Friday, July 2, 2010

Apa itu filter? penapis minyak? penapis udara?

Salam to everyone… Hari ini, saya akan bercerita tentang filter… Bukan penapis minyak mahupun penapis udara, tapi filter yang digunakan dalam fotografi. Mungkin ada yang tak tahu macam mana  

rupa filter tu kan…  
Begini lah rupa die… Ianya mempunyai size yang tertentu… Size tu pula bergantung pada saiz thread lens korang… (bahagian paling depan lens korang tu) , paling besar filter setakat yang saya tahu ialah 82mm… yang paling kecil saya tak tau… Ianya akan di pasang pada depan lens korang… Macam ni,


Gambar di atas menunjukkan kedudukan filter tersebut… Kita pergi kepada jenis2 filter yang terdapat di pasaran dan yang kerap digunakan, secara ringkasnya… (nanti korang dah terer korang akan tahu lebih detail part ni… ;) ) UV filter - Filter ni antara accessory wajib untuk kamera korang… Ianya bertujuan untuk memprotect lens element korang yang paling depan tu daripada bercalar…  Selain itu, seperti namanya, ianya turut menapis sinaran UV yang akan menyebabkan haziness… Circular Polarizer Filter (CPL) - Filter ni ada dua fungsi, pertama - ianya membuang reflection pada cermin atau permukaan air dan kedua, ianya mampu menambah contrast pada langit…  Lihat rajah di bawah;

Ihsan - wikipedia.com
Ihsan - wikipedia.com


ihsan wikipedia
ihsan wikipedia
Gambar di atas menunjukan sebelum(kiri) dan selepas(kanan) menggunakan polarizer filter… kan cantik gitu… :D Neutral Density Filter (ND) - Filter ini bertujuan untuk menghad kan kemasukan cahaya kedalam kamera korang… Ianya berguna bila korang nak tangkap gambar portrait pada siang hari menggunakan bukaan aperture yang besar… Atau, kalau korang nak tangkap gambar air tapi nak pakai slow shutter speed supaya air tu nampak macam kapas-kapas gitu… :D ND filter ni di kategorikan dengan nilai ND 2, ND 4, ND 8 kebiasaannya… Semakin besar nombor ND nye, semakin gelap lah filter itu jadi, semakin kurang lah jumlah cahaya yang masuk…
ihsan photoanswers.co.uk
ihsan photoanswers.co.uk
Graduated ND Filter - Ianya sama dengan ND filter… cuma ianya graduated (bukan graduate unversity mana2 eh… :P ) . Begini, filter ini, hanya separuh daripada filter itu yang gelap… bermaksud, atas gelap kemudian ianya semakin terang…Tak faham? gini lah rupa dia…
http://www.nathangriffin.com
http://www.nathangriffin.com
Ada debat yang mengatakan, penggunaan filter ini, akan mengurangkan kualiti gambar korang… Pada pendapat saya, kalau dengan filter ini kita boleh mengimprove gambar secara menyeluruh, kenapa kita perlu risau dengan satu defect yang akan terhasil dek penggunaan filter ini? kan? Saya rasa setakat ini sahaja ringkas berkenaan filter… Sekian, Terimalah kasih… :P

No comments: