Monday, April 5, 2010
Petua Khusyuk Solat
Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:- yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:- "Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:- yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5] Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang: 1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah. 2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik. 3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput. 4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya. 5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu. 6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah. 7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita. 8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat. 9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat. 10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. 11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah. 12. Mengambil wuduk dengan sempurna. 13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. 14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja. 15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati." Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud: "Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46]. |
Hadith Tentang Solat
| Hadis 1 Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengejarkan haji dan puasa di bulan Ramadhan," Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam itu sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah . Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan,iaitu satu tiang pada tiap satu penjuru khemah tersebut. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh ditegakkan dan sekiranya mana-mana dari salah satu tiang sokongan yang di penjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu.Kini marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah yang telah kita tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna? Lima tiang agama Islam yang tersebut dalam hadith di atas menunjukkan kewajipan-kewajipan yang penting bagi seseorang Islam. Sungguh pun tidak mungkin bagi seorang Islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun solat dalam ajaran agama Islam mengambil tempat di sisi Iman. Kata Abdullah ibn Mas'ud: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad.' Mullah 'Ali Qari mengambil hadith ini untuk menyokong pendapatnya iaitu solat adalah kewajipan agama yang penting selepas iman. Ini diperkuatkan lagi olah sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah," Hadis 2 Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang yang mengumpulkan dua solat tanpa sebarang alasan yang kukuh sampailah dia ke salah satu pintu kabair(dosa besar)." Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : "Jangan melengah-lengahkan tiga perkara iaitu: 1.Solat-apabila telah masuk waktunya 2. Pengkebumian mayat- apabila jenazah sudah siap dan 3. Perkahwinan seorang wanita- apabila sudah ditemui jodohnya." Ramai orang yang menganggap diri mereka sebagai orang Islam yang mengamalkan perintah Allah dengan bersolat secara menjama'kan solatnya apabila pulang ke rumah hanya dengan alasan mereka dalam perjalanan, berniaga atau bekerja. Menangguhkan solat sehingga luput waktunya tanpa sesuatu alasan yang kukuh (misalnya uzur) adalah satu dosa besar. Walaupun ia tidak semudharat melengah-lengahkan solat namun berat juga. Hadis 3: Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah SAW memperkatakan tentang solat baginda bersabda : "Pada hari Hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengejarkannya; menjadi penghujjah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Walhal, tidaklah ada nur , pembela dan penyelamat". "Yang senasib dengan orang-orang ini pada hari Hisab adalah kerana amalan-amalan orang yang sesat ini diikuti . Itulah sebabnya solat dilengah-lengahkan. Dari itu jika seseorang melengah-lengahkan solat kerana tamakkan kekayaan, dia akan menemui nasib Qarun; jika kerana cintakan kedaulatan, maka nasib Fir'aunlah yang diterimanya; jika kerana berhasrat hendak mendampingi seorang raja maka nasib Hamamamlah yang diterimanya; dan jika kerana sibuk dengan berniaga maka nasib Ubay bin Khalaflah yang diterimanya." Menerima nasib seperti mereka itu dengan jelasnya menunjukkan azab yang pedih sedang menunggu mereka yang melengah-lengahkan solat. Walaupun yang kafir akan kekal abadi menderita azab, sementara yang beriman akan dilepas setelah diazab beberapa tempoh dan akhirnya dibenarkan masuk syurga, namun tempoh azab ini tidak siapa yang tahu, mungkin sampai beribu-ribu tahun lamanya. |
Tips murah rezeki
| Pengertian rezeki bukan sahaja berupa harta. Apa yang disedekahkan kepada makhluk Allah lainnya adalah rezeki. kesihatan , pandangan mata yang terang, kemurahan hati dan ketenangan juga adalah rezeki. Tips Murah Rezeki: 1. BERSEDEKAH orang yang pemurah(suka bersedekah, menderma,menolong orang)Allah S.w.t murahkan rezekinya.Berdasrkan ayat al-Quran: Ertinya" perumpamaan mereka yang mendermakan harta bendanya di jalan Allah, ibarat menanam sebiji benih akan menumbuhkan tujuh pokok dan tiap-tiap pokok (membuahkan) seratus biji, dan Allah selalu melipat gandakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki,dan Allah Maha Luas (anugerah-Nya) lagi Maha Mengetahui" (Al-Baqarah:261) 2. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN TAUBAT salah satu sebab penting dan memudahkan datangnya rezeki adalah "istighfar" dan "taubat". 3. MEMILIKI SIFAT TAQWA sifat taqwa adalah "menahan diri dari dosa"iaitu meninggalkan segala larangan. Dalil menunjukkan taqwa dan kunci murah rezeki: Firman Allah S.w.t: ertinya"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menggandakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki yang tiada disangka-sangka" (At-Talaq:2-3) 4. BERTAWAKAL 5. MENYEMPATKAN DIRI UNTUK BERIBADAH Maksudya, bukan hanya beribadah sahaja tanpa bekerja. Tetapi memperuntukan waktu untuk beribadah dalam kesibukan bekerja. | 6.MENGERJAKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH Melaksanakannya adalah termasuk amalan yang Allah jadikan sebagai kunci pembuka rezeki. Imam An-Nasa'i meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Ikutkan antara haji dan umrah, sesungguhnya keduanya menghapuskan kefakiran dan dosa-dosa sebagaimana dapur api membersihkan kotoran besi" 7.BERSILATURRAHIM 8.BERHIJRAH DIJALAN ALLAH Ertinya, berhijrah di jalan Allah ialah keluar daripada kekufuran kepada jalan keimanan. 9.BERBUAT BAIK KEPADA ORANG-ORANG YANG LEMAH 10.MENDERMA KEPADA PARA PENUNTUT ILMU AGAMA 11.MENGAMALKAN AYAT SERIBU DINAR |
Kisah membantu jiran dan anak yatim
Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"
Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"
Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.
Jawab orang itu, "Muwaffaq."Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.
Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."
Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu."Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasulullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga."
Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?"Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."
Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"
Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.
Jawab orang itu, "Muwaffaq."Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.
Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."
Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu."Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasulullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga."
Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?"Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."
Sunday, April 4, 2010
PETIKAN HADITH
Jika seseorang itu malu kepada Allah, maka segala sesuatu akan malu terhadap dirinya. -Maaruf al Karkhi
Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud: "Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan solat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya."
Dari Malik Al-Asy'ari berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Suatu masa nanti, orang-orang dari umatku akan minum arak yang mereka beri nama lain. Mereka hidup berfoya-foya sambil menyanyi dengan tarian rebana. Kemudian Allah menenggelamkan artis-artis tersebut ke bumi, lalu menjadikan mereka sebagai kera dan babi hutan." Hadith riwayat Ibnu Majjah.
Dari Abu Hurairah ra ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Di antara tanda-tanda telah hampirnya hari kiamat ialah akan timbulnya pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaanya seperti bertelanjang."
Dari Abdullah bin Amr ra berkata: "Sesungguhnya di dalam laut terdapat beberapa syaitan yang dipenjara dan diikat oleh Nabi Sulaiman as, mereka akan keluar dan membacakan Al-Quran kepada manusia." Hadith riwayat Muslim.
Dari Huzaifah ra, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Akan hancur Islam ini seperti kain yang sudah buruk, sehingga tidak diketahui lagi oleh manusia apa itu puasa, apa itu solat, apa itu ibadat haji dan apa itu ibadat zakat. Dan di angkat kitab Allah pada suatu malam, sehingga tidak ada lagi satu ayat pun di atas bumi, dan tinggallah golongan lelaki dan wanita yang telah dewasa dan jahil, berkata: "Kami dapati bapa-bapa kami dahulu mengucapkan ini: Laa ila ha ilallah, maka kami pun mengucapkan kalimat tersebut." Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Dari Ibnu Mas'ud ra, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah hampirnya hari kiamat ialah akan munculnya suatu keadaan yang pada waktu itu seseorang melalui masjid dan tidak melakukan solat di dalamnya dua rakaat (solat sunat)." Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah.
Dari Ibnu Mas'ud ra, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain melainkan yang dikenali sahaja." Hadith riwayat Ahmad.
Dari Abu Hurairah ra, ia berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: " Jangka waktu akan semakin dekat ilmu agama akan dihilangkan, fitnah akan berleluasa, penyakit bakhil akan dicampakkan di dalam hati dan peperangan akan banyak terjadi." Hadith riwayat Muslim.
Dari Thauban ra, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga terdapat beberapa qabilah dari umatku yang bergabung dengan orang-orang musyrik dan sehingga mereka menyembah berhala. Dan sesungguhnya akan terdapat di kalangan umatku ini tiga puluh orang pembohong besar yang masing-masing mengaku sebagai Nabi, sedangkan akulah penutup para nabi, tidak ada nabi sesudahku." Hadith riwayat Abu Daud dan Tarmizi.
Dari Shu'ib bin Jathamah, ia berkata: aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: " Dajjal tidaklah keluar sehingga manusia lupa dari zikirnya dan juga para pemimpin lupa dengan zikirnya di atas mimbar."
Subscribe to:
Posts (Atom)
