Friday, February 21, 2014

Cheesekut Kak Su

Hari Selasa kelmarin sempat jugak aku buat biskut ni.. CHEESEKUT
Jadi petang selasa balik kerja je terus singgah kedai barang2 buat kek kebetulan lalu depan kedai tu.. Nak tau macam mane nak buat biskut ni. Kat bwh ni ade cara-caranya. ^_~

Bahan-bahan utama
1 peket Deluxe Crackers
250 gram Cream Cheese
Sedikit Fresh Milk
1/2 tin susu pekat manis

Cara-caranya
Bahan A
1. Pukul cream cheese sehingga kembang dengan menggunakan mixer..
2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis sedikit demi sedikit
3. Masukkan 3 sudu fresh milk...
Pukul 3 bahan ni sampai sebati..

i. Celup biskut dalam fresh milk (celup ya.. bukan sampai kembang...)
ii. Susun biskut yang telah dicelup dalam satu bekas.
iii. Buat lapisan nipis di atas biskut dengan bahan A tadi.

Ulang langkah i, ii dan iii sehingga habis habis..
 lapisan yang paling atas ialah lapisan krim.. bukan biskut ya...
Akhir sekali boleh tambah hiasan seperti coklat rice atau apa-apa yang sesuai...
Masukkan dalam peti sejuk minimum dalam 5 jam.. dah boleh makan...

Tak susah mane pun kaaan.. Ciba-cubalaaaah.. heee 

No comments: