Showing posts with label Sirah. Show all posts
Showing posts with label Sirah. Show all posts

Friday, January 21, 2011

[usrah INSPIRE]-13 Januari 2011



REPORT USRAH INSPIRE 13 Jan 2011

~Assalamualaikum W.B.T. ~
Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, usrah kedua bagi sem ini telah berjaya diadakan pada 13 Januari 2011 yang lepas bertempat di Edu LR 3. Majlis usrah tersebut telah dihadiri seramai 44 orang yang terdiri daripada senior-senior Inspire dan juga adik-adik baru dalam Inspire.Untuk memberkati usrah tersebut, majlis dibuka dengan bacaan surah al-Fatihah diikuti dengan bacaan Ma’thurat.

Disebabkan kesudian ramai adik-adik baru yang hadir pada malam tersebut, sesi “taa’ruf” juga telah diadakan bagi mengenali dengan lebih lanjut setiap ahli yang hadir pada malam tersebut.

Usrah dimulakan oleh kak Nisa dengan menerangkan kepada setiap ahli yang hadir terutamanya kepada adik-adik baru tentang bagaimana usrah dibawa:
a)  Mengikut ‘module’
b)  Digalakkan ‘mencapap’ (menyumbang idea)
~Seterusnya, kak Nisa meneruskan majlis dengan perkongsian tauhid yang menfokuskan kepada:
i)  Fasal 1: Ilmu Tauhid
ii)  Fasal 2: Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Islam
Antara hasil perkongsian daripada beberapa ahli yang hadir pada malam tersebut dapat disimpulkan seperti berikut:

-Tauhid bermaksud mengEsakan Allah Taala dan berkait dengan akidah iaitu mempercayai bahawa Allah itu satu.
-Tauhid hanya terdapat dalam agama Islam (agama lain contohnya agama kristian percaya kepada konsep ‘trinity’).

--- Ilmu tauhid adalah ilmu yang membuktikan kebenaran akidah dalam Islam melalui dua cara iaitu melalui Dalil Akli (akal) dan Dalil Nakli (al-Qur’an ).

Macam mana nak tentukan kemuliaan sesuatu ilmu?
Antara pendapat yang dikemukakan beberapa ahli pada malam tersebut:
-          Cara amalkan ilmu tersebut dan juga sumber ilmu tersebut
-          Ilmu yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah
-          Fikrah( kefahaman) yang terbentuk daripada ilmu itu sendiri:
Contoh: Ramai yang ada ilmu tapi akhlak tidak elok
(kefahaman dan niat yang betul akan memuliakan sesuatu ilmu)

Hukum mempelajari ilmu Tauhid:
-          Fardhu ain (penting untuk setiap individu) tapi untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam, itu boleh menjadi fardhu kifayah.

 ~Usrah diteruskan oleh Sidi dengan tafsir surah An-Naas (114):1-6
(1)   “ Katakanlah, “ Aku berlindung kepada Tuhannya manusia,”
(2)   “ Raja manusia,”
(3)   “ Sembahan manusia,”
(4)   “ dari kejahatan (bisikan) setan yang bersembunyi,”
(5)   “ yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,”
(6)   “ dari (golongan) jin dan manusia.”

Daripada surah ini, dapat diringkaskan:
-pada 3 ayat pertama: Menunjukkan 3 sifat Allah,
                                    : Allah tempat kita berlindung,
-pada 3 ayat terakhir : syaitan membisikkan perasaan was-was kepada manusia,
                                      : kita digalakkan mencerca syaitan.

~Seterusnya adalah bacaan Hadith 16 yang berkaitan dengan perasaan ‘marah’:
“Daripada Abu Hurairah r.a.:  Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah  engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.”  (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari).

Hadith ini menyentuh mengenai:
i)  Perasaan marah
ii)  Punca-punca perasaan marah
iii)  Cara-cara mengawal perasaan marah

-Dapat disenaraikan beberapa cara untuk mengawal perasaan marah:
1) Doa ( agar dibimbing oleh Allah)
2) Zikrullah
3) Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang dinyatakan Allah dalam al-Qur’an (pahala orang yang dapat mengawal dirinya- bidadari di Syurga)
4) Mengambil wudhu’
5) Ubah kedudukan: berdiri-duduk-baring
6) Berikan hak badan-tidur, rehat dan tidak memenatkan badan.
-Sifat marah yang dicela:  Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memaki  hamun, mencela, memukul dll.
-Sifat marah yang dipuji: Apabila mempertahankan yang hak

~Seterusnya usrah diteruskan dengan perkongsian isu semasa oleh Eifa. Isu yang diutarakan ialah isu yang berkaitan dengan ‘marah’:

Bapa simbah asid
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, Hamid Salleh dan Ahmad Rabiul Zulkifli
bhkt@bharian.com.my
2010/08/16

“KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang terlalu marah terhadap isterinya kerana menuntut cerai bertindak menyimbah cuka getah ke muka wanita itu dan dua anaknya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, anak suspek, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, melecur pada muka dan badan manakala isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, melecur belakang badan dan sebahagian lehernya.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata seorang lagi anak suspek, Muhammad Irfan Firdaus, 2, melecur pada muka dan badan, manakala ibu mentua, Minah Omar, 56, cedera ringan pada mata kiri.”

Apa yang dapat disimpulkan daripada isu tersebut ialah:
-  Apabila adanya perasaan marah, seseorang boleh menjadi bodoh( tidak rasional) yang kemudiannya menyebabkan orang tidak bersalah menjadi mangsa.

Kesimpulan: “ Jadilah kunci yang membuka pintu semua kebaikan dan kunci yang menutup   pintu semua keburukan

“ if you shut your door to all errors truth will be shut out”
(jangan takut buat salah tapi belajar dari kesilapan kerana tidak semestinya kalau kita pernah buat salah, selalunya kita akan salah)

Sebelum mengakhiri majlis, round table dijalankan. Alhamdulillah hampir kesemua ahli memberi pendapat.

Majlis ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan doa rabitah.

~Wallahu’alam~

Disediakan oleh: Nor Asma Atikah Mohd Zahari
Sumber   : Usrah 13 Januari 2011
              : Kitab Tauhid -Abdul Majid Aziz Az-Zindani-
              :Tafsir Al-Wadih, Juz 30 -Dr. Muhammad Mahmud Hijazi-
              :Hadis 40-Imam An-Nawawi-
              :bhkt@bharian.com.my

By: Biro Dakwah & Tarbiyah, INSPIRE Club, IIUM. 

Saturday, January 15, 2011

[usrah INSPIRE] Niat - 30 Disember 2010

Assalamualaikum semua ^_^ Apa Ceriter Usrah kita???

 

Alhamdulillah..pada 30 December 2010 lepas usrah pertama untuk sem ini telah diadakan di EDU LR 3 yang dihadiri seramai 36 orang ahli Inspire.
Usrah dimulakan oleh kak nisa untuk menerangkan dan mengingatkan tentang maksud, tujuan dan kepentingan usrah dalam satu organisasi.

• Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau ia disebut sebagai Famili.
• Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.

• Jelaslah di sini bahawa ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik. Dengan ini ia dapat meningkatkan mutu ukhuwah atau persaudaraan.

Diteruskan dengan bacaan hadith 1 yang berkaitan dengan niat untuk memperbetulkan niat serta mengingatkan tentang kepentingan niat dalam setiap amalan.

Antara isi dan hasil perkongsian daripada beberapa ahli yang hadir dapat disimpulkan:
• Sebab keluar hadis ini-kisah Hijrah Ummu Qais
• Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara’, tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik.
• Ulama ada berkata: Boleh jadi sesuatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat.• Niat tidak menghalalkan cara
• Sentiasa ikhlaskan niat dalam melakukan apa-ape amalan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

“Fake it till you make it”
- cuba dan usaha untuk berubah kearah kebaikan perlahan-lahan/secara berperingkat.
- walaupun pura-pura ia adalah salah satu cara/usaha untuk mendapat hidayah Allah.
- bukan hipokrit apabila berpura-pura menjadi baik kerana fitrah manusia suka akan kebaikan.
- apabila diperli kerana perubahan itu, anggaplah ia ujian daripada Allah untuk menguji tahap kesabaran dan keikhlasan hambanya.

“Niat vs sesuatu yang terlintas difikiran”Contohnya: terlintas bahawa Jesus seperti dikatakan oleh orang kristian dan konsep trinity adalah benar.
- Pandang dan fikir Jesus(Nabi Isa a.s.) dari sudut pandangan Islam
- Fikir dan kaji agama lain dari perspektif Islam dan bukan dari pandangan agama tersebut.
Niat kita, Hidup kitaSumber : SOLUSI Isu no.27
Ruangan:MAHMUDAH
Oleh : Umar Muhammad Noor
 
Suatu hari, seorang lelaki datang kepada Sufyan bin ‘Uyainah untuk menyatakan keluhan keadaan hidupnya. Ia berkata, “Wahai Abu Muhammad, aku mengeluh akan sikap isteriku. Dia memperlakukanku dengan sangat buruk. Seolah-olah, aku adalah orang yang paling hina dan tak berharga di matanya.” Mendengar ini, Ibn ‘Uyainah tertunduk diam. Sekian lama beliau tidak mengucapkan satu kalimat pun. Kemudian beliau mengangkat kepala dan berkata, “Apa motivasi kamu apabila menikahi isterimu itu? Apakah agar engkau mendapat kemuliaan kerana status keluarganya?” Lelaki itu mengiakannya. Ibn ‘Uyainah berkata:” Orang yang menginginkan kemuliaan, akan diberikan kehinaan. Orang yang menginginkan kekayaan, akan diberikan kefakiran. Dan orang yang menginginkan kesolehan, maka Allah akan himpunkan untuknya kemuliaan dan kekayaan.” Beliau kemudian bercerita: “Saya memiliki 3 orang adik-beradik, iaitu Muhammad, Imran dan Ibrahim. Muhammad anak yang paling tua, Imran yang paling bongsu dan aku anak pertengahan. “Apabila Muhammad hendak berkahwin, dia menginginkan kemuliaan. Beliau lalu mencari pasangan dari keluarga yang lebih tinggi status sosialnya. Akhirnya, dia diperlakukan dengan sangat hina oleh isteri dan keluarga isterinya.” “Imran menginginkan kekayaan, maka dia mencari pasangan yang berasal dari keluarga kaya. Akhirnya, ia jatuh dalam kefakiran. Mereka merampas semua hartanya dan tidak meninggalkan sedikit pun untuk dirinya.” Ibn ‘Uyainah melanjutkan: “Beberapa lama kemudian, kebetulan Ma’mar bin Rasyid dating ke negeri kami. Aku lalu meminta nasihat daripadanya sambil menceritakan kisah kedua-dua orang saudaraku itu. Beliau lalu menyampaikan kepadaku hadis Yahya bin Ja’dah: ‘seorang wanita dinikahi kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya, kemuliaanya dan kerana kecantikannya. Maka carilah wanita yang soleh, nescaya engkau akan beruntung.’ Juga hadis Aisyah : ‘Wanita yang paling besar keberkatanya adalah orang yang paling sedikit biaya maharnya.’

Kisah ini mengajar kita sesuatu yang sangat berharga: Niat sangat menentukan hidup kita. Dan Allah memperlakukan kita sesuai dengan niat kita.” Tidak terkira berapa banyak orang yang sengsara dalam mengharungi bahtera hidup ini lantaran keliru memasang niat di awal perjalanan.

Orang yang “tersalah niat” dalam mencari harta akan hidup bagai hamba sahaya. Ia melihat wang dan kekayaan sebagai tujuan utama sehingga sentiasa dibayangi kefakiran dan takut miskin. Berkata Abu Hazim Salamah bin Dinar:”Allah mewahyukan kepada dunia: ‘Siapa yang melayanimu, maka penatkanlah dia. Dan siapa yang melayani-Ku,maka layanilah dia’ “ (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Zuhd al-Kabir).

Orang yang “tersalah niat” dalam belajar menghabiskan hidupnya untuk perkara yang sia-sia. Ia membuang energy untuk mengejar ijazah, bukan untuk menimba ilmu. Padahal selembar kertas hanya memberikan kemuliaan palsu, bukan hakiki. Kaum muslimin khasnya, dan masyarakat dunia amnya, memuliakan seseorang kerana sumbangan yang diberikan, bukan kerana ijazah yang dipegang.

Orang yang “tersalah niat” dalam dakwah akan hidup dalam kebencian. Masyarakat membencinya dan ia membenci mereka. Hakikat dakwah adalah simpati yang lahir dalam hati seseorang lalu mendorongnya untuk menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan kebinasaan. Jika dakwah berakhir dengan kebencian, mesti ada yang salah dalam motif dan niat awal dakwah tersebut.

Seterusnya adalah perkongsian artikel oleh Afnan dari http://muharikah.wordpress.com/ . Isu yang diutarakan ialah mengenai “saya sudah bosan dengan usrah. Saya tak dapat apa-apa dari usrah…”. Antara isi penyelesaian yang disampaikan:
• Hormat orang lain yang sedang berdakwah dan saling membantu untuk berdakwah.
• Istigfar dan muhasabah diri. Datang usrah bukan sekadar untuk mendengar dan menerima tetapi berkongsi dan memberi. Niatkan untuk berdakwah dan komited pada dakwah.
• Fikirkan ganjaran setiap langkah untuk ke usrah dan berdakwah.

Kemudian diteruskan oleh Suhairi untuk berkongsi tentang kelebihan majlis ilmu iaitu malaikat akan memayungi orang yang menuntut ilmu. Antara signifikasi perlindungan malaikat:

1. Manusia ciptaan Allah yang paling sempurna dan merupakan sebaik-baik kejadian. Namun, manusia juga serba lemah dan kekurangan.
• Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa akan datang walaupun hanye sesaat.
• Oleh itu, berkat perlindungan malaikat, ini dapat melindungi manusia itu dari keburukan atau bala.
2. Mendapat rahmat yang terus memayungi sehingga sampai ke destinasi.
3. Mendapat sakinah mawaddah (ketenangan dan kasih sayang).
• Didatangkan perasaan sayang pada orang lain dan sayang terhadap agama.
4. Allah merasa bangga dengan manusia.
• Ini kerana sebelum penciptaan manusia, para malaikat mengatakan manusia akan membawa kerosakan

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat , “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman,” Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”(Al-Baqarah(2):30)

Selapas itu, diteruskan dengan tafsir surah al-Hujuraat(49): 9-12
(9) “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

(10) “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”

(11) “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

(12) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
 
Dapat diringkaskan mengenai ayat ini ialah tentang konsep adab sesama manusia.
• Sebaiknya manusia bersikap sederhana dalam setiap aspek dalam kehidupan.
• Sesame saudara tidak sepatutnye bertelingkah melebihi 3 hari.
• Sesame manusia juga tidak boleh mencemuh antara satu sama lain.
• Tutup aib orang lain supaya Allah juga menutup aib kita diakhirat.

Usrah diteruskan dengan perbincangan isu semasa oleh Juliana. Antara intipatinya :
• Manusia sering taksub dengan kejadian-kejadian luar biasa yang berlaku di muka bumi. Oleh itu, ta’jub dengan kebesaran Allah adalah lebih baik daripada taksub dengan perkara yang boleh membawa kepada syirik.

Wallahu’alam.
 
Disediakan oleh: ctrazifah
Sumber: usrah 30 disember 2010http://www.hep.unisel.edu.my/
http://muharikah.wordpress.com/
SOLUSI Isu no.27
By: Biro Dakwah & Tarbiyah, INSPIRE Club, IIUM.

Tuesday, June 22, 2010

Foto barang2 Rasulullah saw

picture7.jpg
Bila kita berjauh jarak dengan yang terkasih Muhammad Rasulullah yang berbentang waktu 1.400 tahun… bila kita belum pernah melihat wajah sucinya, sementara kita menyebut namanya setiap hari, kita menghantarkan salam kepadanya setiap hari melalui solat, selawat-selawat  dan do’a-do’a yang kita lantunkan, kita memohon  syafa’atnya untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya azab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengobati kerinduan kita yang sangat dalam kepada  yang Tercinta Nabi Agung, Kekasih Allah dan  pribadi mulia panutan alam??
Titik air mataku begitu melihat langsung baju beliau yang bersahaja dan sudah robek, sandal beliau. Allahu Akbar … serasa dekat denganmu ya Rasulullah … Andai aku bisa melihat wajahmu, rontok segala persendianku, tak tahan dengan kenikmatan memandang kemuliaan wajahmu… Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad ….
(Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada  Nabi Agung,  kekasih Allah …)
Allahumma shalli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam …
the-blessed-shirt-of-prophet-muhammad-saw
The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (. Yaa Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci nan agung ..!!)
the-blessed-shirt1-of-prophet-muhammad-saw
The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Bagian dari baju gamis Nabi SAW )
jubah-rasulullah1
Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW
blessed-seal-of-rasool-allah-saw1
The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap mohor surat Nabi SAW)
copy-of-the-blessed-bowl-of-prophet-muhammad-saw
Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW
picture1.jpg
Kunci Ka’bah zaman Nabi Muhammad SAW

the-blessed-foot-print-of-rasool-allah-saw
jejak-kaki-nabi
Tapak kaki Rasulullah SAW
blessed-hair-of-rasool-allahsaw

rambut-nabi
Dua helai rambut Rasulullah SAW 

gigi-dan-rambut1
Peninggalan gigi dan rambut Nabi.


Kotak gigi Rasulullah SAW
picture4.jpg
pedang2-nabi-dengan-nama-namanya1
pedang2-nabi-dengan-nama-namanya2
pedang2-nabi-dengan-nama-namanya
Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya yang digunakan untuk menegakkan ajaranTauhid.

Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas
busur-panah-nabi
Busur Panah Nabi SAW

Bendera Rasululullah SAW
blessed-turbine1-of-prophet-muhammad-saw
Serban-serban yang pernah dimiliki Rasulullah SAW

Topi Besi Rasulullah SAW

Baju dan barang-barang Rasulullah SAW
blessed-sandals2-of-rasool-allah-saw
blessed-sandal-of-rasool-allah-saw
blessed-sandal1-of-rasool-allah-saw1
Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta …
letter-to-nijashi-king-of-habsha
Surat Nabi SAW kepada Raja Najashi, Raja Habsyah
letter-to-omani-people
Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan
letter-to-qaiser_e_rome
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7

Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius
prophets-letter-to-muqauqas-egypt
Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir

Makan Siti Aminah, ibu Rasululllah SAW


box-belonging-to-hazrat-fatima-rz
Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.
picture6.jpg
PINTU MAKAM NABI MUHAMMAD SAW

the-blessed-dust-from-the-tomb-of-the-prophet
The blessed dust from the tomb of the Prophet Muhammad PUBH (Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW)
picture7.jpg
Makam Nabi Muhammad SAW

sumber :
 Dipetik dari moeflich.wordpress.com

Wednesday, April 14, 2010

Fatimah Binti Muhammad

Fatimah Binti Muhammad




Saidatina Fatimah r.a. merupakan cahaya mata kelima baginda Rasulullah bersama Khadijah r.a. Beliau dilahirkan pada waktu dimana bapanya sering beruzlah di gua-gua di sekeliling kota Makkah untuk beribadah dan memikirkan tentang kejadian-kejadian makhluk ciptaan Tuhan.
Pada ketika itu, before the Bithah, kakak beliau yang sulung iaitu Zainab telah berkahwin dengan saudara sepupunya, al-Aas ibn ar-Rabiah. Diikuti pula dengan dua orang kakaknya, Ruqayyah dan Umm Kalthum, yang dikahwinkan dengan dua orang anak lelaki Abu Lahab, bapa saudara baginda Rasulullah. Abu Lahab dan isterinya Umm Jamil sebenar-benarnya merupakan musuh paling sengit kepada Rasulullah sejak awal kerasulan baginda lagi.

Dengan demikian, Fatimah telah menyaksikan bagaimana kakak-kakaknya meninggalkan keluarganya seorang demi seorang setelah dikahwinkan dengan suami masing-masing. Belaiu pada waktu itu masih terlalu mentah untuk memahami maksud sesuatu pernikahan dan sebab mengapa kakak-kakak beliau terpaksa tinggal bersama suami masing-masing. Beliau sangat menyayangi kakak-kakaknya dan berasa sedih dan sunyi apabila mereka meninggalkan rumah tempat tinggal keluarganya. Beliau dikatakan diselubungi suatu kesedihan yang mendalam pada ketika itu.

Namun begitu, beliau tidak keseorang di rumah walaupun kakak-kakaknya telah berkahwin dan berpindah bersuami mereka. Barakah yang merupakan pembantu Aminah, ibu Rasulullah, yang menjaga baginda sejak lahir, Zaid bin Harithah dan Ali, anak kepada Abu Talib, semuanya merupakan sebahagian dari isirumah baginda Rasulullah pada ketika itu. Tidak terkecuali juga ibu beliau yang pengasih iaitu Saidatina Khadijah al-Khuwailid.
Melalui ibunya serta Barakah, Fatimah memperoleh ketenangan dan keselamatan. Ali yang berumur dua tahun lebih tua dari beliau, membekalkan kasih sayang seorang abang dan seorang kawan serta mengambil tempat lelaki Fatimah, al-Qasim yang meninggal ketika masih bayi. Seorang lagi saudara Fatimah, Abdullah yang digelar the Good and the Pure, yang lahir selepas Fatimah, juga meninggal ketika masih bayi. Walaupun begitu, tidak seorang pun di rumah bapanya yang mempu memberikan kegembiraan seperti yang dirasakan Fatimah bersama kakak-kakak beliau. Fatimah merupakan seorang yang berjiwa sensitive sejak kecil.

Ketika berusia lima tahun, Fatimah menerima berita tentang kerasulan bapanya. Tugas baginda yang utama adalah menyampaikan berita baik iaitu Islam kepada kaum kerabat serta sahabat-sahabat terdekat baginda serta mengajak mereka mengesakan Allah. Ibu Fatimah, wanita sumber kekuatan dan sokongan kepada bapanya, telah menerangkan kepada Fatimah tugas yang kini ditanggu oleh bapanya. Sejak dari itu, Fatimah semakin rapat dengan baginda Rasulullah dan menumpahkan kasih saying yang tidak terbatas buat bapanya. Fatimah sering kelihatan mengiringi baginda menelusuri lorong-lorong sempit sekitar kota Makkah, mengunjungi Kaabah atau menghadiri pertemuan-pertemuan rahsia dengan pengikut-pengikut baginda yang paling awal menerima Islam dan bersumpah setia dengan baginda.

Pada suatu hari, ketika umur Fatimah belum mencecah sepuluh tahun, beliau telah menemani bapanya ke masjidil-Haram. Beliau berdiri menghadap Kaabah di tempat yang dikenali sebagai al-Hijr lalu menunaikan sembahyang. Fatimah berdiri di sisi baginda. Sekumpulan orang Quraisy yang sudah pasti membenci baginda mengurumi Rasulullah yang sedang bersolat itu. Di antara mereka termasuklah Abu Jahl ibn Hisyam bapa saudara Rasulullah, Uqbah ibn Abi Muayt, Umayyah ibn Khalaf, serta Shaybah dan Utbah, anak-anak lelaki Rabi’ah. Dengan niat yang keji, mereka menghampiri Rasulullah dan ketua di antara mereka iaitu Abu Jahl bertanya :
‘Siapa di antara kamu yang boleh memdapatkan usus binatang sembelihan untuk kita campakkan kepada Muhammad?’

Uqbah ibn Abi Muayt, orang yang paling keji di antara mereka, menawarkan diri dan bergegas pergi untuk melakukan perkara jahat tersebut. Uqbah kembali dengan usus binatang sembelihan lalu melemparkannya ke atas bahu Rasulullah s.a.w. ketika baginda sedang sujud. Salah seorang sahabat Rasulullah iaitu Abdullah bin Mas’ud hadir ketika kejadian itu namun tidak mampu berkata atau berbuat apa-apa.

Bayangkan perasaan Fatimah tatkala beliau menyaksikan bapanya diperlakukan sebegitu rupa. Apakah yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak berusia sepuluh tahun itu? Beliau menghampiri bapanya lalu membuang bahan kotoran tersebut lalu berpaling dan memarahi kumpulan orang Quraisy tadi. Mereka pula tidak mengeluarkan walau sepatah kata pun kepada Fatimah. Rasulullah mengangkat kepala setelah selesai bersujud lalu terus menyempurnakan solatnya. 


Kemudia baginda berdoa : ‘Ya Allah, hukumlah hukumlah orang-orang Quraisy itu!’ serta diulangi baginda doa itu sebanyak tiga kali. Sambung baginda lagi :
‘Semoga kau menghukum Utbah, Uqbah, Abu Jahl dan Shaybah.’ (Mereka yang disebut Rasulullah di dalam doa baginda ini akhirnya terbunuh beberapa tahun kemudian di dalam perang Badar) Pada suatu kejadian yang lain, Fatima bersama Rasulullah ketika baginda melakukan tawaf di sekeliling Kaabah. 

Sekumpulan orang Quraisy mengelilingi baginda. Mereka memegang baginda dengan kasar dan cuba mencekik baginda dengan pakaiannya. Fatimah hanya mampu menjerit meminta tolong. Abu Bakr segera ke tempat kejadian dan berjaya membebaskan Rasulullah s.a.w. Sambil cuba membebaskan Nabi Allah itu, Abu Bakr merayu ; ‘Sanggupkan kalian membunuh orang yang memperakui “Allah Tuhanku”?’ Enggan mengalah, puak musyrikin Quraisy itu menyerang pula Abu Bakr hingga kepala dan wajah beliau berlumuran darah.
Penentangan yang begitu hebat dan penindasan kejam terhadap bapanya serta umat Islam telah disaksikan oleh Fatimah yang masih kecil itu. Beliau jauh dari berdiam diri dan bersembunyi, bahkan turut serta dalam perjuangan untuk menegakkan bapanya serta risalah yang dibawa oleh baginda. Beliau masih lagi di usia yang mentah dan bukan kehidupan riang dan gelak ketawa yang mengiringi kehidupan muda belaiu tetapi penyaksian dan penglibatan dalam dugaan-dugaan besar yang beliau hadapi.
Namun begitu, beliau tidak keseorang dalam mengharungi semua itu. Seluruh keluarga Nabi menderita akibat kekejaman dan kebencian puak Quraisy terhadap mereka. Kakak beliau, Ruqayyah dan Umm Kalthum turut menderita. Pada ketika ini mereka sedang tinggal di tempat yang seakan-akan pusat tumpuan segala kebencian dan penentangan terhadap Rasulullah s.a.w. Suami mereka adalah Utbah dan Utaybah, anak Abu Lahab dan Umm Jamil. Umm Jamil terkenal dengan parawakan beliau yang garang dan bengis serta lidah yang tajam. Beliau adalah antara sebab utama Khadijah kurang bersetuju dengan perkahwinan anak-anaknya dengan anak Umm Jamil sejak dari awal. Sudah pasti Umm Kalthum dan Ruqayyah tersiksa hidup di rumah musuh-musuh yang bukan sahaja turut serta bahkan mengepalai gerakan menentang bapa mereka.
Sebagai satu penghinaan ke atas Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda, Utbah dan Utaybah digesa oleh ibubapa mereka agar menceraikan isteri masing-masing. Ini merupakan sebahagian dari langkah-langkah pemuluan terhadap Rasulullah s.a.w. Sebaliknya Rasulullah menerima dengan gembira dan lega akan kepulangan anak-anaknya yang tersayang.

Fatimah sudah tentu gembira kerana berpeluang bersama kakak-kakaknya kembali. Mereka semua mengharapkan agar Zaynab juga diceraikan oleh suaminya. Bahkan, puak musyrikin Quraisy turut mendesak Abu al-Aas agar menceraikan Zaynab naming Zaynab, beliau menjawab :


‘Aku mencintai isteriku sepenuh hatiku dan aku menghormati dan memandang tinggi bapanya meskipun aku belum memasuki agama Islam.’
Kedua-dua Ruqayyah dan Umm Kalthum gembira kerana dapat kembali ke pangkuan ibubapa mereka serta meninggalkan deraan mental yang sering dihadapi ketika tinggal bersama Umm Jamil. Tidak lama kemudian, Ruqayyah telah dikahwinkan dengan Uthman bin Affan, pemuda yang pemalu dan antara orang terawal yang memeluk Islam. Ruqayyah dan Uthman telah menyertai hijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan serta tinggal di sana selama beberapa tahun lamanya. Fatimah tidak bertemu dengan Ruqayyah lagi sehinggalah ketika ibu mereka meninggal dunia.


Penindasan terhadap Rasulullah, keluarga dan pengikut-pengikut baginda berterusan bahkan bertambah teruk setelah penghijrahan sebahagian umat Islam ke Habsyah. Pada lebih kurang tahun ketujuh selepas nubuwwah, baginda dan keluarga baginda dipaksa meninggalkan rumah mereka dan pergi ke sebuah lembah kering kontang yang dikelilingi bukit bukau serta hanya boleh dimasuki melalui satu lorong kecil dari Makkah.


Di lembah tandus itulah tempat Muhammad s.a.w. bersama-sama dengan ahli keluarga Banu Hashim dan al-Muttalib dipaksa tinggal dengan bekalan makanan yang terhad. Fatimah merupakan antara yang termuda di kalangan mereka – beliau berusia lebih kurang dua belas tahun – dan turut merasa hidup tersiksa berbulan-bulan lamanya. Tangisan wanita dan kanak-kanak kelaparan boleh didengar hingga ke kota Makkah. Kaum Quraisy menghalang sebarang perhubungan dengan umat Islam yang dipulaukan itu. 


Kesengsaraan mereka hanya berkurangan sedikit tatkala tiba musim haji. Pemulauan itu berlangsung selama tiga tahun. Setelah ia berakhir, Rasulullah terpaksa pula berhadapan dengan lebih banyak cubaan dan dugaan. Khadijah, isteri yang setia dan patuh, meninggal tidak lama kemudian. Dengan pemergian Khadijah r.a., keluarga Rasulullah telah kehilangan satu punca ketenangan dan kekuatan yang mempertahankan mereka pada waktu-waktu ditimpa kesusahan. Tahun di mana Khadijah r.a., dan kemudiannya Abu Talib r.a., meninggal dunia dikenali sebgai Tahun Kesedihan. Fatimah yang kini di alam remaja bergitu berdukacita atas pemergian ibunya. Beliau sering menitiskan air mata dan jatuh sakit buat satu ketika disebabkan terlalu sedih. Bahkan beliau dikhuatiri meninggal dunia akibat kesedihan yang melampau.

Walaupun kakaknya Umm Kalthum tinggal bersamanya pada waktu itu, Fatimah merasakan satu tanggungjawab besar yang harus beliau pikul setelah pemergian ibunya. Beliau menyedari perlunya sokongan yang lebih besar untuk bapanya. Dengan penuh kasih saying, beliau menumpukan seluruh tenaga dalam menjaga setiap keperluan bapanya. Komitmen beliau yang begitu serius terhadapa Rasulullah telah menyebabkan beliau diberi gelaran ‘Umm Abi-ha’ yang bermaksud ‘Ibu kepada Bapanya’. Beliau jugak memberikan sokongan moral dan ketangan rohani ketika baginda dilanda dugaan-dugaan dan kesulitan.
Kadang kala beliau tidak mampu menghadapi dugaan yang tiba. Pada ketika ini, berlaku satu kejadian di mana sekumpulan penyangak Quraisy telah mencampakkan debu kotoran dan tanah ke atas kepala baginda Rasulullah s.a.w. Sebaik sahaja baginda pulang ke rumah, Fatimah menghilangkan kotoran itu dari kepala baginda sambil menangis.


‘Jangan engkau menangis, wahai anakku,’ kata baginda, ‘Allah akan melindungi bapamu.’ Baginda Rasulullah terutamanya sangat menyayangi Fatimah. Baginda pernah bersabda, ‘Barangsiapa menyenangkan Fatimah, maka dia telah menyenangkan Allah dan barangsiapa membuatkan Fatimah murka, maka dia telah membuatkan Allah murka kepadanya. Fatimah adalah sebahagian dariku. Apa yang menyenangkannya, menyenangkanku dan apa yang tidak menyenangkannya adalah tidak menyenangkankan bagiku.’


Beliau turut bersabda, ‘Ada empat wanita yang terbaik di dunia ini : Mariam, Aasiyah isteri firaun, Khadijah ummul mukminin, dan Fatimah anak Muhammad.’ Dengan demikian Fatimah menempati kedudukan istimewa di hati Rasulullah yang hanya dimiliki isteri baginda, Khadijah.


Fatimah r.a. diberi gelaran ‘az-Zahraa’ yang bermaksud “Yang Menawan”. Ini disebabkan wajahnya yang berseri-seri seakan mengeluarkan cahaya. Apabila beliau menunaikan solat, mihrab di hadapannya dikatakan memantulkan cahaya dari wajahnya. Beliau juga turut digelar ‘al-Batul’ disebabkan sifat syadidnya. Beliau jarang menghabiskan masa bersama wanita-wanita lain. Sebaliknya beliau menggunakan masa yang ada untuk menunaikan solat, membaca al-Quran serta melakukan ibadat-ibadat lain.


Fatimah memiliki ciri-ciri mirip bapanya, Rasulullah s.a.w. Aisyah isteri baginda pernah berkata : ‘Aku tidak melihat makhluk ciptaan Allah yang menyerupai Rasulullah dari segi bercakapan, perbualan dan perlakuan kecuali Fatimah r.a. Apabila Rasulullah nampak Fatimah datang kepadanya, baginda akan mengalu-alukannya, bangun lalu mengucup tangannya, memimpinnya dan mendudukkan beliau di tempat baginda. Fatimah akan melakukan perkara yang sama apabila Rasulullah datang kepadanya. Beliau akan bangun dan menerima baginda dengan gembira dan mencium baginda.


Perlakuannya yang sopan dan percakapannya yang lemah lembut merupakan sebahagian dari keperibadian Fatimah yang indah dan disegani. Beliau sangat pemurah terhadap fakir miskin dan sangat mudah menyedekahkan apa jua yang dimiliki untuk membantu golongan ini meskipun beliau sendiri kelaparan. Beliau tidak sesekali menginginkan perhiasan dunia atau keselesaan dan kemewahan hidup. Fatimah hidup penuh tawaddhuk, namun ada ketikanya ketahan beliau tercabar dalam mengahadapi dugaan yang mendatang.


Fatimah r.a. mewarisi kelembutan lidah dalam berkata-kata yang berpunca dari ketinggian ilmu. Apabila beliau berucap, kata-katanya mampu menyentuh hati para pendengarnya sehinggakan menitiskan airmata. Beliau dikurniakan bakat dan kebersihan hati yang membolehkannya menggerak dan mendekatkan hati orang ramai kepada mengagungkan Allah s.w.t dan mensyukuri nikmatNya yang tidak terbatas.


Fatimah r.a. berhijrah ke Madinah beberapa minggu selepas penghijrahan Rasulullah s.a.w. Beliau pergi bersama Zaid bin Harithah yang telah diutuskan oleh baginda untuk membawa ahli keluarganya ke Madinah. Rombongan hijrah itu terdiri daripada Fatimah dan Umm Kalthum, Sa’udah isteri Rasulullah, Barakah isteri Zaid beserta anaknya Usamah. Turut sama dalam rombongan tersebut ialah anak Abu Bakar, Abdullah yang mengiringi ibunya dan kakaknya, Aisyah dan Asma.


Fatimah tinggal di Madinah bersama bapanya di sebuah rumah kecil yang dibina Rasulullah bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Pada tahun kedua Hijrah, Fatimah menerima beberapa lamaran perkahwinan melalui bapanya, dan dua daripada lamaran tersebut ditolak. Kemudian Ali bin Abi Talib berjaya menguatkan semangatnya lalu bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dengan lamaran untuk mengahwini Fatimah. Namun begitu, Ali menjadi gementar ketika berhadapan dengan baginda Rasulullah lalu tidak dapat menyuarakan hajatnya. Beliau hanya tunduk ke bawah tanpa berkata-kata. Lalu Rasulullah pun bertanya : ‘Apakah tujuan kau ke mari? Adakah kau memerlukan sesuatu?’ Ali masih belum dapat bersuara maka Rasulullah s.a.w. pun mencadangkan; ‘Adakah engkau datang untuk melamar Fatimah?’


‘Ya,’ jawab Ali. Dengan itu, menurut sesetangah riwayat, baginda Rasulullah hanya menjawab : ‘Marhaban wa ahlan – Selamat datang ke dalam keluargaku,’ dan jawapan ini diterima oleh Ali dan sekumpulan orang Ansar yang menunggunya di luar rumah sebagai penerimaan Rasulullah terhadap lamaran tersebut. Satu riwayat lain melaporkan bahawa Rasulullah telah menerima lamaran Ali itu dan bertanya kepada Ali sekiranay dia mempunyai sesuatu yang boleh dijadikan sebagai mahr. Ali menjawab tidak. Rasulullah s.a.w. mengingatkan bahawa beliau mempunyai sebuah perisai yang boleh dijual.
Lalu Ali menjual perisai tersebut kepada Uthman dengan harga empat ratus dirham. Namun ketika sedang menuju ke rumah Rasulullah untuk menyerahkan mahr tersebut, Uthman berkata kepadanya :


‘Aku memulangkan perisai ini kepada engkau sebagai hadiah sempena perkahwinan engkau kepada Fatimah.’ Dengan itu, Fatimah dan Ali telah dinikahkan kemungkinan sekali pada awal tahun kedua Hijrah. Umur Fatimah pada ketika itu lebih kurang sembilan belas tahun manakala Ali berusia lebih kurang dua puluh satu tahun. Upacara akad nikah telah dilakukan oleh baginda Rasulullah sendiri. Pada upacara walimah pula, para tetamu dihidangkan dengan buah tamar, tiin dan hais (hidangan tamar bercampur lemak mentega). Seorang lelaki ansar yang terkemuka telah menyedahkan seekor kambing manakala beberapa orang yang lain menawarkan gandum sebagai hadiah. Seluruh Madinah meraikan hari yang bahagia itu.


Sempena perkahwinan tersebut, Rasulullah diriwayatkan telah menghadiahi Fatimah dan Ali dengan sebuah katil kayu yang dililit dengan daun pokok tamar, cadar baldu, sebuah bantal kulit yang diisi dengan pelepah tamar, sebuah karung kulit, sebuah tembikar, sebuah karung air dan penggiling untuk mengisar gandum.


Fatimah meninggalkan rumah bapanya buat kali pertama untuk memulakan kehidupan bersama suaminya. Rasulullah s.a.w. yang pastinya mengambil berat terhadap anaknya Fatimah telah mengutuskan Barakah mengiringi Fatimah dan membantunya. Barakah memainkan peranan penting dalam membantu Fatimah dalam menghadapi waktu-waktu kesulitan. 



Baginda Rasulullah telah berdoa untuk mereka :
‘Ya Tuhanku, berkatilah mereka kedua, berkatilah rumah mereka dan berkatilah anak-anak mereka.’ Di rumah Ali yang kecil hanya terdapat sehelai kulit kambing sebagai tempat tidur. Di pagi selepas hari perkahwinan tersebut, Rasulullah pergi berkunjung ke rumah Ali lalu mengetuk pintunya.


Barakah menjawab ketukan pintu dan Rasulullah pun berkata kepadanya :‘Ya Umm Aiman, panggilkan saudaraku.’


‘Saudaramu? Dia itukah yang mengahwini anakmu?’ Tanya Barakah yang seolah berbunyi : ‘Mengapakah Rasulullah menggelar Ali saudaranya?’ (Baginda menggelar Ali sebagai saudaranya kerana baginda dan Ali dihubungkan dengan tali persaudaraan sebagaimana seorang Ansar dan Muhajjirin dipersaudarakan selepas peristiwa Hijrah.)


Rasulullah mengulangi kata-katanya dengan suara yang lebih tinggi. Ali pun datang ke pintu dan Rasulullah telah berdua meminta kerberkatan dari Allah kepadanya. Kemudian baginda memanggil Fatimah. Beliau datang dengan penuh segan silu lalu berkata Rasulullah kepadanya :


‘Aku telah mengahwinkan engkau kepada ahli keluargaku yang paling aku sayangi.’ Kata-kata Rasulullah ini bertujuan menenangkan hati Fatimah. Beliau bukanlah sedang memulakan kehidupan baru bersama seseorang yang tidak dikenali tetapi dengan seseorang yang telah membesar bersamanya, seseorang yang merupakan orang paling awal memeluk Islam pada usia yang sangat muda, seseorang yang terkenal dengan semangat yang tinggi, keberanian dan ketakwaannya, seseorang yang digelar Rasulullah s.a.w. sebagai ‘saudaranya di dunia dan di akhirat.’


Kehidupan Fatimah bersama Ali tidak dihiasi dengan kemewahan, sama seperti kehidupannya bersama Rasulullah s.a.w. Dari segi keselesaan material, kehidupannya serba kekurangan dan kesempitan. Sepanjang hidup mereka sebagai suami isteri, Ali tetap miskin kerana beliau tidak berusaha mengumpul harta kekayaan. Fatimah merupakan satu-satunya di antara adik-beradiknya yang tidak berkahwin dengan suami yang kaya.


Bahkan, boleh dikatakan bahawa kehidupan Fatimah bersama Ali lebih sukar berbanding kehidupannya bersama Rasulullah s.a.w. Sekurang-kurangnya, di rumah Rasulullah sentiasa ada orang-orang yang sedia membantunya menajalakan tugas-tugas harian. Namun kini beliau harus menguruskan tanggungjawabnya sendirian. Sebagai sumber pendapatan, Ali bekerja sebagai pengangkut air manakala Fatimah pula mengisar gandum. Pernah suatu ketika Fatimah berkata kepada Ali : ‘Aku telah mengisar gandum sehingga tanganku luka-luka.’


‘Aku telah mengangkut air sehingga dadaku sakit,’ kata Ali lalu mencadangkan kepada Fatimah : ‘Allah telah memberkati bapamu dengan beberapa orang tawanan perang, pergilah kau kepadanya dan mintalah agar dia memberikan seorang pembantu kepadamu.’
Dengan hati yang berat, Fatimah telah menemui Rasulullah yang berkata kepadanya : ‘Apa yang telah menyebabkan kau datang kemari, wahai anakku?’ ‘Aku datang dengan doa kesejahteraan buatmu,’ kata Fatimah, yang menjadi kelu sebaik berhadapan dengan Rasulullah s.a.w.


‘Apa yang telah engkau lakukan?’ Tanya Ali sebaik sahaja Fatimah pulang dari rumah bapanya.


‘Aku terlalu malu untuk meminta kepadanya,’ jawab Fatimah. Maka kedua mereka pun pergi menemui Rasulullah untuk menyampaikan permintaan itu. Namun Rasulullah merasakan lebih ramai lagi orang lain yang lebih memerlukan dari mereka.


‘Aku tidak akan memberikannya kepada kamu,’ kata baginda, ‘dan membiarkan ahl as-Suffah (golongan miskin yang tinggal di masjid) dalam kelaparan. Aku tidak mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk menyara mereka….’


Ali dan Fatimah pulang ke rumah dengan perasaan hampa. Namun begitu, pada malam tersebut ketika mereka sedang tidur, mereka mendengar suara Rasulullah s.a.w. meminta izin untuk masuk ke rumah mereka. Mereka bingkas bangun untuk menyambut baginda namun Rasulullah berkata :


‘Duduk saja di situ,’ lalu baginda duduk bersama mereka. ‘Mahukah kamu sekiranya aku mengajar kamu sesuatu yang lebih baik dari apa yang kau minta dariku?’ Tanya baginda yang dijawab ya lalu baginda berkata lagi, ‘Jibrail telah mengajarku, hendaklah kamu berkata “Subhaan Allah – Maha suci Allah” sepuluh kali selepas setiap solat, dan “al-Hamdu Lillah – segala puji bagi Allah” sepuluh kali dan “Allahu Akbar – Allah Maha Besar” sepuluh kali. Dan apabila kamu hendak tidak, bacakan setiap satu itu tiga puluh tiga kali.


Ali sering berkata kemudiannya : ‘Tidak pernah aku lupa untuk mengucapkannya setelah Rasulullah s.a.w. mengajarkannya kepada kami.’


Terdapat banyak riwayat yang menceritakan kepayahan hidup yang dialami oleh Fatimah. Di rumahnya sering tidak ada makanan. Pernah suatu ketika baginda Rasulullah s.a.w. berasa lapar. Beliau pergi ke rumah isteri-isterinya satu demi satu namun semuanya tidak mempunyai makanan. Baginda kemudiannya pergi ke rumah Fatimah namun beliau jugak tidak mempunyai sebarang makanan. Apabila baginda akhirnya memperoleh sedikit makanan, beliau telah mengirimkan dua buku roti dan sedikit daging kepada Fatimah. 



Pernah juga baginda Rasulullah berkunjung ke rumah Abu Ayyub al-Ansari dan diberikan sedikit makanan. Sebahagian daripada makanan tersebut telah baginda simpan untuk diberikan kepada Fatimah. Fatimah jugak sedia maklum tentang keadaan Rasulullah yang sering ketiadaan makanan maka beliau juga akan membawakan makanan kepada baginda sekiranya beliau mampu. Pernah suatu ketika Fatimah membawa sedikit roti barli kepada Rasulullah dan baginda berkata : ‘Inilah makanan pertama yang dimakan oleh bapamu ini setelah tiga hari.’

Perbuatan-perbuatan baik terhadap bapanya itulah yang menggambarkan kasih saying Fatimah kepada Rasulullah dan baginda juga menyayangi Fatimah dengan sebenar-benarnya.


Pada suatu masa, baginda Rasulullah pulang dari suatu perjalanan ke luar Madinah. Tempat pertama yang dituju oleh baginda ialah masjid untuk menunaikan solat dua rakaat seperti kebiasaannya. Dan, seperti biasa juga, baginda terus menuju ke rumah Fatimah sebelum bertemu dengan isteri-isteri baginda. 



Fatimah menyambut kedatangan baginda dan mencium wajah baginda lalu menangis. ‘Mengapa engkau menangis?’ Rasulullah bertanya. ‘Aku melihat engkau, ya Rasulullah,’ katanya, ‘aku melihat wajahmu yang pucat dan pakaianmu yang koyak dan lusuh.’ ‘Wahai Fatimah,’ jawab Rasulullah dengan lemah lembut, ‘janganlah engkau menangis kerana Allah telah mengutuskan bapamu dengan satu tugas yang akan membawa perubahan kepada setiap rumah di muka bumi ini, baik di kota, desa atau di khemah-khemah (di padang pasir) dan membawa bersamanya kegemilangan atau keruntuhan sehinggalah tugas ini selasai sama seperti malam yang pasti akan datang.’ Kata-kata sedemikian sering kali membuatkan Fatimah lupa akan kesengsaraan dan kepahitan hidup dan membuka matanya kepada kebesaran dan kehebatan berita besar yang dibawa oleh bapanya.

Fatimah kemudiannya kembali tinggal di sebuah rumah berhampiran dengan rumah bapanya. Rumah tersebut telah dihadiahkan oleh seorang Ansar yang tahu bahawa Rasulullah pasti bergembira apabila anak kesayangannya itu tinggal berhampiran dengannya. Mereka mengharungi kemenangan dan kejayaan, kepedihan dan kepayahan hidup di kota Madinah yang bersejarah.


Pada pertengahan tahun kedua Hijrah, kakak beliau Ruqayyah telah diserang demam campak. Peristiwa ini terjadi sejurus selepas Peperangan Badar. Suami Rquayyah, Uthman, tinggal bersamanya untuk menjaga Ruqayyah lalu tidak dapat bersama di dalam peperangan tersebut. Ruqayyah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sejurus sebelum bapanya pulang ke Madinah.Antara perkara pertama yang dilakukan Rasulullah s.a.w. sekembalinya dari Madinah adalah menziarahi kubur Ruqayyah.


Baginda ditemani oleh Fatimah. Ini merupakan kehilangan yang pertama dialami di kalangan keluarga baginda yang terdekat selepas kewafatan Saidatina Khadijah. Fatimah amat berdukacita atas pemergian kakaknya yang tersayang. Air mata tidak berhenti mengalir sedang beliau duduk di sisi baginda Rasulullah di kubur Ruqayyah. Baginda menenangkan Fatimah dan mengesat airmatanya dengan jubah baginda.


Rasulullah s.a.w. pernah menegah umat Islam dari meratapi kematian seseorang, namun perkara ini telah disalahfahamkan. Sekembalinya Rasulullah dan Fatimah, terdengar suara Umar sedang memarahi wanita-wanita yang meratapi kematian ahli-ahli perang Badar dan juga Ruqayyah.


‘Umar, biarlah mereka menangis,’ kata baginda sambil menambah, ‘apa yang datang melalui hati dan melalui mata, itu adalah dari Allah dan belas kasihNya, akan tetapi apa yang datang melaui tangan dan melalui lidah, itu adalah dari Syaitan.’ ‘melalui tangan’ yang dimaksudkan baginda adalah perbuatan memukul dada dan menampar pipi, dan ‘melalui lidah’ bermaksud perbuatan membuat bising dengan menguatkan suara seperti yang sering dilakukan oleh kaum wanita bagi meraih simpati.


Uthman kemudiannya mengahwini seorang lagi anak perempuan Rasulullah iaitu Umm Kalthum, lalu beliau digelar ‘dhu an-Nurain’ yang bermaksud ‘Pemilik Dua Cahaya’.
Kesedihan yang dialami keluarga Rasulullah akibat kematian Ruqayyah telah diubati dengan kegembiraan apabila Fatimah melahirkan seorang bayi lelaki pada bulan Ramadhan tahun ketiga Hijrah. Baginda telah mengazankan bayi yang baru lahir itu dan menamakannya al-Hassan yang bermaksud ‘yang indah’.


Setahun kemudian pula Fatimah melahirkan seorang lagi anak lelaki yang diberi nama al-Husayn yang bermaksud ‘Hassan yang kecil’ atau ‘si kecil yang indah’. Fatimah sering membawa dua orang anaknya bertemu dengan datuk mereka yang begitu menyayangi mereka. Baginda membawa mereka ke masjid di mana mereka sering menaiki belakang Rasulullah ketika baginda sedang sujud. Perkara yang sama dilakukan oleh Rasulullah terhadap cucunya Umamah, anak perempuan Zainab.
Pada tahun kelapan selepas Hijrah, Fatimah melahirkan anaknya yang ketiga, seorang bayi perempuan yang dinamakan Zainab sempena kakaknya yang telah meninggal sejurus sebelum kelahiran tersebut. Bayi ini kemudiannya membesar dan mencipta nama sebagai ‘Perwira Karbala’. Anak beliau yang keempat dinamakan Umm Kalthum sempena kakaknya yang meninggal dunia setahun sebelum kelahiran anaknya itu.

Susur galur keturunan Rasulullah s.a.w. berterusan melalui anak-anak lelaki Fatimah. Kesemua anak lelaki Rasulullah s.a.w. meninggal dunia ketika masih bayi manakala kedua orang anak lelaki Zainab yang bernama Ali dan Umamah turut meninggal ketika masih kecil. Anak lelaki Ruqayyah, Abdullah juga meninggal sebelum sempat mencecah umur dua tahun. Ini merupakan salah satu sebab mengapa Fatimah mempunyai kedudukan yang istimewa.


Walaupun Fatimah sering sibuk kerana mengandung, melahirkan serta membesarkan anak-anaknya, beliau tetap cuba melibatkan diri dengan urusan umat Islam di Madinah yang kian hari kian bertambah. Sebelum mendirikan rumahtangga, beliau memainkan peranan sebagai seorang pelayan kepada golong miskin ahl as-Suffah. Sebaik sahaja Perang Badar berakhir, beliau bersama-sama dengan wanita Muslim yang lain bergegas ke medan perang. Di sana beliau meratapi umat Islam yang telah syahid serta menghabiskan masanya merawat kecedaraan bapanya. Ketika peristiwa Perang Tabuk pula, Fatimah memainkan peranan penting dalam menyediakan bekalan makanan untuk para pejuan Islam mengharungi pertempuran yang panjang itu. Fatimah juga menjadi imam ketika solat bersama wanita-wanita lain dan di tempat itu kini berdiri sebuah masjid yang digelar Masjid Fatimah. Ia merupakan salah satu daripada tujuh masjid dimana para mukmin diberi syafaat yang tinggi sekiranya menunaikan solat di masjid tersebut.


Fatimah turut mengiringi Rasulullah s.a.w. dalam menunaikan umrah pada tahun keenam Hijrah selepas termaktubnya Perjanjian Hudaibiyah. Pada tahun berikutnya, Fatimah bersama kakaknya Umm Kalthum turut serta bersama umat Islam lain dalam peristiwa pembukaan kota Makkah oleh baginda Rasulullah s.a.w. Fatimah dan Umm Kalthum dikatakan telah menziarahi rumah ibu mereka Khadijah serta mengenang kembali zaman kanak-kanak mereka dan zaman awal Islam, mengenang kembali jihad dalam menegakkan agama Allah ketika Rasulullah mula-mula tugas kerasulannya.


Pada bulan Ramadhan tahun kesepuluh Hijrah, iaitu sebelum Rasulullah menunaikan haji wida’, Rasulullah telah memberitahu Fatimah suatu rahsia yang belum diketahui orang lain :
‘Jibril membacakan al-Quran kepadaku dan aku mengulangi bacaanku kepadanya sekali setiap tahun, akan tetapi pada tahun ini Jibril telah membacakan al-Quran kepadaku sebanyak dua kali. Aku tidak memikirkan yang lain kecuali masaku telah tiba.’


Sekembalinya baginda dari haji wida’, baginda telah jatuh sakit teruk. Hari-hari terakhir baginda sebelum wafat dihabiskan di rumah Saidatina Aisyah r.a. Apabila Fatimah datang menziarahi bapanya, Aisyah akan beredar meninggalkan Fatimah bersama bapanya.


Pada suatu hari baginda memanggil Fatimah. Apabila beliau datang, Rasulullah mencium Fatimah dan membisikkan sesuatu di telinganya.



Fatimah pun menangis. Kemudian baginda berbisik lagi ke telinga Fatimah lalu beliau tersenyum. Aisyah yang melihat perkara tersebut bertanya :
‘Engkau menangis dan ketawa dalam masa yang sama Fatimah? Apakah yang Rasulullah katakan kepadamu?’


‘Rasulullah memberitahuku bahawa baginda akan menemui Tuhannya tidak lama lagi lalu aku pun menangis. Kemudian baginda berkata : “Janganlah menangis kerana engkau adalah orang pertama dari keluargaku yang akan mengikuti jejakku.” Maka aku pun ketawa.’
Tidak lama kemudian Rasulullah meninggal dunia. Fatimah sangat bersedih dan sering dilihat menangis tanpa henti. Salah seorang sahabat mengatakan beliau tidak pernah melihat Fatimah r.a. ketawa setelah kewafatan Rasulullah s.a.w.


Pada suatu pagi di awal bulan Ramadhan, tidak sampai lima bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., Fatimah bangun dari tidur dengan wajah yang ceria dari biasa. Pada waktu tengah hari pada hari itu, beliau dikatakan telah memanggil Salma binti Umays yang sedang menjaga beliau pada ketika itu. Fatimah meminta sedikit air untuk mandi. Kemudian beliau mengenakan pakaian baru dan memakai wangi-wangian. Seterusnya Fatimah meminta Salmah meletakkan katilnya di halaman rumah beliau. Dengan wajahnya memandang ke arah langit, beliau memanggil suaminya, Ali.

Beliau terkejut melihat isterinya yang sedang berbaring di tengah halaman itu dan bertanya jika ada sesuatu yang tidak kena. Fatimah r.a. hanya tersenyum sambil menjawab : ‘Aku ada temujanji dengan Rasulullah s.a.w. pada hari ini.’
Ali mula menangis dan Fatimah cuba menenangkan beliau. Beliau berpesan kepada Ali agar menjaga anak-anak mereka Hassan dan al-Husayn. Beliau juga berpesan agar jenazahnya dikebumikan tanpa sebarang upacara. Setelah itu, beliau memandang kembali ke langit, memejamkan matanya lalu menyerahkan jiwanya ke pangkuan Illahi.
Beliau, Fatimah az-Zahra, hanya berusia dua puluh sembilan tahun.

Abu Ubaidah Bin Jarrah


Abu Ubaidah Bin Jarrah
Wajahnya selalu berseri. Matanya bersinar. Tubuhnya tinggi kurus. Bidang bahunya kecil. Setiap mata senang melihat kepadanya. Dia selalu ramah tamah, sehingga setiap orang merasa simpati kepadanya. Di sampmg sifatnya yang lemah lembut, dia sangat tawadhu’ (rendah hati) dan sangat pemalu. Tetapi bila menghadapi suatu urusan penting, dia sangat cekatan ba gaikan singa jantan bertemu musuh. Dialah kepercayaan ummat Muhammad. Namanya‘Amir bin ‘Abdillah bin Jarrah Al Fihry Al Qurasyi”, dipanggil “Abu ‘Ubaidah”.

‘Abdullah bin ‘Umar pernah bercerita tentang sifat sifat yang mulia, katanya: “Ada tiga orang Quraisy yang sangat cemerlang wajahnya, tinggi akhlak dan sangat pe malu. Bila berbicara, mereka tidak pernah dusta. Dan apabila orang berbicara kepada mereka, mereka tidak cepat-cepat mendustakan. Mereka itu ialah: Abu Bakar Shiddiq, ‘Utsman bin ‘Affan, dan Abu ‘U’baidah bin Jarrah.” Abu ‘Ubaidah termasük kelompok pertama masuk Islam. Dia masuk Islam ditangan Abu Bakar Shiddiq, sehari sesudah Abu Bakar masuk Islam. Waktu itu beliau menemui Rasulullah saw. bersama-sama dengan ‘Abdur Rah man bin ‘Auf, ‘Utsman bin Mazh’un dan Arqam bin Abi Arqam untuk mengucapkan syahadat di hadapan beliau. Karena itu mereka tercatat sebagai tiang-tiang pertama dalam pembangunan mahligai Islam yang agung dan indah. 
Dalarn kehidupannya sebagai muslim, Abu ‘Ubaidah mengalami masa penindasan yang keras dan kaum Quraisy terhadap kaum muslimin di Makkah, sejak permulaan sampai akhir. Dia turut menderita bersama-sama kaum muslimin yang mula-mula, merasakan tindakan kekerasan, kesulitan dan kesedihan, yang tak pernah dirasakan oleh pengikut agama-agama lain di muka bumi ini. Walaupun beqitu, dia tetap teguh menerima segala macam cobaan. Dia tetap setia dan membenarkan Rasulullah pada setiap situasi dan kondisi yang berubah-ubah. Bahkan ujian yang dialami Abu ‘Ubaidah dalam perang Badar, melebihi segala macam kekerasan yang pernah kita alami. Abu ‘Ubaidah turut berperang dalam perang Badar. Dia menyusup ke barisan musuh tanpa takut mati Tetapi tentara berkuda kaum musyrikin menghadang dan menge jarnya kemana dia lari. Terutama seorang laki-laki, mengejar Abu ‘Ubaidah dengan sangat beringas kemana saja. 

Tetapi Abu ‘Ubaidah selalu menghindar dan menjauhkan diri untuk bertarung dengan orang itu. Orang itu tidak mau berhenti mengejarnya. Setelah lama berputar-put akhirnya Abu ‘Ubaidah terpojok. Dia waspada menunggu orang yang mengejarnya. Ketika orang itu tambah dekat kepadanya, dalam posisi yang sangat tepat, Abu ‘Ubaidah mengayunkan pedangnya tepat di kepala lawan. Orang itu jatuh terbanting dengan kepala belah dua. Musuh itu tewas seketika dihadapan Abu ‘Ubaidah. Siapakah lawan Abu ‘Ubaidah yang sangat beringas itu? Di atas telah dikatakan, tindak kekerasan terhadap kaum muslirnin telah melampaui batas. Mungkin Anda ternganga bila mengetahui musuh yang tewas di tangan Abu ‘Ubaidah itu tak lain ialah “Abdullah bin Jarrah” ayah kandung Abu ‘Ubaidah. Abu ‘Ubaidah tidak membunuh bapaknya. Tetapi membunuh kemuysrikan yang bersarang dalam pribadi bapaknya. 
Berkenaan dengan kasus Abu ‘Ubaidah tersebut, Allah swt. berfirman sebagai tersebut
“Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, saling berkasih-sa yang dengan orang-orang yang rnenentang Allah dan Rasul Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak anak, atau saudara-saudara, ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung.” (Al Mujadalah: 22)
Ayat di atas tidak menyebabkan Abu ‘Ubaidah membusungkan dada. Bahkan menambah kokoh imannya kepada Allah dan ketulusannya terhadap agama. 

Orang yang mendapat gelar ‘kepercayaan ummat Muhammad” ini ternyata menarik perhatian orang-orang besar, bagaikan besi berani menarik logam di sekitarnya. Muhammad bin Ja’far menceritakan, “Pada suatu ketika para utusan kaum Nasrani datang menghadap kepada Rasulullah. Kata mereka, “Ya, Aba Qasim! Kirimlah bersama kami seorang sahabat Anda yang Anda pandang cakap menjadi hakim tentang harta yang menyebabkan kami berselisih sesama kami. 

Kami senang menerima putusan yang ditetapkan kaum muslimin.” Jawab Rasulullah, ‘Datanglah nanti petang, saya akan mengirimkan bersama kalian “orang kuat yang terpercaya” Kata ‘Umar bin Khaththab, “Saya pergi shalat Zhuhur lebih cepat dan biasa. Saya tidak ingin tugas itu diserahkan kepada orang lain, karena saya ingin mendapatkan gelar “orang kuat terpercaya”. Sesudah selesai shalat Zhuhur, Rasulullah menengok ke kanan dan ke kiri. Saya agàk menonjolkan diri supaya Rasulullah melihat saya. Tetapi beliau tidak melihat lagi kepada kami. Setelah beliau melihat Abu ‘Ubaidah bin Jarrah, beliau memanggil seraya berkata kepadanya, ‘Pergilah engkau bersama mereka. Adili dengan baik perkara yang mereka perselisihkan.” Maka pergilah Abu ‘Ubaidah dengan para utusan Nasrani tersebut, menyandang gelar “orang kuar yang terpercaya”. 
Abu ‘Ubaidah bukanlah sekedar orang kepercayaan semata-mata. Bahkan dia seorang yang berani memikul kepercayaan yang dibebankan kepadanya. Keberan itu ditunjukkannya dalam berbagai peristiwa dan tugas yang dipikulkan kepadanya. Pada suatu hari Rasulullah saw. mengirim satu pasukan yang terdiri dari para sahabat untuk menghadang kafilah Quraisy. Beliau mengangkat Abu ‘U,baidah menjadi kepala pasukan, dan membekali mereka hanya dengan sekarung kurma. Tidak lebih dri itu. Karena itu Abu ‘Ubaidah membagi-bagikan kepada para prajuritnya sehari sebuah kurma bagi seorang. 

Mereka mengulum kurma itu seperti menghisap gula-gula. Sesudah itu mereka minum. Hanya begitu mereka makan untuk beberapa hari. Waktu kaum muslimin kalah dalam perang Uhud, kaum musyrikin sedemikian bernapsu ingin membunuh Rasulullah saw. Waktu itu, Abu ‘Ubaidah termasuk sepuluh orang yang selalu membentengi Rasulullah. Mereka mempertaruhkan dada mereka ditembus panah kaum musyrikin, demi keselamatan Rasulullah saw. Ketika pertempuran telah usai, sebuah taring Rasulullah ternyata patah. Kening beliau luka, dan di pipi beliau tertancap dua mata rantai baju besi beliau. Abu Bakar menghampiri Rasulullah hendak mencabut kedua mata rantai itu dan pipi beliau. Kata Abu ‘Ubaidah, “Biarlah saya yang mencabut nya!” Abu Bakar menyilakan Abu ‘Ubaidah. Abu ‘Ubaidah kuatir kalau Rasulullah kesakitan bila dicabutnya dengan tangan. 

Maka digigitnya mata rantai itu kuat-kuat de ngan giginya lalu ditariknya. Setelah mata rantai itu tercabut, gigi Abu ‘Ubaidah tanggal satu. Kernudian digigit nya pula mata rantai yang sebuah lagi. Setelah tercabut, gigi Abu ‘Ubaidah tanggal pula sebuah lagi. Kata Abu Bakar, “Abu ‘Ubaidah orang ompong yang paling cakap.” 
Abu ‘Ubaidah selalu mengikuti Rasulullah berperang dalam setiap peperangan yang dipimpin beliau, sampai beliau wafat. Dalam musyawarah pemilihan Khalifah yang pertama (Yaumu s-saqifah), ‘Umar bin Khaththab mengulurkan tangannya kepadà Abu ‘Ubaidah seraya berkata, “Saya memilih Anda dan bersumpah setia dengan Anda. Karena saya pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda:. “Sesungguhnya tiap-tiap ummat mempunyai orang dipercayai. Orang yang paling dipercaya dan ummat ini adalah Anda (Abu ‘Ubaidah).” 

Jawab Abu ‘Ubaidah, “Saya tidak mau mendahului orang yang pernah disuruh Rasulullah untuk mengimami kita shalat sewaktu beliau hidup (Abu Bakar). walaupun sekarang beliau telah wafat, marilah kita imamkan juga dia.” Akhfrnya mereka sepakat memilih Abu Bakar inenjadi Khalifah Pentama, sedangkan Abu ‘Ubaidah menjadi penasihat dan pembantu utama bagi Khalifah. Setelah Abu Bakar, jabatan khalifah pindah ke tangan ‘Umar bin Khatthab Al Faruq. Abu ‘Ubaidah selalu dekat dengan ‘Umar dan tidak pernah membangkang perintahnya, kecuali sekali. Tahukah Anda, perintah Khalifah ‘Umar yang bagaimanakah yang tidak dipatuhi Abu Ubaidah? Peristiwa itu terjadi ketika Abu ‘Ubaidah bin Jarrah memimpin tentara muslimin menaklukkan wilayah Syam (Syria). 

Dia berhasil rnemperoleh kemenangan demi ke menangan berturut-turut, sehingga seluruh wilayah Syam takluk ke bawah kekuasaannya sejak dan tepi sungai Furat di sebelah Timur sampai ke Asia Kecil di sebelah Utara Sementara itu, di negeri Syam berjangkit penyakit menular (Tha’un) yang amat berbahaya, yang belum pernah terjadi sebelumnya, sehingga korban berjatuhan. Khalifah ‘Umar datang dan Madinah , sengaja hendak menemui Abu ‘Ubaidah. Tetapi ‘Umar tidak dapat masuk kota karena penyakit yang sedang mengganas itu. Lalu ‘Umar menulis surat kepada Abu ‘Ubaidah sebagai berikut: “Saya sangat penting bertemu dengan Saudara. Tetapi saya tidak dapat menemui Saudara karena wabak penyakit sedang berjangkit dalam kota. Karena itu bila surat ini sampai ke tangan Saudara malarn hari, saya harap Saudara berangkat menemui saya di luar kota sebelum Subuh. Dan bila surat ini sampai ke tangan siang hari, saya harap Saudara berangkat sebelum hari petang.” 
Setelah surat Khalifah tersebut dibaca Abu ‘Ubaidah, dia berkata, “Saya tahu maksud Amirul Mu’minin memanggil saya. Beliau ingin supaya saya menyingkir dari pe nyakit yang berbahaya ini.” Lalu dibalasnya surat Khalifah, katanya; “Ya, Amirul Mu’minin! Saya mengerti maksud Khalifah memanggil saya. Saya berada di tengah-tenciah tentara muslimin, sedang bertugas memimpin mereka. Saya tidak ingin meninggalkan mereka dalam bahaya yang mengancam hanya untuk menyelamatkan diri sendiri. Saya tidak ingin berpisah dengan mereka, sehingga Allah memberi keputusan kepada kami semua (selamat atau binasa). Maka bila surat ini sampai ke tangan Anda, ma’afkanlah saya tidak dapat memenuhi permintaan Anda, dan beri izinlah saya untuk tetap tinggal bersama-sama mereka.” 
Setelah Khalifah ‘Umar selesai membaca surat tersebut, beliau menangis sehingga air matanya meleleh ke pipinya. Karena sedih dan terharu melihat Umar menangis, maka orang yang disamping beliau bertanya, “Ya, Arniral Mu’ minin! Apakah Abu ‘Ubaidah wafat?” “Tidak!” jawab ‘Umar. “Tetapi dia berada di ambang kematian.” Dugaan Khalifah tersebut tidak salah. Karena tidak lama sesudah itu Abu ‘Ubaidah terserang wabak yang sangat berbahaya. Sebelum kematiannya Abu ‘Ubaidah berwasiat kepada seluruh prajuritnya: “Saya berwasiat kepada Anda sekalin. Jika wasiat ini kalian terima dan laksanakan, kalian tidak akan sesat dari jalan yang baik, dan senantiasa berada dalam bahagia. “Tetaplah menegakkan shalat. Laksanakan puasa Ramadhan. Bayar sedekah (zakat). 

Tunaikan ibadah haji dan ‘umrah. Hendaklah kalian saling menasihati sesama ka lian. Nasihati pemerintah kalian, jangan dibiarkan mereka tersesat. Dan janganlah kalian tergoda oleh dunia. Walaupun seseorang bisa berusia panjang sarnpai senibu tahun, namun akhinnya dia akan menjumpai kematian seperti yang kalian saksikan ini. “Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…” Kemudian dia menoleh kepada Mu’adz bin Jabal. Katanya, “Hai, Mu’adz! Sekarang engkau menjadi Imam (Panglima)!” Tidak lama kemudian, ruhnya yang suci berangkat ke rahmatullah. Dia telah tiada di dunia fana. Jasadnya tidak lama pula habis dimakan masa. Tetapi amal pengorbanannya akan tetap hidup selama-lamanya. Mu’adz bin Jabal berdiri di hadapan jama’ahnya, lalu dia berpidato: 
“Ayyuhannaas! (Hai sekalian manusia!) Kita semua sama-sama merasa sedih kehilangan dia (Abu ‘Ubaidah). Demi Allah! Saya tidak melihat orang yang lapang dada melebihi dia. Saya tidak melihat orang yang lebih jauh dan kepalsuan, selain dia. Saya tidak tahu; kalau ada orang yang lebih menyukai kehidupan akhirat melebihi dia. Dan saya tidak tahu, kalau ada orang yang suka memberi nasihat kepada umum melebihi dia. Karena itu marilah kita memohon rahmat Allah baginya, semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya pula kepada kita semua.
Amin!!
***