Tuesday, September 26, 2017

Vivix Shaklee: Testimoni Kelebihan & Keberkesanannya

VIVIX.. ANTIOKSIDAN TERBAIK DI DUNIA

Lately banyak dengar tentang manfaat antioxidants untuk CANTIK & SIHAT kaaan
Kenapa ANTIOXIDANTS hot sesangat sekarang? Sana sini orang nak antioxidants

✔ANTIOXIDANTS ni lawan radikal bebas & RADIKAL BEBAS datang dari PENCEMARAN UDARA, ROKOK, MAKANAN & SINARAN MATAHARI

✔RADIKAL BEBAS ni AKAN GANGGU DNA dan imuniti badan, ia PUNCA UTAMA CANCER, JANTUNG, TUMOR DAN PENYAKIT LAIN sebab sel terganggu

so macam mana ANTIOXIDANTS bantu kesihatan kita?

BANTU LAWAN RADIKAL BEBAS DENGAN MASUK KE BADAN DAN MATIKAN RADIKAL BEBAS

HIDUPKAN SEMULA SEL2, SARAF & ORGAN yang telah terganggu seperti:

✔CANCER, TUMOR, CYST FIBROID ENDOMETRIOSIS
✔STROKE & KEBAS2
✔PANCREAS(hasilkan insulin semula),
✔BUAH PINGGANG rosak dan TERPAKSA DIALASIS

Bantu kuatkan mata, ingatan dan imun sistem dengan pengambilan ANTIOXIDANTS yang berkualiti dan berterusan

ANTIOXIDANTS shaklee mempunyai paten dan jurnal ilmiah terhadap kandungan ANTIOXIDANTS produk VIVIX SHAKLEE












Mana yang nak tahu lanjut boleh whatsapp suria ya. Jangan segan silu.
017-7774462
017-7774462
www.wasap.my/6017-7774462

Thursday, September 21, 2017

KHASIAT HALIA

KHASIAT HALIA


Rupa-rupanya banyak khasiat halia dan cara guna:
Jom lah cuba tips2 di bawah:
1. Merahkan Bibir
Kupas halia muda, kemudian tumbuk separuh hancur.Sapu halia tumbuk ini pada bahagian bibir.Amalkan petua ini sekali sehari.
2. Buang Angin & Toksin
Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh (kalau teh hijau lagi bagus.Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan bebas terbuang dan badan pun kembali segar.
3. Langsingkan Badan
Hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas , madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong dijamin akan merasai perbezaan.
4. Menghilangkan Bau Badan
Amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.
5. Menaikkan Seri Wajah
Ketuk halia separuh hancur, rendamkan bersama sesudu madu dan air panas dalam 300ml. Minumlah setiap pagi, ini akan membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas. Ia sekaligus menaikkan seri wajah.
Moga Bermanfaat!

9 CARA ATASI KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL TANPA RASA STRESS

9 CARA ATASI KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL TANPA RASA STRESS
                              

DEFINISI KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL ATAU EDEMA

Gejala kaki bengkak atau ‘Edema’ yang berlaku kepada ibu mengandung adalah perkara normal disebabkan perubahan hormon dan fisiologi tubuh.

Sepanjang tempoh kehamilan, Ibu mengandung akan mengalami fasa tubuh menyimpan 50% lebih banyak cecair tubuh dan darah untuk keperluan tumbesaran bayi dalam kandungan.

Ini dapat ditunjukkan melalui fizikal rahim yang semakin berkembang atau membesar dan pertambahan cecair amniotik serta tumbesaran bayi di dalam kandungan.Secara tidak langsung menyebabkan pertambahan berat badan normal.

Pertambahan berat badan memberi tekanan secara perlahan kepada anggota kaki yang berfungsi menampung jisim tubuh.Keadaan ini turut menyebabkan tekanan dipindahkan kepada sistem peredaran darah yang membawa darah dari bahagian kaki kembali ke jantung.

Tekanan menyebabkan aliran darah menjadi perlahan dan memaksa ia tertumpu dan terkumpul di bahagian kaki dan pergelangan kaki.

Bengkak kaki menjadi semakin ketara apabila fasa kehamilan mulai masuk ke trimester ke-3 (usia kandungan masuk 7 bulan) dan tekanannya menjadi berganda bagi ibu yang mengandung bayi kembar atau ketika berada di musim panas.

Namun, bengkak kaki ini beransur pulih selepas kelahiran bayi disebabkan pengurangan berat badan secara drastik.Simptom ini ditunjukkan melalui aktiviti kerap kencing dan banyak berpeluh di hari pertama kelahiran.

9 CARA ATASI KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL


1 – Elakkan berdiri statik terlalu lama
· Aktifkan pergerakan bagi mengelak pengumpulan darah pada kaki untuk melancarkan peredaran darah.

2 – Angkat kaki setinggi mungkin dari lantai ketika duduk
· Tujuannya juga untuk membantu kelancaran peredaran darah dan mengelakkan kebas kaki.
· Apabila duduk di kerusi semasa bekerja, letakkan kaki di atas bangku rendah, kotak kecil atau susunan buku di bawah meja.
· Elakkan tabiat menyilangkan kaki ketika duduk, boleh menyebabkan kekejangan.

3 – Lakukan aktiviti regangan ringan ketika duduk lama
Jika melakukan kerja yang memerlukan posisi duduk yang agak lama, rajinkan diri melakukan aktiviti regangan pada kaki. Caranya mudah:
· Julurkan kaki ke arah luar dan angkatkan sedikit sebelah tumit kaki dari lantai.
· Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah atas dalam kiraan 8
· Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah bawah dalam kiraan 8
· Pusingkan pergelangan kaki ikut arah jam dalam kiraan 8 pusingan
· Pusingkan pergelangan kaki lawan arah jam dalam kiraan 8 pusingan

Ulangi cara yang sama untuk sebelah kaki yang lain
Senaman regangan kaki mampu meningkatkan suhu otot betis dan meningkatkan fleksibiliti sendi serta memperbaiki aliran darah.oleh itu, lakukan dengan penuh keselesaan bukan untuk kesakitan.

4 – Posisi baring mengiring
· Mengamalkanposisi tidur terbaik bagi wanita hamiliaitu berbaring secara mengiring.
· Selaras dengan ajaran baginda Rasulullah S.A.W, kita dianjurkan supaya berbaring di atas lambung kanan (mengiring ke kanan) secara umumnya ketika berbaring untuk tidur kerana mengandungi hikmah yang tersendiri.
· Bagi ibu mengandung, elakkan berbaring secara terlentang dan tentunya tidak meniarap (jika boleh) lebih-lebih lagi apabila fasa kehamilan masuk ke trimester ke-3.

5- Pakai kasut yang sesuai
· Ketika melakukan aktiviti luar, ibu mengandung perlu bijak memilih kasut yang bersesuaian.
· Elakkan memakai kasut bertumit tinggi atau yang terlalu ketat kerana boleh mengganggu kestabilan dan menambahkan tekanan pada kaki.

6 – Pilih Sarung kaki yang lembut
· Elakkan memakai stokin yang mempunyai gelang getah yang ketat. Selain boleh menambah kesan bengkak kaki akibat gangguan aliran darah sekitar pergelangan kaki, ia juga boleh menyebabkan kekejangan.
· Pilih stokin yang lembut dan bersesuaian dengan ibu hamil. Selain baik untuk bengkak kaki, ia juga baik untuk mengurangkan kesejukan ketika waktu malam, lantai simen atau waktu musim hujan.

7 – Banyakkan meminum air kosong
· Air kosong banyak membantu proses dehidrasi tubuh dan denjadikan tubuh segar disamping membantu proses perkumuhan dalam badan. Jangan khuatir, ia tidak menyebabkan pertambahan berat tubuh badan ibu mengandung


8 – Aktif dengan senaman
· Di awal proses kehamilan ibu mengandung digalakkan melakukan senaman ringan seperti berjalan, berbasikal, berenang atau aerobik.
· Aktiviti air seperti merendam kaki atau berendam separas bahu baik untuk melegakan bengkak kaki bagi ibu mengandung.

9 – Amalkan pemakanan sihat
· Kurangkan atau jauhi makanan segera dalam tin atau yang tersedia proses lain.
· Gantikan makanan segera dengan pengambilan snek sihat untuk ibu mangandung seperti bijirin, yogurt, minuman berjus,salad dan buah-buahan.
· Pengambilan suplemen vitamin C, vitamin B Complex, kalsium dan zat besi sangat baik untuk membantu kesihatan ibu dan tumbesaran bayi yang sihat. Jangan abaikan nutrisi sepanjang kehamilan. Pastikan yang semulajadi dan bukan datang dari kejuruteraan sintetik.

PETUA UNTUK DAPATKAN RAMBUT LURUS

PETUA UNTUK DAPATKAN RAMBUT LURUS

MINYAK KELAPA


Dengan mengguna minyak, lakukan rawatan minyak panas untuk mendapatkan rambut lurus dan sihat.

Haba yang dihasilkan sewaktu rawatan minyak panas membantu mengawal rambut yang beralun agar tampil lurus.

Caranya:
Panaskan minyak dalam microwave selama 20 saat
Sapu minyak yang sudah suam ke rambut dan urut kepala selama 15 hingga 20 minit
Kemudian, sikat rambut agar minyak diserap dengan sekata
Bungkus rambut dengan tuala panas selama 30 hingga 40 minit
Selepas itu, syampu dan bilas.
Jangan keringkan rambut terus tetapi sikat rambut mengguna sikat bergigi jarang sementara masih basah

PUNCA TUMIT PECAH?

PUNCA TUMIT PECAH?

Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas.Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.

Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.

Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi.Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki.

Jom ikuti tip penjagaan tumit.

FAKTOR PENYEBAB

· Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
· Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
· Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
· Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
· Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
· Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.

PENYELESAIAN

· Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
· Kekalkan berat badan ideal.Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
· Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.

PETUA TRADISIONAL MENCANTIKKAN TUMIT KAKI YANG PECAH

· Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
· Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
· Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
· Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
· Gosok tumit pecah dengan bawang merah.
· Urut dgn minyak zaitun sebelum tidur

AMARAN KERAS
Kepada mereka yang gemar memotong  kulit kaki dgn pisau, BERHATI HATI kerana tabiat itu boleh mengundang bahaya seperti

JANGKITAN KUMAN, KULIT MENIPIS DAN LEBIH CEPAT PECAH BERBANDING BIASA

CARA MENGIKUT PETUA KURUSKAN BADAN TANPA UBATAN



1. PILIH MAKANAN BEREMPAH
· Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.



2. PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG
· Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang didalam makanan kerana mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, dan mineral.

3. DIARI PEMAKANAN

· Simpan satu diari dan rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda.
· Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat.
· Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

4. UTAMAKAN KESIHATAN
· Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus.
· Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

5. CARA MEMASAK
· Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus.

· PILIHAN PERKAKAS
Ketika memilih piring makanan, ambil lah piring yang rata dan bukan piring cekung.Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk daging.Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.

6. TABIAT BERBELANJA
· Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

7. KURANGKAN GULA
· Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


8. AKTIVITI SAMPINGAN
· Berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja diisi.
· Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. 

6 TIPS TERBUKTI BERKESAN MENJAGA WAJAH DAN KECANTIKAN KULIT UNTUK WANITA


Kebersihan dan kekemasan diri sangat penting untuk seseorang individu.Islam juga menitikberatkan tentang kebersihan terhadap umatnya.

Kebanyakan wanita secara fitrahnya mahukan wajah tampak muda dan bertenaga terutama sekali ketika usia mencecah 40 tahun ke atas.

“Innallah jamil, wa yuhibbu jamal”
Allah itu cantik dan sukakan kecantikan

Sebagai seorang yang sudah bergelar isteri juga disarankan untuk berhias di hadapan suaminya.

SEGELINTIR WANITA TIDAK MENGENDAHKAN TENTANG KECANTIKAN DAN KESIHATAN DIRI, DAN PERKARA INI SALAH SEBENARNYA

Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilan mereka sudah memadai asalkan wajah bebas jerawat dan jeragat, akan tetapi muka sentiasa kusam dan tidak bermaya. Inilah yang selalu terjadi di kalangan wanita di Malaysia.

Antara tips kecantikan yang boleh diamalkan ialah:

1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.

2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut.

3. Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.

4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.

5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan

 Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku

6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi.

7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan.

8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.



9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud




10. Menggunakan produk yang bagus dan halal untuk menjaga kecantikan kulit dan wajah

Doktor Pun Makan VIVIX Untuk Luka Czer Cepat Sembuh

Luka Czer Terbuka, badan Lemah .. Doktor pun minum ini untuk luka Czer Cepat Lega. Dah 3 kali czer tau !


Luka bersalin normal dan bersalin secara czer adalah berbeza. Maka pastilah cara menjaga luka itu juga sangat berbeza. Kan?
Luka czer biasanya ada 2 jenis. Jenis melintang dan menegak. Biasanya doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit.
Kebiasaanya, luka czer boleh pulih bahagian luarannya dalam tempoh 10-14 hari. Namun, yang lebih utama perlu dijaga ialah luka di bahagian dalam. Ada ibu yang luarannya nampak seperti sudah sembuh, namun dalamannya masih belum sembuh sepenuhnya. Ini kerana luka czer punya banyak lapisan.
10 Benda wajib Buat kalau nak luka Czer Cepat Sembuh..Jangan MALAS !!

1. PASTIKAN KAWASAN LUKA SENTIASA KERING
Elakkan luka czer dalam keadaan basah. Selepas mandi, pastikan kawasan luka itu kering. Ibu boleh anginkan di hadapan kipas atau dengan cara lebih mudah, gunakan pengering rambut. Ini penting untuk elakkan luka berada dalam keadaan lembap dan akan mudah dijangkiti kuman.
2. CARA PAKAI BENGKUNG DENGAN BETUL
Jika ibu bersalin czer hendak memakai bengkung, pastikan pakai bengkung selepas seminggu atau dua minggu pembedahan. Cara memakai bengkung bagi ibu bersalin czer adalah ibu perlu mengeringkan dahulu kawasan luka dan letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering.
3. ELAKKAN MENGGUNAKAN UBATAN TRADISIONAL SEPERTI MINYAK SAPU UNTUK PULIHKAN LUKA
Tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti minyak atau herba untuk menyembuhkan luka kerana dikhuatiri minyak tersebut akan mengganggu percantuman semula kulit. Doktor akan menasihatkan agar mereka tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit. Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.
4. PARUT LUKA CZER
Apabila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, eloklah disapu dengan vitamin E.
Keloid wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka tersebut sudah kering.

5. RISIKO JAHITAN TERBUKA ITU BIASA
Risiko jahitan terbuka tetap ada dan ia perkara biasa. Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali.
Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul.
6. JAHIT SEMULA LUKA YANG TERBUKA
Sekiranya ibu mendapati jahitannya terbuka, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak.
Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.
7. DIABETES DAN LUKA CZER
Ibu hamil yang menghidap diabetes, akan mengambil masa untuk sembuh luka jahitan. Oleh yang demikian, mereka perlu pastikan tahap kencing manis dikawal. Kandungan gula dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat.
8. MAKAN MAKANAN SEIMBANG
Vitamin C salah satu bahan utama untuk mempercepatkan luka bersalin sembuh. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
9. AMBIL MULTIVITAMIN UNTUK PENYEMBUHAN SEGERA
Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan.
10. HATI-HATI DENGAN UBATAN TRADISIONAL
Ibu selepas bersalin perlu berhati-hati terhadap pengambilan ubat-ubatan tradisional terutamanya dari segi kebersihannya. Dikhuatiri kandungannya akan membahayakan kesihatan.
[Sumber : Majalah PAMA]

Doktor Pun Makan VIVIX Untuk Luka Czer Cepat Sembuh


Wednesday, September 20, 2017

Tip Atasi Alahan Semasa Hamil



Biarpun kehamilan ini merupakan idaman setiap wanita, namun wanita harus bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan semasa hamil. Suami pula, masa inilah kena bantu isteri untuk mengurangkan rasa mual atau alahan semasa hamil.
Sebenarnya bukan semua wanita bernasib baik dapat menjalani proses kehamilan dengan normal sehingga melahirkan. Disebabkan oleh pelbagai faktor, ibu yang hamil ada kalanya tidak dapat mengelakkan diri dari menghadapi kemungkinan menghadapi pelbagai komplikasi sepanjang kehamilan termasuk alahan atau morning sickness.
Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan simpton-simpton seperti muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari.
Kebanyakan wanita hamil mengalami alahan disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Namun ada sesetengah wanita hamil mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Jika wanita hamil mengalami alahan dalam jangka masa pendek, ia tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas.
Ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

11 cadangan petua mengatasi alahan yang encik suami mesti tahu supaya dapat bantu isteri apa yang perlu buat dan sebagainya.
1.Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong walau pun anda tidak lapar. Makan sedikit setiap dua atau tiga jam.
2.Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
3.Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
4.Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
5.Elakkan mengambil kafein dan merokok.
6.Minum air dengan kerap sehingga 12 gelas sehari.
7.Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
8.Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
9.Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan.
10.Tidur sekejap disiang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
10.Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
11.Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
Credit : Majalah Pa&Ma