Thursday, September 21, 2017

Doktor Pun Makan VIVIX Untuk Luka Czer Cepat Sembuh

Luka Czer Terbuka, badan Lemah .. Doktor pun minum ini untuk luka Czer Cepat Lega. Dah 3 kali czer tau !


Luka bersalin normal dan bersalin secara czer adalah berbeza. Maka pastilah cara menjaga luka itu juga sangat berbeza. Kan?
Luka czer biasanya ada 2 jenis. Jenis melintang dan menegak. Biasanya doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit.
Kebiasaanya, luka czer boleh pulih bahagian luarannya dalam tempoh 10-14 hari. Namun, yang lebih utama perlu dijaga ialah luka di bahagian dalam. Ada ibu yang luarannya nampak seperti sudah sembuh, namun dalamannya masih belum sembuh sepenuhnya. Ini kerana luka czer punya banyak lapisan.
10 Benda wajib Buat kalau nak luka Czer Cepat Sembuh..Jangan MALAS !!

1. PASTIKAN KAWASAN LUKA SENTIASA KERING
Elakkan luka czer dalam keadaan basah. Selepas mandi, pastikan kawasan luka itu kering. Ibu boleh anginkan di hadapan kipas atau dengan cara lebih mudah, gunakan pengering rambut. Ini penting untuk elakkan luka berada dalam keadaan lembap dan akan mudah dijangkiti kuman.
2. CARA PAKAI BENGKUNG DENGAN BETUL
Jika ibu bersalin czer hendak memakai bengkung, pastikan pakai bengkung selepas seminggu atau dua minggu pembedahan. Cara memakai bengkung bagi ibu bersalin czer adalah ibu perlu mengeringkan dahulu kawasan luka dan letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering.
3. ELAKKAN MENGGUNAKAN UBATAN TRADISIONAL SEPERTI MINYAK SAPU UNTUK PULIHKAN LUKA
Tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti minyak atau herba untuk menyembuhkan luka kerana dikhuatiri minyak tersebut akan mengganggu percantuman semula kulit. Doktor akan menasihatkan agar mereka tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit. Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.
4. PARUT LUKA CZER
Apabila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, eloklah disapu dengan vitamin E.
Keloid wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka tersebut sudah kering.

5. RISIKO JAHITAN TERBUKA ITU BIASA
Risiko jahitan terbuka tetap ada dan ia perkara biasa. Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali.
Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul.
6. JAHIT SEMULA LUKA YANG TERBUKA
Sekiranya ibu mendapati jahitannya terbuka, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak.
Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.
7. DIABETES DAN LUKA CZER
Ibu hamil yang menghidap diabetes, akan mengambil masa untuk sembuh luka jahitan. Oleh yang demikian, mereka perlu pastikan tahap kencing manis dikawal. Kandungan gula dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat.
8. MAKAN MAKANAN SEIMBANG
Vitamin C salah satu bahan utama untuk mempercepatkan luka bersalin sembuh. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
9. AMBIL MULTIVITAMIN UNTUK PENYEMBUHAN SEGERA
Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan.
10. HATI-HATI DENGAN UBATAN TRADISIONAL
Ibu selepas bersalin perlu berhati-hati terhadap pengambilan ubat-ubatan tradisional terutamanya dari segi kebersihannya. Dikhuatiri kandungannya akan membahayakan kesihatan.
[Sumber : Majalah PAMA]

Doktor Pun Makan VIVIX Untuk Luka Czer Cepat Sembuh


No comments: