Showing posts with label INSPIRE. Show all posts
Showing posts with label INSPIRE. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Harimau..Buaya..Tikus..Lebah dan madu..

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. 
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi..
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. 


Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. 
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya.


Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa maduSi hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.

Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah...


Tikus yg sedang mengigit tali........Kalau semua nak tahu ... si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..


1 minit untuk mengingati Allah


Wednesday, March 9, 2011

Senyuman utk hari ini...

Sedang cuya surf tenet.. tiba2 cuya terjumpa ceriter ni yg mmbuatkn cuya tergelak.. heee :D 
Semasa selingan solat terawih seorang ustaz telah bercerita tentang azab tidak menutup aurat kepada para musliman. Ustaz menjelaskan pemakaian jubah dan jilbab kepada makmumnya. Sekembali dari masjid seorang pemuda terdengar perbualan antara si ibu dengan anaknya tentang jilbab.

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai jilbab itu wajib. Ibu, mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak bu..?
Ibu : Jangan ...

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu. Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?
Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...

Anak : Tapi bu.. bukankah lebih baik saya memakai jilbab kerana kita orang Islam
dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya..betul tak bu...? Bolehlah bu..
Ibu : TIDAK !

Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh dengan cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu syariat Islam. Islam yang sebenar, bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.
Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !

Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai
jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua, kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.
Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!

Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD!
Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !
Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !!
Ibu : J A N G A N !!!

Anak : J I L B A A A A A A B !!!!
Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI...



.. Senyuman utk hari ini ... keep smiling~~

Friday, January 21, 2011

[usrah INSPIRE]-13 Januari 2011



REPORT USRAH INSPIRE 13 Jan 2011

~Assalamualaikum W.B.T. ~
Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, usrah kedua bagi sem ini telah berjaya diadakan pada 13 Januari 2011 yang lepas bertempat di Edu LR 3. Majlis usrah tersebut telah dihadiri seramai 44 orang yang terdiri daripada senior-senior Inspire dan juga adik-adik baru dalam Inspire.Untuk memberkati usrah tersebut, majlis dibuka dengan bacaan surah al-Fatihah diikuti dengan bacaan Ma’thurat.

Disebabkan kesudian ramai adik-adik baru yang hadir pada malam tersebut, sesi “taa’ruf” juga telah diadakan bagi mengenali dengan lebih lanjut setiap ahli yang hadir pada malam tersebut.

Usrah dimulakan oleh kak Nisa dengan menerangkan kepada setiap ahli yang hadir terutamanya kepada adik-adik baru tentang bagaimana usrah dibawa:
a)  Mengikut ‘module’
b)  Digalakkan ‘mencapap’ (menyumbang idea)
~Seterusnya, kak Nisa meneruskan majlis dengan perkongsian tauhid yang menfokuskan kepada:
i)  Fasal 1: Ilmu Tauhid
ii)  Fasal 2: Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Islam
Antara hasil perkongsian daripada beberapa ahli yang hadir pada malam tersebut dapat disimpulkan seperti berikut:

-Tauhid bermaksud mengEsakan Allah Taala dan berkait dengan akidah iaitu mempercayai bahawa Allah itu satu.
-Tauhid hanya terdapat dalam agama Islam (agama lain contohnya agama kristian percaya kepada konsep ‘trinity’).

--- Ilmu tauhid adalah ilmu yang membuktikan kebenaran akidah dalam Islam melalui dua cara iaitu melalui Dalil Akli (akal) dan Dalil Nakli (al-Qur’an ).

Macam mana nak tentukan kemuliaan sesuatu ilmu?
Antara pendapat yang dikemukakan beberapa ahli pada malam tersebut:
-          Cara amalkan ilmu tersebut dan juga sumber ilmu tersebut
-          Ilmu yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah
-          Fikrah( kefahaman) yang terbentuk daripada ilmu itu sendiri:
Contoh: Ramai yang ada ilmu tapi akhlak tidak elok
(kefahaman dan niat yang betul akan memuliakan sesuatu ilmu)

Hukum mempelajari ilmu Tauhid:
-          Fardhu ain (penting untuk setiap individu) tapi untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam, itu boleh menjadi fardhu kifayah.

 ~Usrah diteruskan oleh Sidi dengan tafsir surah An-Naas (114):1-6
(1)   “ Katakanlah, “ Aku berlindung kepada Tuhannya manusia,”
(2)   “ Raja manusia,”
(3)   “ Sembahan manusia,”
(4)   “ dari kejahatan (bisikan) setan yang bersembunyi,”
(5)   “ yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,”
(6)   “ dari (golongan) jin dan manusia.”

Daripada surah ini, dapat diringkaskan:
-pada 3 ayat pertama: Menunjukkan 3 sifat Allah,
                                    : Allah tempat kita berlindung,
-pada 3 ayat terakhir : syaitan membisikkan perasaan was-was kepada manusia,
                                      : kita digalakkan mencerca syaitan.

~Seterusnya adalah bacaan Hadith 16 yang berkaitan dengan perasaan ‘marah’:
“Daripada Abu Hurairah r.a.:  Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah  engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.”  (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari).

Hadith ini menyentuh mengenai:
i)  Perasaan marah
ii)  Punca-punca perasaan marah
iii)  Cara-cara mengawal perasaan marah

-Dapat disenaraikan beberapa cara untuk mengawal perasaan marah:
1) Doa ( agar dibimbing oleh Allah)
2) Zikrullah
3) Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang dinyatakan Allah dalam al-Qur’an (pahala orang yang dapat mengawal dirinya- bidadari di Syurga)
4) Mengambil wudhu’
5) Ubah kedudukan: berdiri-duduk-baring
6) Berikan hak badan-tidur, rehat dan tidak memenatkan badan.
-Sifat marah yang dicela:  Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memaki  hamun, mencela, memukul dll.
-Sifat marah yang dipuji: Apabila mempertahankan yang hak

~Seterusnya usrah diteruskan dengan perkongsian isu semasa oleh Eifa. Isu yang diutarakan ialah isu yang berkaitan dengan ‘marah’:

Bapa simbah asid
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, Hamid Salleh dan Ahmad Rabiul Zulkifli
bhkt@bharian.com.my
2010/08/16

“KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang terlalu marah terhadap isterinya kerana menuntut cerai bertindak menyimbah cuka getah ke muka wanita itu dan dua anaknya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, anak suspek, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, melecur pada muka dan badan manakala isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, melecur belakang badan dan sebahagian lehernya.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata seorang lagi anak suspek, Muhammad Irfan Firdaus, 2, melecur pada muka dan badan, manakala ibu mentua, Minah Omar, 56, cedera ringan pada mata kiri.”

Apa yang dapat disimpulkan daripada isu tersebut ialah:
-  Apabila adanya perasaan marah, seseorang boleh menjadi bodoh( tidak rasional) yang kemudiannya menyebabkan orang tidak bersalah menjadi mangsa.

Kesimpulan: “ Jadilah kunci yang membuka pintu semua kebaikan dan kunci yang menutup   pintu semua keburukan

“ if you shut your door to all errors truth will be shut out”
(jangan takut buat salah tapi belajar dari kesilapan kerana tidak semestinya kalau kita pernah buat salah, selalunya kita akan salah)

Sebelum mengakhiri majlis, round table dijalankan. Alhamdulillah hampir kesemua ahli memberi pendapat.

Majlis ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan doa rabitah.

~Wallahu’alam~

Disediakan oleh: Nor Asma Atikah Mohd Zahari
Sumber   : Usrah 13 Januari 2011
              : Kitab Tauhid -Abdul Majid Aziz Az-Zindani-
              :Tafsir Al-Wadih, Juz 30 -Dr. Muhammad Mahmud Hijazi-
              :Hadis 40-Imam An-Nawawi-
              :bhkt@bharian.com.my

By: Biro Dakwah & Tarbiyah, INSPIRE Club, IIUM. 

Saturday, January 15, 2011

[usrah INSPIRE] Niat - 30 Disember 2010

Assalamualaikum semua ^_^ Apa Ceriter Usrah kita???

 

Alhamdulillah..pada 30 December 2010 lepas usrah pertama untuk sem ini telah diadakan di EDU LR 3 yang dihadiri seramai 36 orang ahli Inspire.
Usrah dimulakan oleh kak nisa untuk menerangkan dan mengingatkan tentang maksud, tujuan dan kepentingan usrah dalam satu organisasi.

• Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau ia disebut sebagai Famili.
• Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.

• Jelaslah di sini bahawa ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik. Dengan ini ia dapat meningkatkan mutu ukhuwah atau persaudaraan.

Diteruskan dengan bacaan hadith 1 yang berkaitan dengan niat untuk memperbetulkan niat serta mengingatkan tentang kepentingan niat dalam setiap amalan.

Antara isi dan hasil perkongsian daripada beberapa ahli yang hadir dapat disimpulkan:
• Sebab keluar hadis ini-kisah Hijrah Ummu Qais
• Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara’, tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik.
• Ulama ada berkata: Boleh jadi sesuatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat.• Niat tidak menghalalkan cara
• Sentiasa ikhlaskan niat dalam melakukan apa-ape amalan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

“Fake it till you make it”
- cuba dan usaha untuk berubah kearah kebaikan perlahan-lahan/secara berperingkat.
- walaupun pura-pura ia adalah salah satu cara/usaha untuk mendapat hidayah Allah.
- bukan hipokrit apabila berpura-pura menjadi baik kerana fitrah manusia suka akan kebaikan.
- apabila diperli kerana perubahan itu, anggaplah ia ujian daripada Allah untuk menguji tahap kesabaran dan keikhlasan hambanya.

“Niat vs sesuatu yang terlintas difikiran”Contohnya: terlintas bahawa Jesus seperti dikatakan oleh orang kristian dan konsep trinity adalah benar.
- Pandang dan fikir Jesus(Nabi Isa a.s.) dari sudut pandangan Islam
- Fikir dan kaji agama lain dari perspektif Islam dan bukan dari pandangan agama tersebut.
Niat kita, Hidup kitaSumber : SOLUSI Isu no.27
Ruangan:MAHMUDAH
Oleh : Umar Muhammad Noor
 
Suatu hari, seorang lelaki datang kepada Sufyan bin ‘Uyainah untuk menyatakan keluhan keadaan hidupnya. Ia berkata, “Wahai Abu Muhammad, aku mengeluh akan sikap isteriku. Dia memperlakukanku dengan sangat buruk. Seolah-olah, aku adalah orang yang paling hina dan tak berharga di matanya.” Mendengar ini, Ibn ‘Uyainah tertunduk diam. Sekian lama beliau tidak mengucapkan satu kalimat pun. Kemudian beliau mengangkat kepala dan berkata, “Apa motivasi kamu apabila menikahi isterimu itu? Apakah agar engkau mendapat kemuliaan kerana status keluarganya?” Lelaki itu mengiakannya. Ibn ‘Uyainah berkata:” Orang yang menginginkan kemuliaan, akan diberikan kehinaan. Orang yang menginginkan kekayaan, akan diberikan kefakiran. Dan orang yang menginginkan kesolehan, maka Allah akan himpunkan untuknya kemuliaan dan kekayaan.” Beliau kemudian bercerita: “Saya memiliki 3 orang adik-beradik, iaitu Muhammad, Imran dan Ibrahim. Muhammad anak yang paling tua, Imran yang paling bongsu dan aku anak pertengahan. “Apabila Muhammad hendak berkahwin, dia menginginkan kemuliaan. Beliau lalu mencari pasangan dari keluarga yang lebih tinggi status sosialnya. Akhirnya, dia diperlakukan dengan sangat hina oleh isteri dan keluarga isterinya.” “Imran menginginkan kekayaan, maka dia mencari pasangan yang berasal dari keluarga kaya. Akhirnya, ia jatuh dalam kefakiran. Mereka merampas semua hartanya dan tidak meninggalkan sedikit pun untuk dirinya.” Ibn ‘Uyainah melanjutkan: “Beberapa lama kemudian, kebetulan Ma’mar bin Rasyid dating ke negeri kami. Aku lalu meminta nasihat daripadanya sambil menceritakan kisah kedua-dua orang saudaraku itu. Beliau lalu menyampaikan kepadaku hadis Yahya bin Ja’dah: ‘seorang wanita dinikahi kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya, kemuliaanya dan kerana kecantikannya. Maka carilah wanita yang soleh, nescaya engkau akan beruntung.’ Juga hadis Aisyah : ‘Wanita yang paling besar keberkatanya adalah orang yang paling sedikit biaya maharnya.’

Kisah ini mengajar kita sesuatu yang sangat berharga: Niat sangat menentukan hidup kita. Dan Allah memperlakukan kita sesuai dengan niat kita.” Tidak terkira berapa banyak orang yang sengsara dalam mengharungi bahtera hidup ini lantaran keliru memasang niat di awal perjalanan.

Orang yang “tersalah niat” dalam mencari harta akan hidup bagai hamba sahaya. Ia melihat wang dan kekayaan sebagai tujuan utama sehingga sentiasa dibayangi kefakiran dan takut miskin. Berkata Abu Hazim Salamah bin Dinar:”Allah mewahyukan kepada dunia: ‘Siapa yang melayanimu, maka penatkanlah dia. Dan siapa yang melayani-Ku,maka layanilah dia’ “ (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Zuhd al-Kabir).

Orang yang “tersalah niat” dalam belajar menghabiskan hidupnya untuk perkara yang sia-sia. Ia membuang energy untuk mengejar ijazah, bukan untuk menimba ilmu. Padahal selembar kertas hanya memberikan kemuliaan palsu, bukan hakiki. Kaum muslimin khasnya, dan masyarakat dunia amnya, memuliakan seseorang kerana sumbangan yang diberikan, bukan kerana ijazah yang dipegang.

Orang yang “tersalah niat” dalam dakwah akan hidup dalam kebencian. Masyarakat membencinya dan ia membenci mereka. Hakikat dakwah adalah simpati yang lahir dalam hati seseorang lalu mendorongnya untuk menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan kebinasaan. Jika dakwah berakhir dengan kebencian, mesti ada yang salah dalam motif dan niat awal dakwah tersebut.

Seterusnya adalah perkongsian artikel oleh Afnan dari http://muharikah.wordpress.com/ . Isu yang diutarakan ialah mengenai “saya sudah bosan dengan usrah. Saya tak dapat apa-apa dari usrah…”. Antara isi penyelesaian yang disampaikan:
• Hormat orang lain yang sedang berdakwah dan saling membantu untuk berdakwah.
• Istigfar dan muhasabah diri. Datang usrah bukan sekadar untuk mendengar dan menerima tetapi berkongsi dan memberi. Niatkan untuk berdakwah dan komited pada dakwah.
• Fikirkan ganjaran setiap langkah untuk ke usrah dan berdakwah.

Kemudian diteruskan oleh Suhairi untuk berkongsi tentang kelebihan majlis ilmu iaitu malaikat akan memayungi orang yang menuntut ilmu. Antara signifikasi perlindungan malaikat:

1. Manusia ciptaan Allah yang paling sempurna dan merupakan sebaik-baik kejadian. Namun, manusia juga serba lemah dan kekurangan.
• Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa akan datang walaupun hanye sesaat.
• Oleh itu, berkat perlindungan malaikat, ini dapat melindungi manusia itu dari keburukan atau bala.
2. Mendapat rahmat yang terus memayungi sehingga sampai ke destinasi.
3. Mendapat sakinah mawaddah (ketenangan dan kasih sayang).
• Didatangkan perasaan sayang pada orang lain dan sayang terhadap agama.
4. Allah merasa bangga dengan manusia.
• Ini kerana sebelum penciptaan manusia, para malaikat mengatakan manusia akan membawa kerosakan

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat , “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman,” Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”(Al-Baqarah(2):30)

Selapas itu, diteruskan dengan tafsir surah al-Hujuraat(49): 9-12
(9) “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

(10) “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”

(11) “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

(12) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
 
Dapat diringkaskan mengenai ayat ini ialah tentang konsep adab sesama manusia.
• Sebaiknya manusia bersikap sederhana dalam setiap aspek dalam kehidupan.
• Sesame saudara tidak sepatutnye bertelingkah melebihi 3 hari.
• Sesame manusia juga tidak boleh mencemuh antara satu sama lain.
• Tutup aib orang lain supaya Allah juga menutup aib kita diakhirat.

Usrah diteruskan dengan perbincangan isu semasa oleh Juliana. Antara intipatinya :
• Manusia sering taksub dengan kejadian-kejadian luar biasa yang berlaku di muka bumi. Oleh itu, ta’jub dengan kebesaran Allah adalah lebih baik daripada taksub dengan perkara yang boleh membawa kepada syirik.

Wallahu’alam.
 
Disediakan oleh: ctrazifah
Sumber: usrah 30 disember 2010http://www.hep.unisel.edu.my/
http://muharikah.wordpress.com/
SOLUSI Isu no.27
By: Biro Dakwah & Tarbiyah, INSPIRE Club, IIUM.