Wednesday, July 7, 2010

Pekerja yg malas



~PEKERJA YANG MALAS~

Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan pemalas, seorang Boss yang baru dilantik di sebuah syarikat mengambil keputusan untuk memberi sedikit tunjuk ajar kepada pekerja-pekerjanya pada hari pertama beliau memegang jawatan di syarikat tersebut. So, sape2 yg beliau nampak paling pemalas, akan dipecat on the spot.

Memang malang tidak berbau, beliau ternampak seorg pekerja yg sedang baik punya menyandar kat tepi dinding.

"Yang berbaju biru tu!!" Beliau menjerit.

Jeritan kuat menyebabkan semua pekerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.

"Brape gaji awak?!" Tanya beliau dengan nada yang agak keras.

"Dalam RM 800." Pekerja itu menjawab.

Boss itu berkata, "Nah amik ni RM 800 dan SILA KELUAR DARI SINI! KALAU NAK MALAS2, PEGI TEMPAT LAIN!!"

Pekerja itu terus mengambil duit tersebut dan beredar tanpa sepatah kata. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nya, seperti mahu mereka faham, sape malas, sure kene pecat!!!

Merasakan pekerja2nya memahami maksud kejadian tadi, beliau merasa puas.

Sebelum Boss itu masuk semula ke dalam ofisnya, beliau bertanya kepada keraninya, "Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawab kerani, "Owh, dia tu datang anto pizza……….. tak keje sini pun~~"

No comments: