Friday, July 2, 2010

Kenali Automatic Exposure Bracketing (AEB)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera…
Pernah tak korang mengalami situasi dimana keadaan cahaya di tempat yang korang nak ambil gambar tu susah untuk korang menentukan apakah setting yang sesuai?
Salam satu cara untuk korang menghadapi situasi begini ialah dengan bermain dengan setting kamera korang dan mengambil beberapa shoot dengan setting yang berbeza. Masalah dengan teknik ini ialah, korang hanya membuang masa korang dan pada masa yang sama, korang berkemungkinan akan terlepas moment atau saat-saat berharga korang… cheewaahh…
:P
Boleh dikatakan, hampir semua model DSLR mempunyai satu fungsi yang dikenali sebagai Automatic Exposure Bracketing (AEB) dan kamera kompak yang advance juga mungkin mempunyai fungsi ini.
Exposure Bracketing
Apa yang terjadi bila korang menggunakan fungsi ini? ianya akan mengambil beberapa shoots yang mempunyai exposure yang berbeza tanpa memerlukan korang menukar setting kamera… haaa… magic tak? :P  Apa yang dilakukan oleh fungsi AEB ini ialah, apabila fungsi ini diaktifkan, sebagai contoh, korang pakai Mode Aperture priority dan aperture shutter korang di set kan ke f5.6 dan ISO 200. Kamera korang akan menggunakan nilai yang berbeza untuk ianya mendapatkan sekurang-kurangnya 3 shoots yang mempunyai bacaan exposure yang berbeza… bermakna, ianya antara exposure yang di tengah-tengah “0″ (exposure yang betul) tu, -1(gelap sikit) dan +1(terang sikit).
Bagaimana rupa dia nanti? rujuk gambar dibawah dan lihat bagaimana gambar-gambar tersebut mempunyai exposure yang berbeza…  *Kalau tak tahu exposure tu apa, sila semak kembali apa yang telah dikongsikan website ini. Usaha tangga kejayaan… :D
brack

Dan begitulah juga sekiranya korang menggunakan mode shutter priority. Sentiasa rujuk kepada manual korang dimana letaknya fungsi ini.Apabila fungsi ini di pilih, saya nasihatkan korang pakai lah shutter mode yang macam machine gun tu… supaya korang tak perlu tekan shutter tu banyak-banyak kali.Diharap dengan apa yang dikongsi kali ini akan membuatkan pengalaman fotografi korang lebih bermakanmakna… :P
Sekian… Selamat mencuba… :)

No comments: