Disebutkan oleh Imam Ghazali Rahimahullahutaala di dalam kitab Arba’in Fi Ushuliddin sepuloh perkara:
SYARAHUT THA’AM
Iaitu suka makan banyak.
SYARHUL KALAM
Suka banyak cakap.
GHADHAB
Kuat marah.
HASAD
Iaitu dengki terhadap orang lain yang mendapat apa jua nikmat allah beri.
HUBBUL JAH
Cinta/sukakan pangkat kebesaran dan kedudukan.
HUBBUD DUNIA
Cinta/sukakan perkara keduaniaan.
TAKABBUR
Membesar diri sendiri.
UJUB
Terpesona dengan diri sendiri.
RIYA’
Melakukan ibadat bukan kerana allah yakni mahu menunjuk-nunjuk dan disebut orang.
Wahai orang yang mahukan kemenangan di akhirat, sifat keji dan perangai yang buruk di dalam hati itu ialah penyakit-penyakit dalam hati. hendaklah di ubati dengan bersungguh-sungguh seperti mengubati penyakit yang zahir pada badan.
Penyakit zahir tidak akan dapat di ubati melainkan berjumpa doktor atau tabib, begitu juga dengan penyakit hati tidak akan sembuh melainkan dengan mempelajari dan mengamalkan ilmu tasauf, iaitu ilmu thariqat yang memberi manfaat dan ilmu syariat. Dengan permulaan perjalanannya bertaubat nasuha dari segala maksiat yang zahir dan batin dan belajar ilmu usuluddin setakat yang fardhu ain. Ilmu thariqat itu memadai bagi orang awam diketahu dan di amalkan mengikut apa yang terkandung di dalam kitab Minhajul Abidin karangan Imam Ghazali. Mengenai jalan ke arah mendidik akhlak keterangan terperinci boleh juga di dapati dari kitab Siyarus salikin juz3.
_________________________________________________________________________________10 KETAATAN BATIN DALAM DIRI MANUSIA
TAUBAT
Menyesali dan tidak akan mengulangi semua maksiat batin.
KHAUF
Takut kepada allah dalam segala hal.
ZUHUD
Benci dunia dan tidak menyukai harta kecuali kadar perluan.
SABAR
Sabar hadapi bala bencana dan kesusahan kerana ia ujian dari allah.
Sabar hadapi kesenangan kerana ia juga ujian dari allah.
SYUKUR
Bersyukur terhadap semua nikmat allah yang dikurniakan-Nya.
IKHLAS
Melakukan segala ibadat semata-mata kerana allah, bukan kepada selainnya.
TAWAKAL ALALLAH
Berpegang teguh kepada allah.
Menyerahkan segala perbuatan dan urusan kepada allah setelah berusaha.
MAHABBATULLAHI TA’ALA
Cinta allah lebih dari segalanya.
Seterusnya memastikan cinta malaikat-Nya juga Nabi dan rasul-Nya.
REDHA
Berlapang dada menerima segala qada’ dan qadar yang telah ditakdirkan iaitu meredhai segala perbuatan allah pada dirinya.
ZIKRUL MAUT
Mengingati mati pada setiap waktu sepanjang masa.
Berkata maulana Saiyid Abdul Qadir Al-’Aidarus qadda sallahu sirruhu:
“Amalan hati sebesar biji sawi lebih baik daripada amalan anggota yang zahir sebesar gunung.”
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment