Sunday, July 29, 2012

Sahabat Hadiah Terindah dari ALLAH



ALLAH menguji kami berpisah. Tapi perpisahan ini untuk kebaikan bersama. Saya tahu, dia ingat saya dalam doa dan cintanya. Kerana saya juga tak pernah lupakan dia.. semoga dia berbahagia selalu. ALLAH... jaga dia, seperti mana dia jaga saya dulu agar tetap mencari cintaMU lebih dari segalanya. 
Jumpakan kami di tempat yang istimewa ♥ Yang saya pinta, redhai saya dan dia.

"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:10)
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai 
saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri"


Thank You so much my dear fren for coloring my life..
Insya Allah we'll meet soon..

P/s : Hargai sahabat anda.. Jangan sesekali menyakiti hatinya.. 

Saturday, July 28, 2012

"Kenapa aku masih hidup hari ni?? Kerana dosa semalam masih belum terhapus lagi..."

Alhamdulillah aku masih hidup lagi hari ini..Walaupun banyak dosa yang aku dah buat dari kecik sampai besau.. Allah dah bagi aku pinjam macam2.. free jek.. tapi aku kadang2 terlupa padaNya.. Rasa betapa hinanya aku nak dibandingkan kekasih Allah dan semua org2 soleh tu.. 
"Kenapa aku masih hidup hari ni??--> Kerana dosa semalam masih belum terhapus lagi..."

Jommm jadi lebih baeeekkkk... (^__^)

P/s : Ayuh berlumba-lumba tingkatkan amalan.. lebih2 lagi pada bulan Ramadhan yg mulia ini. Didalamnya terselit keberkatan, pengampunan dosa dan pembebasan dari api neraka. Yang paling penting segala amaln digandakan.. Hang xmau kaaaa?? itulah bekalan kita nanti. nak tengok neraca kita nanti berat macam mana.. berat sebelah tu cane?? senget cane? berat dosa ke pahala?? takutnye.. Doa tiap hari spy tiap amalan kita yg ciket ini diterima.. 

*Jangan berhenti tolong orang..

Kraftangan Felt : Sharpening Your Hidden Talent


Berjinak-jinak dengan hobi baru. Masa mula aku nampak org jahit, aku xde rase nk mcm best pun. But, once I have tried it, I think it really can help to release my pressure aka tension aka stress.. hahaha.. Benda ni xde la aku buat selalu pun, bile free je aku buat.. Bahan2 yang perlu ade adalh seperti berikut: -

Cuya nak share step-step cane nak buat benda nih.. Jummm try.. Ni bahan yang perlu ada.. Wokkeh.. korang sketch la gmbar ape nak buat. kat cni ade bunga dan love sbg contoh..
Step ke 2 korang sematkan kertas yg dah sketch tu pd kain felt, pastu gunting kemas ikut color yg korang suka lahh..
.

Bila nak mula jahit nanti, korang alihkan dulu ler kertas dgn jarum tu, juz cantumkan kedua-dua bahagian tu dengan pin ataupun pegang rapat dan kemas-kemas dengan tangan supaya dua-dua bahagian tu tak terpisah..


korang kena cantumkan kedua bhgn ni dgn menggunakan jahitan tepi macam ni.. pastu jahitkan sekali gantung besi key chain atau bole jugak guna tali yg diikat bulat sbg ganti. Jangan lupa sumbatkan kapas putih aka fiber supaya ia menjadi gemok.. huhu.. Pastu korang sambung jahit sampai tutp habis pastu jadilah macam yg kt bwah ni... Cantik kan??? dah siaaaaaapp punnn... 


P/s : Pernahkah kita terfikir, kita ade sesuatu yg berharga dalam diri kita yg kita tak pernah perasan.. Masa kecik2 memang lah tak perasan, tapi bila dah dewasa ni lama2 ia akan menyinar.. Ceewah... Juz belief that "Nothing is Impossible Vs Impossible is nothing".. heee.. paham ke??

2 hari sebelum Ramadhan

Suke plak bile nak citer bab makan2 ni kan... aku juz nk share la yang aku ade tolong rummate aku  nadz buat  "Simple Puding Triffle". Aku pun tak pernah buat. Tapi memang nmpak mcm senang je.. Nak try buat tak??? Jummmm.. Camni caranya. Sediakanlah bahan2 kt bwh ni yer..

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • Kek secukupnya (butter/marbel ikut citarasa masing2) -utk disusun sbgai lapisan bawah puding.
  • 3 sudu besar Tepung kastard
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 cawan air
  • 1 tin Susu Cair Ideal (blh guna brand lain,tp brand Ideal lebih sedap)
  • 1 tin Buah2an dlm tin/fruit in syrup (peach@buah2an cmpuran) toskan & ketepikan airnya
  • 1 bungkus Jelly/Agar2 perisa strawberry (cap Nona)
  • 1 cawan air untuk larutkan Jelly

Cara-cara (kalau ikut tenet)

  1. Bancuhkan tepung kastard bersama satu cawan air,kacau sampai larut. (jgn biar berketul)
  2. Masukkan bancuhan tadi ke dlm periuk,masukkan gula,1 tin susu cair dan air sirap dari buah2an dlm tin. Kemudian panaskan di atas api sederhana.
  3. Kacau selalu sehingga pekat & likat. Setelah siap terus tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah disusun kek. (**kek dihiris nipis & disusun dalam bekas puding @ mangkuk kecil)
  4. Ratakan adunan kastard sehingga menutupi lapisan kek yang disusun tadi.
  5. Setelah itu,bolehlah susun buah-buahan dalam tin di atas adunan kastard.
  6. Akhir sekali bancuhkan Jelly bersama 1 cawan air dan larutkan (**atau ikut cara2 melarutkan jelly di belakang bungkusan). Setelah larut,tuangkan ke atas buah-buahan yang disusun sehingga menutupi buah yg disusun. Masukkan dalam petisejuk selama 2jam dan hidangkan sejuk..Selamat mencuba.

Step-Step Mula-mula tu (Yang ni ikut style nanad) :

1) Kita slicekan swiss roll ikut citarasa masing-masing dan susun dalam bekas yg korang suka..aku letak dalam bekas transparent ni,senang nak simpan,senang nk makan and senang nak bagi kt orang..Lagi cantik if korang ade bekas kaca tu kan..
2) Cocktail td korang sudu airnya, pastu letak kt atas swiss roll ni..Bagi lembab2 gitu..Jangan kotuang plak,kang hancur swiss roll tu..ha, aku letak sket2 buahnya,sbb bnyk sngt..korang terpulang la..sbb sndiri nk mkn pun kn..

3) Then, korang buat die punya castard plak.. Tapi caranya, letak air dlm mgkuk,pastu amik 2 sudu castard..kacau castard tu hingga cair la..jgn bg ketul2..then, masukkn susu cair dlm periuk,masak sampai mendidih.. Masukkan cairan castard td dlm susu cair tu..

*Jangan masukkan kalo ade ketul2,means yg ketul2 tu xyah la masukkan..(nanti xjd macm aku :p)
Kacau la sampai agak pekat or sebati..sekejap je ni..dia mcm ase buih2 sket gitu..Pastikan api yang slow yer.. Then tuangla castard korang ni dlm bekas td..

Peringatan: Castard ni sedap,sila buat bnyk biar lapisan ni paling tebal..kih2..

4) Then korang bukak kotak nona td..masukkan air dlm periuk,masukkan serbuk nona..tggu sampai larut..tutup api..lebih mudah,ko ikut je arahan kt kotak tu..hihi
pembikinan jellyku dlm proses nk larut

5) Then,sendukkan dan masukkan dalam bekas tadi jugak..kiranya kt atas castard tu la..masukkan pelan2..dln bg custard tu naik la..
6) mana cocktail nye?? bile letak?..suka hati la..letak la kt atas custard tu,sebelum ko letak jelly merah ni..nk tmbh lgi lepas letk jelly tu pn boleh.. then bekukan la..letak peti ais bg sejuk..nk biarkn sejuk bwk kipas pun..suka ati la..
Dah Siap.. Simple je kaaannn...

SELAMAT MENCUBA.. Tak sangka pulak dpt belajar resepi ini dr cik fatin nadzirah.. Nanti kat umah boleh ler buat lagi.. heee (^_^)

P/S: Bila jauh dr family.... Belajar memasak lah cara terbaek.. Mula-mula masak untuk diri sendiri dulu, tak sedap tak ape.. Nanti next time kena masak untuk suami pulak kannnn.. So caner?? mulalah belajar dari sekarang..  

Thursday, July 26, 2012

Time for Kenny Rogers

Salam 6 Ramadhan 1422h. tetiba rajin nak update blog kan.. Puasa la seronok bercakap pasal makan.. Ni hasil kunjungan aku and nadz ke Kenny Rogers The Mall beberapa hari sebelum puasa. Alkisah kita nak makan-makan so tengok menu kt front desk tu,tgok rege die..[haruslah tgok rege kn..buat xckup bdget,mau pakai cantik2 terus jd tukang basuh pinggan..]

'ok, pass! still within budget'
Dish yg berkenan.. ni hah ->1/4 Ayam with 3 side dishes-kita boleh pilih..
- Mix fruits (dah licin awal2)
- Kentang Putar
- Pasta dan sayur2
Meatballs with 3 site dishes jugak
- Rice + Mix vege
- Mix fruits [juga sudh selamat~]
Muffins with Chocolate and Vanilla flavour
Nak senang, ktorng pilih set je..each meal mcm kt atas tu RM 17.90 inclusive muffins yer..
For drinks pulak..air suam and ice lemon tea je.. Berkenan jugak tgok ice blended kt menu tu.. tapi mak ai.. harganya mahal bebenor nk smpai 9 hengget segelas. So cancellah.. Sume skali xsmpi RM50. nadz pun ada Berjaya Card, so pakai la..dapatlah diskaun ciket.. bayar pun ala2 mcm pkai kad credit ko, letak dlm book hardcover..hahaha..

P/s : Lesson learn "Belajarlah memasak kerana org yg pandai memasak akan selalu membahagiakan orang laen especially suami tercinta.. Bahagia rumah tangga, amaaaann dunia.. heeee ^__^ "

Chicken Hut @ The Mall

  Harus cuba beli dan rasa!! nyummy2~~
Mee Kari harganya RM 7.90- ini pilihanku

Nasi Ayam Daun Pandan harganya RM 9.80-ini pilihan rummateku nadz
Kalo korang macam rajin nk g PWTC,singgah la mkn kt sini..rase die mmg best dan harga die affordable..
Yang paling penting, kt sini tak ada service charge dan xpayah tunggu lama-lama.so kalo harga die cmtu..cmtu la ko bayar. Bukan ape..dh jadi satu aktiviti wajib skang..Bila dah dapat gaji, kite g mkn kt tmpt tak penah makan lg..sebulan skali..ape salahnya kn..Harusla nadz kan.. dengan sape lagi nak dating.. heeee seronok ^_^

If I am Introvert Person.

Kalau kita seorang yang Introvert..

Adakah kita dianggap orang yang sombong..
Adakah kita dianggap terlampau baik..
Adakah kita dianggap lemah..
Tak de 'class' ke nk kwn dgn org macam saya??Yeke. Yeke. Yeke??

Orang introvert ni..
~~~ Introverts are more concerned with the inner world of the mind. They enjoy thinking, exploring their thoughts and feelings. They often avoid social situations because being around people drains their energy. This is true even if they have good social skills. After being with people for any length of time, such as at a party, they need time alone to "recharge."~~~

Bukan orang yang suka huha huha aka buat kecoh..
Dia sukakan keamanan. 'Peace'...
Biasanya dikatakan orang yang tak pandai berkomunikasi.

Link ini adalah contoh-contoh orang introvert yang berjaya. Beberapa tokoh terkenal itu adalah seperti Mahatma Gandhi, Albert Einstein, Michael Jordan, J. K. rowling, Bill gates, Steven spielberg merupakan introvert.
Hakikatnya tak semua orang introvert begitu. Aku pernah kenal seorang motivator yang mengaku dia seorang introvert. tetapi dia akan berubah personality bila dia bagi talk tau. Dia akan jadi seorang yang peramah, suka 'provoke orang', suka buat lawak jugak..

Aku ni mungkin nampak macam seorang introvert. Tapi aku kdg2 tak rase gitu pun.. Sebab?
Sebab aku pun suka bersosial, buat keje kemasyarakatan, buat kerja2 berkumpulan.. Cuma tak terlampau menonjol macam orang2 yang tak boleh berhenti bercakap tu. Yang aku faham, aku selalunya akan berbual dengan orang yang aku betul-betul selesa dan org yg nampak baek dri pandangan aku. Aku bukan memilih kawan, cuma berhati-hati kot. Hmmm.. ntah la kann..

Click here.. What is extrovert?
Orang2 introvert ni tak boleh selalu duduk dalam dunia sendiri. So, dia kne bnyk belajar mengadaptasikan diri dengan keadaan.Ini adalah tips-tips yang berguna untuk spesis-spesis macam aku.

Anyway, betul ke org extrovert ni tak serasi dgn extrovert??? sila jawab. Knape pulak org extrovert x bole sehidup semati dgn introvert? bukankah setiap org punyai kelemahan masing2.. Sepatutnya orang2 extrovertlah melengkapi peribadi introvert? Ntahlah aku pun x paham.. Maklumlah, aku jugak yg jd mangsa keadaan..

P/s : Semua orang dilahirkan unik. Janganlah sentiasa merasa kita lebih dari orang laen. Kita semua berasal dari sumber yang sama iaitu "tanah". Mari belajar untuk berbaek sangka dan sentiasalah mencari redha Allah.


Yuk "belajar to jadi Gila2 dan slumber"...




Kena Kuat

Bila kita di suatu keadaan menyebabkan kita berdikari dan membuat keputusan sendiri, masa itulah kita rase diri tercabar..

Dugaan itu datang mcm-macam rupa..

Jangan ingat ujian org berCINTA je,kerja ni pun banyak ujian..sebab tu kena pandai pilih kawan dan jangan terlalu terpengaruh dengan keadaan luar.

Ujian masa sakit..
Ujian masa belajar..
Ujian kematian orang yang disayangi..
Ujian tak cukup duit.. haha~~
Dari ujian, di situlah datangnya kematangan kannn..