REPORT USRAH INSPIRE 13 Jan 2011
~Assalamualaikum W.B.T. ~
Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, usrah kedua bagi sem ini telah berjaya diadakan pada 13 Januari 2011 yang lepas bertempat di Edu LR 3. Majlis usrah tersebut telah dihadiri seramai 44 orang yang terdiri daripada senior-senior Inspire dan juga adik-adik baru dalam Inspire.Untuk memberkati usrah tersebut, majlis dibuka dengan bacaan surah al-Fatihah diikuti dengan bacaan Ma’thurat.
Disebabkan kesudian ramai adik-adik baru yang hadir pada malam tersebut, sesi “taa’ruf” juga telah diadakan bagi mengenali dengan lebih lanjut setiap ahli yang hadir pada malam tersebut.
Usrah dimulakan oleh kak Nisa dengan menerangkan kepada setiap ahli yang hadir terutamanya kepada adik-adik baru tentang bagaimana usrah dibawa:
a) Mengikut ‘module’
b) Digalakkan ‘mencapap’ (menyumbang idea)
~Seterusnya, kak Nisa meneruskan majlis dengan perkongsian tauhid yang menfokuskan kepada:
i) Fasal 1: Ilmu Tauhid
ii) Fasal 2: Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Islam
Antara hasil perkongsian daripada beberapa ahli yang hadir pada malam tersebut dapat disimpulkan seperti berikut:
-Tauhid bermaksud mengEsakan Allah Taala dan berkait dengan akidah iaitu mempercayai bahawa Allah itu satu.
-Tauhid hanya terdapat dalam agama Islam (agama lain contohnya agama kristian percaya kepada konsep ‘trinity’).
--- Ilmu tauhid adalah ilmu yang membuktikan kebenaran akidah dalam Islam melalui dua cara iaitu melalui Dalil Akli (akal) dan Dalil Nakli (al-Qur’an ).
Macam mana nak tentukan kemuliaan sesuatu ilmu?
Antara pendapat yang dikemukakan beberapa ahli pada malam tersebut:
- Cara amalkan ilmu tersebut dan juga sumber ilmu tersebut
- Ilmu yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah
- Fikrah( kefahaman) yang terbentuk daripada ilmu itu sendiri:
Contoh: Ramai yang ada ilmu tapi akhlak tidak elok
(kefahaman dan niat yang betul akan memuliakan sesuatu ilmu)
Hukum mempelajari ilmu Tauhid:
- Fardhu ain (penting untuk setiap individu) tapi untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam, itu boleh menjadi fardhu kifayah.
~Usrah diteruskan oleh Sidi dengan tafsir surah An-Naas (114):1-6
(1) “ Katakanlah, “ Aku berlindung kepada Tuhannya manusia,”
(2) “ Raja manusia,”
(3) “ Sembahan manusia,”
(4) “ dari kejahatan (bisikan) setan yang bersembunyi,”
(5) “ yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,”
(6) “ dari (golongan) jin dan manusia.”
Daripada surah ini, dapat diringkaskan:
-pada 3 ayat pertama: Menunjukkan 3 sifat Allah,
: Allah tempat kita berlindung,
-pada 3 ayat terakhir : syaitan membisikkan perasaan was-was kepada manusia,
: kita digalakkan mencerca syaitan.
~Seterusnya adalah bacaan Hadith 16 yang berkaitan dengan perasaan ‘marah’:
“Daripada Abu Hurairah r.a.: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.” (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari).
Hadith ini menyentuh mengenai:
i) Perasaan marah
ii) Punca-punca perasaan marah
iii) Cara-cara mengawal perasaan marah
-Dapat disenaraikan beberapa cara untuk mengawal perasaan marah:
1) Doa ( agar dibimbing oleh Allah)
2) Zikrullah
3) Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang dinyatakan Allah dalam al-Qur’an (pahala orang yang dapat mengawal dirinya- bidadari di Syurga)
4) Mengambil wudhu’
5) Ubah kedudukan: berdiri-duduk-baring
6) Berikan hak badan-tidur, rehat dan tidak memenatkan badan.
-Sifat marah yang dicela: Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memaki hamun, mencela, memukul dll.
-Sifat marah yang dipuji: Apabila mempertahankan yang hak
~Seterusnya usrah diteruskan dengan perkongsian isu semasa oleh Eifa. Isu yang diutarakan ialah isu yang berkaitan dengan ‘marah’:
Bapa simbah asid
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, Hamid Salleh dan Ahmad Rabiul Zulkifli
bhkt@bharian.com.my
2010/08/16
“KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang terlalu marah terhadap isterinya kerana menuntut cerai bertindak menyimbah cuka getah ke muka wanita itu dan dua anaknya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, anak suspek, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, melecur pada muka dan badan manakala isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, melecur belakang badan dan sebahagian lehernya.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata seorang lagi anak suspek, Muhammad Irfan Firdaus, 2, melecur pada muka dan badan, manakala ibu mentua, Minah Omar, 56, cedera ringan pada mata kiri.”
Apa yang dapat disimpulkan daripada isu tersebut ialah:
- Apabila adanya perasaan marah, seseorang boleh menjadi bodoh( tidak rasional) yang kemudiannya menyebabkan orang tidak bersalah menjadi mangsa.
Kesimpulan: “ Jadilah kunci yang membuka pintu semua kebaikan dan kunci yang menutup pintu semua keburukan”
“ if you shut your door to all errors truth will be shut out”
(jangan takut buat salah tapi belajar dari kesilapan kerana tidak semestinya kalau kita pernah buat salah, selalunya kita akan salah)
Sebelum mengakhiri majlis, round table dijalankan. Alhamdulillah hampir kesemua ahli memberi pendapat.
Majlis ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan doa rabitah.
~Wallahu’alam~
Disediakan oleh: Nor Asma Atikah Mohd Zahari
Sumber : Usrah 13 Januari 2011
: Kitab Tauhid -Abdul Majid Aziz Az-Zindani-
:Tafsir Al-Wadih, Juz 30 -Dr. Muhammad Mahmud Hijazi-
:Hadis 40-Imam An-Nawawi-
:bhkt@bharian.com.my
By: Biro Dakwah & Tarbiyah, INSPIRE Club, IIUM.
No comments:
Post a Comment