Showing posts with label Berita Hangat. Show all posts
Showing posts with label Berita Hangat. Show all posts

Saturday, January 15, 2011

[usrah INSPIRE] Niat - 30 Disember 2010

Assalamualaikum semua ^_^ Apa Ceriter Usrah kita???

 

Alhamdulillah..pada 30 December 2010 lepas usrah pertama untuk sem ini telah diadakan di EDU LR 3 yang dihadiri seramai 36 orang ahli Inspire.
Usrah dimulakan oleh kak nisa untuk menerangkan dan mengingatkan tentang maksud, tujuan dan kepentingan usrah dalam satu organisasi.

• Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau ia disebut sebagai Famili.
• Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.

• Jelaslah di sini bahawa ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik. Dengan ini ia dapat meningkatkan mutu ukhuwah atau persaudaraan.

Diteruskan dengan bacaan hadith 1 yang berkaitan dengan niat untuk memperbetulkan niat serta mengingatkan tentang kepentingan niat dalam setiap amalan.

Antara isi dan hasil perkongsian daripada beberapa ahli yang hadir dapat disimpulkan:
• Sebab keluar hadis ini-kisah Hijrah Ummu Qais
• Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara’, tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik.
• Ulama ada berkata: Boleh jadi sesuatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat.• Niat tidak menghalalkan cara
• Sentiasa ikhlaskan niat dalam melakukan apa-ape amalan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

“Fake it till you make it”
- cuba dan usaha untuk berubah kearah kebaikan perlahan-lahan/secara berperingkat.
- walaupun pura-pura ia adalah salah satu cara/usaha untuk mendapat hidayah Allah.
- bukan hipokrit apabila berpura-pura menjadi baik kerana fitrah manusia suka akan kebaikan.
- apabila diperli kerana perubahan itu, anggaplah ia ujian daripada Allah untuk menguji tahap kesabaran dan keikhlasan hambanya.

“Niat vs sesuatu yang terlintas difikiran”Contohnya: terlintas bahawa Jesus seperti dikatakan oleh orang kristian dan konsep trinity adalah benar.
- Pandang dan fikir Jesus(Nabi Isa a.s.) dari sudut pandangan Islam
- Fikir dan kaji agama lain dari perspektif Islam dan bukan dari pandangan agama tersebut.
Niat kita, Hidup kitaSumber : SOLUSI Isu no.27
Ruangan:MAHMUDAH
Oleh : Umar Muhammad Noor
 
Suatu hari, seorang lelaki datang kepada Sufyan bin ‘Uyainah untuk menyatakan keluhan keadaan hidupnya. Ia berkata, “Wahai Abu Muhammad, aku mengeluh akan sikap isteriku. Dia memperlakukanku dengan sangat buruk. Seolah-olah, aku adalah orang yang paling hina dan tak berharga di matanya.” Mendengar ini, Ibn ‘Uyainah tertunduk diam. Sekian lama beliau tidak mengucapkan satu kalimat pun. Kemudian beliau mengangkat kepala dan berkata, “Apa motivasi kamu apabila menikahi isterimu itu? Apakah agar engkau mendapat kemuliaan kerana status keluarganya?” Lelaki itu mengiakannya. Ibn ‘Uyainah berkata:” Orang yang menginginkan kemuliaan, akan diberikan kehinaan. Orang yang menginginkan kekayaan, akan diberikan kefakiran. Dan orang yang menginginkan kesolehan, maka Allah akan himpunkan untuknya kemuliaan dan kekayaan.” Beliau kemudian bercerita: “Saya memiliki 3 orang adik-beradik, iaitu Muhammad, Imran dan Ibrahim. Muhammad anak yang paling tua, Imran yang paling bongsu dan aku anak pertengahan. “Apabila Muhammad hendak berkahwin, dia menginginkan kemuliaan. Beliau lalu mencari pasangan dari keluarga yang lebih tinggi status sosialnya. Akhirnya, dia diperlakukan dengan sangat hina oleh isteri dan keluarga isterinya.” “Imran menginginkan kekayaan, maka dia mencari pasangan yang berasal dari keluarga kaya. Akhirnya, ia jatuh dalam kefakiran. Mereka merampas semua hartanya dan tidak meninggalkan sedikit pun untuk dirinya.” Ibn ‘Uyainah melanjutkan: “Beberapa lama kemudian, kebetulan Ma’mar bin Rasyid dating ke negeri kami. Aku lalu meminta nasihat daripadanya sambil menceritakan kisah kedua-dua orang saudaraku itu. Beliau lalu menyampaikan kepadaku hadis Yahya bin Ja’dah: ‘seorang wanita dinikahi kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya, kemuliaanya dan kerana kecantikannya. Maka carilah wanita yang soleh, nescaya engkau akan beruntung.’ Juga hadis Aisyah : ‘Wanita yang paling besar keberkatanya adalah orang yang paling sedikit biaya maharnya.’

Kisah ini mengajar kita sesuatu yang sangat berharga: Niat sangat menentukan hidup kita. Dan Allah memperlakukan kita sesuai dengan niat kita.” Tidak terkira berapa banyak orang yang sengsara dalam mengharungi bahtera hidup ini lantaran keliru memasang niat di awal perjalanan.

Orang yang “tersalah niat” dalam mencari harta akan hidup bagai hamba sahaya. Ia melihat wang dan kekayaan sebagai tujuan utama sehingga sentiasa dibayangi kefakiran dan takut miskin. Berkata Abu Hazim Salamah bin Dinar:”Allah mewahyukan kepada dunia: ‘Siapa yang melayanimu, maka penatkanlah dia. Dan siapa yang melayani-Ku,maka layanilah dia’ “ (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Zuhd al-Kabir).

Orang yang “tersalah niat” dalam belajar menghabiskan hidupnya untuk perkara yang sia-sia. Ia membuang energy untuk mengejar ijazah, bukan untuk menimba ilmu. Padahal selembar kertas hanya memberikan kemuliaan palsu, bukan hakiki. Kaum muslimin khasnya, dan masyarakat dunia amnya, memuliakan seseorang kerana sumbangan yang diberikan, bukan kerana ijazah yang dipegang.

Orang yang “tersalah niat” dalam dakwah akan hidup dalam kebencian. Masyarakat membencinya dan ia membenci mereka. Hakikat dakwah adalah simpati yang lahir dalam hati seseorang lalu mendorongnya untuk menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan kebinasaan. Jika dakwah berakhir dengan kebencian, mesti ada yang salah dalam motif dan niat awal dakwah tersebut.

Seterusnya adalah perkongsian artikel oleh Afnan dari http://muharikah.wordpress.com/ . Isu yang diutarakan ialah mengenai “saya sudah bosan dengan usrah. Saya tak dapat apa-apa dari usrah…”. Antara isi penyelesaian yang disampaikan:
• Hormat orang lain yang sedang berdakwah dan saling membantu untuk berdakwah.
• Istigfar dan muhasabah diri. Datang usrah bukan sekadar untuk mendengar dan menerima tetapi berkongsi dan memberi. Niatkan untuk berdakwah dan komited pada dakwah.
• Fikirkan ganjaran setiap langkah untuk ke usrah dan berdakwah.

Kemudian diteruskan oleh Suhairi untuk berkongsi tentang kelebihan majlis ilmu iaitu malaikat akan memayungi orang yang menuntut ilmu. Antara signifikasi perlindungan malaikat:

1. Manusia ciptaan Allah yang paling sempurna dan merupakan sebaik-baik kejadian. Namun, manusia juga serba lemah dan kekurangan.
• Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa akan datang walaupun hanye sesaat.
• Oleh itu, berkat perlindungan malaikat, ini dapat melindungi manusia itu dari keburukan atau bala.
2. Mendapat rahmat yang terus memayungi sehingga sampai ke destinasi.
3. Mendapat sakinah mawaddah (ketenangan dan kasih sayang).
• Didatangkan perasaan sayang pada orang lain dan sayang terhadap agama.
4. Allah merasa bangga dengan manusia.
• Ini kerana sebelum penciptaan manusia, para malaikat mengatakan manusia akan membawa kerosakan

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat , “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman,” Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”(Al-Baqarah(2):30)

Selapas itu, diteruskan dengan tafsir surah al-Hujuraat(49): 9-12
(9) “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

(10) “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”

(11) “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

(12) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
 
Dapat diringkaskan mengenai ayat ini ialah tentang konsep adab sesama manusia.
• Sebaiknya manusia bersikap sederhana dalam setiap aspek dalam kehidupan.
• Sesame saudara tidak sepatutnye bertelingkah melebihi 3 hari.
• Sesame manusia juga tidak boleh mencemuh antara satu sama lain.
• Tutup aib orang lain supaya Allah juga menutup aib kita diakhirat.

Usrah diteruskan dengan perbincangan isu semasa oleh Juliana. Antara intipatinya :
• Manusia sering taksub dengan kejadian-kejadian luar biasa yang berlaku di muka bumi. Oleh itu, ta’jub dengan kebesaran Allah adalah lebih baik daripada taksub dengan perkara yang boleh membawa kepada syirik.

Wallahu’alam.
 
Disediakan oleh: ctrazifah
Sumber: usrah 30 disember 2010http://www.hep.unisel.edu.my/
http://muharikah.wordpress.com/
SOLUSI Isu no.27
By: Biro Dakwah & Tarbiyah, INSPIRE Club, IIUM.

Saturday, October 30, 2010

ANDA BIJAK JAUHI ZINA (Perkongsian)

Alhamdulillah, selesai juga program “Anda Bijak Jauhi Zina”. Bagi saya, program ini sgt bermanfaat disebabkan kemampuannya untuk mengetuk pintu hati saya berkali-kali tentang janji ALLAH tentang jauhi maksiat dan hindari zina. SabdaNYA

“Dan janganlah kamu mendekati zina, Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk” -- Surah Al-Isra’: 32

Jadi memang tak sia-sia lah saya berada disini. Beruntungnya rasa apabila panel ingatkn bhw “Kamu adalah insan2 terpilih oleh Allah SWT untuk berada di sini”, Program ini sgt bagus untuk disebar luaskn, terutamanya untuk remaja-belia tak kiralah di bandar2 atau di luar2 bandar krn gejala ini sekarang berleluasa di merata-rata tempat.

Slot pertama : “Mahasiswa & Cinta” oleh panel pertama, katanya antara cinta dan cita-cita, mana yang lebih penting??. Cinta itu Anugerah dari ALLAH, Cinta itu FITRAH, bukannya FITNAH kerana cinta adalah maruah manusia. Maruah adalah kehormatan yg wajib dilindungi kerana ia terlalu mulia. Jadi, janganlah kita sekali-kali mencemarinya bahkan mengotorkannya. Mahasiswa sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat kerana mereka adalah harapan Negara yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan. Memetik kata falsafah “Jika kamu hendak melihat keadaan sesebuah negara pada masa hadapan, maka lihatlah pada remaja2 hari ini”.

Seterusnya slot kedua :”Proses Kejadian Manusia Dan Kelebihan Yang Ada Padanya”. Diawal topik, panel menerangkan serba sedikit tentang proses kejadian manusia dari surah al-mukminun :14. Terasa terpukul bila panel mengingatkan tentang janji roh kepada Tuhannya sebelum roh di tiupkan ke dalam jasad kita, kita semua pernah memberikan kesaksian dan berjanji kepada ALLAH sebelum kita lahir kedunia ini. Semua itu adlh BENAR, Adakah kamu lupa??. Kemudian, panel bertanya lagi, Kenapa Allah ciptakan kita dari tanah?? Jawapannya sebab tanah adalah tempat kita berpijak, sebab itu kita harus selalu ingat di mana asal usul kita. Cinta hanya ujian kecil dari Allah, pilihan di tangan anda, janganlah biarkan nafsu itu  membelengu diri ,kita harus pandai mengurus cinta dan salurknnya dgn cara yg betul.  Hati manusia siapa tahu, Hati itu milik TUHAN bukan milik TUAN. 

Sekeras- keras batu di air terjun, lambat laun akan berubah fizikalnya kerana derasnya air. Tetapi hati manusia, ia boleh mnjadi lebih keras dari batu, menepis segala nasihat, teguran sehingga sanggup derhaka pada ayah dan ibu. Lihatlah, apa dh jadi zaman sekarang, Ibu ayah semakin dilupakan dan hilang rasa hormat. Kalau kita lihat, Di Malaysia masyarakat hidup aman damai, Cuma ramai yg hilang nilai rasa syukur, tidak mahu mengenal penciptaNYA. Masa, tenaga dan wang ringgit di biarkan berlalu begitu shj, nikmatnya dunia seolah-olah dunia itu kekal selamanya padahal dunia ini ibarat kapal yg sedang perhenti dipelabuhan, Cuma sebentar, sekejap lagi akan pergi ke destinasi sebenarnya yg ingin dituju iaitu Syurga. Jika dibandingkan dgn kehidupan manusia2 di bumi Gaza, Palestin bermati-matian mendapatkan tanah suci tempat tinggal mereka kembali. Sesungguhnya bukan mata yang buta, tetapi hati.

Dalam slot terakhir : “Kesan Seks Bebas”. Inilah yg menyebabkan saya jadi makin takut akan bahaya zina. Adakah wanita sahaja yang menanggungnya?? Siapa kata lelaki akan turut terlepas??? Fikirkanlah. maklumat ini sangat berguna sebagai amaran tentang keburukannya.”Zina.., nikmat sesaat, merana sepanjang hayat”. Ya Allah lindungilah diri kami..

Adakah anda sudah bersedia??Apakah wabak penyakit2 yg bakal dijangkiti buat si penzina?? Wahai rakan2, adalah anda sudah bersedia untuk hamil anak luar nikah?? Untuk menggugurkan?? Membuang bayi menjadi pembunuh scr tak langsung? Begitu banyak dosa yg kita bakal lakukan sehingga akhirnya membawa kepada kecewa, stress melampau dan akhirnya membunuh diri. Sanggupkah anda berhadapan dgn pelbagai penyakit seperti AIDS (HIV virus) dan STD (Sexually Transmitted Disease) atau penyakit kelamin, setakat ini tiada ubat khusus untuk menyembuhkan penyakit ini, dan ramai yg mati setelah mendapat penyakit ini. Penyakitnya adalah SIFILIS, GONOREA, dan WART (Ketuat melampau). Kebanyakan penyakit ini akan merebak ke seluruh badan, mengakis dinding kemaluan, sehingga memakan seluruh anggota tubuh badan, ada yang akan mendapat bengkak, nanah dan akhirnya berdarah. Melihatkan gambar2 yg mengerikan membuatkan sy rasa bersyukur, sy masih berada di kelompok yg dilindungi, Cuma mengenangkn nasib2 org2 yg mengamalkan seks bebas, sunnguh deritanya pengakhiran hidup mereka.

Teringat akan kata panel tentang kejadian Tsunami, ambillah iktibar darinya, adakah banjir itu memilih utk mematikan org beriman atau tidak??? TIDAK!! dibungkus sekaligus semuanya, ini bererti kita takkan terlepas, bila-bila masa kita boleh mendapat bala yang sama. KENAPA?? Sebab kita tak jalankan tanggungjawab. Jadi, tanggungjawab kita sekarang ini adalah untuk menegur dgn kasih sayang atau memberi tazkirah pada mereka yg bermasalah, mereka sebenarnya akan berubah jika mereka merasakan dirinya disayangi. Setiap insan adalah khalifah atau pemimpin, setidak-tidaknya jadilah pemimpin untuk diri sendiri. Gunakanlah ilmu, pengalaman untuk mengajar, mendidik dan berkongsi dgn org yg lebih memerlukan, ramai lagi remaja-belia di luar sana yang hilang arah tuju dan matlamat, tak tau identiti sebenarnya, hidup terumbang-ambing ibarat buih2 di lautan, bila2 masa akan pecah. Cuba bayangkan jika, gejala sampai berjangkit dlm keluarga sendiri. Na’uzibillah, tentu kita pun tidak menginginkannya. Semoga kita sama-sama dijauhkan. Saya juga pasti ramai peserta yang menangis bila panel mengajak semua bermuhasabah diri. Prgam ini mmbuatkan saya tidak berganjak langsung dari awal sehingga akhir program.

Astaghfirullah.. Astaghfirullah .. Astaghfirullahal’azim… begitu banyak dosa yg aku lakukan, Ya Allah, Ampunkan dosa-dosa ku kepadaMu ya Allah, Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan, aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai, aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti, Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku, Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu, Jauhilah aku dari segala laranganMu, Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu, Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat, Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat, Ya Allah, Ya Rahim, Ya Karim, Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu dan berbakti kepada kedua ibubapaku. Amin.

Semoga program seperti akan sentiasa giat dijalankan. Ia sangat penting buat manusia yang belum berumah tangga untuk ambil tahu, sedar, dan belajar akan punca dan akibatnya. Sesungguhnya eloklah “Sediakan payung sebelum hujan” dan pepatah “Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati” sebelum ia membarah lagi dlm kalangan masyarakat kita.

Friday, October 1, 2010

HIJRAH...

Allah tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum, Melainkan Mereka yg Berusaha Mengubahnya..


Stop Dreaming Start Action itulah yang semestinya kita terapi dalam hidup ini, baik dalam hal pekerjaan maupun kehidupan sehari hari.

Setiap orang pasti mepunyai impian, entah itu mimpi jadi orang kaya, jadi doktor atau bahkan mimpi menjadi seorang Perdana menteri. Namun tidak setiap orang berusaha keras untuk meraih mimpi, menjadikan mimpi menjadikan kenyataan. Perlukan kerja keras dan usaha yang sungguh sungguh untuk membuatnya menjadi kenyataan.

Anda boleh saja bermimpi dan memang dianjurkan untuk mempunyai impian, karena dengan impian itu kita punya harapan, dengan harapan itu kita mempunyai tujuan hidup. Bayangkan jika kita tidak ada tujuan hidup, mungkin kita akan melakukan bunuh diri.

Ada seseorang yang menginginkan dirinya menjadi kaya, namun dia tidak berusaha dengan sungguh sungguh untuk mendapatkannya, iaitu hanya dengan berpangku tangan dan berharap suatu saat aka nada pekerjaan yang bagus baginya atau bahkan ada yang berharap kaya dari tak mempunyai apa2.

Ada lagi orang yang mempunyai mimpi suatu saat akan memiliki kereta mewah. Namun dia hanya berharap dari undian berhadiah, dan tidak mahu berusaha dengan gigih.

Ada pula yang bermimpi mempunyai istri yang cantik padahal dia tidak mempunyai apa apa, tidak hencem, tidak punya pendapatan tetap, kelakukan buruk , dan seterusnya.

Dalam islam kita memang diharuskan start action (baca : ikhtiar) , kita tidak bisa hanya berdoa saja (baca tawakkal) dan berpangku tangan saja apalagi hanya bermimpi (baca dreaming) . Makna doa itu sendiri adalah berusaha, jadi salah kaprah kalo ada orang berdoa saja dan tidak berusaha.

Orang yang hanya bermimpi saja cenderung malas, hanya akan mengharapkan bantuan dari orang lain dan. Wang tidak akan datang dengan sendirinya, dengan kita hanya berpangku tangan.

Memang segala sesuatu telah diatur oleh allah, namun allah juga benci kepada orang yang hanya berpangku tangan saja. Uang tidak akan pernah jatuh dari langit begitu saja tanpa kita berusaha

Allah berfirman dalam surat QS. Ar-Ra'du (13):11

Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum jika bukan kaum itu sendiri yang merubahnya

Memang allah menganjurkan kita untuk menyerahkan segala sesuatunya kepada-Nya, namun tawakkal tidak berarti hanya berdiam diri dan tidak berusaha, Hendaknya setiap muslim bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapatkan penghidupan. Hanya saja ia tidak boleh menyandarkan diri pada kelelahan, kerja keras dan usahanya, tetapi ia harus meyakini bahwa segala urusan adalah milik Allah, dan bahwa rezeki itu hanyalah dari Dia semata.

Marilah kita mulai hari ini menyadarkan diri kita, bahwa segala sesuatu memang tidak semudah dari yang kita fikirkan , namun juga tidak sesulit itu. Dengan ikhtiar dan tawakal mari kita jalani hidup ini dengan penuh kekhusuan mengharapkan ridha allah swt.

P/s: Marilah mulai hari ini , "Stop Dreaming Start Action"

Thursday, September 16, 2010

Kes Bunuh Sosilawati: Mangsa Disembelih Sebelum Dibakar Hangus


Lagi penemuan terbaru kes paling dasyat dan sadis pembunuhan Datuk Sosilawati. Perbuatan yg diluar perikemanusiaan, polis tidak menolak kemungkinan  keempat -empat mangsa disembelih menggunakan senjata tajam iaitu pisau cangkuk, dilayan seperti binatang, diseksa sebelum dibakar hangus bagi menghilangkan bukti.


Petikan berita Harian Metro:


Berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.

“Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.

“Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut,” katanya.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Sosilawati bersama tiga mangsa lain disahkan dibunuh kejam di ladang persendirian milik suspek utama yang terletak di Sungai Gadong, Tanjung Sepat.

“Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek utama bergelar Datuk berusia 41 terbabit dan adiknya berusia 38 tahun sebelum kedua-dua mereka ditahan di rumah mereka yang terletak di Taman Cempaka, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.
S enjata berbentuk cangkuk sepanjang 30 sentimeter dikatakan digunakan untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sebelum mangsa dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.


Perkara itu didedahkan salah seorang suspek berusia dalam lingkungan 20-an semalam, yang turut membawa polis ke tempat senjata berkenaan dan beberapa barang peribadi mangsa dibuang di bawah jambatan Sungai Kanchong Laut.
 Gambar bukti , jam tangan ditemui di Sungai Kanchong Laut
Dalam operasi bermula jam 4.30 petang yang turut mendapat bantuan Unit Penyelam Pasukan Gerakan Marin, polis bagaimanapun hanya menjumpai seutas jam tangan dipercayai milik seorang mangsa, manakala cangkuk berkenaan gagal ditemui.

“Pasukan penyelam yang mencari semua bahan bukti itu, termasuk senjata terbabit, menghadapi kesukaran kerana air sungai terlalu keruh dan cetek,” katanya.

Beliau berkata, operasi mencari bahan bukti itu terpaksa dihentikan, kira-kira 7 malam berikutan keadaan gelap.

Kelmarin, polis menemui beberapa spesimen, termasuk tulang dipercayai milik mangsa yang dibuang dalam Sungai Mesuk dan Panchau. Beberapa barang peribadi mangsa turut ditemui daripada beberapa suspek dan di tempat kejadian, termasuk jam tangan Sosilawati.

Pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, terbongkar selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa sejak 30 Ogos lalu.
Sementara itu, tinjauan di firma peguam terbabit di Jalan Sultan Alam Shah di sini, mendapati premis itu ditutup dan diletakkan garisan polis, petang semalam.

Difahamkan, premis itu adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek.

Sumber memberitahu firma guaman itu dipercayai lokasi urus niaga di antara suspek dan mangsa dilakukan sebelum ini, manakala tinjauan di rumah suspek utama di Taman Cempaka di sini mendapati ia tidak berpenghuni dan berkunci.

Dalam perkembangan berkaitan, ibu bapa dua beradik peguam itu dipercayai tiba di tanah air malam kelmarin selepas sebulan bercuti di India sebaik dimaklumkan mengenai penahanan kedua-dua anak mereka
Sumber: Berita Harian dan harian Metro