Cara membersihkan muka adalah perkara yang sangat penting untuk menjaga kecantikan kulit muka anda. Pembersihan yang betul akan menanggalkan sel-sel tua permukaan kulit muka, segala debu, kotoran, bakteria dan kesan-kesan makeup. Ia membuatkan pori-pori kulit bebas dari tersumbat serta bebas bernafas.
.
1) Cuci Muka Dua Kali Sehari
Sebaiknya cuci muka dua kali sehari sahaja, kecualilah muka anda terdedah pada debu, kotoran dan pencemaran yang berlebihan. .
Cara membersihkan muka sebaiknya dilakukan pada setiap pagi dan malam hari sebelum tidur.
.
2) Pastikan Tangan Anda Bersih
Sebelum mencuci muka, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mencuci tangan sehingga bersih. Tujuannya untuk mencegah kotoran yang ada ditangan supaya tidak berpindah kemuka. Lebih-lebih lagi jika muka anda mengalami masalah jerawat. Jadi, jangan lupa untuk membersihkan tangan anda sebelum menyentuh muka.
.
3) Pilih Pembersih Muka Yang Tepat
Pastikan anda memilih pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit muka anda. Kesilapan memilih pembersih muka bukan sahaja membuatkan kulit muka anda menjadi terlalu kering, malah ia akan menjadikan pori-pori tersumbat.
.
4) Guna Air Biasa (Bersuhu Sederhana)
Elakkan menggunakan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk untuk membersihkan muka. Air yang terlalu panas akan membuatkan kulit mengalami kerosakan secara perlahan-lahan dan air yang terlalu sejuk pula tidak akan melarutkan kotoran atau sisa-sisa makeup.
.
5) Jangan Gosok Atau Tenyeh Muka Dengan Kuat
Cara membersihkan muka yang betul, tidak memerlukan anda menggosok skrub muka dengan kuat untuk menghilangkan segala kotoran. Tindakan tersebut hanya akan membuatkan kulit muka anda menjadi tidak sihat. Tambahan pula jika wajah anda berjerawat.
.
Bagi anda yang mempunyai kulit wajah yang berjerawat, sebaiknya jangan pakai skrub muka kerana ia akan membuatkan jerawat anda jadi semakin parah. Sebaiknya, skrub muka dilakukan sekali seminggu sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment