Showing posts with label TIPS SIHAT. Show all posts
Showing posts with label TIPS SIHAT. Show all posts

Tuesday, May 22, 2018

Cara Mengira Berat Ideal Anda

Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan merupakan satu formula untuk mengira dan menilai berat badan kita yang berkadar dengan ketinggian.

Dengan kata lain, ia secara tidak langsung boleh juga digunakan untuk mengukur lemak badan individu.

Walaupun berat badan boleh diagak secara visual, namun apa yang penting kita perlu tahu berapakah perkadaran berat yang sesuai dengan saiz kita.

Sekurang-kurangnya boleh menjadi penanda ukur atau target untuk kita menurunkan atau menambahkan berat badan dengan sihat.

Adakah berat badan anda ideal? Kurang berat atau berlebihan berat badan?

Contoh Pengiraan:

Berat Badan = 70kg
Tinggi = 165cm = 1.65M
Maka, BMI = 70kg / (1.65m x 1.65m) = 25.7 (lihat carta BMI di bawah untuk ketahui kategori berat badan ideal)
Hmm..malas pulak nak tekan kalkulator kan? Nak mudah, anda boleh membuat kira-kira secara online, banyak sebenar website BMI Calculator nie

Perhatian :

👍BMI sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita dewasa berumur 18 – 64 tahun

👍BMI tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak, wanita hamil, orang yang sangat berotot (seperti atlet dan ahli bina badan) dan orang tua (yang kehilangan jisim otot

Monday, April 30, 2018

Adakah anda tahu jenis kulit anda???

Adakah anda tahu jenis kulit muka anda? Kebanyakan dari kita tidak tahu jenis kulit muka sendiri. JOM Sue ajar cara-cara mengenali jenis kulit muka wajah kita



Kulit kering : selalu berasa ketat dan mungkin disertai garis2 halus. Pori2 adalah lebih kecil tetapi kulit adalah kering dan berasa kasar jika disentuh.


Kulit Normal : kelihatan licin dan mempunyai nada kulit yg sihat. Tekstur kulit adalah halus dan pori tidak kelihatan ketara.


Kulit Berminyak : mempunyai pori besar dan kulit kelihatan berminyak. Sebum yang jberlebihan akan menyebabkan pori tersumbat dan berjerawat.


Kulit Kombinasi : adalah jenis kulit yg lazim. Kulit adalah agak normal kecuali kawasan zon-T yg berminyak dan kawasan lain di muka adalah kering atau normal.


Anda yang mana satu? Ingin dapatkan khidmat bimbingan?


Hubungi saya sekarang..


Suria Shines

Pengedar Shaklee Skudai
www.wasap.my/60177774462

Thursday, November 2, 2017

12 Amalan murah rezeki

Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan bagi menjemput rezeki. Insha Allah













Selamat beramal

Monday, October 2, 2017

Atasi Sikap Bertangguh

Satu sikap yang ada dalam setiap diri kita dan menjadi penyebab kepada kegagalan kita. Iaitu sikap bertangguh. Bertangguh maknanya kita dengan sengaja melambatkan atau tidak menyiapkan satu-satu kerja, aktiviti atau tugasan yang sememangnya penting atas alasan yang tidak penting. Sebaliknya kalau sesuatu kerja itu terpaksa diketepikan seketika kerana ada sesuatu yang lebih penting lagi yang mesti disiapkan, maka itu bukanlah bertangguh. Malangnya, ramai diantara kita atas alasan yang remeh temeh melambat-lambatkan sesuatu pekerjaan. 



Kenapa Wujudnya Sikap Bertangguh?

Antara faktor yang menjadi penyebab tangguh ini ialah: 
1. Pengurusan yang lemah, sama ada dari segi pengurusan diri, masa, dan tugas.


2. Takut, sama ada takut kepada kegagalan mahu pun takutkan kejayaan. Ada orang takut berjaya kerana kejayaan bermakna tanggungjawab lebih besar, masa makin sibuk dan tiada masa untuk perkara lain, ramai orang yang akan dengki dan sebagainya. Ada pula yang takutkan kegagalan kerana bimbang dikritik, dimarahi, dipandang rendah, takut kerja tidak cukup bagus dan sebagainya. Walau apa sekalipun alasannya, 90% daripada apa yang disangkakan sebenarnya tidak akan berlaku. 


3. Terlalu mahukan kesempurnaan. Ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana kita mahukannya terlalu sempurna. Begitu banyak masa dan tenaga dibazirkan dengan mengkaji keburukan-keburukan yang mungkin akan terjadi.



4. Masalah fizikal. Masalah kesihatan dan tenaga yang kurang boleh mendorong perasaan malas. Ini membuatkan banyak kerja-kerja gagal disempurnakan kerana diri tidak produktif.


5. Masalah sikap. Sikap adalah penyumbang paling utama kepada masalah tangguh. Apabila kita bersikap sambil lewa, ambil mudah dan tiada komitmen serta disiplin terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan maka segalanya pasti akan tertangguh. Bagaimana Mengatasinya? Tangguh bukanlah masalah yang tidak boleh diselesaikan. Ia bukannya perkara biasa dalam kehidupan yang tidak dapat dielak. Sebaliknya ia adalah kebiasaan atau tabiat yang tertanam dalam diri kita kerana kita tidak mendidik diri dengan amalan-amalan kecemerlangan. 

Berikut dinyatakan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah umum ini: 


1. Agih-agihkan tugas. Pastikan tugasan bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan. Salah satu penyebab kepada tangguh ialah rasa kerja yang mahu dibuat itu terlalu sukar atau terlalu banyak. Kalau terlalu banyak, agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil. Kalau terlalu sukar, dapatkan seseorang yang boleh membantu. Tanya mereka! Jangan jadi orang yang berat mulut. Dalam dunia ni tiada sesiapa pun yang akan membantu kita tanpa diminta.



2. Buat senarai tugas atau ‘TO DO LIST’. 


3. Dapatkan satu diari, nak canggih lagi pakai ‘Palmtop’. Malah telefon bimbit pun dah boleh untuk masukkan aktiviti kita. Sebenarnya, jangan bazirkan duit dengan membelanjakan wang membeli diari atau organizer yang mahal-mahal. Ramai orang yang saya perhatikan, ketika semangatnya datang, mereka keluarkan duit untuk tujuan ini tetapi akhirnya sia-sia juga. 




4. Cari cara untuk ingatkan kita. Contoh: Jam loceng, komputer, digital organizer dan sebagainya.


5. Sediakan segala keperluan lebih awal. Contoh: Nak ambil pemadam, hanya kerana itu kerja tertangguh 30 minit. Nak ke bilik air dan sebagainya. Kita kena ingat, kita dibayar gaji untuk bekerja 8 jam sehari jadi buatlah yang terbaik! 

6. Tiada dua orang yang serupa. Lain orang lain masa yang mana dia akan paling produktif. Oleh itu kenali masa produktif kita dan gunakan masa ini untuk siapkan kerja-kerja penting kita. 

7. Tukar cara fikir atau ‘mindset’ kita. 


8. Just do it! Jangan peduli apa orang lain akan kata. Ia adalah soal masa depan kita. Percaya cakap saya, 90% daripada sangkaan-sangkaan dan kebimbangan kita itu sebenarnya tidak akan berlaku! 


9. Belajar dari kesilapan. Mula melangkah apabila sudah ada perancangan dan jangan tunggu untuk segala-galanya sempurna sebab ketidaksempurnaan itu sememangnya sifat semulajadi setiap hasil ciptaan manusia. Contoh: TV hitam putih wujud sebelum ada TV warna. Telefon bimbit besar sebelum ada yang kecil molek. Orang yang mencipta dan menjual barang-barang ini tidak menunggu segalanya sempurna. Mereka mengaut keuntungan awal dan menggunakan keuntungan itu untuk melakukan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan barangan yang lebih baik.


10. Senaman secara konsisten, 20 minit sehari, 3x seminggu. 

11. Jaga diet atau pemakanan. Makan makanan yang kurang lemak dan yang tinggi kandungan fibernya seperti buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran. Makan roti yang ada tertulis perkataan ‘high fibre’. 


12. Rehat yang cukup - Lakukan meditasi atau rileks. Itu gunanya kita lepas solat sambung berzikir dan berwirid. 






13. Mulakan sedikit, bertatih sebelum berlari. Tidak perlu untuk menghabiskan apa yang mahu dilakukan itu serentak. Manusia mudah rasa jemu dan bosan. Oleh itu, lakukanlah sedikit tetapi konsisten. Pelbagaikan aktiviti dan jangan fokus hanya kepada satu tugas semata-mata. 


14. Ganjari diri sendiri setiap kali dapat menyelesaikan sesuatu tugas atau pekerjaan.

Wednesday, August 23, 2017

Tips Mudah Hamil

Untuk pasangan yang masih ikhtiar untuk dapatkan zuriat, hari ni suria nak share 11 TIPS mudah hamil. In shaa Allah jom amalkan! 



.
1. ELAKKAN TEKANAN
Wanita ini diuji dengan pelbagai sebab. Hormon tidak stabil pun dah cukup menekan emosinya apatah lagi jika dibebani dengan kerja di rumah yang tak pernah henti. Ditambah pula dengan kerja kat office. Ni antara punca kenapa wanita nak bersama suami pun dia tak mampu nak bersama sepenuh hati. Tips, kawal stress, senyum & fikir baik baik. Allah kan ada...

2. JAGA PEMAKANAN
"Aku ni gemuk pun elok je lahir anak 3 orang dah." Kita panggil tu rezeki kak. Rata-rata wanita yang berjumpa doktor mengadu tidak dapat mengandung lagi akan pulang ke rumah setelah dinasihat untuk kurangkan badan terlebih dahulu & barulah merancang kehamilan. Kawal pemakanan seimbang jika anda ingin merasa denyutan jantung dari rahim anda. Insyaallah anda boleh..
.
3. BERBUAT BAIK
Lakukan kerja-kerja amal, dekati anak-anak yatim. Beritahu kepada anak anak yatim niat anda untuk peroleh zuriat. Solat hajat bersama mereka & mohon mereka bacakan & aminkan doa buat anda (seeloknya tulis dulu dalam satu kertas & minta mereka bacakan doa tersebut sambil diaminkan semua). Doa anak-anak yatim mudah dimakbul Allah.
.
4. WAJIB TAHU WAKTU SUBUR ANDA
Waktu subur bagi wanita dengan kitaran haid normal adalah pada hari ke 7 period sehingga hari ke 16 period. Pastikan anda menggunakan peluang yang ada sebaiknya. Belajar mengira hari subur atau boleh download Period Calendar Application di Handphone anda.
.
5. MINTA NASIHAT DOKTOR
Nasihat dari doktor sangat penting buat mereka yang belum lagi dikurniakan zuriat. Minta doktor scan rahim anda, lihat keadaannya, sihat atau tidak. Percayalah tidak ramai yang berani untuk minta doktor buat semua itu untuknya melainkan dia benar-benar tahu mengapa rahim itu perlu di scan. Jangan takut & malu berjumpa Doktor untuk dirawat. Rawat sebelum terlambat. Jangan menyesal kemudian hari.
.
6. JAUHI ROKOK
Baik lelaki atau wanita, keduanya dilarang merokok demi perkembangan janin. Kajian saintifik pun dah bagitau, bila seseorang tu merokok ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan & akan ambil masa yang lama untuk hamil. Say NO to ROKOK!!
.
7. KURANGKAN CAFFEINE
Risiko mengurangkan kesuburan sangat tinggi bagi mereka yang consume caffeine lebih dari 5 cawan sehari. Biarpun dengan meminum minuman bercaffeine contohnya coffee akan bagi lebih tenaga, tapi limitkanlah kepada 2 cup sehari.
.
8. TAK PUTUS BERDOA
Allah tunggu hambanya berdoa & minta pada-Nya. Kalau bab meminta pun segan apatah lagi solat 5 waktu & solat sunat, macam mana Allah nak bagi? Percayalah Allah ada & melihat kita. Buatlah yang terbaik, Insyaallah Dia akan permudahkan urusan kita.
.
9. MINTA IBU AYAH & MERTUA DOAKAN
Doa daripada ibu & ayah ni sangat mudah diterima Allah. Jangan malu untuk beritahu hajat & niat anda sambil tu minta mereka doakan. Anda akan tahu keajaibannya apabila kita tidak putus menyayangi & mengasihi mereka.
.
10. JANGAN PUTUS ASA
Banyak produk kesuburan & kehamilan di pasaran. Tak salah ambil tahu mengenai produk-produk berkenaan seperti Susu Kambing yang membantu stabilkan hormon, lancarkan haid, kurangkan senggugut, bersihkan rahim, suburkan rahim & minuman sunnah yang boleh diamalkan.
.
11. BELAJAR ILMU KESUBURAN & KEHAMILAN
Ilmu sangat penting untuk hamil. Jangan MALAS & SOMBONG untuk belajar & menggali ilmu Kesuburan & Kehamilan. Kalau waktu subur pun kita tak tahu, tips mudah hamil pun terkapai-kapai, ia akan sukarkan impian kita untuk jadi ibu & ayah dengan mudah. Banyakkan ambil tahu & membaca. Boleh cari info di Google, bertanyakan pada mereka yang berpengalaman & berpengetahuan serta berjumpa Doktor untuk sebarang kemusykilan.
.
Akhir sekali, jangan sesekali "PUTUS ASA" untuk ikhtiar! Banyakkan berdoa dan berfikiran positif. In shaa Allah dipermudahkan semua urusan anda dan pasangan anda.