Tuesday, August 23, 2011

WANITA itu..

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan
hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah men! catatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah  
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang s! entiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang
takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah&n! bsp; memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan
ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah
dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki
yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula
berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung
diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang
dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w ) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu !
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. “Jadi,
janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang
membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi
meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

IKTIBAR bersama..

Iktibar dan renungan bersama dalam kehidupan 

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain
kafan untuk di jual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan
seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk
bertaubat kepada Allah s.w.t.
Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan,
aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.
Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji dan
ingin sekali bertaubat."

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat.
tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat
wajahnya membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu wahai tuan guru?"
 tanya pemuda itu.

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah
s.w.t sewaktu hidupnya.Lantaran Allah s.w.t menghinakan mereka dengan
memalingkan wajah mereka dari menghadap kiblat, bagi membezakan mereka
daripada golongan muslim yang lain. " jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi,"Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka
sangat elok semasa dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari
ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telah pun
bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut,"Wahai anak muda, mereka itulah golongan
yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya
solat merupakan amalan yang pertama di hisab. Jika sempurna solatnya,
maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku
lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila
waktu malam bila aku mebggali mayatnya, perutnya terlalu gelembung,
keluar ulat yang terlalu banyak daripada perutnya,"
"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak
muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan ke empat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu
bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu,"Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang
derhaka kepada kedua ibubapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya
Allah s.w.t sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai
ibu bapanya.

"Ku lihat mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit
seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung
pemuda itu.
"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturahim.
Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur
sapa lebih dari 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah
termasuk dari golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai tuan guru, golongan ke enam yang ku lihat, sewaktu siangnya
lahadnya kering kontang, Bila malam lahadnya dipenuhi air hitam yang
busyuk baunya,"
"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya"
jawab ahli ibadah.

"Wahai tuan guru, golongan yang terakhir yang ku lihat, mayatnya
sentiasa tersenyum dan berseri-seri wajahnya, mengapa demikian halnya
wahai tuan guru," tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut,"Wahai pemuda, mereka itulah golongan
manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu
hayatnya. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi
Allah s.w.t baik semasa hayatnya mahupun sewaktu sesudah matinya."

Ingatlah sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNYA
jua lah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawab diatas segala
perbuatan kita. Wallahualam.....

Dialog luqman al-hakim dan anaknya

Dalam satu dialog dengan anaknya, beliau ditanya: "Wahai bapaku sifat manakah yang ada dalam diri manusia yang paling baik?"

Luqman menjawab: Agama.

Anaknya bertanya: Sekiranya ada dua?

Luqman: Agama dan harta.

Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada tiga?

Luqman: Agama, harta dan sifat malu.

Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada empat?

Luqman: Agama, harta, sifat malu dan akhlak yang baik.

Anak bertanya lagi: Sekiranya ada lima?

Luqman: Agama, harta, sifat malu, akhlak yang baik dan sifat pemurah.

Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada enam?

Luqman: Wahai anakku, sekiranya lima sifat ini terkumpul dalam diri manusia, dialah seorang yang bersih lagi bertakwa. Dia hanya bertuankan kepada Allah dan menjauhkan diri dari syaitan.

Teman Setia?? Bukan senang nak cari..



Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan
kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Friday, August 12, 2011

Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir

masih ada kesempatan untuk melaksanakan sholat di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...]

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir.. ..

tidak akan kita sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran senantiasa kita bacakan dan perdengarkan kehadapan MU ...ya Rabb

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir.. 

setiap malam kita sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku berharap untuk ke syurga-MU
dan....aku tak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kita tahu ini Ramadhan terakhir..

kita akan selalu bersama dengan mereka yang tersayang
kita isi Ramadhan dengan hal yang bermanfaat
kita buru...kita cari..suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir..

kita bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiapkan diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi...

andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah Ramadhan ini paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu ...Ya Ilahi
yang bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman....

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi diri kita
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersiap-siap ...bersedia ...meminta belas-NYA

Marhaban ya Ramadhan,

Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,
Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
dan untuk menambah khusyu-nya ibadah dibulan yang suci - yang penuh dengan berkah serta ampunan ini, saya pribadi ingin menghaturkan PERMOHONAN MAAF lahir dan bathin,

Semoga kita semua senantiasa berada dalam Rahmat dan Hidayah ALLAH SWT serta selalu sehat dalam melaksanakan ibadah Ramadhan.

Tuesday, August 9, 2011

Buat Dia Yang Ditakdirkan Untukku



Hanya Allah saja yang tahu, betapa aku terlalu menunggu saat-saat itu. Mungkin sekian masa yang berbaki ini, untuk aku memiliki mu membuat aku mengisi ruang kekosongan yang ada dalam diri ini sebagai sebagai pengisian hidup bila kita bersama.

Wahai kamu yang melengkapkan hidupku,

Kalaulah aku yang ditakdirkan untuk kamu, dalam menjadi lilin yang membakar diri, menerangi hari-harimu bersama aku, meniti hari-hari penuh bahagia untuk bersama mu, mampu aku bersabar dan tabah menunggu walau berapa lama sekalipun. Aku tak pernah bosan, malah jauh sekali merasa pilu, melihat rakan yang lain melangkah dahulu. Kerana aku tahu, sampai masa.. tiba jua saat kita nanti.


Wahai kamu yang menjadi peneman tidurku,

Belum aku tahu bagaimana rupa dan wajah perilakumu di mata aku. Sungguh pun kau di mana juga sekarang ini, akan aku terima diri mu dengan segala kekurangan yang ada pada aku ini, sebagai pelengkap kelebihan yang ada pada mu, kerana aku tahu segala yang ada padamu, terlalu agung kurniaan dari-Nya buat aku sebagai hamba, sebagai suami dan pemimpin anak-anak kita. Jadikan tidur malam kita bagai seribu tahun yang indah, yang akan kita nikmati setiap saat yang berlalu hadiah dari pengharapan kita selama ini yang kita nanti-nanti.

Sesungguhnya masa yang lalu buat aku terus jadi begini. Menanti sesuatu buat aku, mungkin terlalu perit pada mata yang memandang. Tapi aku tahu, sampai masa, terpimpin juga tangan kita berdua nanti. Mungkin masa ini buat aku terus mencari di mana bekalan yang tercicir dan masih bersisa buat aku menjadi lebih sempurna dari sebelum nya. Dan titipkan lah doa senyum mu dalam mimpi-mimpi ku supaya menjadi kekuatan untuk aku lebih gagah lagi dalam mengharungi hari yang berbaki lagi.
penunggu setia,

Kalau Hati Baik, Wajah Sentiasa Cantik..


                                                   alt











"Kau menjaga pandangan?"
"Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?" keluh seorang sahabat rapat kepada saya.
"Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,"tambahnya lagi.
"Mengapa? Teruji sangatkah?"
"Apa tidaknya... di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian."
 "Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu."
 "Ya, Iman kita sering teruji," balas saya, seakan-akan menumpang keluhannya.
"Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik, cantik. Tapi entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri."
 "Kita dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini," pujuk saya untuk meredakannya.
"Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri. Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian itu."
 Saya senyum. 'Bantuan' yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran.
"Kau yang mesti mulakan dulu, insya-Allah isteri akan mengikut nanti," cadang saya.
"Ya, aku dah mulakan. Mudah-mudahan dia dapat 'signal' tu..."
 "Amin."
 Saya termenung memikirkan 'masalah kecil' yang kekadang boleh mencetuskan masalah besar itu. Sepanjang pergaulan saya telah ramai suami yang saya temui mengeluh tentang sikap isteri yang malas berhias.
"Apa guna, kita dah tua."
"Alah, awak ni tumpu ibadat lah."
"Dah tua buat cara tua."
Itulah antara alasan yang kerap kita dengar daripada para isteri.
Ramai suami yang baik, tidak memilih jalan singkat dan jahat untuk menyelesaikan masalah seperti menyimpan perempuan simpanan, pelacuran dan sebagainya. Ada juga yang ingin mencari jalan baik ( seperti poligami) tetapi tidak berapa berani berdepan dengan isteri. Ada juga yang terus memendam rasa seperti sahabat rapat saya itu.
"Tak berani poligami?" Dia menggeleng kepala.
"Tak ada calon ke?" saya mengusik lagi.
"Ramai..."
Memang saya lihat pada usia awal 40-an dia tambah segak dan bergaya.
"Habis kenapa?"
Dia diam. Saya renung wajah sahabat saya yang begitu akrab sejak dahulu. Dia memang lelaki baik, berakhlak dan begitu rapi menjaga ibadah-ibadah khusus dan sunat.
"Aku sayang isteri aku. Sangat sayang. Aku tidak mahu hatinya terguris atau tercalar. Aku kenal dia. Walaupun mungkin dia tidak memberontak, tetapi kalau aku berpoligami dia pasti terluka."
"Kau sudah berterus terang dengannya?"
"Tentang apa, tentang poligami?"
"Bukanlah. Tapi tentang sikapnya yang malas berhias dan bersolek tu?"
"Aku takut melukakannya."
"Tak mengapalah kalau begitu, biar kau terluka, jangan dia terluka," saya berkata dengan nada sinis.
Dia faham maksud saya.
"Aku sedang mencari jalan berterus-terang," dia mengaku juga akhirnya.
"Tak payah susah-susah. Katakan padanya dia cantik, tetapi kalau berhias lebih cantik..."
"Lagi?"
"Katakan kepadanya, berhias itu ibadah bagi seorang isteri. Jadi, bila kita yakin berhias itu ibadah, tak kiralah dia telah tua ke atau masih muda, cantik atau buruk, dia kena berhias. Dapat pahala, walaupun tak jadi cantik, atau tak jadi muda semua," saya senyum.
Kemudian ketawa. Pada masa yang sama saya teringat apa yang dipaparkan oleh media massa bagaimana 'ayam-ayam' tua (pelacur-pelacur tua) yang terus cuba menghias diri untuk menarik pelanggan-pelanggan mereka. Mereka ini berhias untuk membuat dosa. Lalu apa salahnya isteri-isteri yang sudah berusia terus berhias bagi menarik hati suami mereka, berhias untuk mendapat pahala? Salahkah?
Mencari kecantikan isteri, bukan isteri yang cantik.
"Kita para suami pun banyak juga salahnya," kata saya.
"Kita tak berhias?"
"Itu satu daripadanya. Tapi ada yang lebih salah daripada itu," tambah saya lagi.
"Salah bagaimana?"
"Salah kita kerana kita masih mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri!"
"Dalam makna kata-kata kau tu..."
"Tak juga. Sepatutnya, pada usia-usia begini fokus kita lebih kepada kecantikan isteri. Di mana kecantikan sejati mereka selama ini."
"Pada aku tak susah. Pada hati mereka. Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk kita demi membina sebuah keluarga."
"Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik."
"Kau telah luahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Itulah yang aku maksudkan tadi, aku tak sanggup berpoligami kerana terlalu kasihkannya."
"Kasih ke kasihan?" saya menguji.
"Kasihan tak bertahan lama. Tetapi aku bertahan bertahun-tahun. Aku kasih, bukan kasihan."
Tongkat 'muhasabah diri' vs tongkat Ali
"Relaks, aku bergurau. Tetapi ada benarnya kalau isteri katakan bahawa kita telah tua."
"Maksud kau?"
"Bila kita sedar kita telah tua, kita akan lebih serius dan lajukan pecutan hati menuju Allah! Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi."
" Ya, aku teringat kisah Imam Safie. Ketika usianya mencecah 40 tahun, dia terus memakai tongkat. Ketika muridnya bertanya kenapa? Kau tahu apa jawabnya?"
Saya diam.
"Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah."
Saya diam. Terus termenung. Imam Safie, tak silap saya wafat pada usia awal 50-an. Tepat sungguh firasatnya. Insya-Allah, jalannya menuju Allah sentiasa diredhai.
"Kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, kita boleh hadapi masalah isteri tidak berhias ini. Kita akan cari kecantikannya yang abadi untuk sama-sama memecut jalan menuju Ilahi..." tegas sahabat saya itu.
"Kita tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar yang menguji Iman. Kita juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu kecantikan dari dalam yang mengganggu kesetiaan."
"Ya, kalau kita baik, isteri pun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!"
Ironinya, ramai suami yang telah berusia masih belum sedar hakikat ini. Seperti Imam Safie, pada usia-usia begini ramai suami yang mula mencari tongkat. Sayangnya, bukan 'tongkat muhasabah diri' tetapi 'tongkat Ali!