Wednesday, April 21, 2010

Surah2 pilihan..


Surah Al Isra’ Ayat 15
Sesiapa yang mengikut petunjuk, maka perbuatan itu untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang berbuat salah, maka ia sendiri yang akan menanggungkannya. Dan seseorang yang berdosa dan tidak dapat memikul dosa orang lain. Dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seroang rasul. [Surah Al Isra' : Ayat 15]
Keterangan Ayat 15 Surah Al Isra’

Barang siapa mendapat petunjuk, maka pahala petunjuk itu hanya untuk dirinya sendiri. Barang siapa yang sesat, maka bahaya kesesatannya hanya atas dirinya sendiri pula. Sebab itu setiap orang berdosa hanya memikul dosanya sendiri dan tidak akan memikul dosa orang lain, kecuali ia menjadi sebab orang lain membuat dosa itu. Misalnya si A membuat rumah perjudian, lalu orang-orang lain berjudi di rumah itu, sedang si A sendiri tidak berjudi bersama mereka, maka si A turut menanggung dosa sepertimana dosa orang yang berjudi.
Bersabda Nabi s.a.w “Barang siapa membuat peraturan/pekerjaan yang baik, maka ia mendapat pahalanya dan pahala orang lain yang turut mengerjakannya, tanpa kurang pahala orang lain itu sedikitpun. Barang siapa membuat peraturan/pekerjaan yang jahat, maka ia mendapat dosanya dan dosa orang lain yang turut mengerjakannya, tanpa kurang dosa orang lain itu sedikitpun.”
Hadis ini menganjurkan, supaya kita membuat gagasan atau peraturan-peraturan yang baik, supaya di ikuti oleh orang ramai. Dengan demikian kita mendapat pahala, selagi orang ramai itu mengamalkannya/mengunakannya.
Sumber : Tafsir Al Quranul Karim oleh Prof Dr H Mahmud Yunus
Dan janganlah engkau sembah apa yang tidak bermanfaat dan tidak pula memberi mudarat selain dari ALLAH. Dan jika engkau berbuat demikian, sudah tentu engkau termasuk orang-orang yang zalim. [Surah Yunus : Ayat 106]
Dan jika ALLAH menimpakan sesuatu bahaya kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghapuskannya kecuali Dia. Dan jika ALLAH menghendaki kebaikan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghalang kurniaan Tuhan itu. Dia melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang di kehendakiNya di antara hamba-hambaNya. Dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani [Surah Yunus : Ayat 107]
Keterangan ayat 106 – 107
Janganlah kamu meminta (mendoa, menyembah) – selain dari ALLAH – kepada sesuatu yang tidak bermanfaat (berguna) dan tidak juga memudaratkanmu, seperti berhala, patung-patung, kubur-kubur, pokok-pokok besar dan sebagainya. Bahkan berdoalah kepada ALLAH semata-mata, kerana jika ALLAH mendatangkan kesusahan kepadamu, maka tiadalah yang akan menghilangkannya, selain daripadaNya dan jika Dia menganugerahkanmu kebaikan, maka tiada siapa pun yang dapat menolak kurnianNya itu. Anugerah kurniaanNya itu adalah kepada sesiapa yang dikehendakiNya di kalangan hamba-hambaNya, iaitu orang-orang yang patuh mengikut sunnatullah.
Dalam ayat ini nyatalah, bahawa kita wajib meminta (mendoa) sesuatu hajat, seperti selamat dunia akhirat, murah rezeki, badan sihat, panjang umur dan sebagainya kepada ALLAH semata-mata dan tidak boleh kita meminta kepada kubur-kubur, batu-batu, patung-patung dan sebagainya kerana semua itu tidak bermanfaat dan tidak memudaratkan kepada kita.
Orang-orang yang berbuat demikian itu, adalah mempersekutukan ALLAH dengan yang lain.
Sumber : Tafsir Al Quranul Karim oleh Prof Dr H Mahmud Yunus
ps : Walaupun dewasa ini kita tidak menyembah berhala selain daripadaNya, namun kadangkala kita leka. Kita lupa bahawa kita patut meminta terus kepadaNya, dan bukan yang lain. Semoga bermanfaat.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahmaan melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka, – sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, – maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya.” [Surah Maryam : 75]
Say: “If any men go astray, (Allah) Most Gracious extends (the rope) to them, until, when they see the warning of Allah (being fulfilled) – either in punishment or in (the approach of) the Hour,- they will at length realise who is worst in position, and (who) weakest in forces! [Maryam : 75]
Dan Allah akan menambahi hidayah pertunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan pertunjuk dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya. [Surah Maryam : 76]
“And Allah doth advance in guidance those who seek guidance: and the things that endure, Good Deeds, are best in the sight of thy Lord, as rewards, and best in respect of (their) eventual returns.” [Maryam : 76]

No comments: