Pengertian rezeki bukan sahaja berupa harta. Apa yang disedekahkan kepada makhluk Allah lainnya adalah rezeki. kesihatan , pandangan mata yang terang, kemurahan hati dan ketenangan juga adalah rezeki. Tips Murah Rezeki: 1. BERSEDEKAH orang yang pemurah(suka bersedekah, menderma,menolong orang)Allah S.w.t murahkan rezekinya.Berdasrkan ayat al-Quran: Ertinya" perumpamaan mereka yang mendermakan harta bendanya di jalan Allah, ibarat menanam sebiji benih akan menumbuhkan tujuh pokok dan tiap-tiap pokok (membuahkan) seratus biji, dan Allah selalu melipat gandakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki,dan Allah Maha Luas (anugerah-Nya) lagi Maha Mengetahui" (Al-Baqarah:261) 2. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN TAUBAT salah satu sebab penting dan memudahkan datangnya rezeki adalah "istighfar" dan "taubat". 3. MEMILIKI SIFAT TAQWA sifat taqwa adalah "menahan diri dari dosa"iaitu meninggalkan segala larangan. Dalil menunjukkan taqwa dan kunci murah rezeki: Firman Allah S.w.t: ertinya"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menggandakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki yang tiada disangka-sangka" (At-Talaq:2-3) 4. BERTAWAKAL 5. MENYEMPATKAN DIRI UNTUK BERIBADAH Maksudya, bukan hanya beribadah sahaja tanpa bekerja. Tetapi memperuntukan waktu untuk beribadah dalam kesibukan bekerja. | 6.MENGERJAKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH Melaksanakannya adalah termasuk amalan yang Allah jadikan sebagai kunci pembuka rezeki. Imam An-Nasa'i meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Ikutkan antara haji dan umrah, sesungguhnya keduanya menghapuskan kefakiran dan dosa-dosa sebagaimana dapur api membersihkan kotoran besi" 7.BERSILATURRAHIM 8.BERHIJRAH DIJALAN ALLAH Ertinya, berhijrah di jalan Allah ialah keluar daripada kekufuran kepada jalan keimanan. 9.BERBUAT BAIK KEPADA ORANG-ORANG YANG LEMAH 10.MENDERMA KEPADA PARA PENUNTUT ILMU AGAMA 11.MENGAMALKAN AYAT SERIBU DINAR |
Monday, April 5, 2010
Tips murah rezeki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment