Wednesday, May 9, 2012

Cukuplah Cintai Dia Dalam Diam... Hmm

Cukuplah cinta dalam diam, dari cinta yang penuh berkata-kata tapi tiada makna... Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, 
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, kerana  Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasanKerana tiada yang tahu rencana Tuhan mungkin saja rasa ini 
ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

R.I.N.D.U...


"Aku merindukan dia sebenarnya, tapi apakan daya.. masa tak boleh berpatah balik. Mungkinkah dia akan kembali semula dlm hidupku, atau jodoh itu bersama insan lain. Benar kami same2 baru belajar erti cinta dan menjaga hati spy tidak melebihi cintaNYA. cinta Utama dan aku sedar cinta sebelum nikah perlukan jarak... dan cinta selepas nikah itu lebih indah. TIADA CINTA SEBELUM NIKAH.... Itu juga prinsipku...  "

P/s : "Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga." (Umar Bin Khattab ra)

No comments: