Wednesday, August 23, 2017

Tips Mudah Hamil

Untuk pasangan yang masih ikhtiar untuk dapatkan zuriat, hari ni suria nak share 11 TIPS mudah hamil. In shaa Allah jom amalkan! 



.
1. ELAKKAN TEKANAN
Wanita ini diuji dengan pelbagai sebab. Hormon tidak stabil pun dah cukup menekan emosinya apatah lagi jika dibebani dengan kerja di rumah yang tak pernah henti. Ditambah pula dengan kerja kat office. Ni antara punca kenapa wanita nak bersama suami pun dia tak mampu nak bersama sepenuh hati. Tips, kawal stress, senyum & fikir baik baik. Allah kan ada...

2. JAGA PEMAKANAN
"Aku ni gemuk pun elok je lahir anak 3 orang dah." Kita panggil tu rezeki kak. Rata-rata wanita yang berjumpa doktor mengadu tidak dapat mengandung lagi akan pulang ke rumah setelah dinasihat untuk kurangkan badan terlebih dahulu & barulah merancang kehamilan. Kawal pemakanan seimbang jika anda ingin merasa denyutan jantung dari rahim anda. Insyaallah anda boleh..
.
3. BERBUAT BAIK
Lakukan kerja-kerja amal, dekati anak-anak yatim. Beritahu kepada anak anak yatim niat anda untuk peroleh zuriat. Solat hajat bersama mereka & mohon mereka bacakan & aminkan doa buat anda (seeloknya tulis dulu dalam satu kertas & minta mereka bacakan doa tersebut sambil diaminkan semua). Doa anak-anak yatim mudah dimakbul Allah.
.
4. WAJIB TAHU WAKTU SUBUR ANDA
Waktu subur bagi wanita dengan kitaran haid normal adalah pada hari ke 7 period sehingga hari ke 16 period. Pastikan anda menggunakan peluang yang ada sebaiknya. Belajar mengira hari subur atau boleh download Period Calendar Application di Handphone anda.
.
5. MINTA NASIHAT DOKTOR
Nasihat dari doktor sangat penting buat mereka yang belum lagi dikurniakan zuriat. Minta doktor scan rahim anda, lihat keadaannya, sihat atau tidak. Percayalah tidak ramai yang berani untuk minta doktor buat semua itu untuknya melainkan dia benar-benar tahu mengapa rahim itu perlu di scan. Jangan takut & malu berjumpa Doktor untuk dirawat. Rawat sebelum terlambat. Jangan menyesal kemudian hari.
.
6. JAUHI ROKOK
Baik lelaki atau wanita, keduanya dilarang merokok demi perkembangan janin. Kajian saintifik pun dah bagitau, bila seseorang tu merokok ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan & akan ambil masa yang lama untuk hamil. Say NO to ROKOK!!
.
7. KURANGKAN CAFFEINE
Risiko mengurangkan kesuburan sangat tinggi bagi mereka yang consume caffeine lebih dari 5 cawan sehari. Biarpun dengan meminum minuman bercaffeine contohnya coffee akan bagi lebih tenaga, tapi limitkanlah kepada 2 cup sehari.
.
8. TAK PUTUS BERDOA
Allah tunggu hambanya berdoa & minta pada-Nya. Kalau bab meminta pun segan apatah lagi solat 5 waktu & solat sunat, macam mana Allah nak bagi? Percayalah Allah ada & melihat kita. Buatlah yang terbaik, Insyaallah Dia akan permudahkan urusan kita.
.
9. MINTA IBU AYAH & MERTUA DOAKAN
Doa daripada ibu & ayah ni sangat mudah diterima Allah. Jangan malu untuk beritahu hajat & niat anda sambil tu minta mereka doakan. Anda akan tahu keajaibannya apabila kita tidak putus menyayangi & mengasihi mereka.
.
10. JANGAN PUTUS ASA
Banyak produk kesuburan & kehamilan di pasaran. Tak salah ambil tahu mengenai produk-produk berkenaan seperti Susu Kambing yang membantu stabilkan hormon, lancarkan haid, kurangkan senggugut, bersihkan rahim, suburkan rahim & minuman sunnah yang boleh diamalkan.
.
11. BELAJAR ILMU KESUBURAN & KEHAMILAN
Ilmu sangat penting untuk hamil. Jangan MALAS & SOMBONG untuk belajar & menggali ilmu Kesuburan & Kehamilan. Kalau waktu subur pun kita tak tahu, tips mudah hamil pun terkapai-kapai, ia akan sukarkan impian kita untuk jadi ibu & ayah dengan mudah. Banyakkan ambil tahu & membaca. Boleh cari info di Google, bertanyakan pada mereka yang berpengalaman & berpengetahuan serta berjumpa Doktor untuk sebarang kemusykilan.
.
Akhir sekali, jangan sesekali "PUTUS ASA" untuk ikhtiar! Banyakkan berdoa dan berfikiran positif. In shaa Allah dipermudahkan semua urusan anda dan pasangan anda.



No comments: