Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Semoga Ramadhan Kali Ini Tidak Rugi Lagi..


Ramadan umpama bulan bonus atau bulan durian runtuh bagi para peniaga juadah. Ada peniaga yangyang kata berniaga sebulan bulan Ramadhan boleh menampung keperluan hidup keluarga untuk tempoh setahun.
Memang diperakukan bahawa Ramadan memang bulan pesta, bulan bonus, bulan Mega sales dan aneka macam mega tetapi bukan dalam bentuk pesta melambakkan pelbagai juadah di meja makan, lebih-lebih lagi hingga sampai ke tatap menyumbang kepada pembaziran.
Sebaliknya, Ramadan adalah bulan Allah SWT melelong, membuat Mega sales dan memberi bonus pahala berganda kepada hamba-hamba-Nya yang mengambil kesempatan daripada berkatnya Ramdaan untuk bertaubat nasuha dan memperbanyakan ibadah dengan ganjaran berganda berbanding denganbulan-bulan biasa.
Rugi benar kalau kita tidak rebut peluang yang Allah sediakan sepanjang Ramadan. Kerana pahala itu tidak nampak seperti keuntungan berniaga di pasar ramadhan. Orang berebut-rebut untuk dapatkan tapak pasar malam, tetapi tidak berebut-rebut untuk dapatkan tempat di majlis-majlis ilmu, zikir, dan majlis agama yg lain. Bukan salah berniaga, bahkan ia sunnah, tetapi tidak lagi menjadi sunnah andai solat asar dan maghrib tergadai akibat sibuk dengan persiapan.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 183) 


Road To Ramadhan
i)   Lazimi solat berjemaah setiap waktu di masjid dan beri'tikaf di masjid.
ii)  Baca al-Quran sejuzuk sehari.
iii) Puasa sunat Isnin Khamis.
iv) Perbanyakkan ibadah sunat seperti qiamullail, sedekah, berzikir dan sebagainya.
v)  Tinggalkan perbualan atau percakapan yang sia-sia.
vi) Bangun awal 30 minit sebelum waktu solat Subuh.

Sumber : Iluvislam.com

Thursday, April 21, 2011

+_ Seminit saje _+

Betapa besarnya wang kertas bernilai RM1 yg dibawa ke masjid untuk disedekahkan tetapi
Betapa kecilnya kalau dibawa ke Pasar raya untuk dibelanjakan!!
Betapa lamanya menghadap Allah selama 15 minit namun
Betapa singkatnya kalau kita melihat filem selama 2 jam
Betapa sulitnya mencari kata-kata ketika berdoa [spontan] namun
Betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa perlu berfikir panjang
Betapa asyiknya apabila pertandigan bola dipanjangkan waktunya namun
Betapa kita mengeluh ketika khutbah di masjid dipanjangkan lebih lama drpd biasa
Betapa sulitnya untuk membaca 1 helai Quran, tapi
Betapa mudahnya untuk membaca 100 halaman dr novel/majalah yg popular..
Betapa beriya-iyanya org utk duduk di barisan paling depan konsert namun
Betapa lebih senang berada di saf belakang ketika solat di masjid
Betapa miudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata namun
Betapa sulitnya ketika menahan nafsu ketika 30 hari berpuasa
Betapa sulinya untuk menyediakan waktu utk solat 5 waktu  namun
Betapa mudahnya menyesuaikan waktu melayani kwn dlm fb dan melayari tenet
Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yg terkandung di dlm quran namun
Betapa mudahnya utk mengulangi gosip2 yg sama kpd org lain
Betapa mudahnya kita menpercayai apa yg dikatakn dlm akhbar namun
Betapa kita meragui apa yg tlh dikatakn kitab suci Alquran
Betapa takutnya apabila kita dipanggil boss dan cepat2 menghadapnya namun
Betapa beraninya apabila kita melambat-lambatkan seruan Allah dan sibuk dtempat kerja

Friday, January 21, 2011

[usrah INSPIRE]-13 Januari 2011



REPORT USRAH INSPIRE 13 Jan 2011

~Assalamualaikum W.B.T. ~
Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, usrah kedua bagi sem ini telah berjaya diadakan pada 13 Januari 2011 yang lepas bertempat di Edu LR 3. Majlis usrah tersebut telah dihadiri seramai 44 orang yang terdiri daripada senior-senior Inspire dan juga adik-adik baru dalam Inspire.Untuk memberkati usrah tersebut, majlis dibuka dengan bacaan surah al-Fatihah diikuti dengan bacaan Ma’thurat.

Disebabkan kesudian ramai adik-adik baru yang hadir pada malam tersebut, sesi “taa’ruf” juga telah diadakan bagi mengenali dengan lebih lanjut setiap ahli yang hadir pada malam tersebut.

Usrah dimulakan oleh kak Nisa dengan menerangkan kepada setiap ahli yang hadir terutamanya kepada adik-adik baru tentang bagaimana usrah dibawa:
a)  Mengikut ‘module’
b)  Digalakkan ‘mencapap’ (menyumbang idea)
~Seterusnya, kak Nisa meneruskan majlis dengan perkongsian tauhid yang menfokuskan kepada:
i)  Fasal 1: Ilmu Tauhid
ii)  Fasal 2: Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Islam
Antara hasil perkongsian daripada beberapa ahli yang hadir pada malam tersebut dapat disimpulkan seperti berikut:

-Tauhid bermaksud mengEsakan Allah Taala dan berkait dengan akidah iaitu mempercayai bahawa Allah itu satu.
-Tauhid hanya terdapat dalam agama Islam (agama lain contohnya agama kristian percaya kepada konsep ‘trinity’).

--- Ilmu tauhid adalah ilmu yang membuktikan kebenaran akidah dalam Islam melalui dua cara iaitu melalui Dalil Akli (akal) dan Dalil Nakli (al-Qur’an ).

Macam mana nak tentukan kemuliaan sesuatu ilmu?
Antara pendapat yang dikemukakan beberapa ahli pada malam tersebut:
-          Cara amalkan ilmu tersebut dan juga sumber ilmu tersebut
-          Ilmu yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah
-          Fikrah( kefahaman) yang terbentuk daripada ilmu itu sendiri:
Contoh: Ramai yang ada ilmu tapi akhlak tidak elok
(kefahaman dan niat yang betul akan memuliakan sesuatu ilmu)

Hukum mempelajari ilmu Tauhid:
-          Fardhu ain (penting untuk setiap individu) tapi untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam, itu boleh menjadi fardhu kifayah.

 ~Usrah diteruskan oleh Sidi dengan tafsir surah An-Naas (114):1-6
(1)   “ Katakanlah, “ Aku berlindung kepada Tuhannya manusia,”
(2)   “ Raja manusia,”
(3)   “ Sembahan manusia,”
(4)   “ dari kejahatan (bisikan) setan yang bersembunyi,”
(5)   “ yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,”
(6)   “ dari (golongan) jin dan manusia.”

Daripada surah ini, dapat diringkaskan:
-pada 3 ayat pertama: Menunjukkan 3 sifat Allah,
                                    : Allah tempat kita berlindung,
-pada 3 ayat terakhir : syaitan membisikkan perasaan was-was kepada manusia,
                                      : kita digalakkan mencerca syaitan.

~Seterusnya adalah bacaan Hadith 16 yang berkaitan dengan perasaan ‘marah’:
“Daripada Abu Hurairah r.a.:  Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah  engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.”  (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari).

Hadith ini menyentuh mengenai:
i)  Perasaan marah
ii)  Punca-punca perasaan marah
iii)  Cara-cara mengawal perasaan marah

-Dapat disenaraikan beberapa cara untuk mengawal perasaan marah:
1) Doa ( agar dibimbing oleh Allah)
2) Zikrullah
3) Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang dinyatakan Allah dalam al-Qur’an (pahala orang yang dapat mengawal dirinya- bidadari di Syurga)
4) Mengambil wudhu’
5) Ubah kedudukan: berdiri-duduk-baring
6) Berikan hak badan-tidur, rehat dan tidak memenatkan badan.
-Sifat marah yang dicela:  Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memaki  hamun, mencela, memukul dll.
-Sifat marah yang dipuji: Apabila mempertahankan yang hak

~Seterusnya usrah diteruskan dengan perkongsian isu semasa oleh Eifa. Isu yang diutarakan ialah isu yang berkaitan dengan ‘marah’:

Bapa simbah asid
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, Hamid Salleh dan Ahmad Rabiul Zulkifli
bhkt@bharian.com.my
2010/08/16

“KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang terlalu marah terhadap isterinya kerana menuntut cerai bertindak menyimbah cuka getah ke muka wanita itu dan dua anaknya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, anak suspek, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, melecur pada muka dan badan manakala isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, melecur belakang badan dan sebahagian lehernya.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata seorang lagi anak suspek, Muhammad Irfan Firdaus, 2, melecur pada muka dan badan, manakala ibu mentua, Minah Omar, 56, cedera ringan pada mata kiri.”

Apa yang dapat disimpulkan daripada isu tersebut ialah:
-  Apabila adanya perasaan marah, seseorang boleh menjadi bodoh( tidak rasional) yang kemudiannya menyebabkan orang tidak bersalah menjadi mangsa.

Kesimpulan: “ Jadilah kunci yang membuka pintu semua kebaikan dan kunci yang menutup   pintu semua keburukan

“ if you shut your door to all errors truth will be shut out”
(jangan takut buat salah tapi belajar dari kesilapan kerana tidak semestinya kalau kita pernah buat salah, selalunya kita akan salah)

Sebelum mengakhiri majlis, round table dijalankan. Alhamdulillah hampir kesemua ahli memberi pendapat.

Majlis ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan doa rabitah.

~Wallahu’alam~

Disediakan oleh: Nor Asma Atikah Mohd Zahari
Sumber   : Usrah 13 Januari 2011
              : Kitab Tauhid -Abdul Majid Aziz Az-Zindani-
              :Tafsir Al-Wadih, Juz 30 -Dr. Muhammad Mahmud Hijazi-
              :Hadis 40-Imam An-Nawawi-
              :bhkt@bharian.com.my

By: Biro Dakwah & Tarbiyah, INSPIRE Club, IIUM. 

Saturday, January 15, 2011

[usrah INSPIRE] Niat - 30 Disember 2010

Assalamualaikum semua ^_^ Apa Ceriter Usrah kita???

 

Alhamdulillah..pada 30 December 2010 lepas usrah pertama untuk sem ini telah diadakan di EDU LR 3 yang dihadiri seramai 36 orang ahli Inspire.
Usrah dimulakan oleh kak nisa untuk menerangkan dan mengingatkan tentang maksud, tujuan dan kepentingan usrah dalam satu organisasi.

• Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau ia disebut sebagai Famili.
• Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.

• Jelaslah di sini bahawa ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik. Dengan ini ia dapat meningkatkan mutu ukhuwah atau persaudaraan.

Diteruskan dengan bacaan hadith 1 yang berkaitan dengan niat untuk memperbetulkan niat serta mengingatkan tentang kepentingan niat dalam setiap amalan.

Antara isi dan hasil perkongsian daripada beberapa ahli yang hadir dapat disimpulkan:
• Sebab keluar hadis ini-kisah Hijrah Ummu Qais
• Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara’, tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik.
• Ulama ada berkata: Boleh jadi sesuatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat.• Niat tidak menghalalkan cara
• Sentiasa ikhlaskan niat dalam melakukan apa-ape amalan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

“Fake it till you make it”
- cuba dan usaha untuk berubah kearah kebaikan perlahan-lahan/secara berperingkat.
- walaupun pura-pura ia adalah salah satu cara/usaha untuk mendapat hidayah Allah.
- bukan hipokrit apabila berpura-pura menjadi baik kerana fitrah manusia suka akan kebaikan.
- apabila diperli kerana perubahan itu, anggaplah ia ujian daripada Allah untuk menguji tahap kesabaran dan keikhlasan hambanya.

“Niat vs sesuatu yang terlintas difikiran”Contohnya: terlintas bahawa Jesus seperti dikatakan oleh orang kristian dan konsep trinity adalah benar.
- Pandang dan fikir Jesus(Nabi Isa a.s.) dari sudut pandangan Islam
- Fikir dan kaji agama lain dari perspektif Islam dan bukan dari pandangan agama tersebut.
Niat kita, Hidup kitaSumber : SOLUSI Isu no.27
Ruangan:MAHMUDAH
Oleh : Umar Muhammad Noor
 
Suatu hari, seorang lelaki datang kepada Sufyan bin ‘Uyainah untuk menyatakan keluhan keadaan hidupnya. Ia berkata, “Wahai Abu Muhammad, aku mengeluh akan sikap isteriku. Dia memperlakukanku dengan sangat buruk. Seolah-olah, aku adalah orang yang paling hina dan tak berharga di matanya.” Mendengar ini, Ibn ‘Uyainah tertunduk diam. Sekian lama beliau tidak mengucapkan satu kalimat pun. Kemudian beliau mengangkat kepala dan berkata, “Apa motivasi kamu apabila menikahi isterimu itu? Apakah agar engkau mendapat kemuliaan kerana status keluarganya?” Lelaki itu mengiakannya. Ibn ‘Uyainah berkata:” Orang yang menginginkan kemuliaan, akan diberikan kehinaan. Orang yang menginginkan kekayaan, akan diberikan kefakiran. Dan orang yang menginginkan kesolehan, maka Allah akan himpunkan untuknya kemuliaan dan kekayaan.” Beliau kemudian bercerita: “Saya memiliki 3 orang adik-beradik, iaitu Muhammad, Imran dan Ibrahim. Muhammad anak yang paling tua, Imran yang paling bongsu dan aku anak pertengahan. “Apabila Muhammad hendak berkahwin, dia menginginkan kemuliaan. Beliau lalu mencari pasangan dari keluarga yang lebih tinggi status sosialnya. Akhirnya, dia diperlakukan dengan sangat hina oleh isteri dan keluarga isterinya.” “Imran menginginkan kekayaan, maka dia mencari pasangan yang berasal dari keluarga kaya. Akhirnya, ia jatuh dalam kefakiran. Mereka merampas semua hartanya dan tidak meninggalkan sedikit pun untuk dirinya.” Ibn ‘Uyainah melanjutkan: “Beberapa lama kemudian, kebetulan Ma’mar bin Rasyid dating ke negeri kami. Aku lalu meminta nasihat daripadanya sambil menceritakan kisah kedua-dua orang saudaraku itu. Beliau lalu menyampaikan kepadaku hadis Yahya bin Ja’dah: ‘seorang wanita dinikahi kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya, kemuliaanya dan kerana kecantikannya. Maka carilah wanita yang soleh, nescaya engkau akan beruntung.’ Juga hadis Aisyah : ‘Wanita yang paling besar keberkatanya adalah orang yang paling sedikit biaya maharnya.’

Kisah ini mengajar kita sesuatu yang sangat berharga: Niat sangat menentukan hidup kita. Dan Allah memperlakukan kita sesuai dengan niat kita.” Tidak terkira berapa banyak orang yang sengsara dalam mengharungi bahtera hidup ini lantaran keliru memasang niat di awal perjalanan.

Orang yang “tersalah niat” dalam mencari harta akan hidup bagai hamba sahaya. Ia melihat wang dan kekayaan sebagai tujuan utama sehingga sentiasa dibayangi kefakiran dan takut miskin. Berkata Abu Hazim Salamah bin Dinar:”Allah mewahyukan kepada dunia: ‘Siapa yang melayanimu, maka penatkanlah dia. Dan siapa yang melayani-Ku,maka layanilah dia’ “ (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Zuhd al-Kabir).

Orang yang “tersalah niat” dalam belajar menghabiskan hidupnya untuk perkara yang sia-sia. Ia membuang energy untuk mengejar ijazah, bukan untuk menimba ilmu. Padahal selembar kertas hanya memberikan kemuliaan palsu, bukan hakiki. Kaum muslimin khasnya, dan masyarakat dunia amnya, memuliakan seseorang kerana sumbangan yang diberikan, bukan kerana ijazah yang dipegang.

Orang yang “tersalah niat” dalam dakwah akan hidup dalam kebencian. Masyarakat membencinya dan ia membenci mereka. Hakikat dakwah adalah simpati yang lahir dalam hati seseorang lalu mendorongnya untuk menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan kebinasaan. Jika dakwah berakhir dengan kebencian, mesti ada yang salah dalam motif dan niat awal dakwah tersebut.

Seterusnya adalah perkongsian artikel oleh Afnan dari http://muharikah.wordpress.com/ . Isu yang diutarakan ialah mengenai “saya sudah bosan dengan usrah. Saya tak dapat apa-apa dari usrah…”. Antara isi penyelesaian yang disampaikan:
• Hormat orang lain yang sedang berdakwah dan saling membantu untuk berdakwah.
• Istigfar dan muhasabah diri. Datang usrah bukan sekadar untuk mendengar dan menerima tetapi berkongsi dan memberi. Niatkan untuk berdakwah dan komited pada dakwah.
• Fikirkan ganjaran setiap langkah untuk ke usrah dan berdakwah.

Kemudian diteruskan oleh Suhairi untuk berkongsi tentang kelebihan majlis ilmu iaitu malaikat akan memayungi orang yang menuntut ilmu. Antara signifikasi perlindungan malaikat:

1. Manusia ciptaan Allah yang paling sempurna dan merupakan sebaik-baik kejadian. Namun, manusia juga serba lemah dan kekurangan.
• Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa akan datang walaupun hanye sesaat.
• Oleh itu, berkat perlindungan malaikat, ini dapat melindungi manusia itu dari keburukan atau bala.
2. Mendapat rahmat yang terus memayungi sehingga sampai ke destinasi.
3. Mendapat sakinah mawaddah (ketenangan dan kasih sayang).
• Didatangkan perasaan sayang pada orang lain dan sayang terhadap agama.
4. Allah merasa bangga dengan manusia.
• Ini kerana sebelum penciptaan manusia, para malaikat mengatakan manusia akan membawa kerosakan

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat , “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman,” Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”(Al-Baqarah(2):30)

Selapas itu, diteruskan dengan tafsir surah al-Hujuraat(49): 9-12
(9) “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

(10) “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”

(11) “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

(12) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
 
Dapat diringkaskan mengenai ayat ini ialah tentang konsep adab sesama manusia.
• Sebaiknya manusia bersikap sederhana dalam setiap aspek dalam kehidupan.
• Sesame saudara tidak sepatutnye bertelingkah melebihi 3 hari.
• Sesame manusia juga tidak boleh mencemuh antara satu sama lain.
• Tutup aib orang lain supaya Allah juga menutup aib kita diakhirat.

Usrah diteruskan dengan perbincangan isu semasa oleh Juliana. Antara intipatinya :
• Manusia sering taksub dengan kejadian-kejadian luar biasa yang berlaku di muka bumi. Oleh itu, ta’jub dengan kebesaran Allah adalah lebih baik daripada taksub dengan perkara yang boleh membawa kepada syirik.

Wallahu’alam.
 
Disediakan oleh: ctrazifah
Sumber: usrah 30 disember 2010http://www.hep.unisel.edu.my/
http://muharikah.wordpress.com/
SOLUSI Isu no.27
By: Biro Dakwah & Tarbiyah, INSPIRE Club, IIUM.

Sunday, November 28, 2010

Erti Syukur = Nikmat +++


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih"
 Surah Ibrahim : Ayat 7 

Tafsiran ringkas : Setiap detik kita menggunakan nikmat kurnian Allah, amat sedikit yang menyadarinya, apa lagi untuk mensyukuri akan kurnian itu. Kurnian Allah tidak terhitungkan.


Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya."(Surah An-Nahl : 18). 

Adakah kita tergolong dari golongan yang bersyukur?. Allah menjelaskan " Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur" (Surah Yusuf : 38) .Ingatlah, Allah mengurniakan nikmat kepada seluruh makhluk-Nya semata-mata untuk disyukuri, bukan untuk dikhianati. Sesungguhnya Allah pemberi nikmat sebenar yang menjanjikan tambahan nikmat kepada mereka yang bersyukur dan azab seksa amat pedih bagi mereka yang kufur. Mungkin sahaja selama ini kita menjalani kehidupan tanpa ada rasa syukur, atau rasa syukur yang amat sedikit. Manusia sering merasakan bahawa apa yang dimiliki adalah hasil usaha dan menjadi hak mutlak mereka. Kerana itu apabila sesuatu keinginan tidak dapat dicapai atau diperolehi kita mudah berasa kesal. Malah mungkin juga kecewa, lalu menyalahkan takdir dan mencari-cari kesalahan orang lain. Itu adalah akibat gersang rasa syukur dalam diri manusia.Syukur, inilah satu perasaan yang jarang melekat di hati kita. Malah kita kerap kali lupa dan alpa. 

Mulai sekarang, ketahuilah bahawa sebenarnya kita adalah orang yang sangat bertuah, baik dalam pelajaran, keluarga, ekonomi, politik mahupun dalam kehidupan sehari-hari. Maka sewajarnyalah untuk kita syukuri. Masih ragu?. Jika kita masih ada makanan untuk dikunyah dan tidur kekenyangan, pakaian cantik menutupi badan, tilam empuk untuk tidur, rumah untuk berlindung dari panas dan hujan, maka kita masih bertuah berbanding sebahagian penduduk dunia yang lain. Sebahagian mereka kebuluran dan tidak cukup makanan, pakaian yang koyak dan lusuh, tidur bertilam tanah, dan berlindung di mana sahaja kaki terhenti sama ada di bawah jambatan atau di bawah rimbunan pokok-pokok.


Masih lagi kita enggan bersyukur?. Jika kita tidak pernah mengalami kesengsaraan kerana peperangan, masih dapat mengunjungi masjid dan mengamalkan amal ibadah tanpa rasa takut diancam, dicederakan atau dibunuh. Jika kita masih dapat hadir ke sekolah, kolej atau universiti, dapat membaca akhbar, majalah dan melayari internet. Maka kita masih bertuah dari sebahagian penduduk dunia yang lain. Sebahagian mereka hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Sejuk dan kelaparan. Sukar beribadah secara terang-terangan. Anak-anak kecil tidak pernah kenal erti sekolah jauh sekali untuk membaca atau memegang komputer. Masih lagi kita enggan bersyukur?.

Dalam Hadis Riwayat Tirmizi menyatakan "Dua perkara apabila dimiliki oleh seseorang dia dicatat oleh Allah sebagai orang yg bersyukur dan sabar. Dalam urusan agama dia melihat kepada yang lebih tinggi lalu meniru dan mencontohinya. Dalam urusan dunia dia melihat kepada yang lebih bawah lalu bersyukur kepada Allah bahawa dia masih diberi kelebihan".Syukur boleh diertikan sebagai rasa terima kasih atas sesuatu anugerah atau kurnian dengan rasa senang dihati, ucapan puji-pujian dan melakukan yang terbaik sebagai tanda menghargai suatu anugerah atau kurnian itu. Pemberi anugerah dan kurnian itu ialah Allah, Tuhan yang maha agung dan tiada sekutu bagi-Nya. Pemilik segala yang di langit dan dibumi dan isi di antara kedua-duanya. Syukur itu bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga dengan perbuatan. 

Maka para ulama memaknakan syukur itu "perbuatan yang menuju kepada pengagungan yang memberi nikmat iaitu Allah".

Bersyukurlah hari ini: 

1. Sebelum kita berkata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak boleh berkata-kata sama sekali. 

2.Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

3. Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

4.Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

5. Sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup

6. Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

7. Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

8. Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor karena pembantu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

9. Sebelum kita mengeluh tentang jauh perjalanan dengan memandu kereta, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.

10. Dan disaat kita penat dan mengeluh tentang pekerjaan, fikirkan tentang orang yang menganggur atau orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

11. Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan.

Kufur adalah sifat yang berlawanan dengan syukur. Kufur pada bahasa ialah menutupi manakala pada istilah kufur bemaksud tidak beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan mendustakannya  (contoh : mengatakan solat itu tidak wajib) atau tidak mendustakan (contoh: tahu solat itu wajib tetapi tidak menunaikan tuntutan solat itu). 
Manakala kufur nikmat ialah tidak mengunakan nikmat yang dikurnia oleh Allah ke jalan kemaksiatan yang tidak diredhai oleh-Nya. Mata digunakan untuk melihat perkara-perkara maksiat, lidah digunakan untuk mengata dan mengumpat, tangan digunakan untuk mencuri. Maka segala cara mempergunakan nikmat anugerah dan kurnian Allah ke jalan yang salah dan batil itu dinamakan kufur. 
Orang-orang yang kufur dibenci oleh Allah. Orang yang dibenci Allah, maka Allah menjanjikan balasan azab yang amat pedih. Kejayaan dan kebahagian sangat erat dengan orang yang bersyukur. Kerana Allah menjanjikan penambahan nikmat apabila kita bersyukur. Ayat ini menganjurkan kita supaya sentiasa bersyukur dengan memperbanyakkan memuji-muji Allah atau atau berkata " alhamdulilah" sebanyak-banyaknya, bahkan sampai ribuan atau jutaan kali sehari. Bukan hanya untuk memperoleh ganjaran pahala. Tetapi mengingatkan kita akan kasih sayang Allah kepada kita, dan tidak berbuat sesuatu yang dimurkai dan dibenci oleh Allah. Ingat Allah telah menjanjikan penambahan nikmat-Nya jika kita bersyukur. Tentunya ia sebagai modal untuk berjaya, tenang dan bahagia.
Ada tiga manfaat besar dari bersyukur. Kedua manfaat ini akan mengubah hidup kita jika kita mendapatkannya.
1. Pahala dari Allah. Jelas, bersyukur adalah perintah Allah, kita akan mendapatkan pahala jika kita bersyukur dengan ikhlas.
2. Menciptakan rasa tenang,bahagia dan gembira. Dengan bersyukur akan membuatkan kita lebih bahagia. Lebih tenang. Lebih gembira. Perasaan kita menjadi lebih tenteram dan segar dengan bersyukur. Fikiran kita akan berfokus pada berbagai kebaikan yang kita terima dan nikmati. 
3. Kekayaan akan bertambah kerana itu janji Allah, Allah akan akan tambah nikmat-Nya kepada sesiapa yang bersyukur.Bersyukurlah sebelum terlambat, sebelum apa yang kita miliki hilang lenyap. 
Sebelum apa yang kita ada meninggalkan kita. Sebelum kita tidak punya apa-apa. Peka terhadap nikmat yang kita kecapi. Merasakan kehadirannya. Mengagungkan pemberi nikmat itu iaitu Allah. Tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih dan Maha Megasihani.Dengan bersyukur nikmat akan bertambah, rezeki akan melimpah, hidup penuh barokah. Kaya dan bahagia dengan bersyukur. 

Sudahkan kita bersyukur hari ini?

Thursday, September 16, 2010

Kebaikan Dan Keburukan Manusia


siapa mereka orang yang sibuk
payah berdiri sukar pula duduk
tiada sempat sempurnakan wuduk
di mana ketika sujud dan rukuk

siapa pula yang manis senyuman
berwajah tenang diterangi iman
syukuri segala dalam genggaman
sentiasa redha dengan ketentuan

siapakah pula mereka yang kaya
hatinya pemurah tamaknya tiada
memberinya tiada niat menerima
bersyukur kepada Yang Maha Esa

siapa yang miskin tidak begitu
kemewahan dunia selalu diserbu
mengejar harta berjuta beribu
di mana hiburan di situ dituju

siapakah mereka dalam kerugian
masih leka di usia pertengahan
kubur menanti dalam perjalanan
tetapi berat berbuat kebajikan

siapakah itu orang yang cantik
akhlak mulia langkahnya cerdik
bertindak hormat bersangka baik
adat dan ibadat tiadalah carik

siapa pemilik rumah yang luas
menghindar dosa pahala digalas
berbuat kebajikan tidaklah puas
mati membawa amalan yang ikhlas

siapa pula berumah yang sempit
kuburnya nanti tanah menghimpit
kebajikan tiada amalnya sedikit
balasan diterima seksanya perit


Orang yang berilmu sangat jelas bezanya dengan orang yang bodoh. Segala tingkah laku orang berilmu adalah sentiasa menuruti perintah dan menjauhi larangan yang diturunkan Allah manakala orang bodoh pula enggan menuruti perintah yang diberikan. Jelasnya orang berilmu sentiasa mengerjakan kebaikan manakala orang bodoh pula selalu mengerjakan keburukan.

Sunday, August 22, 2010

Cinta Yang Pasti

Remaja selalunya dikaitkan dengan cinta. Agak pelik jika dilihat seseorang yang memegang gelaran remaja tidak mempunyai perasaan ingin bercinta dan dicintai juga tidak ada keinginan untuk berkenal-kenalan (kononnya) dan berhubungan sama ada secara SMS ataupun surat (baru romantik kononnya) dengan sahabat lain yang berlainan jantina.

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta ?
Adakah Islam langsung tidak memberi peluang kepada seseorang
untuk merasakan perasaan cinta?
Adakah Islam ini terlalu kejam apabila mengekang seseorang itu
daripada terjebak dengan percintaan ?

Bukan begitu saudaraku...

Islam adalah agama yang syumul! Segalanya sudah ditetapkan oleh syari'at supaya manusia tidak terus tenggelam pada bisikan dunia. Cinta yang diimpikan semasa remaja cuma fatamorgana yang tidak kekal. Cuma mainan remaja yang dibisik oleh hawa nafsu dan syaitan yang cuba menarik setiap bani Adam untuk bersamanya di neraka.

Cinta remaja sering membuatkan kita menipu diri sendiri. Pada fikiran sebilangan remaja, 'cuma setakat menelefon dan menghantar mesej dan surat bukannya sampai berjumpa berdua-duaan di taman bunga'

Firman Allah S.W.T:

(٣١) وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬

Maksud : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


Sedangkan mendekati zina pun sudah ditegah. Apatahkan lagi berzina!.

Mengapa Allah kata,
'JANGAN' kamu 'MENDEKATI ZINA'?

Mengapa tidak dikatakan,
'TIDAK PATUTLAH KAMU MENDEKATI ZINA'

atau
'TIDAK BAIK KAMU MENDEKATI ZINA'?

Ini kerana Islam telah menegaskan bahawa mendekati zina itu saja sudah haram hukumnya, apatah lagi jika berzina.

Asyik daripada menelefon kekasih pujaan itulah akan menaikkan keinginan nafsu untuk berjumpa dan kemudian ke arah kegiatan-kegiatan yang seterusnya.

Ketahuilah sahabat-sahabatku sekalian,

Sesungguhnya terdapat enam perkara yang mendekatkan diri kita kepada zina. Moga kita sama-sama dapat memelihara diri kita dari menghampiri dan kemudiannya melakukan perkara-perkara tersebut yang antaranya :

1. (Melihat) نظرة
-Zina itu bermula apabila seseorang itu tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengannya


2. (Senyum)فسامهم
-Seterusnya senyuman diukir untukmenarik perhatian masing-masing


3.(Memberi Salam) فسلام

- Salam diberi sebagai tanda memulakan hubungan

4.(Bercakap Kosong) فكلام
-Setelah mengenal hati budi masing-masing, seringkali mnelefon dan menghantar mesej yang semuanya dipenuhi dengan cakap kosong dan angan-angan cinta


5. (Berjanji)فموعدون
- Mula mengikat janji untuk berjumpa untuk mengenali dengan lebih dekat dan melepaskan rindu di hati


6. (Berjumpa) فلقاءون
-Dan satu perjumpaan diadakan berdua-duaan (tiga sebenarnya - yang ketiga makhluk bernama syaitan) maka akan berlakulah zina di mana nafsu tidak mampu menahan amarah, disinilah permulaan zuriat dibuang di longkang-longkang, di celah-celah belukar serta semak samun, di tong-tong sampah, di jalanan dan juga di kaki lima. Di sinilah permulaan tergadai segala kehormatan diri. Disinilah permulaan untuk melepaskan nafsu yang tidak pernah kenal kepuasan dan maruah diri.


Zina bukan sahaja menggadai kehormatan diri malah kehormatan agama, masyarakat dan ibubapa malah merosakkan generasi ummah! Mahukah kamu untuk memalit najis yang hina di muka ibubapa setelah mereka membesarkan kamu ibarat menjaga sebutir permata yang berharga? Mereka juga yang telah bersusah payah melahirkan serta membesarkan kamu dengan menggunakan segala kudrat yang ada. Mereka yang telah banyak berjasa dalam kehidupanmu

Wahai rakan-rakanku sekalian,

Waktu ini bukanlah masanya lagi untuk kita bercinta. Perjuangan dan perjalanan masih jauh dan kita masih mentah untuk melalui alam percintaan. Percintaan yang sebenar bermula apabila kita mula mahu melangkah ke gerbang perkahwinan.

Carilah cinta yang disandarkan kepada-Nya yang menjanjikan kemanisan di dunia dan kelebihan di akhirat. Sesungguhnya cinta kepada makhluk ciptaan-Nya merupakan satu fitrah yang tidak boleh dielak oleh seseorang yang bergelar manusia. Sedangkan Adam pun berasa sunyi tanpa kehadiran Hawa, bukan? Apakah yang tidak ada di syurga?

Fikirkanlah tentang ganjaran serta nikmat-nikmat yang bakal menanti kita di syurga yang tiada di dunia sementara kita melawan dari menuruti hawa nafsu kita yang sentiasa mahukan keseronokan yang tidak kekal juga kenikmatan yang tidak berpanjangan.

Marilah sama-sama kita menyeru diri kita serta kawan-kawan kita sekalian untuk kembali kepada ajaran agama kita sebagai pedoman mereka dalam kehidupan agar negara kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Tuhan.

sumber : www.iluvislam.com

Artikel yang baik untuk dibaca berkaitan C.I.N.T.A tulisan Hilal Asyraf.


Wednesday, August 11, 2010

KELEBIHAN RAMADHAN AL-MUBARAK


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi