Wednesday, August 30, 2017

SET ECZEMA SHAKLEE

SET ECZEMA SHAKLEE

Ekzema merupakan keadan kulit di mana menjadi merah, kering, gatal dan merekah. Menurut kajian, penyakit eczema mempunyai pertalian genetik di mana sekiranya salah seorang sama ada ibu atau bapa merupakan penghidap eczema maka ia memberi kesan genetic itu kepada anak-anak. Ya, demikianlah yang berlaku kepada anak kecil saya yang mempunyai masalah ini kerana suami saya juga turut menghidap eczema.


Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis (eczema atopik) yang sering berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa (usia lanjut). Hampir 30% keputusan diagnosis simptom kulit melibatkan eczema otopik.Perkataan Ekzema (eczema) berasal dari Greek iaitu ekzein yang bermaksud “mendidih” dan perkataan Ek bermaksud “keluar”. Manakala dalam bahasa Yunani pula, zema bermaksud “mendidih”. Ia terbahagi kepada 2 jenis ekzema iaitu:


ACUTE ECZEMA
  • Erythema : kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan
  • Papules : pembentukan tompok-tompok merah
ECZEMA KRONIK
  • Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
  • Kulit menebal kasar dan berkedut.

Apakah Simptom Simptom Penyakit Ekzema ?

Ekzema atopik biasanya akan berlaku berterusan dalam tempoh waktu yang sangat lama. Ia merupakan gelaja penyakit kronik yang hadir sepanjang masa di mana sepanjang tempoh itu akan berlaku pelupasan dan perluapan yang mungin teruk sehingga memerlukan rawatan intensif. Antara simptom utama penyakit ini adalah:
  • Kulit akan pecah dan merekah
  • Kawasan kulit tertentu mungkin akan koyak
  • Kulit terasa sangat kering
  • Rasa gatal selalunya akan lebih teruk pada waktu malam
  • Menggaru akan menyebabkan kulit terasa seperti menebal
  • Kulit menjadi radang, kemerahan, melepuh dan terkandung cecair
  • Kulit kelihatan seperti ada tompok lebam kecil, bertompok merah atau coklat kelabu.

Punca Atau Faktor Penyakit Eczema

Untuk pengetahuan anda, sehingga kini punca sebenar eczema masih belum dapat dikenalpasti sepenuhnya.. namun begitu, berdasarkan kepada kajian dan diagnosis yang telah dilakukan, terdapat beberapa punca dan faktor eczema telah dikenalpasti antaranya :
  • Perubahan emosi (resah dan stress)
  • Allergik kepada makanan dan bahan pengawet
  • Cuaca yang panas
  • Alergik kepada persekitaran (asap rokok, bahan kimia, haiwan berbulu, habuk)
  • Kuat berpeluh
  • Alahan kepada bahan pencuci seperti sabun dan detergen
  • Air berklorin tinggi
  • Alahan kepada pemakaian barang kemas dan bahan kosmetik
  • Alahan kepada fabric tertentu.
Kebiasaannya, bagi orang dewasa ekzema akan menyerang pada bahagian muka, siku, buku lali, leher dan lutut. Sementara bagi bayi pula, tanda-tanda eczema boleh jelas kelihatan pada bahagain pipi, leher, dahi, lengan, betis dan kulit kepala. Penyakit ini menyerang tidak mengira msa, ada yang menghidap eczema sejak bayi da nada juga yang mendapat eczema ketika dewasa.

Rawatan Penyakit Ekzema

Ekzema tercetus apabila kulit gagal berfungsi dengan baik untuk menghalang kemasukan “allergens” atau alahan dimana ia menyebabkan kulit menjadi kering. Hal yang mengakibatkan kulit menjadi sangat gatal dan pesakit akan menggaru. Tabiat menggaru ini akan menyebabkan kulit semakin kering, lapisan kulit akan terkoyak dan ruam akan mula muncul. Kitaran ini akan berulang seperti rajah di bawah.
kitar_eczema

Dengan mengetahui kitar ezkzema dan pencetusnya, ia memudahkan kita untuk mewujudkan langkah-langkah bagi mengawal kelembapan kulit serta mengubati radang. Antara langkah yang boleh diambil adalah:

Pakaian
  • Pakai pakaian yang longgar dan fabric yang selesa seperti kapas.
  • Elakkan memakai pakaian yang ketak serta tidak menyerap peluh.
Pemakanan
  • Makan makanan berkhasiat yang mampu mengekalkan daya tahan badan
  • Elakkan makanan yang pernah mendatangkan kesan-kesan alergik seperti sebelum ini seperti makanan laut, kekacang dan sebagainya.
Persekitaran
  • Mewujudkan pengudaraan yang baik di tempat tinggal.
  • Pastikan tahap kelembapan adalah sederhana.
  • Sentiasa menukar cadar dan selimut yang bersih.
  • Menggunakan sarung tangan jika perlu
Sikap
  • Elakkan terdedah dengan matahari yang kerap
  • Elakkan mandi dengan air panas
  • Kerap memotong kuku agar kulit tidak cedera teruk akibat digaru.
  • Mematuhi arahan doktor.
Rawatan eczema dengan Set Eczema Shaklee. Penyakit eczema boleh dihapadi oleh pelbagai peringkat umur termasuk bayi dan kanak-kanak. Menurut pakar kulit, penyakit eczema tidak dapat sembuh sepenuhnya. Namun begitu rawatan dan perhatian yang intensif dapat mengurangkan kesan penyakit itu dari terus menular dan menjadi kronik. Selain itu, pesakit juga perlu mendisiplinkan diri dengan penjagaan makanan, pakaian, selalu bersenam dan mengamalkan cara hidup yang sihat.
Jom kita baca cara merawat ekzema dan sakit kulit dengan Shaklee mengikut peringkat umur:

Bayi Berusia Bawah 1 tahun 
  • Kepada ibu yang menyusukan anak yanag menghidapi eczema, anda disyorkan mengambil Omega Guard dan Energizing Soy Protein (ESP). Khasiat dan kebaikannya akan disalurkan kepada bayi melalui penyusuan susu ibu.
  • Krim Herbal Bland boleh disapu kepada kulit bayi bagi megurangkan rasa gatal dan pedih.
  • Untuk luka-luka pada kulit, anda boleh menyapu Vitamin E (Gunting sedikit di hujung kapsul) pada bahagian luka.
Kanak-Kanak Berumur 1 Tahun Ke Atas
  • Kanak-kanak boleh mengambil Omega Guard bagi mengawal dan merawat eczema, menguatkan membrane sel, mencegah radang kulit dan mengurangkan kegatalan.
  • Selain itu, boleh juga mengambil Mealshakes yang diperkaya dengan mineral dan multivitamin untuk kesihatan tisu kulit serta menghilangkan parut.
  • Kombinasi Herbal Bland dan vitamin E boleh digunakan untuk merawat luka akibat eczema.
Remaja dan dewasa
  • Energizing Soy Protein (ESP) sangat bagus untuk membantu penghasilan sel kulit baru yang rosak akibat eczema. Ia akan menjadikan kulit lebih anjal,sihat dan gebu.
  • Omega Guard berfungsi mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mmencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan. Hal ini kerana penghidap eczema mempunyai kulit yang sensitif.
  • Gabungan Omega Guard dan ESP memastikan eczema tidak terus merebak dan memlihara kulit dari dalam.
  • Gabungan Vitamin E dan GLA Complex berkhasiat untuk merawat kulit yang rosak serta membantu memudarkan parut dengan berkesan. Ia juga mampu meningkatkan daya tahan (sistem imunisasi) bagi melawan eczema sekaligus mempercepatkan proses pemulihan kulit.
  • Krim Herbal Bland semestinya krim herba semulajadi yang bagus untuk melegakan kegatalan dan pedih akibat luka eczema.
  • Pengambilan Alfalfa Complex yang bertindak sebagai penyahtoksin adalah digalakkan bagi mempertingkatkan lagi kekuatas sistem dalam tubuh badan.
Suami dan anak saya sendiri adalah penghidap eczema, Alhamdulillah dengan pengambilan supplement secara sistematik, terdapat perubahan ketara terhadap kulit mereka dan anak saya tidak lagi sering menggaru dan merengek. Sebagai seorang isteri dan ibu kepada penghidap eczema, saya amat memahami perasaan anda yang ingin melihat orang yang tersayang sentiasa sihat dan ceria. Oleh itu suka untuk saya kongsikan dengan anda penawar bagi masalah kulit yang kronik ini.                               

FB :Suria Salha
FB: Pengedar Shaklee Batu Pahat 0177774462
Instagram : Suria_Combi

Tuesday, August 29, 2017

SET KEPUTIHAN SHAKLEE

Masalah Keputihan Wanita

Apa Itu Keputihan?



Keputihan adalah lelehan lendir putih atau jernih yang keluar dari faraj. Keputihan atau lelehan lendir terdiri daripada dua cara iaitu keputihan fisiologi dan patologi.
Keputihan fisiologi atau yang normal bersifat keputihan atau jernih, namun ada kala ia kekuningan atau kehijauan akibat jangkitan kuman. Perlu diingat, keputihan berlaku dalam tempoh seminggu sebelum haid dan berlaku setiap bulan. 

Namun oleh kerana ada masanya ia terlalu banyak, wanita berasa kurang selesa dan gatal di sekitar alat sulit kerana kelembapan. Apabila ujian dibuat ke atas lendir itu, tiada sebarang bakteria yang ditemui. 




Keputihan patologi pula disebabkan bakteria, kulat atau organisma lain. Ia amat mengganggu seperti masalah gatal yang serius, berbau, lelehan berwarna kekuningan selain sakit di bahagian bawah perut. 

Ujian ke atas keputihan itu lazimnya menunjukkan kehadiran mikro organisme atau kuman.

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. 


Punca Terjadi Keputihan :
  1. Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan kuman, ubatan dan penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
  2. Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
  3. Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
  4. Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
  5. Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
  6. Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial Vaginosis, Candida Vaginitis, Trichomonas Vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau Herpes.
  7. Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.
Kesan Keputihan:

1)   Gangguan hubungan intim.
 2)   Susah untuk mengandung.
 3)   Berpotensi untuk mengandung luar rahim.
 4)   Boleh menyebabkan tiub fallopian dan rahim wanita rosak, lantas mengakibatkan
       kemandulan.
 5)   Kerap mengalami demam, sakit perut beserta keputihan yang busuk, berubah warna 
       dan gatal - jika keputihan telah merebak ke bahagian reproduktif wanita.

Selain dirawat dengan petua tradisional, keputihan juga boleh dirawat melalui pengambilan 
set makanan tambahan seperti Vitamin Set Keputihan Sh@klee.
  
Set Keputihan Shaklee terdiri daripada :

Alfalfa Complex
  • Mencuci hati, darah dan usus - Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Garlic Complex
  • Antibiotik semulajadi untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • Menghalang alergi - hidung sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis.
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman - kembung perut, gastrik, ketidakhadaman, malah mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik. 
  • Menstabilkan glukos di dalam tubuh.
  • Menurunkan kolesterol.
  • Menurunkan darah tinggi.
  • Detoksifikasi.

GLA Complex
  • Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina.
  • Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron.
  • Meningkatkan sistem imun tubuh.
  • Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, tinea, memperbaiki bintik penuaan.
  • Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis.
  • Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.  Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

Jika anda dari golongan yang mengalami masalah keputihan dan cuba untuk merawat serta mengurangkan masalah keputihan anda, jangan segan-segan, sila berkongsi masalah anda dengan saya.
017-7774462
017-7774462
www.wasap.my/6017-7774462


Cara Makan Vitamin Shaklee

Cara Makan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum.. Dalam entry kali ini Sue cuma nak kongsi lah sedikit cara makan vitamin shaklee. Pengambilan vitamin shaklee dengan cara yang betul dan konsisten akan dapat kesan yang optimum tau. Sebelum nak cerita cara makan vitamin shaklee ni, kita perlu ketahui dulu susunan produk Shaklee mengikut kepentingannya.

1.    ESP - Sekiranya hanya ada satu pilihan suplemen sahaja, bermulalah dengan Shaklee ESP. ESP berperanan membaik pulih sel-sel secara keseluruhan. Sel adalah ibarat batu bata bagi sebuah bangunan. Kukuh batu bata maka kukuhlah bangunan itu.

Mulakan hari kita dengan segelas ESP (protin soya). Bancuh 1 sudu besar penuh ESP dengan 3/4 gelas air sejuk atau air suam, shake-shake dan terus minum. ESP adalah minuman wajib saya pada setiap pagi. Dengan meminum segelas ESP pada setiap pagi, akan menjadikan saya sihat dan bertenaga sepanjang hari. Elakkan membancuh ESP dengan air panas tau.

Boleh juga dicampur dengan susu atau jus kegemaran anda, ikut citarasa masing-masinglah. Sekiranya mengambil Collagen boleh dicampurkan bersama ESP, rasanya menjadi lebih lemak/ sedap.

2.    Vita-Lea – ibarat makan makanan seimbang dan dapat memenuhi keperluan setiap sel dari hujung rambut sampai hujung kaki.
(Nota: Dengan mengamalkan 2 produk di atas, lnsyallah 50% pembaikan telah berlaku.
 Untuk lain-lain keperluan vitamin, sila tanda :

Lecithin & Omega, Alfalfa  & Zinc – vitamin sebelum makan.

Lecithin pemecah lemak dan Omega pemecah kolesterol sebaiknya dimakan 15 minit sebelum makan tengahari dan 15 minit sebelum makan malam supaya telah bersedia untuk mengurai lemak dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan yang dimakan.

Alfalfa, di samping mengandungi banyak mineral dan fitonutriens, merupakan sumber serat yang tinggi. Peranan serat adalah apabila diambil bersama air yang mencukupi akan menjadi seperti jala yang memerangkap segala benda asing di dalam darah seperti lemak, kolesterol, gula, toxic, logam berat dsb, dalam perjalanannya dari mulut ke usus besar.

Pembuangan air besar akan menjadi lawas apabila cukup fiber dengan syarat minum air yang mencukupi. Alfalfa juga baik untuk masalah angin dalam badan, gastrik dan alergik.

* Sebelum Makan Tengahari dan Malam – Sukatan 3 kapsul lecithin + 1 capsul omega + 5 tablet alfalfa.

Tapi kalau terlupa dan sebagainya, ambil sahaja selepas makan bersama vitamin-vitamin yang lain. Tidak memudaratkan cuma antara berkesan dan lebih berkesan.

Zinc Complex
Zinc disarankan diambil semasa perut kosong iaitu (1 jam / 30 minit sebelum makan),  kerana dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan dan mengikat dirinya dengan bahan lain. Roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya dengan zinc sekaligus akan mengganggu penyerapan khasiat zinc dengan berkesan.

Selain Lecithin, Omega, Alfalfa dan Zinc, semua vitamin di cadangkan diambil selepas makan.
Walaubagaimanapun sebaiknya tidak mengambil semua vitamin serentak tetapi mengagih-agihkannya di antara selepas beberapa waktu makan seperti lepas sarapan pagi, lepas lunch, lepas minum petang dan lepas makan malam, untuk penyerapan yang terbaik dan perlindungan berterusan sepanjang hari.

Contoh Pengambilan Vitamin Shaklee:
* Selepas minum pagi – 1 Vita-Lea  &  1 Vita C 500.
* Sebelum makan tengahari – 5 Alfalfa, 3 Lecithin  &  1 Omega Guard.
* Selepas makan tengahari  – 1 Vita B Comp.
* Minum petang – ESP.
* Sebelum Makan Malam – 5 Alfalfa, 3 Lecithin  & 1 Omega Guard
* Selepas makan malam – 1 @ 2 GLA.
* Sebelum tidur malam – 1 Vita E Comp  &  2 Ostermatrix

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE (CADANGAN)

CADANGAN  JADUAL  PENGAMBILAN  VITAMIN  SHAKLEE
SARAPAN
PAGI
ESP
1  TBSP
MEALSHAKE
1  TBSP
PERFPRMANCE
DRINK
1  TBSP
CINCH TEA
1  SACHET


LEPAS
SARAPAN
PAGI
VITA-LEA
1  TAB
VITAMIN  C
1  TAB
AJHT
2  TABS




SEBELUM MAKAN
TENGHARI

ALFALFA
COMPLEX
5  TABS

LECITHIN
3  CAPS

OMEGA GUARD
1 CAP
ZINC
COMPLEX
1  TAB
30 min/1 jam sebelum mkn


LEPAS
MAKAN
TENGHARI
B-COMPLEX
1  TAB
CAROTOMAX
1  CAP
GARLIC
1  TAB
017-7774462
fb : Suria Salha
MINUM
PETANG
ESP
1  TBSP
MEALSHAKE
1  TBSP
CHINCH
SHAKE
1  SCOOP
SIHAT, CANTIK
DAN ANGGUN
SEBELUM
MAKAN
MALAM
ALFALFA
COMPLEX
5  TABS
LECITHIN
3  CAPS
OMEGA GUARD
1 CAP

LEPAS
MAKAN
MALAM
GLA
COMPLEX
2  CAPS
PEPPERMINT
GINGER PLUS
1-2 TABS
DTX
COMPLEX
1-2  TABS
NUTRIFERON
1  SACHET


SEBELUM
TIDUR
MALAM
VITAMIN  E
1  CAP
OSTER
MATRIX
2-4 TABS
COLLAGEN
POWDER
1  SACHET
CoQ HEALTH
PLUS
1  CAP
VIVIX
1 TSP
HERB-LAX
2-4  TABS
(WEEKEND)
         
 *Panduan ini adalah bertujuan membantu pengguna Vitamin Shaklee kami untuk mengambil suplemen dengan teratur dan konsisten. Cadangan pengambilan suplemen adalah fleksibel dan pengguna boleh menyesuaikan pengambilan mengikut keperluan dan rutin harian sendiri.
             
  *Sila minum air masak sebanyak 3-4 Liter sehari.

Vita B Comp, Vita C 500mg dan Vita-Lea merupakan vitamin larut air. Seeloknya diambil dengan air yang banyak bagi membantu penyerapannya. Elakkan diambil bersama makanan yang berlemak dan berminyak. Ambil selepas sarapan pagi.

Vitamin Larut Lemak (A, D, E, K), diambil sebelum atau selepas makan makanan yang berlemak dan berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapannya.

OsteMatrix @ Calcium, sebaiknya diambil bersama susu. Pastikan calcium anda mengandungi magnesium kerana magnesium membantu penyerapan calcium secara optimum.

Iron, sebaiknya diambil bersama Vita C 500mg kerana Vita C membantu penyerapan Iron secara optimum.

*Beberapa set vitamin tidak digalakkan makan secara bersama.  Namun boleh dijarakkan waktunya iaitu selepas 2-4 jam.

Vitamin /Mineral /Makanan Tambahan Shaklee
Catatan
Vitamin E + Alfalfa
Tidak mengambilan  Alfalfa  bersama  Vitamin E  kerana  alfalfa akan menggangu penyerapan vitamin E.
OsteMatrix + Vitalea
Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vita Lea mempunyai iron. Maka elakkan pengambilan bersama OsteMatrix.
Alfalfa + GLA Complex
GLA Complex mempunyai Vitamin E maka Alfalfa akan mengurangkan penyerapan Vitamin E.

Vitamins + Kafein

Elakkan pengambilan bersama kerana kafein akan menghalang penyerapan vitamin secara optimum.

Cara Makan Vitamin Shaklee dan Ubat-ubatan.
Bagi individu yang sudah berpenyakit dan sedang memakan ubat-ubatan perubatan, juga jarakkan antara pengambilan vitamin dan ubat-ubatan dalam tempoh 30 minit hingga 1 jam.

Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat-ubatan apabila anda mula mengambil suplimen, kecuali apabila doktor telah mengesahkan anda semakin pulih dan pengurangan ubat adalah atas arahan doktor anda, setelah mendapati anda semakin sihat.


INFO PENTING

Ø Pengambilan air masak sebanyak 3 - 4 Liter Sehari.

Ø Vita Lea tidak digalakkan diambil bersama Ostermatrix / ESP / Mealshake / Cinch Shake. Pesakit Thalasemia tidak boleh mengambil Vita Lea kerana Vita Lea mempunyai Iron.

Ø Iron dicadangkan diambil bersama Vitamin C sebab Iron perlu untuk membantu penyerapan Vitamin C dengan berkesan.

Ø ESP tidak sesuai diambil oleh pesakit buah pinggang dan yang mempunyai masalah penghadaman.

Ø Elakkan membancuh ESP/ Mealshake / Cinch Shake bersama air panas melebihi 400C.

Ø Alfalfa Complex tidak digalakkan diambil bersama Vitamin E. Pesakit SLE haruslah mendapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mengambil Alfalfa Complex.

Ø Vivix tidak digalakkan kepada mereka yang sedang menjalankan sesi kimo terapi.

Ø Ibu mengandung tidak boleh mengambil Vivix / Collagen Powder / Vitamin E.

Ø Vitamin Larut Air (B & C) Sebaik-baiknya di ambil dengan segelas air dan
elakkan pengambilan makanan yang berlemak / berminyak.

Ø Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K) Di ambil selepas mengambil makanan yang berminyak/berlemak sebab vitamin larut lemak memerlu kan lemak untuk memudahkan penyerapannya.

Ø Sekiranya demam atau selsema, ambil 2 tab vitamin C. Amalkan 2 kali sehari untuk Boost Imun.