Wednesday, April 14, 2010

Fatimah Binti Muhammad

Fatimah Binti Muhammad




Saidatina Fatimah r.a. merupakan cahaya mata kelima baginda Rasulullah bersama Khadijah r.a. Beliau dilahirkan pada waktu dimana bapanya sering beruzlah di gua-gua di sekeliling kota Makkah untuk beribadah dan memikirkan tentang kejadian-kejadian makhluk ciptaan Tuhan.
Pada ketika itu, before the Bithah, kakak beliau yang sulung iaitu Zainab telah berkahwin dengan saudara sepupunya, al-Aas ibn ar-Rabiah. Diikuti pula dengan dua orang kakaknya, Ruqayyah dan Umm Kalthum, yang dikahwinkan dengan dua orang anak lelaki Abu Lahab, bapa saudara baginda Rasulullah. Abu Lahab dan isterinya Umm Jamil sebenar-benarnya merupakan musuh paling sengit kepada Rasulullah sejak awal kerasulan baginda lagi.

Dengan demikian, Fatimah telah menyaksikan bagaimana kakak-kakaknya meninggalkan keluarganya seorang demi seorang setelah dikahwinkan dengan suami masing-masing. Belaiu pada waktu itu masih terlalu mentah untuk memahami maksud sesuatu pernikahan dan sebab mengapa kakak-kakak beliau terpaksa tinggal bersama suami masing-masing. Beliau sangat menyayangi kakak-kakaknya dan berasa sedih dan sunyi apabila mereka meninggalkan rumah tempat tinggal keluarganya. Beliau dikatakan diselubungi suatu kesedihan yang mendalam pada ketika itu.

Namun begitu, beliau tidak keseorang di rumah walaupun kakak-kakaknya telah berkahwin dan berpindah bersuami mereka. Barakah yang merupakan pembantu Aminah, ibu Rasulullah, yang menjaga baginda sejak lahir, Zaid bin Harithah dan Ali, anak kepada Abu Talib, semuanya merupakan sebahagian dari isirumah baginda Rasulullah pada ketika itu. Tidak terkecuali juga ibu beliau yang pengasih iaitu Saidatina Khadijah al-Khuwailid.
Melalui ibunya serta Barakah, Fatimah memperoleh ketenangan dan keselamatan. Ali yang berumur dua tahun lebih tua dari beliau, membekalkan kasih sayang seorang abang dan seorang kawan serta mengambil tempat lelaki Fatimah, al-Qasim yang meninggal ketika masih bayi. Seorang lagi saudara Fatimah, Abdullah yang digelar the Good and the Pure, yang lahir selepas Fatimah, juga meninggal ketika masih bayi. Walaupun begitu, tidak seorang pun di rumah bapanya yang mempu memberikan kegembiraan seperti yang dirasakan Fatimah bersama kakak-kakak beliau. Fatimah merupakan seorang yang berjiwa sensitive sejak kecil.

Ketika berusia lima tahun, Fatimah menerima berita tentang kerasulan bapanya. Tugas baginda yang utama adalah menyampaikan berita baik iaitu Islam kepada kaum kerabat serta sahabat-sahabat terdekat baginda serta mengajak mereka mengesakan Allah. Ibu Fatimah, wanita sumber kekuatan dan sokongan kepada bapanya, telah menerangkan kepada Fatimah tugas yang kini ditanggu oleh bapanya. Sejak dari itu, Fatimah semakin rapat dengan baginda Rasulullah dan menumpahkan kasih saying yang tidak terbatas buat bapanya. Fatimah sering kelihatan mengiringi baginda menelusuri lorong-lorong sempit sekitar kota Makkah, mengunjungi Kaabah atau menghadiri pertemuan-pertemuan rahsia dengan pengikut-pengikut baginda yang paling awal menerima Islam dan bersumpah setia dengan baginda.

Pada suatu hari, ketika umur Fatimah belum mencecah sepuluh tahun, beliau telah menemani bapanya ke masjidil-Haram. Beliau berdiri menghadap Kaabah di tempat yang dikenali sebagai al-Hijr lalu menunaikan sembahyang. Fatimah berdiri di sisi baginda. Sekumpulan orang Quraisy yang sudah pasti membenci baginda mengurumi Rasulullah yang sedang bersolat itu. Di antara mereka termasuklah Abu Jahl ibn Hisyam bapa saudara Rasulullah, Uqbah ibn Abi Muayt, Umayyah ibn Khalaf, serta Shaybah dan Utbah, anak-anak lelaki Rabi’ah. Dengan niat yang keji, mereka menghampiri Rasulullah dan ketua di antara mereka iaitu Abu Jahl bertanya :
‘Siapa di antara kamu yang boleh memdapatkan usus binatang sembelihan untuk kita campakkan kepada Muhammad?’

Uqbah ibn Abi Muayt, orang yang paling keji di antara mereka, menawarkan diri dan bergegas pergi untuk melakukan perkara jahat tersebut. Uqbah kembali dengan usus binatang sembelihan lalu melemparkannya ke atas bahu Rasulullah s.a.w. ketika baginda sedang sujud. Salah seorang sahabat Rasulullah iaitu Abdullah bin Mas’ud hadir ketika kejadian itu namun tidak mampu berkata atau berbuat apa-apa.

Bayangkan perasaan Fatimah tatkala beliau menyaksikan bapanya diperlakukan sebegitu rupa. Apakah yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak berusia sepuluh tahun itu? Beliau menghampiri bapanya lalu membuang bahan kotoran tersebut lalu berpaling dan memarahi kumpulan orang Quraisy tadi. Mereka pula tidak mengeluarkan walau sepatah kata pun kepada Fatimah. Rasulullah mengangkat kepala setelah selesai bersujud lalu terus menyempurnakan solatnya. 


Kemudia baginda berdoa : ‘Ya Allah, hukumlah hukumlah orang-orang Quraisy itu!’ serta diulangi baginda doa itu sebanyak tiga kali. Sambung baginda lagi :
‘Semoga kau menghukum Utbah, Uqbah, Abu Jahl dan Shaybah.’ (Mereka yang disebut Rasulullah di dalam doa baginda ini akhirnya terbunuh beberapa tahun kemudian di dalam perang Badar) Pada suatu kejadian yang lain, Fatima bersama Rasulullah ketika baginda melakukan tawaf di sekeliling Kaabah. 

Sekumpulan orang Quraisy mengelilingi baginda. Mereka memegang baginda dengan kasar dan cuba mencekik baginda dengan pakaiannya. Fatimah hanya mampu menjerit meminta tolong. Abu Bakr segera ke tempat kejadian dan berjaya membebaskan Rasulullah s.a.w. Sambil cuba membebaskan Nabi Allah itu, Abu Bakr merayu ; ‘Sanggupkan kalian membunuh orang yang memperakui “Allah Tuhanku”?’ Enggan mengalah, puak musyrikin Quraisy itu menyerang pula Abu Bakr hingga kepala dan wajah beliau berlumuran darah.
Penentangan yang begitu hebat dan penindasan kejam terhadap bapanya serta umat Islam telah disaksikan oleh Fatimah yang masih kecil itu. Beliau jauh dari berdiam diri dan bersembunyi, bahkan turut serta dalam perjuangan untuk menegakkan bapanya serta risalah yang dibawa oleh baginda. Beliau masih lagi di usia yang mentah dan bukan kehidupan riang dan gelak ketawa yang mengiringi kehidupan muda belaiu tetapi penyaksian dan penglibatan dalam dugaan-dugaan besar yang beliau hadapi.
Namun begitu, beliau tidak keseorang dalam mengharungi semua itu. Seluruh keluarga Nabi menderita akibat kekejaman dan kebencian puak Quraisy terhadap mereka. Kakak beliau, Ruqayyah dan Umm Kalthum turut menderita. Pada ketika ini mereka sedang tinggal di tempat yang seakan-akan pusat tumpuan segala kebencian dan penentangan terhadap Rasulullah s.a.w. Suami mereka adalah Utbah dan Utaybah, anak Abu Lahab dan Umm Jamil. Umm Jamil terkenal dengan parawakan beliau yang garang dan bengis serta lidah yang tajam. Beliau adalah antara sebab utama Khadijah kurang bersetuju dengan perkahwinan anak-anaknya dengan anak Umm Jamil sejak dari awal. Sudah pasti Umm Kalthum dan Ruqayyah tersiksa hidup di rumah musuh-musuh yang bukan sahaja turut serta bahkan mengepalai gerakan menentang bapa mereka.
Sebagai satu penghinaan ke atas Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda, Utbah dan Utaybah digesa oleh ibubapa mereka agar menceraikan isteri masing-masing. Ini merupakan sebahagian dari langkah-langkah pemuluan terhadap Rasulullah s.a.w. Sebaliknya Rasulullah menerima dengan gembira dan lega akan kepulangan anak-anaknya yang tersayang.

Fatimah sudah tentu gembira kerana berpeluang bersama kakak-kakaknya kembali. Mereka semua mengharapkan agar Zaynab juga diceraikan oleh suaminya. Bahkan, puak musyrikin Quraisy turut mendesak Abu al-Aas agar menceraikan Zaynab naming Zaynab, beliau menjawab :


‘Aku mencintai isteriku sepenuh hatiku dan aku menghormati dan memandang tinggi bapanya meskipun aku belum memasuki agama Islam.’
Kedua-dua Ruqayyah dan Umm Kalthum gembira kerana dapat kembali ke pangkuan ibubapa mereka serta meninggalkan deraan mental yang sering dihadapi ketika tinggal bersama Umm Jamil. Tidak lama kemudian, Ruqayyah telah dikahwinkan dengan Uthman bin Affan, pemuda yang pemalu dan antara orang terawal yang memeluk Islam. Ruqayyah dan Uthman telah menyertai hijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan serta tinggal di sana selama beberapa tahun lamanya. Fatimah tidak bertemu dengan Ruqayyah lagi sehinggalah ketika ibu mereka meninggal dunia.


Penindasan terhadap Rasulullah, keluarga dan pengikut-pengikut baginda berterusan bahkan bertambah teruk setelah penghijrahan sebahagian umat Islam ke Habsyah. Pada lebih kurang tahun ketujuh selepas nubuwwah, baginda dan keluarga baginda dipaksa meninggalkan rumah mereka dan pergi ke sebuah lembah kering kontang yang dikelilingi bukit bukau serta hanya boleh dimasuki melalui satu lorong kecil dari Makkah.


Di lembah tandus itulah tempat Muhammad s.a.w. bersama-sama dengan ahli keluarga Banu Hashim dan al-Muttalib dipaksa tinggal dengan bekalan makanan yang terhad. Fatimah merupakan antara yang termuda di kalangan mereka – beliau berusia lebih kurang dua belas tahun – dan turut merasa hidup tersiksa berbulan-bulan lamanya. Tangisan wanita dan kanak-kanak kelaparan boleh didengar hingga ke kota Makkah. Kaum Quraisy menghalang sebarang perhubungan dengan umat Islam yang dipulaukan itu. 


Kesengsaraan mereka hanya berkurangan sedikit tatkala tiba musim haji. Pemulauan itu berlangsung selama tiga tahun. Setelah ia berakhir, Rasulullah terpaksa pula berhadapan dengan lebih banyak cubaan dan dugaan. Khadijah, isteri yang setia dan patuh, meninggal tidak lama kemudian. Dengan pemergian Khadijah r.a., keluarga Rasulullah telah kehilangan satu punca ketenangan dan kekuatan yang mempertahankan mereka pada waktu-waktu ditimpa kesusahan. Tahun di mana Khadijah r.a., dan kemudiannya Abu Talib r.a., meninggal dunia dikenali sebgai Tahun Kesedihan. Fatimah yang kini di alam remaja bergitu berdukacita atas pemergian ibunya. Beliau sering menitiskan air mata dan jatuh sakit buat satu ketika disebabkan terlalu sedih. Bahkan beliau dikhuatiri meninggal dunia akibat kesedihan yang melampau.

Walaupun kakaknya Umm Kalthum tinggal bersamanya pada waktu itu, Fatimah merasakan satu tanggungjawab besar yang harus beliau pikul setelah pemergian ibunya. Beliau menyedari perlunya sokongan yang lebih besar untuk bapanya. Dengan penuh kasih saying, beliau menumpukan seluruh tenaga dalam menjaga setiap keperluan bapanya. Komitmen beliau yang begitu serius terhadapa Rasulullah telah menyebabkan beliau diberi gelaran ‘Umm Abi-ha’ yang bermaksud ‘Ibu kepada Bapanya’. Beliau jugak memberikan sokongan moral dan ketangan rohani ketika baginda dilanda dugaan-dugaan dan kesulitan.
Kadang kala beliau tidak mampu menghadapi dugaan yang tiba. Pada ketika ini, berlaku satu kejadian di mana sekumpulan penyangak Quraisy telah mencampakkan debu kotoran dan tanah ke atas kepala baginda Rasulullah s.a.w. Sebaik sahaja baginda pulang ke rumah, Fatimah menghilangkan kotoran itu dari kepala baginda sambil menangis.


‘Jangan engkau menangis, wahai anakku,’ kata baginda, ‘Allah akan melindungi bapamu.’ Baginda Rasulullah terutamanya sangat menyayangi Fatimah. Baginda pernah bersabda, ‘Barangsiapa menyenangkan Fatimah, maka dia telah menyenangkan Allah dan barangsiapa membuatkan Fatimah murka, maka dia telah membuatkan Allah murka kepadanya. Fatimah adalah sebahagian dariku. Apa yang menyenangkannya, menyenangkanku dan apa yang tidak menyenangkannya adalah tidak menyenangkankan bagiku.’


Beliau turut bersabda, ‘Ada empat wanita yang terbaik di dunia ini : Mariam, Aasiyah isteri firaun, Khadijah ummul mukminin, dan Fatimah anak Muhammad.’ Dengan demikian Fatimah menempati kedudukan istimewa di hati Rasulullah yang hanya dimiliki isteri baginda, Khadijah.


Fatimah r.a. diberi gelaran ‘az-Zahraa’ yang bermaksud “Yang Menawan”. Ini disebabkan wajahnya yang berseri-seri seakan mengeluarkan cahaya. Apabila beliau menunaikan solat, mihrab di hadapannya dikatakan memantulkan cahaya dari wajahnya. Beliau juga turut digelar ‘al-Batul’ disebabkan sifat syadidnya. Beliau jarang menghabiskan masa bersama wanita-wanita lain. Sebaliknya beliau menggunakan masa yang ada untuk menunaikan solat, membaca al-Quran serta melakukan ibadat-ibadat lain.


Fatimah memiliki ciri-ciri mirip bapanya, Rasulullah s.a.w. Aisyah isteri baginda pernah berkata : ‘Aku tidak melihat makhluk ciptaan Allah yang menyerupai Rasulullah dari segi bercakapan, perbualan dan perlakuan kecuali Fatimah r.a. Apabila Rasulullah nampak Fatimah datang kepadanya, baginda akan mengalu-alukannya, bangun lalu mengucup tangannya, memimpinnya dan mendudukkan beliau di tempat baginda. Fatimah akan melakukan perkara yang sama apabila Rasulullah datang kepadanya. Beliau akan bangun dan menerima baginda dengan gembira dan mencium baginda.


Perlakuannya yang sopan dan percakapannya yang lemah lembut merupakan sebahagian dari keperibadian Fatimah yang indah dan disegani. Beliau sangat pemurah terhadap fakir miskin dan sangat mudah menyedekahkan apa jua yang dimiliki untuk membantu golongan ini meskipun beliau sendiri kelaparan. Beliau tidak sesekali menginginkan perhiasan dunia atau keselesaan dan kemewahan hidup. Fatimah hidup penuh tawaddhuk, namun ada ketikanya ketahan beliau tercabar dalam mengahadapi dugaan yang mendatang.


Fatimah r.a. mewarisi kelembutan lidah dalam berkata-kata yang berpunca dari ketinggian ilmu. Apabila beliau berucap, kata-katanya mampu menyentuh hati para pendengarnya sehinggakan menitiskan airmata. Beliau dikurniakan bakat dan kebersihan hati yang membolehkannya menggerak dan mendekatkan hati orang ramai kepada mengagungkan Allah s.w.t dan mensyukuri nikmatNya yang tidak terbatas.


Fatimah r.a. berhijrah ke Madinah beberapa minggu selepas penghijrahan Rasulullah s.a.w. Beliau pergi bersama Zaid bin Harithah yang telah diutuskan oleh baginda untuk membawa ahli keluarganya ke Madinah. Rombongan hijrah itu terdiri daripada Fatimah dan Umm Kalthum, Sa’udah isteri Rasulullah, Barakah isteri Zaid beserta anaknya Usamah. Turut sama dalam rombongan tersebut ialah anak Abu Bakar, Abdullah yang mengiringi ibunya dan kakaknya, Aisyah dan Asma.


Fatimah tinggal di Madinah bersama bapanya di sebuah rumah kecil yang dibina Rasulullah bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Pada tahun kedua Hijrah, Fatimah menerima beberapa lamaran perkahwinan melalui bapanya, dan dua daripada lamaran tersebut ditolak. Kemudian Ali bin Abi Talib berjaya menguatkan semangatnya lalu bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dengan lamaran untuk mengahwini Fatimah. Namun begitu, Ali menjadi gementar ketika berhadapan dengan baginda Rasulullah lalu tidak dapat menyuarakan hajatnya. Beliau hanya tunduk ke bawah tanpa berkata-kata. Lalu Rasulullah pun bertanya : ‘Apakah tujuan kau ke mari? Adakah kau memerlukan sesuatu?’ Ali masih belum dapat bersuara maka Rasulullah s.a.w. pun mencadangkan; ‘Adakah engkau datang untuk melamar Fatimah?’


‘Ya,’ jawab Ali. Dengan itu, menurut sesetangah riwayat, baginda Rasulullah hanya menjawab : ‘Marhaban wa ahlan – Selamat datang ke dalam keluargaku,’ dan jawapan ini diterima oleh Ali dan sekumpulan orang Ansar yang menunggunya di luar rumah sebagai penerimaan Rasulullah terhadap lamaran tersebut. Satu riwayat lain melaporkan bahawa Rasulullah telah menerima lamaran Ali itu dan bertanya kepada Ali sekiranay dia mempunyai sesuatu yang boleh dijadikan sebagai mahr. Ali menjawab tidak. Rasulullah s.a.w. mengingatkan bahawa beliau mempunyai sebuah perisai yang boleh dijual.
Lalu Ali menjual perisai tersebut kepada Uthman dengan harga empat ratus dirham. Namun ketika sedang menuju ke rumah Rasulullah untuk menyerahkan mahr tersebut, Uthman berkata kepadanya :


‘Aku memulangkan perisai ini kepada engkau sebagai hadiah sempena perkahwinan engkau kepada Fatimah.’ Dengan itu, Fatimah dan Ali telah dinikahkan kemungkinan sekali pada awal tahun kedua Hijrah. Umur Fatimah pada ketika itu lebih kurang sembilan belas tahun manakala Ali berusia lebih kurang dua puluh satu tahun. Upacara akad nikah telah dilakukan oleh baginda Rasulullah sendiri. Pada upacara walimah pula, para tetamu dihidangkan dengan buah tamar, tiin dan hais (hidangan tamar bercampur lemak mentega). Seorang lelaki ansar yang terkemuka telah menyedahkan seekor kambing manakala beberapa orang yang lain menawarkan gandum sebagai hadiah. Seluruh Madinah meraikan hari yang bahagia itu.


Sempena perkahwinan tersebut, Rasulullah diriwayatkan telah menghadiahi Fatimah dan Ali dengan sebuah katil kayu yang dililit dengan daun pokok tamar, cadar baldu, sebuah bantal kulit yang diisi dengan pelepah tamar, sebuah karung kulit, sebuah tembikar, sebuah karung air dan penggiling untuk mengisar gandum.


Fatimah meninggalkan rumah bapanya buat kali pertama untuk memulakan kehidupan bersama suaminya. Rasulullah s.a.w. yang pastinya mengambil berat terhadap anaknya Fatimah telah mengutuskan Barakah mengiringi Fatimah dan membantunya. Barakah memainkan peranan penting dalam membantu Fatimah dalam menghadapi waktu-waktu kesulitan. 



Baginda Rasulullah telah berdoa untuk mereka :
‘Ya Tuhanku, berkatilah mereka kedua, berkatilah rumah mereka dan berkatilah anak-anak mereka.’ Di rumah Ali yang kecil hanya terdapat sehelai kulit kambing sebagai tempat tidur. Di pagi selepas hari perkahwinan tersebut, Rasulullah pergi berkunjung ke rumah Ali lalu mengetuk pintunya.


Barakah menjawab ketukan pintu dan Rasulullah pun berkata kepadanya :‘Ya Umm Aiman, panggilkan saudaraku.’


‘Saudaramu? Dia itukah yang mengahwini anakmu?’ Tanya Barakah yang seolah berbunyi : ‘Mengapakah Rasulullah menggelar Ali saudaranya?’ (Baginda menggelar Ali sebagai saudaranya kerana baginda dan Ali dihubungkan dengan tali persaudaraan sebagaimana seorang Ansar dan Muhajjirin dipersaudarakan selepas peristiwa Hijrah.)


Rasulullah mengulangi kata-katanya dengan suara yang lebih tinggi. Ali pun datang ke pintu dan Rasulullah telah berdua meminta kerberkatan dari Allah kepadanya. Kemudian baginda memanggil Fatimah. Beliau datang dengan penuh segan silu lalu berkata Rasulullah kepadanya :


‘Aku telah mengahwinkan engkau kepada ahli keluargaku yang paling aku sayangi.’ Kata-kata Rasulullah ini bertujuan menenangkan hati Fatimah. Beliau bukanlah sedang memulakan kehidupan baru bersama seseorang yang tidak dikenali tetapi dengan seseorang yang telah membesar bersamanya, seseorang yang merupakan orang paling awal memeluk Islam pada usia yang sangat muda, seseorang yang terkenal dengan semangat yang tinggi, keberanian dan ketakwaannya, seseorang yang digelar Rasulullah s.a.w. sebagai ‘saudaranya di dunia dan di akhirat.’


Kehidupan Fatimah bersama Ali tidak dihiasi dengan kemewahan, sama seperti kehidupannya bersama Rasulullah s.a.w. Dari segi keselesaan material, kehidupannya serba kekurangan dan kesempitan. Sepanjang hidup mereka sebagai suami isteri, Ali tetap miskin kerana beliau tidak berusaha mengumpul harta kekayaan. Fatimah merupakan satu-satunya di antara adik-beradiknya yang tidak berkahwin dengan suami yang kaya.


Bahkan, boleh dikatakan bahawa kehidupan Fatimah bersama Ali lebih sukar berbanding kehidupannya bersama Rasulullah s.a.w. Sekurang-kurangnya, di rumah Rasulullah sentiasa ada orang-orang yang sedia membantunya menajalakan tugas-tugas harian. Namun kini beliau harus menguruskan tanggungjawabnya sendirian. Sebagai sumber pendapatan, Ali bekerja sebagai pengangkut air manakala Fatimah pula mengisar gandum. Pernah suatu ketika Fatimah berkata kepada Ali : ‘Aku telah mengisar gandum sehingga tanganku luka-luka.’


‘Aku telah mengangkut air sehingga dadaku sakit,’ kata Ali lalu mencadangkan kepada Fatimah : ‘Allah telah memberkati bapamu dengan beberapa orang tawanan perang, pergilah kau kepadanya dan mintalah agar dia memberikan seorang pembantu kepadamu.’
Dengan hati yang berat, Fatimah telah menemui Rasulullah yang berkata kepadanya : ‘Apa yang telah menyebabkan kau datang kemari, wahai anakku?’ ‘Aku datang dengan doa kesejahteraan buatmu,’ kata Fatimah, yang menjadi kelu sebaik berhadapan dengan Rasulullah s.a.w.


‘Apa yang telah engkau lakukan?’ Tanya Ali sebaik sahaja Fatimah pulang dari rumah bapanya.


‘Aku terlalu malu untuk meminta kepadanya,’ jawab Fatimah. Maka kedua mereka pun pergi menemui Rasulullah untuk menyampaikan permintaan itu. Namun Rasulullah merasakan lebih ramai lagi orang lain yang lebih memerlukan dari mereka.


‘Aku tidak akan memberikannya kepada kamu,’ kata baginda, ‘dan membiarkan ahl as-Suffah (golongan miskin yang tinggal di masjid) dalam kelaparan. Aku tidak mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk menyara mereka….’


Ali dan Fatimah pulang ke rumah dengan perasaan hampa. Namun begitu, pada malam tersebut ketika mereka sedang tidur, mereka mendengar suara Rasulullah s.a.w. meminta izin untuk masuk ke rumah mereka. Mereka bingkas bangun untuk menyambut baginda namun Rasulullah berkata :


‘Duduk saja di situ,’ lalu baginda duduk bersama mereka. ‘Mahukah kamu sekiranya aku mengajar kamu sesuatu yang lebih baik dari apa yang kau minta dariku?’ Tanya baginda yang dijawab ya lalu baginda berkata lagi, ‘Jibrail telah mengajarku, hendaklah kamu berkata “Subhaan Allah – Maha suci Allah” sepuluh kali selepas setiap solat, dan “al-Hamdu Lillah – segala puji bagi Allah” sepuluh kali dan “Allahu Akbar – Allah Maha Besar” sepuluh kali. Dan apabila kamu hendak tidak, bacakan setiap satu itu tiga puluh tiga kali.


Ali sering berkata kemudiannya : ‘Tidak pernah aku lupa untuk mengucapkannya setelah Rasulullah s.a.w. mengajarkannya kepada kami.’


Terdapat banyak riwayat yang menceritakan kepayahan hidup yang dialami oleh Fatimah. Di rumahnya sering tidak ada makanan. Pernah suatu ketika baginda Rasulullah s.a.w. berasa lapar. Beliau pergi ke rumah isteri-isterinya satu demi satu namun semuanya tidak mempunyai makanan. Baginda kemudiannya pergi ke rumah Fatimah namun beliau jugak tidak mempunyai sebarang makanan. Apabila baginda akhirnya memperoleh sedikit makanan, beliau telah mengirimkan dua buku roti dan sedikit daging kepada Fatimah. 



Pernah juga baginda Rasulullah berkunjung ke rumah Abu Ayyub al-Ansari dan diberikan sedikit makanan. Sebahagian daripada makanan tersebut telah baginda simpan untuk diberikan kepada Fatimah. Fatimah jugak sedia maklum tentang keadaan Rasulullah yang sering ketiadaan makanan maka beliau juga akan membawakan makanan kepada baginda sekiranya beliau mampu. Pernah suatu ketika Fatimah membawa sedikit roti barli kepada Rasulullah dan baginda berkata : ‘Inilah makanan pertama yang dimakan oleh bapamu ini setelah tiga hari.’

Perbuatan-perbuatan baik terhadap bapanya itulah yang menggambarkan kasih saying Fatimah kepada Rasulullah dan baginda juga menyayangi Fatimah dengan sebenar-benarnya.


Pada suatu masa, baginda Rasulullah pulang dari suatu perjalanan ke luar Madinah. Tempat pertama yang dituju oleh baginda ialah masjid untuk menunaikan solat dua rakaat seperti kebiasaannya. Dan, seperti biasa juga, baginda terus menuju ke rumah Fatimah sebelum bertemu dengan isteri-isteri baginda. 



Fatimah menyambut kedatangan baginda dan mencium wajah baginda lalu menangis. ‘Mengapa engkau menangis?’ Rasulullah bertanya. ‘Aku melihat engkau, ya Rasulullah,’ katanya, ‘aku melihat wajahmu yang pucat dan pakaianmu yang koyak dan lusuh.’ ‘Wahai Fatimah,’ jawab Rasulullah dengan lemah lembut, ‘janganlah engkau menangis kerana Allah telah mengutuskan bapamu dengan satu tugas yang akan membawa perubahan kepada setiap rumah di muka bumi ini, baik di kota, desa atau di khemah-khemah (di padang pasir) dan membawa bersamanya kegemilangan atau keruntuhan sehinggalah tugas ini selasai sama seperti malam yang pasti akan datang.’ Kata-kata sedemikian sering kali membuatkan Fatimah lupa akan kesengsaraan dan kepahitan hidup dan membuka matanya kepada kebesaran dan kehebatan berita besar yang dibawa oleh bapanya.

Fatimah kemudiannya kembali tinggal di sebuah rumah berhampiran dengan rumah bapanya. Rumah tersebut telah dihadiahkan oleh seorang Ansar yang tahu bahawa Rasulullah pasti bergembira apabila anak kesayangannya itu tinggal berhampiran dengannya. Mereka mengharungi kemenangan dan kejayaan, kepedihan dan kepayahan hidup di kota Madinah yang bersejarah.


Pada pertengahan tahun kedua Hijrah, kakak beliau Ruqayyah telah diserang demam campak. Peristiwa ini terjadi sejurus selepas Peperangan Badar. Suami Rquayyah, Uthman, tinggal bersamanya untuk menjaga Ruqayyah lalu tidak dapat bersama di dalam peperangan tersebut. Ruqayyah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sejurus sebelum bapanya pulang ke Madinah.Antara perkara pertama yang dilakukan Rasulullah s.a.w. sekembalinya dari Madinah adalah menziarahi kubur Ruqayyah.


Baginda ditemani oleh Fatimah. Ini merupakan kehilangan yang pertama dialami di kalangan keluarga baginda yang terdekat selepas kewafatan Saidatina Khadijah. Fatimah amat berdukacita atas pemergian kakaknya yang tersayang. Air mata tidak berhenti mengalir sedang beliau duduk di sisi baginda Rasulullah di kubur Ruqayyah. Baginda menenangkan Fatimah dan mengesat airmatanya dengan jubah baginda.


Rasulullah s.a.w. pernah menegah umat Islam dari meratapi kematian seseorang, namun perkara ini telah disalahfahamkan. Sekembalinya Rasulullah dan Fatimah, terdengar suara Umar sedang memarahi wanita-wanita yang meratapi kematian ahli-ahli perang Badar dan juga Ruqayyah.


‘Umar, biarlah mereka menangis,’ kata baginda sambil menambah, ‘apa yang datang melalui hati dan melalui mata, itu adalah dari Allah dan belas kasihNya, akan tetapi apa yang datang melaui tangan dan melalui lidah, itu adalah dari Syaitan.’ ‘melalui tangan’ yang dimaksudkan baginda adalah perbuatan memukul dada dan menampar pipi, dan ‘melalui lidah’ bermaksud perbuatan membuat bising dengan menguatkan suara seperti yang sering dilakukan oleh kaum wanita bagi meraih simpati.


Uthman kemudiannya mengahwini seorang lagi anak perempuan Rasulullah iaitu Umm Kalthum, lalu beliau digelar ‘dhu an-Nurain’ yang bermaksud ‘Pemilik Dua Cahaya’.
Kesedihan yang dialami keluarga Rasulullah akibat kematian Ruqayyah telah diubati dengan kegembiraan apabila Fatimah melahirkan seorang bayi lelaki pada bulan Ramadhan tahun ketiga Hijrah. Baginda telah mengazankan bayi yang baru lahir itu dan menamakannya al-Hassan yang bermaksud ‘yang indah’.


Setahun kemudian pula Fatimah melahirkan seorang lagi anak lelaki yang diberi nama al-Husayn yang bermaksud ‘Hassan yang kecil’ atau ‘si kecil yang indah’. Fatimah sering membawa dua orang anaknya bertemu dengan datuk mereka yang begitu menyayangi mereka. Baginda membawa mereka ke masjid di mana mereka sering menaiki belakang Rasulullah ketika baginda sedang sujud. Perkara yang sama dilakukan oleh Rasulullah terhadap cucunya Umamah, anak perempuan Zainab.
Pada tahun kelapan selepas Hijrah, Fatimah melahirkan anaknya yang ketiga, seorang bayi perempuan yang dinamakan Zainab sempena kakaknya yang telah meninggal sejurus sebelum kelahiran tersebut. Bayi ini kemudiannya membesar dan mencipta nama sebagai ‘Perwira Karbala’. Anak beliau yang keempat dinamakan Umm Kalthum sempena kakaknya yang meninggal dunia setahun sebelum kelahiran anaknya itu.

Susur galur keturunan Rasulullah s.a.w. berterusan melalui anak-anak lelaki Fatimah. Kesemua anak lelaki Rasulullah s.a.w. meninggal dunia ketika masih bayi manakala kedua orang anak lelaki Zainab yang bernama Ali dan Umamah turut meninggal ketika masih kecil. Anak lelaki Ruqayyah, Abdullah juga meninggal sebelum sempat mencecah umur dua tahun. Ini merupakan salah satu sebab mengapa Fatimah mempunyai kedudukan yang istimewa.


Walaupun Fatimah sering sibuk kerana mengandung, melahirkan serta membesarkan anak-anaknya, beliau tetap cuba melibatkan diri dengan urusan umat Islam di Madinah yang kian hari kian bertambah. Sebelum mendirikan rumahtangga, beliau memainkan peranan sebagai seorang pelayan kepada golong miskin ahl as-Suffah. Sebaik sahaja Perang Badar berakhir, beliau bersama-sama dengan wanita Muslim yang lain bergegas ke medan perang. Di sana beliau meratapi umat Islam yang telah syahid serta menghabiskan masanya merawat kecedaraan bapanya. Ketika peristiwa Perang Tabuk pula, Fatimah memainkan peranan penting dalam menyediakan bekalan makanan untuk para pejuan Islam mengharungi pertempuran yang panjang itu. Fatimah juga menjadi imam ketika solat bersama wanita-wanita lain dan di tempat itu kini berdiri sebuah masjid yang digelar Masjid Fatimah. Ia merupakan salah satu daripada tujuh masjid dimana para mukmin diberi syafaat yang tinggi sekiranya menunaikan solat di masjid tersebut.


Fatimah turut mengiringi Rasulullah s.a.w. dalam menunaikan umrah pada tahun keenam Hijrah selepas termaktubnya Perjanjian Hudaibiyah. Pada tahun berikutnya, Fatimah bersama kakaknya Umm Kalthum turut serta bersama umat Islam lain dalam peristiwa pembukaan kota Makkah oleh baginda Rasulullah s.a.w. Fatimah dan Umm Kalthum dikatakan telah menziarahi rumah ibu mereka Khadijah serta mengenang kembali zaman kanak-kanak mereka dan zaman awal Islam, mengenang kembali jihad dalam menegakkan agama Allah ketika Rasulullah mula-mula tugas kerasulannya.


Pada bulan Ramadhan tahun kesepuluh Hijrah, iaitu sebelum Rasulullah menunaikan haji wida’, Rasulullah telah memberitahu Fatimah suatu rahsia yang belum diketahui orang lain :
‘Jibril membacakan al-Quran kepadaku dan aku mengulangi bacaanku kepadanya sekali setiap tahun, akan tetapi pada tahun ini Jibril telah membacakan al-Quran kepadaku sebanyak dua kali. Aku tidak memikirkan yang lain kecuali masaku telah tiba.’


Sekembalinya baginda dari haji wida’, baginda telah jatuh sakit teruk. Hari-hari terakhir baginda sebelum wafat dihabiskan di rumah Saidatina Aisyah r.a. Apabila Fatimah datang menziarahi bapanya, Aisyah akan beredar meninggalkan Fatimah bersama bapanya.


Pada suatu hari baginda memanggil Fatimah. Apabila beliau datang, Rasulullah mencium Fatimah dan membisikkan sesuatu di telinganya.



Fatimah pun menangis. Kemudian baginda berbisik lagi ke telinga Fatimah lalu beliau tersenyum. Aisyah yang melihat perkara tersebut bertanya :
‘Engkau menangis dan ketawa dalam masa yang sama Fatimah? Apakah yang Rasulullah katakan kepadamu?’


‘Rasulullah memberitahuku bahawa baginda akan menemui Tuhannya tidak lama lagi lalu aku pun menangis. Kemudian baginda berkata : “Janganlah menangis kerana engkau adalah orang pertama dari keluargaku yang akan mengikuti jejakku.” Maka aku pun ketawa.’
Tidak lama kemudian Rasulullah meninggal dunia. Fatimah sangat bersedih dan sering dilihat menangis tanpa henti. Salah seorang sahabat mengatakan beliau tidak pernah melihat Fatimah r.a. ketawa setelah kewafatan Rasulullah s.a.w.


Pada suatu pagi di awal bulan Ramadhan, tidak sampai lima bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., Fatimah bangun dari tidur dengan wajah yang ceria dari biasa. Pada waktu tengah hari pada hari itu, beliau dikatakan telah memanggil Salma binti Umays yang sedang menjaga beliau pada ketika itu. Fatimah meminta sedikit air untuk mandi. Kemudian beliau mengenakan pakaian baru dan memakai wangi-wangian. Seterusnya Fatimah meminta Salmah meletakkan katilnya di halaman rumah beliau. Dengan wajahnya memandang ke arah langit, beliau memanggil suaminya, Ali.

Beliau terkejut melihat isterinya yang sedang berbaring di tengah halaman itu dan bertanya jika ada sesuatu yang tidak kena. Fatimah r.a. hanya tersenyum sambil menjawab : ‘Aku ada temujanji dengan Rasulullah s.a.w. pada hari ini.’
Ali mula menangis dan Fatimah cuba menenangkan beliau. Beliau berpesan kepada Ali agar menjaga anak-anak mereka Hassan dan al-Husayn. Beliau juga berpesan agar jenazahnya dikebumikan tanpa sebarang upacara. Setelah itu, beliau memandang kembali ke langit, memejamkan matanya lalu menyerahkan jiwanya ke pangkuan Illahi.
Beliau, Fatimah az-Zahra, hanya berusia dua puluh sembilan tahun.

No comments: