Thursday, September 21, 2017

9 CARA ATASI KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL TANPA RASA STRESS

9 CARA ATASI KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL TANPA RASA STRESS
                              

DEFINISI KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL ATAU EDEMA

Gejala kaki bengkak atau ‘Edema’ yang berlaku kepada ibu mengandung adalah perkara normal disebabkan perubahan hormon dan fisiologi tubuh.

Sepanjang tempoh kehamilan, Ibu mengandung akan mengalami fasa tubuh menyimpan 50% lebih banyak cecair tubuh dan darah untuk keperluan tumbesaran bayi dalam kandungan.

Ini dapat ditunjukkan melalui fizikal rahim yang semakin berkembang atau membesar dan pertambahan cecair amniotik serta tumbesaran bayi di dalam kandungan.Secara tidak langsung menyebabkan pertambahan berat badan normal.

Pertambahan berat badan memberi tekanan secara perlahan kepada anggota kaki yang berfungsi menampung jisim tubuh.Keadaan ini turut menyebabkan tekanan dipindahkan kepada sistem peredaran darah yang membawa darah dari bahagian kaki kembali ke jantung.

Tekanan menyebabkan aliran darah menjadi perlahan dan memaksa ia tertumpu dan terkumpul di bahagian kaki dan pergelangan kaki.

Bengkak kaki menjadi semakin ketara apabila fasa kehamilan mulai masuk ke trimester ke-3 (usia kandungan masuk 7 bulan) dan tekanannya menjadi berganda bagi ibu yang mengandung bayi kembar atau ketika berada di musim panas.

Namun, bengkak kaki ini beransur pulih selepas kelahiran bayi disebabkan pengurangan berat badan secara drastik.Simptom ini ditunjukkan melalui aktiviti kerap kencing dan banyak berpeluh di hari pertama kelahiran.

9 CARA ATASI KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL


1 – Elakkan berdiri statik terlalu lama
· Aktifkan pergerakan bagi mengelak pengumpulan darah pada kaki untuk melancarkan peredaran darah.

2 – Angkat kaki setinggi mungkin dari lantai ketika duduk
· Tujuannya juga untuk membantu kelancaran peredaran darah dan mengelakkan kebas kaki.
· Apabila duduk di kerusi semasa bekerja, letakkan kaki di atas bangku rendah, kotak kecil atau susunan buku di bawah meja.
· Elakkan tabiat menyilangkan kaki ketika duduk, boleh menyebabkan kekejangan.

3 – Lakukan aktiviti regangan ringan ketika duduk lama
Jika melakukan kerja yang memerlukan posisi duduk yang agak lama, rajinkan diri melakukan aktiviti regangan pada kaki. Caranya mudah:
· Julurkan kaki ke arah luar dan angkatkan sedikit sebelah tumit kaki dari lantai.
· Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah atas dalam kiraan 8
· Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah bawah dalam kiraan 8
· Pusingkan pergelangan kaki ikut arah jam dalam kiraan 8 pusingan
· Pusingkan pergelangan kaki lawan arah jam dalam kiraan 8 pusingan

Ulangi cara yang sama untuk sebelah kaki yang lain
Senaman regangan kaki mampu meningkatkan suhu otot betis dan meningkatkan fleksibiliti sendi serta memperbaiki aliran darah.oleh itu, lakukan dengan penuh keselesaan bukan untuk kesakitan.

4 – Posisi baring mengiring
· Mengamalkanposisi tidur terbaik bagi wanita hamiliaitu berbaring secara mengiring.
· Selaras dengan ajaran baginda Rasulullah S.A.W, kita dianjurkan supaya berbaring di atas lambung kanan (mengiring ke kanan) secara umumnya ketika berbaring untuk tidur kerana mengandungi hikmah yang tersendiri.
· Bagi ibu mengandung, elakkan berbaring secara terlentang dan tentunya tidak meniarap (jika boleh) lebih-lebih lagi apabila fasa kehamilan masuk ke trimester ke-3.

5- Pakai kasut yang sesuai
· Ketika melakukan aktiviti luar, ibu mengandung perlu bijak memilih kasut yang bersesuaian.
· Elakkan memakai kasut bertumit tinggi atau yang terlalu ketat kerana boleh mengganggu kestabilan dan menambahkan tekanan pada kaki.

6 – Pilih Sarung kaki yang lembut
· Elakkan memakai stokin yang mempunyai gelang getah yang ketat. Selain boleh menambah kesan bengkak kaki akibat gangguan aliran darah sekitar pergelangan kaki, ia juga boleh menyebabkan kekejangan.
· Pilih stokin yang lembut dan bersesuaian dengan ibu hamil. Selain baik untuk bengkak kaki, ia juga baik untuk mengurangkan kesejukan ketika waktu malam, lantai simen atau waktu musim hujan.

7 – Banyakkan meminum air kosong
· Air kosong banyak membantu proses dehidrasi tubuh dan denjadikan tubuh segar disamping membantu proses perkumuhan dalam badan. Jangan khuatir, ia tidak menyebabkan pertambahan berat tubuh badan ibu mengandung


8 – Aktif dengan senaman
· Di awal proses kehamilan ibu mengandung digalakkan melakukan senaman ringan seperti berjalan, berbasikal, berenang atau aerobik.
· Aktiviti air seperti merendam kaki atau berendam separas bahu baik untuk melegakan bengkak kaki bagi ibu mengandung.

9 – Amalkan pemakanan sihat
· Kurangkan atau jauhi makanan segera dalam tin atau yang tersedia proses lain.
· Gantikan makanan segera dengan pengambilan snek sihat untuk ibu mangandung seperti bijirin, yogurt, minuman berjus,salad dan buah-buahan.
· Pengambilan suplemen vitamin C, vitamin B Complex, kalsium dan zat besi sangat baik untuk membantu kesihatan ibu dan tumbesaran bayi yang sihat. Jangan abaikan nutrisi sepanjang kehamilan. Pastikan yang semulajadi dan bukan datang dari kejuruteraan sintetik.

No comments: