung segala keperitan. Demikian juga, peristiwa syahidnya Yasir dan Sumayyah kerana diseksa, dan ketabahan Bilal merupakan bekalan dan sumber tenaga kepada generasi yang berikutnya sejak zaman-berzaman untuk meneguhkan diri mereka di atas kebenaran.

Wahai saudaraku! Lihatlah kesan yang mendalam tercetus di dalam jiwa kita. Pendirian hebat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan kata-katanya yang terpahat sepanjang zaman, ketika mana ditawarkan kepadanya agar menerima kerajaan, kekuasaan dan ketuanan. Baginda telah mensabdakan:

Demi Allah, wahai bapa saudaraku! Sekiranya mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku, agar aku meninggalkan perkara ini, nescaya aku tidak meninggalkannya sehinggalah Allah menzahirkannya atau aku binasa kerana mempertahankannya.

Sikap sebegini mencabar kebatilan dan meremehkan segala perhiasan dunia.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dituduh sebagai penipu, tukang sihir dan seorang yang gila, namun Baginda tetap bersabar. Baginda tidak marah dan tidak memberontak. Realiti yang praktikal telah membuktikan kepalsuan tuduhan-tuduhan itu. Seketika dahulu, Musa 'Alaihissalam dituduh sebagai pembinasa. Fir'aun pula mendakwa bahawa dialah yang membawa petunjuk ke jalan yang benar.

Para penda'wah pada hari ini pula dituduh sebagai pengganas; berselindung di sebalik agama dan lain-lain lagi. Walau pun begitu, tuduhan-tuduhan itu telah dikenal pasti akan kepalsuan dan kebatilannya. Oleh itu, bersabarlah, janganlah berasa hina dan lemah.

Wahai saudaraku, lihatlah kepada kesanggupan generasi Islam pertama menanggung kelaparan dan kehilangan segala-galanya pada jangka waktu pemboikotan di lembah Abi Talib selama tiga tahun, sehingga mereka hanya memakan daun-daun pokok. Namun, mereka tidak berganjak dari 'aqidah, mereka lebih mengutamakan da'wah Daripada kesedapan dunia.

Setiap penyeru di jalan Allah mendapati bekalan yang banyak pada kisah perginya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam ke Taif Baginda telah merentasi perjalanan yang tersangat jauh untuk menyampaikan da'wah. Namun, Baginda menerima penentangan dan penyeksaan. Setelah itu, Baginda berdo'a:

Ya Tuhanku berilah hidayat kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui.

Menerusi do'a ini Baginda mengadu kepada Allah akan kelemahan tenaga, kekurangan wasilah dan penghinaan rnanusia terhadapnya. Terkandung di sini pelbagai pengertian yang besar dan mendalam. Pengembalian diri kepada Allah dan menafikan keupayaan dan kekuatan diri dengan mengharapkan sepenuhnya keupayaan dan kekuatan Allah. Baginda tidak khuatir melainkan kemurkaan Allah:

Selagi mana Engkau tidak memurkai daku, maka aku tidak mempedulikan semua gangguan ini....

Dan Iain-lain lagi pengertian yang mendorong kepada kebaikan dan meneruskan penyampaian da'wah sekalipun terpaksa menanggung pelbagai derita.

Sikap Khadijah Ummul Mu'minin Radiyallahu 'anha bersama Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam merupakan suatu bekalan yang terbaik dan teladan untuk semua kaum Muslimat. Mereka seharusnya menjadi penolong suami di atas jalan da'wah dengan menyokong dan menenangkannya. Janganlah menggagalkan dan melemahkannya.

Sesiapa yang membaca peristiwa Isra' dan Mi'raj akan memperolehi bekalan, iktibar dan pengajaran yang banyak. Ianya menambahkan keimanan kepada orang yang telah beriman. Kaum Muslimin pada hari ini amat memerlukan kepada sensitiviti terhadap kedudukan masjid Al-Aqsa dan persekitarannya. Kita wajib membebaskan tempat yang suci ini daripada tangan-tangan perampas Zionis.

Peristiwa hijrah keseluruhannya adalah pelajaran dan i'tibar serta bekalan. Kami tidak mampu menyenaraikannya di sini. Setiap individu yang menyertai atau terlibat dengan peristiwa tersebut mempunyai contoh dan teladan yang menank pada satu sudut atau lebih dan aspek-aspek kebaikan, di mana para da'i di jalan Allah boleh mencontohinya. Misalnya, ketenangan dan kepercayaan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, keprihatinan Abu Bakr terhadap keselamatan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, sifat mempertaruhkan diri Sayyidina 'Ali, ketabahan 'Abdullah bin Abi Bakr dan Asma', peranan mereka berdua dalam suasana yang genting, kesetiaan mereka dalam menyimpan rahsia, dan janji Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam untuk memberikan gelang Kisra (Raja Parsi) kepada Suraqah, yang menggambarkan kepada kita akan keyakinan Rasulullah terhadap pertolongan Allah. Seterusnya, cinta yang membuak dan kerinduan yang mendalam ahli Madinah amat ketara ketika mana mereka ternanti-nanti kedatangan Baginda dengan memberikan sambutan yang begitu baik. Di sana terdapat banyak lagi pengertian yang memberi kesan kejiwaan yang mendalam. Semua itu, diperlukan oleh da'i di jalan da'wah.

Wahai saudara! Ambillah i'tibar daripada keprihatinan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam untuk membina masjid di setiap tempat Baginda bermuqim, agar engkau mengetahui kepentingan dan peranan risalah masjid dalam pembinaan negara Islam. Scterusnya, ber'amal untuk mengembalikan peranan masjid yang penting ini dan tidak membataskannya untuk menunaikan salat sahaja.

Terdapat pelajaran yang penting yang kita perlukan pada hari ini. laitulah pendirian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam terhadap bangsa Yahudi dan pendirian mereka terhadap Baginda. Baginda telah berusaha sedaya upaya untuk menjalmkan hubungan yang sejahtera antara Baginda dengan bangsa Yahudi semenjak Baginda mula bermuqim di Madinah. Baginda juga membuat jaminan keamanan ke atas agama dan harta mereka, dan membuat beberapa perjanjian dengan mereka. Akan tetapi mereka adalah kaum pengkhianat. Tidak lama selepas itu, mereka telah membuat peraneangan untuk membunuh Baginda sehingga menyebabkan berlakunya peperangan Bani Nadhir. Kemudian mereka mengkhianati perjanjian ketika berlaku peristiwa yang sengit pada hari peperangan Ahzab. la pula menyebabkan berlakunya peperangan Bani Quraizah. Setelah itu, mereka berhimpun dari segenap penjuru menyediakan senjata dan membuat desas-desus untuk membatalkan perjanjian dengan cara tipu-daya dan penghinaan ke atas Madinah dan kaum Mu'minin, sehingga mencetuskan peperangan Khaibar. Mereka inilah kaum yang tidakboleh dipercayai janji mereka. Janji mereka tidak pernah ditepati. Kita mestilah mengambil pengajaran dan tidak lagi tertipu.

Wahai saudaraku! Ambillah bekalan dari peperangan Tabuk. Lihatlah apa yang dihasilkan oleh keimanan yang benar di dalam jiwa kaum Mu'minin. la telah membangkitkan keazaman untuk berperang dan menghulurkan tangan membelanjakan harta. Suatu yang pahit, membebankan dan sangat meletihkan dapat ditukarkan menjadi suatu kelazatan, di jalan Allah dan keredaanNya.

Ambillah bekalan dari pendirian beberapa orang yang datang ke medan jihad, tetapi Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam tidak menerima mereka kerana tidak mempunyai peralatan perang. Lalu mereka pulang sambil menitiskan air mata kerana bersedih hati tidak mendapat peluang meraih kemuliaan jihad dan syahid di jalan Allah. Sedangkan, tabiat insan biasanya bergembira ketika terlepas dari bahaya dan jauh dari peperangan. Iman yang benar membetulkan pertimbang-an. Setiap kematian di jalan Allah adalah syahid. Setiap penderitaan di dalam da'wah kebenaran adalah kemuliaan. Setiap ujian dengan sebab islah adalah pengekalan.

Mereka yang menyusuri jalan da'wah amat memerlukan kepada bekalan yang dapat dihasilkan semasa membaca sirah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Terdapat padanya gambaran kasih-sayang (Al-hubb) dan mengutamakan sahabat (ithar). Al-Qur'an menyebut perkara ini dengan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

(Surah Al-Hasyr: Ayat 9)

Di dalam peperangan terdapat bekalan. Kita mendapati darinya gambaran nekad, jihad, infaq dan kerinduan kepada mati syahid di jalan Allah. Kita melihat di dalam peperangan Badar, bagaimana Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi kemenangan kepada golongan minoriti yang beriman dalam menentang golongan majoriti yang melampau dan kufur. Kita melihat tawadu' Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam ketika menerima kemenangan, bahkan Baginda tidak terpedaya dan tidak meninggi-ninggikan diri. Di dalam peperangan Uhud dan Hunain terdapat pelajaran dan i'tibar yang banyak sekitar sebab-musabab kekalahan dan kemestian iltizam terhadap perintah dan arahan. Di dalam peperangan Tabuk terdapat banyak pengajaran dan i'tibar, keluar berjihad walaupun cuaca panas, kehabisau tenaga yang banyak, tidak akur dengan kelemahan semangat orang-orang munafiq yang mengatakan: "Janganlah kalian keluar ketika panas." Seterusnya, kisah tiga orang yang tertinggal dan menyertai peperangan juga terdapat pengajaran dan i'tibar yang banyak untuk para penda'wah.

Di dalam sirah kita mendapati cinta yang mendalam kaum Muslimin terhadap Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Mereka bersungguh-sungguh mencontohi Rasulullah pada setiap perkara sama ada kecil mahupun besar. Kita melihat sambutan yang baik daripada orang mu'min pada setiap perintah dan tegahan daripada Al-Qur'an atau Rasulullah Sallallahualaihi wasallam, tanpa teragak-agak, sepertimana yang berlaku ketika arak diharamkan dan turunnya ayat memerintahkan wanita memakai hijab.

Untuk saudari Muslimah, bekalan yang besar dari sekitar sirah. Contohnya, pendirian Nusaibah Ummu 'Imarah Al-Ansariyyah Radiyallahu 'anha di dalam peperangan Uhud. Ketika mana Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengalami kecederaan dan kaum Musyrikin menyerbu kerana ingin membunuh Baginda. Namun, Baginda tetap tidak berganjak. Bersama Baginda beberapa orang sahabat antaranya Abu Dujanah Radiyallahu 'anhu mempertahankan Baginda. Mereka melindungi Baginda dan terkena panah kaum Musyrikin, sehinggakan tikaman panah terkena di atas belakang Abu Dujanah. Di antara mereka juga Nusaibah Ummu 'Imarah. Beliau telah meninggalkan tugas memberi minum kepada mereka yang cedera, lantas menyerang dengan menggunakan pedang dan melontar panah demi mempertahankan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Baginda telah bersabda mengenainya: "Saya tidak berpaling ke kanan atau ke kiri melainkan saya melihat ia berjuang melindungiku." la telah tercedera pada hari itu sebanyak dua belas luka.

Belia Muslim pula hendaklah mengambil bekalan dan kepercayaan ketika membaca tentang Usamah Bin Zaid Radiyallahu 'anhu. Bagaimana Islam telah memberi ruang kepada belia yang berkelayakan, mempunyai kecerdikan dan berkebolehan untuk menjalankan urusan kepimpinan. Usamah telah menjadi pemimpin teratas daripada Abu Bakr, 'Umar, 'Uthman dan 'Ali Radiyallahu 'anhum. Perkara ini memberikan pelajaran dan bekalan. Ia juga merupakan dalil sejauh mana pendisiplinan jiwa dan akhlaq para sahabat, dengan kelebihan daripada petunjuk Allah Subhanahu wa Ta'ala, tarbiyyah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan bimbingan Baginda kepada mereka.

Untuk mendapatkan faedah yang besar dari pembacaan sirah, bacalah dengan membayangkan seolah-olah engkau hidup pada peristiwa-peristiwa itu bersama Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan sahabat Baginda. Sama halnya, pada hari ini engkau berada di jalan da'wah menghadapi pelbagai peristiwa dan sikap, dengan mencontohi sikap Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat, sekiranya mereka masih hidup dan berada di kalangan kita sudah tentu merekalah yang memandu kita di jalan dakwah

No comments: