Wednesday, August 23, 2017

Supplemen Tambah Darah Membantu Pesakit Anemia

Semalam saya dapat call dari seorang customer yang tinggal di Seremban. Dia bertanya, "Kalau nak tambah darah kena makan vitamin apa yek?"

Sebelum saya bercerita tentang vitamin tambah darah, mari kita mengetahui apakah punca, kesan, dan risiko masalah kurang darah atau anemia ini kepada kita. 

Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi. Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu mg lagi.


Anemia - Kurang Darah Merah




Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum.

Penyakit kurang darah merah atau anemia adalah penyakit yang biasa dialami golongan wanita. Terdapat kira-kira 30% wanita yang tidak hamil pada lingkungan umur subur, 38% wanita hamil dan 14% lelaki yang berada di kawasan luar bandar mengalami kekurangan zat besi di Malaysia – (sumber: WHO Global Database on Anemia, Malaysia 2007).
Penyebab Kurang Darah (Anemia Kekurangan Zat Besi)
  • Kehilangan darah yang disebabkan pendarahan haid yang berlebihan, radang perut, kanser kolon dan usus, atau fibroid rahim.
  • Diet yang tidak seimbang dan ketidak upayaan badan untuk menyerap zat besi disebabkan oleh gangguan atau penyakit usus. Sesetengah ubat, mineral dan makanan juga boleh mengganggu penyerapan zat besi
  • Kehamilan disebabkan peningkatan isipadu darah ibu mengandung bagi memenuhi keperluan pertumbuhan fetus.
  • Ketidakupayaan badan untuk menyerap zat besi disebabkan gangguan pada usus

Gejala Penyakit Kurang Darah Merah

  • Pucat
  • Rasa letih lesu dan tidak bermaya
  • Sentiasa rasa pening
  • Rasa pitam bila bangun (sakit kepala/pening)
  • Kebas/sejuk kaki dan tangan
  • Rasa mengah dan berdebar-debar (sesak nafas)
  • Degupan jantung laju
  • Kuku mudah rapuh

Anda berisiko tinggi mendapat penyakit kurang darah merah atau anemia jika terdiri daripada golongan berikut:

  • Wanita yang mengalami kedatangan haid yang berlebihan
  • Wanita yang mengandung atau menyusu bayi
  • Bayi, kanak-kanak atau remaja dalam fasa pertumbuhan tubuh yang pesat
  • Individu yang kurang mengambil makanan kaya zat besi
  • Individu yang mempunyai penyakit radang perut atau pesakit kanser kolon
  • Ibu yang baru melahirkan anak
  • Pesakit yang baru menjalani pembedahan
Penyakit kurang darah merah atau anemia kekurangan zat besi perlu dirawat dengan segera. Jika penyakit anemia dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh bertukar serius dan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan termasuk.
  • Denyutan jantung yang tidak teratur yang boleh menyebabkan sakit jantung
  • Masalah kesihatan semasa mengandung yang boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang atau kelahiran bayi kurang berat
  • Melambatkan pertumbuhan mental dan fizikal kanak-kanak
Kita juga boleh mengetahui samada kita kurang darah merah melalui pemeriksaan darah di klinik atau hospital. Sedikit darah akan diambil dari hujung jari dan kadar hemoglobin dalam darah boleh diketahui. 
Jika kadar hemoglobin dalam darah kurang dari 11 bermakna kita sedang alami penyakit anemia atau kurang darah merah.
                                    Anemia - Kurang Darah
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit kurang darah merah boleh dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut kadar hemoglobin dalam darah:
  • Normal (tiada anemia) ~ lebih dari 11
  • Sederhana ke Normal ~ 9.5 – 11
  • Sederhana ~ 8 – 9.5
  • Merbahaya ~ 6.5 – 8
  • Membawa Maut ~ kurang dari 6.5


Vitamin Tambah Darah


1) Vita-lea Iron Formula
Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat besi

2) B Complex (lengkap dgn asid folik) 
Vitamin B12 mencegah anemia manakala B5 dan B6 membantu untuk penghasilan sel darah merah

3) Sustained Release Vita C
Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dengan lebih berkesan.

Lihatlah testimoni di bawah ini.



Kepada pengidap penyakit kurang darah dan anemia, janganlah membiarkan hidup anda dibelenggu penyakit ini. Anda juga berhak hidup ceria dan sihat seperti orang lain. Segeralah dapatkan set vitamin tambah darah ini dengan saya sekarang!


Pengedar Shaklee Batu Pahat
Pertanyaan & order
Pm fb : Pengedar shaklee Batu Pahat 017-7774462
Ig : suria_combi


Sms/whtsap : 017-7774462 (Suria)

No comments: