Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

JADILAH TERBAEK


1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu kian bahagia.

2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan...

5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi pahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan kamu.

6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis. tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

7. Jangan menunggu keuntungan baru bekerja, tapi bekerjalah, maka keuntungan akan menunggumu.

8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah, bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.

11. Jangan menunggu sukses baru bersyukur. Tapi bersyukurlah, maka bertambah kesuksesanmu.

12. Jangan menunggu mampu baru melakukan, tapi lakukanlah! Kamu pasti mampu!:)

Insya Allah semoga berjaya... (=

Monday, May 9, 2011

Siapakah pekerja cemerlang?


Assalamualaikum Sahabat2~~

Alhamdulillah pagi ni staf-staf full-time iluvislam berusrah mingguan seperti biasa. Tajuk yang dipilih untuk minggu ini adalah "siapakah pekerja cemerlang?"

Usrah dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Gee (Hazeeha Ibrahim) dan Iffah Rosdi. Surah yang mereka pillih adalah surah Al-Mukminun yang pastinya berkaitan dengan kecemerlangan sebagai seorang mukmin.

Aimi Amirah pula berkongsi hadis Rasulullah saw berkaitan kecemerlangan sebagai seorang pekerja. Cantik sungguh hadis yang dikongsikan oleh Aimi.

Kali ini, Azliza Norazri dan Nur Illa adalah person-in-charge (PIC) untuk menyampaikan tazkirah 5 minit berkaitan tajuk yang dibincangkan.

Satu perkongsian menarik daripada Azliza adalah apa yang disebut oleh Dato' Fadzilah Kamsah :
"Orang yang cemerlang sentiasa mencari emas di dalam diri."
Azliza juga berkongsi satu rahsia perkeja cemerlang iaitu ABCDEFGHI

A- Amanah
B- Bijak
C- Cergas
D- Desikasi
E- Elok
F- Faham
G- Gigih
H- Hasrat
I- Iman dan Ilmu

Menurut Ila, pekerja yang cemerlang sentiasa melaksanakan amanah lebih daripada apa yang diperlukan. Katanya, kalau ofis hour pukul 9-5, pekerja yang cemerlang contohnya dtg awal 8.30 dan pulang agak lewat 6 petang contohnya.

Selain itu, pekerja cemerlang sentiasa check niat mereka dalam melaksanakan kerja. Kerana niat adalah perkara pokok dalam apa sahaja perkara/kerja yang kita laksanakan.

Tempat kerja atau organisasi adalah tempat untuk kita belajar dan terus belajar. Pekerja yang cemerlang sentiasa belajar perkara baru dan cuba praktikkan dalam kehidupan seharian.

Akhirnya, saya ada berkongsi beberapa perkara. Pada pandangan saya, untuk menjadi seorang pekerja yang cemerlang, kita perlu kepada KOMITMEN. Komitmen akan melahirkan PASSION dan dengan kedua-dua perkara ini kita akan mempunyai momentum yang hebat dan berterusan.

Selain itu, sebagai seorang ahli pasukan, kita perlu sentiasa positif supaya energi yang kita alirkan kepada organisasi adalah positif dan baik. InsyaAllah bila kita positif, hasil kerja kita akan lebih baik, dan persekitaran kerja kita akan lebih cemerlang.

InsyaAllah, walau di mana kita berada, sebagai staf atau volunteer iluvislam, kita perlu berusaha sehabis baik untuk menjadi cemerlang. Hal ini kerana kecemerlangan itu diajar oleh Allah dan rasulullah saw melalui kitab Al-Quran dan kehidupan seharian Nabi junjungan kita.

Disini, sy sertakan 7 Tips menjadi Pekerja Cemerlang...
Bila Anda memasang matlamat mahu menjadi pekerja cemerlang, ini beberapa tips asas.

1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja. Saya memandang lebih pada aspek dalaman iaitu hati dan niat. Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu bermula dari asas, iaitu niat hati Anda. Buat muhasabah diri, kaji untuk apa Anda turun setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana Anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah apa tu kecmerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali?
Ini kerana setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi mereka jadi malas, tak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tak ambil kisah, janji duit gaji masyuk.
Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai 'booster' motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, performance, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.

2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu. Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Misalnya, jika kawan sekerja Anda masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga Anda tak sedar masa berlalu.

3. Komited. Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda tunjuk rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri bukan kawan-kawan Anda tu yang bayar gaji Anda.
Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan.

4. Bijak Menyelit. Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit 'politik'. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji attitude rakan-rakan sekerja Anda.
Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu dimana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.
Tapi, pekerja yang cemerlang takkan pernah bodek bossnya untuk cepat naik pangkat!

5. Belajar Tanpa Henti.
Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan. Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat. Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu-satu masa, one thing at a time, step by step.

6. Hormat Semua Orang.
Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya. Menceriakan orang maksudnya Anda bijak membuat mereka rasa gembira dan membuat mereka rasa senang dengan Anda. Cemana? mungkin dengan berkongsi cerita-cerita lucu, beberapa jenaka atau membantu mereka di kala susah. Bila Anda ikhlas membuat orang lain jadi ceria, mereka akan hormat pada Anda. Takde gunanya Anda jadi 'bising' maca tin kosong di tempat kerja tapi suka mengacau tak tentu pasal, pedas dengan umpatan, sindiran dan komplain-komplain yang remeh. Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi, diamkan mulut, rajinkan tangan bekerja.

7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.
Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan 'first impression' orang lain amat penting dalam suasana kerja.
Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja. Kalau berserabut, berhambur, berterabur dan langsung tak teratur, itu tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu berterabur, ubah cepat perangai tu.
Itu menampakkan Anda seorang yang pemalas. Apa pendapat Anda, adakah kata-kata saya ini betul? Beri pendapat Anda di ruang komen. Ia tidak semestinya berlaku pada semua orang. Ada juga pekerja yang mejanya berserabut, tapi performance kerjanya cemerlang ! Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk overtime lebih atau pujian semata. Ini resepi utama seorang pekerja cemerlang.

Walaupun ada 7 tips di atas, saya lebih memandang pada konsep 'memberi', tak kira sama ada sudi memberi tunjuk ajar, ikhlas membantu, sudi bekerjasama, komited dengan tugasan, bijak berkomunikasi dan melakukan lebih dari apa yang sepatutnya.
 Lebih banyak anda memberi, lebih banyak juga anda akan menerima. Tumpukan pada 7 tips ini dan kecemerlangan dalam kerjaya akan datang dengan sendirinya pada anda. Dijamin 
Semoga kita lebih sukses, dan iluvislam terus lebih sukses.

Insya Allah...Yes WE can! :)

Sunday, May 8, 2011

♥ Selamat Hari Ibu dan Selamat hari Lahir Ummi ♥

AJAIBNYA TANGAN IBU

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap, Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman, Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata, Ketika kita gembira... tangan ibu yang menadah Syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia, Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang, Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,  Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata: Sabar nak, Sabar ye sayang.... Sabar ye sayang....
Namun, Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad... Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu, Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...
Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)

 ♥ Dikesempatan Ini saya ingin mengucapakn Selamat Hari Ibu dan Selamat hari Lahir Mak yg bernama Puan Semi Bt Othman, 57 tahun dari anakmu Wan Suria Salha, Suria Atika, Wan Kamarul Zaman, وأن هدايةالله, Wan Zainal Abidin dan Wan Zainal Ariffin 

Biarpun dunia merayakan hari ibu untukmu.. namun bagiku setiap hari ini dan hari2 seterusnya
adlh hari untukmu.. Tanpa emak siapalah sy.. Terima Kasih mak ats segalanya... I Love U Mom~~
Fahamilah bahawa ibu bapa adalah perantara yang menyebabkan kita berada di dunia ini. Mereka terlalu banyak berkorban tenaga, masa dan harta demi kebahagiaan anak-anak. Sedarilah bahawa ibu bapa kita kini telah tua, lemah tenaga, kabur penglihatan dan kurang pendengaran. Mereka sangat mengharapkan pertolongan dan perhatian anak-anak. Gembiralah ibu bapa andainya mereka di kasihi dan dimuliakan dan hancurlah hati ibu bapa jika kita menderhakainya. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan ibu bapa amat besar dan tidak mungkin kita dapat menebusnya.

“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [al-Isra’ 17:24]

Redha Allah terletak atas redha Ibu bapamu... jadi ibu, ku pinta jgnlah ibu lupa mendoakan diri ku... anak mu ini sentiasa mendoakan ibu supaya dikurniakan kesejahteraan di dunia dan beroleh syurga di akhirat nanti.. Amin Ya Rabb!

With Luv
♥ CuyaSoleha 

Friday, March 25, 2011

Bittaufiq Wannajah.. Semoga berjaya sahabat2 ku di UIA Gombak

Final Exam is getting near.. We tend to hate Final Exam.. 
Why?? --> Migrain, Tired.. Pressure.. But.. I've some tips for U..

1)Just be prepared!
2) Do early revision
-Revised whatever you have learn before and after class

3)Build a study group (if necessary)
-Revised past year paper
-Do solution for easy to hard question and present them to others.. hehe
4)Strengthen Your Bond with ALLAH 
-Pray hard
-Tilawah
-Qiam
-Doa n zikir
4) Prepare Your physical Health
-eat properly
-sleep properly
Finally.. Tawakkal..
To all my fren in IIUM, Gombak.. I wish U All the best.. 
Make your step into hall of confidence towards yourself and towards Allah..

Monday, March 14, 2011

Cari Solehah atau Soleh? atau yg Biasa2 je..

"Tamatkanlah penantian SOLEHAH itu dgn m'percepatkn pembinaan SOLEH itu!~"

“Susah betul nak cari isteri solehah,”luah seorangpemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan. “Macam cari gagak putih,” tambahnya. “Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat,” katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.

“Dah kahwin?” Akhirnya saya bertanya.
“Belum lagi….”
“Kenapa?” dia pula tersenyum.
“Belum dapat yng solehah?” saya terus mengusik.
“Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak le ni.”
“Oh gitu ..... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!” usik saya lagi.
“Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang”. “Kalau tak jumpa, macam mana?”
“Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?”
“Apa syaratnya?” “Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji,
puasa sunat….”. “Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu,” balas saya.

UKUR TAKWA
“Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa,” katanya lagi.
“Macam mana pula nak ukur takwa tu?”tanya saya.
“Tu yang pening.Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!”
“Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?” pelawa saya.

ADA CARA LAIN
“Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan
panduan daripada hadis?”. “Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh..

Cuba cari ciri-ciri suami soleh
bina semua ciri tu dlm diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabahpula soal hati.
Ukur iman dan takwa kita”.“Nak ukur iman & takwa kita.. susah tu. Itu soal maknawi. Tapi, jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain.”

LEBIH TEPAT
“Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri
orang laindulu.Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya- Allah.”

TERLALU IDEAL
“Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?”
“Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah.”
“Ok gak tu!Serampang dua mata,”katanya.
“Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah
awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai.
Cukuplah dgn tahap sederhana.” . “Maksudnya?”
“Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat-sifat solehah itu ‘on going process’(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi.”

MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN
“Boleh lebih kurang lah ni ye? "Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah.
Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan.” 
“Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?”
“Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr.
Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin r/tangga? 
Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket, nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita.”
“Oh saya faham”. “ Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya …
untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yg rendah.
Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!”
“Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti.”
“Amin …
 tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh..
cuya ade satu lagu nk kongsi.. seorg kwn suruh dgr lagu ni..
lepas dgr lagu ni.. hati boleh jadi tenang..
khas utk bujang2 dan ank2 dara.. selamat mendengarkan.. (",)


Menanti Disayup Rindu - Maidany

ooo... burungpun bernyanyi
melepas sgala rindu
yang terendam malu
di balik qolbu

ooo...anginpun menari
mencari arti
apakah ini fitrah
ataukah hiasan nafsu

didalam sepi ia selalu hadir
didalam sendiri ia selalu menyindir
kadang meronta bersama air mata
seolah tak kuasa menahan duka

biarlah semua mengalir
berikanlah kepada ikhtiar dan sabar
untuk mengejar...

sabarlah menunggu
janji ALLAh kan pasti
hadir tuk mdatang
menjemput hatimu

sabarlah menanti
usahlah ragu
kekasihkan datang sesuai
dengan iman di hati

bila di dunia ia tiada
moga di syrga ia telah menanti
bila di dunia ia tiada
moga di syurga ia telah menunggu

Wassalam

Saturday, March 5, 2011

Rahsia: Wajah & Hati Yang Cantik dan Rahsia 13


Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan terus dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdo'a kpd Allah.
Untuk menghilangkan stress , perbanyakkanlah ''olahraga''. Yakni Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu bermunajatlah pada Allah SWT dengan zikir dan do'a.
Untuk pelembab , agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" -Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku- DOA TENGOK CERMIN.
Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. 
Untuk membahagiakan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. 

Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...... 
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir -ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Al-Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur 
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar. 
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan-soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nakir semasa di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur, membantu utk mendapat syafaat dari kekasih Allah, Rasulullah SAW.
12 - Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T .

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : 

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!" 


Apa lagi yer?????????? Jom kongsi....
Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain... 
AMIN YA RABBI...
sumber : dari sumber yg dipercayai..

Friday, January 21, 2011

[usrah INSPIRE]-13 Januari 2011



REPORT USRAH INSPIRE 13 Jan 2011

~Assalamualaikum W.B.T. ~
Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, usrah kedua bagi sem ini telah berjaya diadakan pada 13 Januari 2011 yang lepas bertempat di Edu LR 3. Majlis usrah tersebut telah dihadiri seramai 44 orang yang terdiri daripada senior-senior Inspire dan juga adik-adik baru dalam Inspire.Untuk memberkati usrah tersebut, majlis dibuka dengan bacaan surah al-Fatihah diikuti dengan bacaan Ma’thurat.

Disebabkan kesudian ramai adik-adik baru yang hadir pada malam tersebut, sesi “taa’ruf” juga telah diadakan bagi mengenali dengan lebih lanjut setiap ahli yang hadir pada malam tersebut.

Usrah dimulakan oleh kak Nisa dengan menerangkan kepada setiap ahli yang hadir terutamanya kepada adik-adik baru tentang bagaimana usrah dibawa:
a)  Mengikut ‘module’
b)  Digalakkan ‘mencapap’ (menyumbang idea)
~Seterusnya, kak Nisa meneruskan majlis dengan perkongsian tauhid yang menfokuskan kepada:
i)  Fasal 1: Ilmu Tauhid
ii)  Fasal 2: Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Islam
Antara hasil perkongsian daripada beberapa ahli yang hadir pada malam tersebut dapat disimpulkan seperti berikut:

-Tauhid bermaksud mengEsakan Allah Taala dan berkait dengan akidah iaitu mempercayai bahawa Allah itu satu.
-Tauhid hanya terdapat dalam agama Islam (agama lain contohnya agama kristian percaya kepada konsep ‘trinity’).

--- Ilmu tauhid adalah ilmu yang membuktikan kebenaran akidah dalam Islam melalui dua cara iaitu melalui Dalil Akli (akal) dan Dalil Nakli (al-Qur’an ).

Macam mana nak tentukan kemuliaan sesuatu ilmu?
Antara pendapat yang dikemukakan beberapa ahli pada malam tersebut:
-          Cara amalkan ilmu tersebut dan juga sumber ilmu tersebut
-          Ilmu yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah
-          Fikrah( kefahaman) yang terbentuk daripada ilmu itu sendiri:
Contoh: Ramai yang ada ilmu tapi akhlak tidak elok
(kefahaman dan niat yang betul akan memuliakan sesuatu ilmu)

Hukum mempelajari ilmu Tauhid:
-          Fardhu ain (penting untuk setiap individu) tapi untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam, itu boleh menjadi fardhu kifayah.

 ~Usrah diteruskan oleh Sidi dengan tafsir surah An-Naas (114):1-6
(1)   “ Katakanlah, “ Aku berlindung kepada Tuhannya manusia,”
(2)   “ Raja manusia,”
(3)   “ Sembahan manusia,”
(4)   “ dari kejahatan (bisikan) setan yang bersembunyi,”
(5)   “ yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,”
(6)   “ dari (golongan) jin dan manusia.”

Daripada surah ini, dapat diringkaskan:
-pada 3 ayat pertama: Menunjukkan 3 sifat Allah,
                                    : Allah tempat kita berlindung,
-pada 3 ayat terakhir : syaitan membisikkan perasaan was-was kepada manusia,
                                      : kita digalakkan mencerca syaitan.

~Seterusnya adalah bacaan Hadith 16 yang berkaitan dengan perasaan ‘marah’:
“Daripada Abu Hurairah r.a.:  Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah  engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.”  (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari).

Hadith ini menyentuh mengenai:
i)  Perasaan marah
ii)  Punca-punca perasaan marah
iii)  Cara-cara mengawal perasaan marah

-Dapat disenaraikan beberapa cara untuk mengawal perasaan marah:
1) Doa ( agar dibimbing oleh Allah)
2) Zikrullah
3) Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang dinyatakan Allah dalam al-Qur’an (pahala orang yang dapat mengawal dirinya- bidadari di Syurga)
4) Mengambil wudhu’
5) Ubah kedudukan: berdiri-duduk-baring
6) Berikan hak badan-tidur, rehat dan tidak memenatkan badan.
-Sifat marah yang dicela:  Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memaki  hamun, mencela, memukul dll.
-Sifat marah yang dipuji: Apabila mempertahankan yang hak

~Seterusnya usrah diteruskan dengan perkongsian isu semasa oleh Eifa. Isu yang diutarakan ialah isu yang berkaitan dengan ‘marah’:

Bapa simbah asid
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, Hamid Salleh dan Ahmad Rabiul Zulkifli
bhkt@bharian.com.my
2010/08/16

“KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang terlalu marah terhadap isterinya kerana menuntut cerai bertindak menyimbah cuka getah ke muka wanita itu dan dua anaknya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, anak suspek, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, melecur pada muka dan badan manakala isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, melecur belakang badan dan sebahagian lehernya.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata seorang lagi anak suspek, Muhammad Irfan Firdaus, 2, melecur pada muka dan badan, manakala ibu mentua, Minah Omar, 56, cedera ringan pada mata kiri.”

Apa yang dapat disimpulkan daripada isu tersebut ialah:
-  Apabila adanya perasaan marah, seseorang boleh menjadi bodoh( tidak rasional) yang kemudiannya menyebabkan orang tidak bersalah menjadi mangsa.

Kesimpulan: “ Jadilah kunci yang membuka pintu semua kebaikan dan kunci yang menutup   pintu semua keburukan

“ if you shut your door to all errors truth will be shut out”
(jangan takut buat salah tapi belajar dari kesilapan kerana tidak semestinya kalau kita pernah buat salah, selalunya kita akan salah)

Sebelum mengakhiri majlis, round table dijalankan. Alhamdulillah hampir kesemua ahli memberi pendapat.

Majlis ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan doa rabitah.

~Wallahu’alam~

Disediakan oleh: Nor Asma Atikah Mohd Zahari
Sumber   : Usrah 13 Januari 2011
              : Kitab Tauhid -Abdul Majid Aziz Az-Zindani-
              :Tafsir Al-Wadih, Juz 30 -Dr. Muhammad Mahmud Hijazi-
              :Hadis 40-Imam An-Nawawi-
              :bhkt@bharian.com.my

By: Biro Dakwah & Tarbiyah, INSPIRE Club, IIUM.