Monday, May 7, 2012

"Awak, Saya Tak Nak Bercinta Lagi..."

Kita Becinta selepas Nikah je la...
Mencintai dan dicintai. Fitrahnya, suatu kemestian buat seorang insan. Hadirnya perasaan ini mungkin di kala ketidakmatangan dalam menilai cinta yang sejati. Namun, saat hati sudah pulang kepada Tuhan, cinta itu kembali bertandang dan berbunga semula. Ia mengundang 1001 kecelaruan.

Kenangan manis mahu pun sejarah hitam begitu asyik berputar menenggelamkan prinsip "bercinta selepas nikah". Bukan mudah diusir. Bukan mudah melupakan. Hanya Allah yang Maha Tahu betapa sengsara dan laranya hati menanggung seksa keseorangan. 

Buat mereka yang pernah bercinta dan mahu berubah, kembali kepada yang lebih berhak, TAHNIAH!
Buat mereka yang sedang derita dan bermuhajadah dalam kecelaruan cintanya, TAHNIAH!
Buat mereka yang tidak putus asa berusaha untuk mencari cinta Tuhan semula, TAHNIAH!
Buat mereka yang terseksa dengan amukan nafsu cinta remaja dan kini sedang mengubatinya, TAHNIAH!

TAHNIAH dan pujilah diri!
Itu adalah satu kebanggaan! Satu kehormatan yang tertinggi daripada mereka yang tidak pernah bercinta. Untungnya mereka ini, pernah merasa syoknya bercinta dan deritanya bercinta. Mujahadah yang paling besar buat seorang hamba adalah melawan nafsunya sendiri!


PUJUKLAH DIRI, LEPASKAN DIA PERGI...

Hasil didikan (tarbiyyah) cinta dusta mengajar kita untuk tidak berpaling ke lembah hina itu lagi. "Putus cinta dan mahu bercinta kembali" perlu dibuang jauh-jauh. Nyahkan dari otak! Hapuskan dari hati!
Allah mahu ajar kita, mahu didik kita, mahu tarbiyyah diri kita, betapa cinta sebelum nikah adalah hina. Mudahnya diri terperangkap dalam noda dan dosa. Asmara itu tidak bernafsu ketika akad. Kerana kesuciannya telah dibunuh hidup-hidup oleh kata-kata manis sang jejaka.
 Pujuklah diri, renungkan dalam-dalam dan ajarlah hati untuk menjiwai setiap bait kata-kata Allah ini. 
Firman Allah SWT : "Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang MENJAUHKAN DIRI dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang MEMELIHARA KEMALUANNYA kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi sesiapa yang DICARI BALIK itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang MELAMPUI BATAS. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi (SYURGA) FIRDAUS. Mereka KEKAL didalamnya."                                    (Surah al-Mukminun ayat 1-11)

p/s :Bukankah itu lebih indah?

No comments: