Monday, April 30, 2018

Nak tau apa penyebab Kulit kusam?

1. Kurang minum air
Fungsi utama air adalah untuk menyahtoksinkan organ-organ penting badan kita dan membantu membawa nutrient dalam darah kepada sel-sel dalam tubuh. Kurangnya air dalam badan kita boleh membuatkan sistem badan kita tidak dapat berfungsi dengan seimbang.

2. Stress atau Tertekan
Stress adalah keadaan mendesak dan menekan yang melebihi keupayaan seseorang untuk menanganinya. Biasanya apabila stress,   Kita lebih cenderung untuk merokok, makan makanan ringan atau tidur secara berlebihan. Selain itu, hormon kortisol yang dirembeskan semasa kita sedang stress boleh mengurangkan penghasilan kolagen oleh kulit.

3. Kurang tidur
Tidur yang cukup membolehkan badan menerima nutrient secara optima. Badan kita akan terasa lebih segar dan kulit akan menjadi lebih bersinar setelah bangun tidur keesokan harinya.

4. Kurang bersenam
Bersenam bole mengurangkan hormon kortisol yang terhasil akibat stress. Hormon kortisol boleh menyebabkan penghasilan minyak yang berlebihan dan mengurangkan penghasilan kolagen oleh kulit

5. Perokok tegar
Bahan kimia yang terdapat dalam asap tembakau boleh menyebabkan kulit kendur dan kerepot. Merokok tegar boleh menyebabkan perubahan warna pada kulit, gigi dan kuku, juga dikenali sebagai ‘stained finger’

6. Makeup tidak dibersihkan dengan sempurna. Membersihkan makeup dengan betul penting untuk mengelakkan pori-pori tersumbat dengan kotoran. Bila pori-pori kita tersumbat, jerawat mula tumbuh dan kulit akan lebih berminyak.

7. Diet yang tidak seimbang
Kekurangan vitamin B, C, E , betakarotin dan potasium juga adalah punca kepada kulit kusam dan berjerawat. Nutrient- nutrient ini boleh diperolehi dlm buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kak Sue harap perkongsian ini bermanfaat pada uolss.

#setkecantikan
#cantik

Nak makan supplemen untuk tambah cantik? Hubungi saya sekarang..

Suria Shines

Pengedar Shaklee Skudai

www.wasap.my/60177774462

Adakah anda tahu jenis kulit anda???

Adakah anda tahu jenis kulit muka anda? Kebanyakan dari kita tidak tahu jenis kulit muka sendiri. JOM Sue ajar cara-cara mengenali jenis kulit muka wajah kita



Kulit kering : selalu berasa ketat dan mungkin disertai garis2 halus. Pori2 adalah lebih kecil tetapi kulit adalah kering dan berasa kasar jika disentuh.


Kulit Normal : kelihatan licin dan mempunyai nada kulit yg sihat. Tekstur kulit adalah halus dan pori tidak kelihatan ketara.


Kulit Berminyak : mempunyai pori besar dan kulit kelihatan berminyak. Sebum yang jberlebihan akan menyebabkan pori tersumbat dan berjerawat.


Kulit Kombinasi : adalah jenis kulit yg lazim. Kulit adalah agak normal kecuali kawasan zon-T yg berminyak dan kawasan lain di muka adalah kering atau normal.


Anda yang mana satu? Ingin dapatkan khidmat bimbingan?


Hubungi saya sekarang..


Suria Shines

Pengedar Shaklee Skudai
www.wasap.my/60177774462