Tuesday, April 13, 2010

Motivasi kejayaan – 3 mindset orang berjaya..


Orang berjaya ada sikap berlainan, perangai berlainan.
Orang berjaya senang dikenalpasti kerana kelainan yang ditonjokan oleh mereka kerana mereka ada 3 sikap yang dibentuk oleh 3 mindset berikut:

1. Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.
Orang berjaya sanggup mendepani kesusahan dan perkara-perkara yang menyusahkan. Mereka tidak pernah merungut atau mengomplen sebab mereka tahu tak ada jalan mudah untuk berjaya. Mereka sanggup bersusah payah kerana mereka sedar, kesusahan tu hanya sementara.

2. Sanggup bekerja lebih lama dari orang lain di sekeliling.
Orang berjaya bekerja dalam masa yang lebih lama dari orang lain, biasanya mereka bekerja lebih dari 12 jam sehari, bahkan tak mustahil mencapai 16 jam sehari sehingga mereka terpaksa mengurangkan waktu tidur supaya boleh bekerja lebih lama. Dia biasanya bangun lebih awal dari orang lain, tidur lebih lambat dari orang lain.

3. Sanggup bekerja setiap hari walaupun pada hari cuti.
Orang berjaya tak akan pernah berhenti bekerja dan berusaha selagi apa yang mereka mahukan tidak tercapai. Tidak ada istilah cuti-cuti, tidak ada perkataan relaks terlalu lama dalam kamus hidup mereka.
Inilah ciri-ciri sikap yang membezakan orang yang berpotensi untuk berjaya dengan orang biasa. Mereka hanya akan berehat pada waktu tidur, pada waktu sembahyang, pada waktu makan.
Mindset penting orang berjaya – sanggup berkorban untuk memperoleh kejayaan. Mereka korbankan masa bersantai-santai, masa berjalan-jalan dan masa untuk bersukaria untuk mencapai kejayaan idaman mereka.

Kata2 motivasi..

Bakat Kita

Bakat yang kita miliki adalah hadiah dari Tuhan untuk kita… Apa yang dapat kita hasilkan dari bakat tersebut adalah hadiah dari kita untuk Tuhan.
Our talents are the gift that God gives to us… What we make of our talents is our gift back to God.



Masalah Kita Manusia

Masalah-masalah kita adalah buatan manusia, maka dari itu, dapat diatasi oleh manusia. Tidak ada masalah dalam takdir manusia yang tidak terjangkau oleh manusia.
Our problems are man-made, therefore they may be solved by man. No problem of human destiny is beyond human beings.
~ John F. Kennedy

Kata Mutiara Cinta Untuk Wanita

Carilah seorang pria yang memanggil mu cantik, bukan hot / sexy
Yang menelepon kembali ketika kamu menutup telpon
Yang mau tiduran di bawah bintang dan mendengar detak jantungmu
Atau mau tetap terbangun untuk melihatmu tidur
Tunggulah seorang laki-laki yang mencium dahimu
Yang mau memamerkan dirimu pada dunia ketika kamu sedang keringetan
Yang menggenggam tanganmu di depan teman-temannya
Yang menganggap kamu tetap cantik tanpa riasan
Seseorang yang selalu mengingatkan kamu, betapa besar kepeduliannya padamu
dan betapa beruntungnya dia memilikimu
Seseorang yang berkata pada temannya: dialah orangnya…
Find a guy who calls you beautiful instead of hot, who calls you back when you hang up on him, who will lie under the stars and listen to your heartbeat, or will stay awake just to watch you sleep… wait for the boy who kisses your forehead, who wants to show you off to the world when you are in sweats, who holds your hand in front of his friends, who thinks you’ re just as pretty without makeup on. One who is constantly reminding you of how much he cares and how lucky he is to have YOU… The one who turns to his friends and says, thats her…


"Berilah hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh hidupmu sebaik-baiknya!-Hassan al-Banna-

Ubah 2 ini untuk mencapai kejayaan

1. Mengubah diri menjadi orang yang bersikap baik sepenuhnya.
Kita tak akan dapat mengecapi kejayaan jika kita kekal dengan sikap sekarang ini. Kita kena ubah kepada sikap yang lebih baik supaya kita dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik lantas membuat kita muncul lebih cemerlang dari orang-orang di sekeliling kita. Sikap yang baik, mendorong kita mengambil tindakan yang baik, hasilnya kita beroleh pencapaian yang baik-baik.

Mulai hari ini, ubah diri kita. Perbaiki sikap, cara bercakap, cara bergaul, cara kita memandang orang lain dan ubah persepi kita terhadap kehidupan. Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tak mengubah perangai kita dan tindakan kita menjadi perangai baik dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang baik.

Sama-samalah kita ingat mengingati. Ubah diri menjadi seseorang yang baik, supaya kita dapat mencapai kejayaan, seperti yang kita idamkan. Baik kepada orang lain, baik kepada diri sendiri.

2. Berbakti kepada orang lain.
Sebuah perniagaan, sama ada yang menjual barangan ataupun yang menawarkan perkhidmatan, jika dikaji sebenarnya merupakan bakti kepada masyarakat. Untuk sesebuah perniagaan tu muncul jadi perniagaan berjaya, kena terlebih dahulu menaburkan bakti, memberi produk berkualiti serta perkhidmatan yang memuaskan hati.

Selepas tu barulah ramai orang akan membeli produk yang ditawarkannya, menggunakan perkhidmatan yang diberikan olehnya. Sama juga dengan diri kita. Untuk kita berjaya dalam pelajaran, kekeluargaan, kerjaya, perniagaan dan kewangan, kita kena berbakti dulu kepada orang lain. Dalam proses berusaha mencapai kejayaan, kita tak akan dapat menolak dari tidak melibatkan orang lain dalam hidup kita.

Kita memerlukan orang lain untuk kita menimba ilmu daripada mereka kemudian kita akan perlukan seseorang yang lain untuk kita curahkan ilmu yang kita ada supaya kita dapat menimba lebih banyak ilmu, dua kali ganda banyaknya dari jumlah sebelum tu.
Tadi kita kena ubah diri menjadi diri kita yang baru, dengan sikap baru, mindset baru, akhlak baru yang lebih baik. Sekarang, kita kena menabur bakti dengann bersikap baik. Apa yang kita berikan pada orang lain, kita akan dapat balik satu hari nanti dengan jumlah ‘double‘.

Harapan Tanpa Suara (Lirik)


Di dalam kandungan ibuku tersayang..
Degupan jantungmu,jantungku...
Irama Penuh syahdu..

Kuingin rasai kehangatan pelukan..
Belaian kasih sayang..
Ku jaga Kau di hari Tuamu..
Andai panjang usiaku...

Namun hanya harapan tanpa Suara..
Di dunia cuma seketika..
Jasad kaku dibaluti kertas usang..
Terbiar bagai sampah terbuang..

Di manakah ibu, di manakah ayah..
Bonekakah atau manusia..
Anak tidak berdosa menjadi mangsa..
Oleh hawa nafsu yang serakah..

** Mungkin inilah kata2 bayi2 yg dibuang...
sungguh syahdu video ini..
sumber : Klip video Harapan Tanpa Suara
Utusan Online..

Monday, April 12, 2010

Tips Sucikan Diri (Muka dan Hati)..


Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu.
Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

*** Untuk menghilangkan stress , perbanyaklah ''olahraga''. Yakni Cukup dengan memperbanyakkan solat.Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

*** Untuk pelembab , agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

***Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

***Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

***Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Assalamua'laikum wr wb...

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 -Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 -Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 -Takbir -ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 -Baccan al-Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 -Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 -I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 -Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 -Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 -Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 -Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 -Tertib :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T..

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...AMIN....

forward dari shbt saya...semoga bermanfaat...
Saya suka information ni...Wassalam...

Pelihara dan berbaiki hati kita..Dan Ajaklah org lain melakukan kebaikan..


Artikel ni saye dapat dr blog kawan

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yangapabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.”

--(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)--

Peranan hati teramat penting dalam mencorak keperibadian kita sebagai seorang muslim dan muslimah sejati. Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.

Hati yg bersih dapat memastikan tindakan muslim@muslimah itu tidak  bertentangan dgn kehendak ALLAH. Niat yg suci iaitu melakukan segala aktiviti dgn tujuan mendapat keredhaan Allah, bermula dengan hati yang bersih. Akhlak dan keperibadian seseorang muslim yg selari dgn tuntutan syarak juga biasan kepada hati yg bersih.Mgkin ada di antara yg pernah mendengar lirik nasyid dari kumpulan Hijjaz dalam salah satu lagunya:-

Pandangan mata selalu menipu,

Pandangan akal selalu tersalah,

Pandangan nafsu selalu melulu,

Pandangan hati itu yang hakiki,

Kalau HATI itu BERSIH.

Macamana nak pelihara hati?

Yang pastinya, kita perlulah sentiasa memenuhi tanggungjawab fardhu kita, Memelihara syahadah kita (Jauhi Syirik!),Solat fardhu kita, Puasa kita, Zakat kita, Ibadah haji kita (bagi yang berkemampuan).

Seterusnya, perbanyakkanlah amalan sunat, kerana Allah amat menyintai orang yg sentiasa memperbanyakkan amalan sunatnya.Dan apabila Allah menyintai seseorang hamba-Nya itu, segala tindakannya akan sentiasa selari dgn kehendak Allah. Rasulullah pernah bersabda:-

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang wali Ku, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya.  Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dansekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.

(Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.) Jauhi perkara perkara-perkara yang haram, kerana hati yg gelap tidak akn disinggahi cahaya hidayah. Jangan kita lupa, setiap perkara/tindakan yg membawa kpd yg haram, adalah haram hukumnya. Jauhi juga perkara2 yg shubhah, kerana, perkara yng shubhah juga boleh membawa kepada haram berdasarkan hadith yg menjadi mukaddimah post kali ini.

Macamana kita nak tentukan sama ada itu dosa atau pahala?

Berdasarkan Hadith Rasulullah saw:-

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.

--Hadis riwayat al-lmam Muslim.--

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.

--Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik--

Mafhum hadith ini : Kebajikan adalah perkara2 yg mententeram kan hati kita, manakala dosa adalah perkara yg kita tidak merasa tenteram dengannya dan tidak mahu diketahui org lain tentangnya.

Bertaubat Jika telah Melakukan dosa

Andai kata kita pernah melakukan dosa, segeralah bertaubat kepada-Nya, takut2 takkan langsung diberikan kesempatan pada masa2 akan datang…Keampunan ALLAH itu Maha Luas, Janganlah ada sekelumit pun rasa ragu dalam diri kita.Rasululah bersabda:-

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku  tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan  bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.

--Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih--


wassalam


Friday, April 9, 2010

Planner Ibadahku..

Planner Ibadah

Visi : Mencari Redha Allah

Misi : Membentuk Syaksiah Fardiah melalui pendekatan “RUJI”

Cadangan Pelaksanaan

  • Tarbiyah Jasadiyah-Riadhah Minima: 3 x seminngu
  • Tarbiyah Ilmiyah dan kuliyah deen:digalakkan
  • Bacaan Ilmiyah:Wajib

Bahan Bacaan Islam:
..Asas-asas dalam islam ..Apa ertinya saya menganut Islam(Wajib) 
Majalah-majalah ilmiah-Haluan & sebagainya

PLANNER HARIAN...INSYAAllAH..
  • Pagi:Qiyammullai,Rawtib,Fardu,ma’thurat,Hafazan,ceramah,Tlawah
  • Tengahhari:zuhur,Tilawah
  • Petang:Asar,Ma’thurat,riadhah
  • Malam:Maghrib,Isyak,Tilawah,Bacaan Ilmiyah,Solat Taubat,Witir,Wirid tidur,Muhasabah

5 Penawar Hati

  • · Bergaul dengan orang Soleh
  • · Menghayati Quran
  • · Pelihara perut drpd Haram
  • · Qiamullail(isyak,subuh jemaah)
  • · Always doa n zikir

BAHAGIA
  • Rindu quran n Ibadah
  • Sangat pelihara solat
  • Rendah diri
  • Dermawan
  • Bermanfaat kepada org lain
  • Selalu ingat mati & sedia
  • Sahabat dgn orang soleh
  • Sedikit bicara apa yg x perlu

Muqadimah Hidup
  • Sayang ibubapa-penghubung nyawa n kasihi kita
  • Guru-jasanya menerangi kegelapan
  • Saudara-mara-insan yg t’dekat dgn kita
  • Jiran-sebhgian drpd kita
  • Sahabat-pergaulan yg abadi n jujur
JIKA KITA bandingkan HIDUP YG SINGKAT DI DUNIA N HIDUP YANG ABADI DI AKHIRAT,maka hidup ini adalah MIMPI belaka… Oleh itu,syangi dirimu,cintai Allah,kasihi RASUL-NYA;kerana x djadikn kekasihnya melain kn mnjadi RAHMAT SEMESTA ALAM..

Wasiat Imam HASSAN AL-BANNA…
  1. Segeralah tunaikn SOLAT walaupun dalam apa-apa keadaan sekalipun..
  2. Bacalah QURAN,buatlah kajian,dengarlah ILMU n ZIKIR..
  3. Jangan berdebat..krn xada kebaikan..
  4. Jgn banyak KETAWA..krn dealing w ALLAH should be Tenang n serious.
  5. Jgn meninggikn suara drpd yg dperlukn..krana demikian perbuatn BODOH n menyakitkn..
  6. BERKENALANLAH dgnsaudara yg anda temui sekalipun x dminta krana asas Islam adalah kasih sayang n berkenalan.

MUHASABAH (Jawab soalan ini hanya dengan Amalan)


ü Sudahkah anda membaca Al-Quran?

ü Sudahkah anda menghafal QURAN?

ü Adakah anda Solat pada Waktunya?

ü Sudahkah anda baca ma’surat?

ü Adakah anda ISTIQAMAh hadiri HALAQAH?

ü Sudahkah anda mempunyai mad’u?

ü Adakah anda bangun untk QIAMULLAIL?

ü Adakah anda buat solat RAWATIB?

ü Adakah anda tlah bersedekah?

ü Sudahkah anda PUASA SUNAT?

ü Adakah anda yakin tentang ISLAM?

ü Sudahkah anda baca tentang ISLAM?

ü Sudahkah nad aberziarah sahabat, komuniti sekitar?

ü Sudahkah anda bersenam?

Tanda2 org berakal..

“...Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya)melainkan orang-orang yang berakal.” [Ali ‘Imran 7]

Allah juga kerap memakai ilmu pengetahuan seperti

penciptaan langit dan bumi sebagai tanda bagi orang yang berakal:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal”

[Ali ‘Imran 190]

“dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkan-Nya dengan air hujan itu bumi sesudah matinya; dan pada perkisaran angin terdapat tanda-tanda (kekuasaan

Allah) bagi kaum yang berakal.” [Al Jaatsiyah 5]  
Improve Your Relationship With Al-Quran
 
Are you one of those people who rarely touch the Qur’an? Or do you read daily, but don’t find it is having the impact on you that it should? Whatever the case may be, these are some simple tips that can help you connect with the Qur’an.

1. Before you touch it, check your heart.
2. Do your Wudu' (ablution).
Doing your Wudu is good physical and mental preparation to remind you that you’re not reading just another book. You are about to interact with God, so being clean should be a priority when communicating with Him.
3. Read at least 5 minutes everyday.
Too often, we think we should read Qur’an for at least one whole hour. If you aren’t in the habit of reading regularly, this is too much. Start off with just five minutes daily. If you took care of step one, Insha Allah (God willing), you will notice that those five minutes will become 10, then half an hour, then an hour, and maybe even more!
4. Make sure you understand what you’ve read.
Five minutes of reading the Qur’an in Arabic is good, but you need to understand what you’re reading.
5. Remember, the Qur’an is more interactive than a CD.
In an age of “interactive” CD-Roms and computer programs, a number of people think books are passive and boring. But the Qur’an is not like that. Remember that when you read the Qur’an, you are interacting with Allah. He is talking to you, so pay attention.
6. Don’t just read; listen too.
There are now many audio cassettes and CDs of the Qur’an, a number of them with translations as well. This is great to put on your walkman or your car’s CD or stereo as you drive to and from work. Use this in addition to your daily Qur’an reading, not as a replacement for it.
7. Make Dua (supplication).
Ask Allah to guide you when you read the Qur’an. Your aim is to sincerely, for the love of Allah, interact with Him by reading, understanding and applying His blessed words. Making Dua to Allah for help and guidance will be your best tool for doing this. Ia adalah kunci untuk kita mengekang hawa nafsu kita. Kuncinya ialah: 
"Bagaimana dapat ditentang hawa nafsu, sedangkan ketika ia menyerang, ia menguasai 2/3 akal. Maka tiada jalan lain melainkan SABAR" (Imam As-Syafie)

PENCINTA ALLAH ITU IALAH: "Seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu, tidak putus-putus mengingati Allah, berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya. Apabila dia berbicara, dia berbicara dengan Allah, apabila dia berdiskusi, diskusinya tentang Allah. Dia bergerak dengan perintah Allah. Diamnya bersama bersama Allah. Maka dia dengan Allah, Untuk Allah, dan bersama Allah" (Abu Bakar al-Kattani)

What Shaitan asked?

When Shaitan was ordered out of heaven by Allah, he asked three questions?

Where will I live? Where will I eat? Where will I sleep?

ü Allah told him that he, Shaitan would live with the person who did not say Bismillahirrahmanirrahim (In the name of Allah, the beneficent the merciful) before he/she entered his/her house.

ü Shaitan would eat with the person who did not say Bismillahirrahmanirrahim (In the name of Allah, the beneficent the merciful) before he/she started to eat.

ü Shaitan would sleep with the person who did not say Bismillahirrahmanirrahim (In the name of Allah, the beneficent the merciful) before he/she went to sleep.

Namaku SiPun..


aku adalah dari bangsa slipar Jepun. Jenis-jenis lain, juga yang selain daripadaku dijual di merata kedai sukan. Aku telah dibeli semenjak setahun yang lepas. Semenjak itu hidupku mula berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanyakan daripada hayatku akan kuhabiskan di trek atau di gimnasium. Tapi jangkaanku meleset. 
Tuanku lebih kerap membawa aku ke masjid-masjid dan ke rumah kawan-kawannya. Aku sempat mencuri-curi dengar kegiatannya dalam kelompok tersebut. Itulah yag dinamakan usrah rupanya. Apa yang ingin ku ceritakan di sini mungkin berguna kepada kalian semua. Berikut adalah pemerhatianku berkenan tuanku. Dia seorang da`i, kekagumanku dengan usahanya telah menginsafkan aku untuk mncoretkan warkah ini.

Dahulu, tuanku hanya berseorangan. Aku selalu ke masjid bersamanya seorang. Di sana beliau mengabiskan masa mendengar ceramah agama, tak cukup dengan itu, habis kedai-kedai buku agama kami kunjungi. Sememangnya dia seorang yang obsessed dengan ilmu pengetahuan. Tafsir al-Qur'an memang selalu dibacanya. Ini membanggakan aku, kerana dapat berbakti kepada seorang yang cintakan ilmu.

Aktivitiku tidak terhad begitu sahaja, aku juga sering dibawa ke kompleks sukan dan padang bola. Yang peliknya aku mendapat ramai kenalan ketika berada di padang, tetapi sering berseorangan ketika dibawa ke masjid.

Dahulu, ini menjadi aktiviti kegemaranku, kerana dengan ini aku mendapat ramai kawan. Mulanya aku agak pelik dengan situasi ini, tetapi lama-kelamaan ramai kenalanku turut serta setiap kali aku ke masjid. Kini fahamlah aku, tuan aku menggunakan padang bola dan kompleks sukan untuk berdakwah rupanya. Masya Allah! Tak sangka juga, dengan aktiviti sukan tuan aku sempat juga mengajak rakan-rakan ke masjid. Sekarang aku tidak bersendiri lagi. Hampir setiap malam tuan aku akan berkunjung ke rumah rakan-rakannya. Di sini aku mengambil peluang untuk bersama dengan rakan-rakanku untuk bertukar pengalaman. Rakan-rakanku amat mengagumi tuanku. Aku tumpang berbangga. 

Usrah berjalan hampir setiap malam. Sememangnya tuan aku tidak kenal erti rehat. Baginya tempat rehat adalah Syurga dan masa untuk tidur adalah di alam kubur. Semua kasut akan senyap setiap kali tuan aku mula berbicara. Kaata-katanya penuh hikmah, setiap isi disokong dengan hadis dan ayat al-Qur'an. Tuan aku tidak banyak bercakap apatah lagi perkara yang sia-sia. Aku dapati rakan-rakan tuanku turut kagum dengan kebolehannya.

Apabila bersama rakan, tidak pernah langsung beliau mencerca rakan yang lain. Jika ada perkara yang hendak ditegurnya akan dilakukan dengan hikmah. Aku lebih banyak mendengar beliau memuji orang berbanding mencerca kesalahan orang. 
Kini aku masih berbakti lagi. Aku tahu kalian tentu menganggap tulisanku ini gila dan tidak masuk akal. Akan tetapi renungkanlah kata-kataku ini. Aku mungkin kasut, tetapi suatu hari nanti mungkin Tuhan akan memberikanku mulut untuk berkata-kata, untuk bersaksikan apa yang tuan aku telah kerjakan. Pada saat itu akan aku saksikan pada Tuhan apa yang aku nukilkan pada kalian.

Untuk kalian semua contohilah tuanku. Berdakwahlah dengan cara hikmah. Jangan sekali-kali lari dari masyarakat. Terkadang masyarakat di sekeliling kalian suka bersukan, atau mungkin sukakan hiburan. Ikutlah rentak mereka sebagaimana aku menari mengikut irama tuanku. Dalam berkata-kata hendaklah kalian berhati-hati, jauhilah cerca dan maki, lebihkanlah ukhuwwah dan pujian. Sesungguhnya mad`u suka dipuji. Namun puji biarlah ikhlas.

Apabila berbicara gunakanlah al-Qur'an dan al-Hadis. Jangan kalian ikut sesedap mulut, kelak menikam kalian dari belakang. Tambahkanlah ilmu kalian, maka orang akan mendengar cakap kalian. Bukankah Tuhan menjanjikan darjat yang tinggi untuk orang yang berilmu? Jadilah da`i yang serba boleh. Jangan kalian sekatkan skop dakwah kalian, setakat mengajak ke surau dan masjid. Ingatlah, bersukan, muzik, berjalan, itu semua adalah dakwah bagi kalian. Setapak kalian berjalan, mungkin bisa mencampak hidayah ke dalam diri teman kalian.

Oh! Aku memang tidak layak untuk menasihat kalian. Apatah lagi aku hanya sepasang kasut. Kalian tidak perlu memaafkanku kerana aku hanyalah kasut. Tetapi maafkanlah tulisan aku kira aku cuba mengajar kalian, makhluk yang terbaik di sisi Allah. Sebelum lidah kasutku ini bergetar deras, cukuplah dulu nukilan dariku, sepasang kasut seorang da`i.

Glossari:
  • daie = orang yang mengajak (kepada kebaikan dan meniggalkan keburukan)
  • mad'u = orang yang diajak oleh orang yang mengajak
  • usrah = (asal Bahasa Arab) keluarga

Story on Bismillah…

Prophet Muhammad (S.A.W.) was once eating with a group of young children.

Suddenly Prophet Muhammad (S.A.W.) smiled. The children asked him why he was smiling. Prophet Muhammad (S.A.W.) replied: Shaitan has just vomited."

Prophet Muhammad (S.A.W.) then explained that there was a child amongst them who had forgotten to say Bismillahirrahmanirrahim (In the name of Allah, the beneficent the merciful) and Shaitan had sat to eat with him.

The child had just remembered and said: Bismillahirrahmanirrahim (In the name of Allah, the beneficent the merciful), from the beginning to the end.

Shaitan therefore vomited and thus the Prophet Muhammad (S.A.W.) had smiled.

JIKA HARI INI SAHAJA…

Hanya hari ini aku berpeluang untuk memerhatikan kebersihan tubuhku, kekemasan penampilanku, kehalusan tuturkataku dan perilakuku. Aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Allah, mengerjakan sembahyang yang sesempurna mungkin, membekali diri dengan sembahyang sunat, berpegang teguh pada ajaran Al-Quran, mencatat segala yang mendatangkan manfaat buatku.

Aku hanya mempunyai hidup yang pasti hari ini, sebab itu aku akan menanamkan dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan serta ranting-rantingnya yang berduri tidak kira sifat takbur, ujub, riya’, buruk sangka dan lain-lain.

Hanya hari ini aku akan menghirup udara kehidupan maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapa pun. Aku akan menziarahi mereka yang sakit, menghantar jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi makan kepada orang yang lapar, menolong orang yang sedang kesusahan, membantu orang yang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang-orang alim, menyayangi kanak-kanak dan berbakti kepada ibubapa.