Tuesday, August 9, 2011

Kalau Hati Baik, Wajah Sentiasa Cantik..


                                                   alt











"Kau menjaga pandangan?"
"Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?" keluh seorang sahabat rapat kepada saya.
"Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,"tambahnya lagi.
"Mengapa? Teruji sangatkah?"
"Apa tidaknya... di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian."
 "Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu."
 "Ya, Iman kita sering teruji," balas saya, seakan-akan menumpang keluhannya.
"Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik, cantik. Tapi entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri."
 "Kita dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini," pujuk saya untuk meredakannya.
"Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri. Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian itu."
 Saya senyum. 'Bantuan' yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran.
"Kau yang mesti mulakan dulu, insya-Allah isteri akan mengikut nanti," cadang saya.
"Ya, aku dah mulakan. Mudah-mudahan dia dapat 'signal' tu..."
 "Amin."
 Saya termenung memikirkan 'masalah kecil' yang kekadang boleh mencetuskan masalah besar itu. Sepanjang pergaulan saya telah ramai suami yang saya temui mengeluh tentang sikap isteri yang malas berhias.
"Apa guna, kita dah tua."
"Alah, awak ni tumpu ibadat lah."
"Dah tua buat cara tua."
Itulah antara alasan yang kerap kita dengar daripada para isteri.
Ramai suami yang baik, tidak memilih jalan singkat dan jahat untuk menyelesaikan masalah seperti menyimpan perempuan simpanan, pelacuran dan sebagainya. Ada juga yang ingin mencari jalan baik ( seperti poligami) tetapi tidak berapa berani berdepan dengan isteri. Ada juga yang terus memendam rasa seperti sahabat rapat saya itu.
"Tak berani poligami?" Dia menggeleng kepala.
"Tak ada calon ke?" saya mengusik lagi.
"Ramai..."
Memang saya lihat pada usia awal 40-an dia tambah segak dan bergaya.
"Habis kenapa?"
Dia diam. Saya renung wajah sahabat saya yang begitu akrab sejak dahulu. Dia memang lelaki baik, berakhlak dan begitu rapi menjaga ibadah-ibadah khusus dan sunat.
"Aku sayang isteri aku. Sangat sayang. Aku tidak mahu hatinya terguris atau tercalar. Aku kenal dia. Walaupun mungkin dia tidak memberontak, tetapi kalau aku berpoligami dia pasti terluka."
"Kau sudah berterus terang dengannya?"
"Tentang apa, tentang poligami?"
"Bukanlah. Tapi tentang sikapnya yang malas berhias dan bersolek tu?"
"Aku takut melukakannya."
"Tak mengapalah kalau begitu, biar kau terluka, jangan dia terluka," saya berkata dengan nada sinis.
Dia faham maksud saya.
"Aku sedang mencari jalan berterus-terang," dia mengaku juga akhirnya.
"Tak payah susah-susah. Katakan padanya dia cantik, tetapi kalau berhias lebih cantik..."
"Lagi?"
"Katakan kepadanya, berhias itu ibadah bagi seorang isteri. Jadi, bila kita yakin berhias itu ibadah, tak kiralah dia telah tua ke atau masih muda, cantik atau buruk, dia kena berhias. Dapat pahala, walaupun tak jadi cantik, atau tak jadi muda semua," saya senyum.
Kemudian ketawa. Pada masa yang sama saya teringat apa yang dipaparkan oleh media massa bagaimana 'ayam-ayam' tua (pelacur-pelacur tua) yang terus cuba menghias diri untuk menarik pelanggan-pelanggan mereka. Mereka ini berhias untuk membuat dosa. Lalu apa salahnya isteri-isteri yang sudah berusia terus berhias bagi menarik hati suami mereka, berhias untuk mendapat pahala? Salahkah?
Mencari kecantikan isteri, bukan isteri yang cantik.
"Kita para suami pun banyak juga salahnya," kata saya.
"Kita tak berhias?"
"Itu satu daripadanya. Tapi ada yang lebih salah daripada itu," tambah saya lagi.
"Salah bagaimana?"
"Salah kita kerana kita masih mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri!"
"Dalam makna kata-kata kau tu..."
"Tak juga. Sepatutnya, pada usia-usia begini fokus kita lebih kepada kecantikan isteri. Di mana kecantikan sejati mereka selama ini."
"Pada aku tak susah. Pada hati mereka. Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk kita demi membina sebuah keluarga."
"Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik."
"Kau telah luahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Itulah yang aku maksudkan tadi, aku tak sanggup berpoligami kerana terlalu kasihkannya."
"Kasih ke kasihan?" saya menguji.
"Kasihan tak bertahan lama. Tetapi aku bertahan bertahun-tahun. Aku kasih, bukan kasihan."
Tongkat 'muhasabah diri' vs tongkat Ali
"Relaks, aku bergurau. Tetapi ada benarnya kalau isteri katakan bahawa kita telah tua."
"Maksud kau?"
"Bila kita sedar kita telah tua, kita akan lebih serius dan lajukan pecutan hati menuju Allah! Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi."
" Ya, aku teringat kisah Imam Safie. Ketika usianya mencecah 40 tahun, dia terus memakai tongkat. Ketika muridnya bertanya kenapa? Kau tahu apa jawabnya?"
Saya diam.
"Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah."
Saya diam. Terus termenung. Imam Safie, tak silap saya wafat pada usia awal 50-an. Tepat sungguh firasatnya. Insya-Allah, jalannya menuju Allah sentiasa diredhai.
"Kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, kita boleh hadapi masalah isteri tidak berhias ini. Kita akan cari kecantikannya yang abadi untuk sama-sama memecut jalan menuju Ilahi..." tegas sahabat saya itu.
"Kita tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar yang menguji Iman. Kita juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu kecantikan dari dalam yang mengganggu kesetiaan."
"Ya, kalau kita baik, isteri pun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!"
Ironinya, ramai suami yang telah berusia masih belum sedar hakikat ini. Seperti Imam Safie, pada usia-usia begini ramai suami yang mula mencari tongkat. Sayangnya, bukan 'tongkat muhasabah diri' tetapi 'tongkat Ali!

Semoga Ramadhan Kali Ini Tidak Rugi Lagi..


Ramadan umpama bulan bonus atau bulan durian runtuh bagi para peniaga juadah. Ada peniaga yangyang kata berniaga sebulan bulan Ramadhan boleh menampung keperluan hidup keluarga untuk tempoh setahun.
Memang diperakukan bahawa Ramadan memang bulan pesta, bulan bonus, bulan Mega sales dan aneka macam mega tetapi bukan dalam bentuk pesta melambakkan pelbagai juadah di meja makan, lebih-lebih lagi hingga sampai ke tatap menyumbang kepada pembaziran.
Sebaliknya, Ramadan adalah bulan Allah SWT melelong, membuat Mega sales dan memberi bonus pahala berganda kepada hamba-hamba-Nya yang mengambil kesempatan daripada berkatnya Ramdaan untuk bertaubat nasuha dan memperbanyakan ibadah dengan ganjaran berganda berbanding denganbulan-bulan biasa.
Rugi benar kalau kita tidak rebut peluang yang Allah sediakan sepanjang Ramadan. Kerana pahala itu tidak nampak seperti keuntungan berniaga di pasar ramadhan. Orang berebut-rebut untuk dapatkan tapak pasar malam, tetapi tidak berebut-rebut untuk dapatkan tempat di majlis-majlis ilmu, zikir, dan majlis agama yg lain. Bukan salah berniaga, bahkan ia sunnah, tetapi tidak lagi menjadi sunnah andai solat asar dan maghrib tergadai akibat sibuk dengan persiapan.
ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّذِينَ آمَÙ†ُواْ Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّذِينَ Ù…ِÙ† Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 183) 


Road To Ramadhan
i)   Lazimi solat berjemaah setiap waktu di masjid dan beri'tikaf di masjid.
ii)  Baca al-Quran sejuzuk sehari.
iii) Puasa sunat Isnin Khamis.
iv) Perbanyakkan ibadah sunat seperti qiamullail, sedekah, berzikir dan sebagainya.
v)  Tinggalkan perbualan atau percakapan yang sia-sia.
vi) Bangun awal 30 minit sebelum waktu solat Subuh.

Sumber : Iluvislam.com

Saturday, June 25, 2011

Ihsan Dalam Semua Perkara

PERKATAAN “Ihsan” boleh diertikan sebagai berbuat baik dalam melakukan sesuatu perkara dan perkataan ini adalah berlawanan dengan perkataan “ Isa’ah” yakni keburukan. Sebenarnya masyarakat kita sering melafazkan ihsan dalam banyak aspek kehidupan mereka.

Sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa menyuruh kita supaya bersifat ihsan dalam kehidupan sehinggakan Allah berjanji untuk memberi balasan dengan ganjaran pahala yang setimpal dengan amalannya iaitu syurga Allah yang amat dinantikan oleh semua manusia di akhirat kelak. Ini adalah bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah Yunus ayat : 26 yang bermaksud:

"Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalan baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli syurga mereka kekal didalamnya selama-lamanya."

Ihsan itu boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:-


Pertama : Ihsan dalam melakukan ibadah
Sifat itu sepatutnya dimiliki oleh setiap insan di dalam melakukan ibadah kepada Allah S.W.T untuk menjadi umat Islam yang cemerlang. Apabila kita melakukan setiap ibadah seolah-olah macam kita lihat Allah, tetapi sudah pasti kita tidak dapat melihat Allah bahkan yang pasti ialah Allah sentiasa melihat kita. Jadi sudah tentu kita akan melakukan ibadah tersebut dengan cara bersungguh-sungguh.

Ini bersesuaian dengan apa yang diterangkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Jibril a.s dalam satu hadis yang panjang seperti mana yang telah diriwayatkan oleh muslim yang bermaksud:

"Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya, tetapi jika engkau tidak melihatnya, maka sesungguhnya ia melihat engkau."


Kedua : Ihsan dalam amalan
Ihsan dalam amalan ini bermaksud setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang itu adalah bertepatan dan berlandaskan kepada apa yang disyariatkan oleh Allah serta apa yang dibawa oleh baginda Nabi S.A.W.Ini adalah bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat:112 yang bermaksud:

"(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahnya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya disisi tuhannya, dan tidaklah ada kebimbingan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."


Ketiga : Ihsan dalam perkataan
Ihsan dalam perkataan bermaksud apabila kita hendak mengeluarkan perkataan atau bercakap, maka hendaklah dibuat saringan terlebih dahulu di dalam pemikiran kita, samada setiap perkataan itu boleh mendatangkan manfaat atau sebaliknya.

Kerana semua manusia pada asasnya inginkan orang lain bercakap kepadanya dengan baik dan lemah lembut, maka tidak dapat tidak, ia perlulah melalui dari dalam dirinya sendiri terlebih dahulu untuk memberikan yang terbaik kepada orang lain seperti mana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat : 83 yang bermaksud:


"… Dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan yang baik…"

Keempat : Ihsan kepada manusia
Suruhan untuk melakukan ihsan sesama manusia merupakan suatu tuntutan daripada Allah S.W.T kerana ada kalanya ihsan itu adalah wajib, seperti bersifat ihsan kepada kedua ibubapa serta kaum kerabat seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat :36 yang bermaksud.

"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat….)"

Allah S.W.T memerinthakan supaya manusia sentiasa melakukan ihsan kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat samada dalam keadaan senang atau pun susah, sihat ataupun sakit, ihsan ini boleh dilakukan dengan melaksanakan kebaikan kepada mereka dan menghindarkan keburukan dan kemudaratan terhadap mereka.

Adapun ihsan sesama manusia ada kalanya tidak diwajibkan oleh Allah, tetapi sangat disukai olehnya seperti melakukan sedekah dan sebagainya.


Kelima : Ihsan kepada haiwan
Bersifat ihsan kepada haiwan juga merupakan satu tuntutan kepada kita, samada binatang itu halal dimakan atau sebaliknya. Ianya boleh disembelih atau pun tidak, ini bertepatan dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Dari Abu Yakli Sadad bin Usa dari Rasulullah S.A.W katanya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan atas tiap-tiap sesautu apabila kamu membunuh maka elokanlah pembunuhan dan apabila menyembelih maka elokanlah penyembelihan dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan mata pisaunya dan hendaklah ia melapangkan binatang sembelihannya."

Apabila kita meneliti hadis ini maka faham dan jelaslah kepada kita bahawa bidang ihsan ini adalah terlalu luas skopnya, sehinggakan Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa “ Ihsan itu ada pada tiap-tiap sesuatu.” Kesimpulannya di sini ialah jika seseorang itu sudah mengamalkan tuntutan Islam dan iman, maka belum tentu lagi ia menjadi seorang yang telah sempurna keimanannya kerana ia perlulah bersifat ihsan dalam setiap gerak langkah dan tindakan serta amalannya, kerana ihsan merupakan pergerakan atau pemangkin kepada tingkah laku manusia agar setiap amalan, perbuatan, percakapan dan niat adalah menepati kehendak syarak.

Ia melakukan sesuatu itu bukan atas dasar kepura-puraan, riak atau takbur, tetapi sebalinya ikhlas hanya kerana Allah semata-mata kerana ia tahu bahawa Allah sentiasa memerhatikannya zahir dan batin di setiap masa dan setiap tempat, tidak kira senang atau pun susah.

Marilah sama-sama kita menyemai benih ihsan dan membajainya setiap masa supaya ianya sentiasa tumbuh subur dan menghasilkan buah yang boleh memberi manfaat kepada semua mahkluk Allah.

Sumber : Bahagian Dakwah, JAIS

Monday, June 6, 2011

Ingat 5 Sebelum Datang 5


Assalamualaikum wrt dan salam ceria.

Apakah mood anda hari ini?
Suka? Duka? Ceria? Sedih? Manis? Kelat? Marah?
Apapun mood kita, pastikan ianya tidak memalingkan kita daripada terus mencari redha Allah.
Anda gembira? Alhamdulillah. Namun pastikan kegembiraan kita bertepatan dengan kehendak Allah. 
Bukan gembira kerana melakukan perkara yang dilarang-Nya. Muhasabah diri.
Anda sedih? Bersabarlah. Allah sentiasa bersedia untuk mendengar rintihan dan keluhan kita.
Mudah-mudahan kita tetap teguh mencari redha-Nya walau apa pun mood kita


Rasulullah s.a.w bersabda,

"Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati" (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Selamat Beramal...
Salam ceria... Tepuk hati tanyalah IMAN..