10 FAKTOR PENYEBAB JERAWAT...ATASI JERAWAT DEnGAN SET JERAWAT SHAKLEE
Assalamualikum dan salam sejahtera
Stress kan setiap kali jerawat naik dekat muka. Lagi-lagi time nak datang periodkan. Perasaan tak bila nak dekat period jer jerawat bukan main berluma-lumba naik dekat muka.
Perasan tak jerawat ni biasa timbul dekat kawasan yang sama jer kan. Kalau nak tahu sebab berlakunya jerawat di kawasan-kawasan tertentu boleh rujuk gambar ini.
10 SEBAB yang menyebabkan jerawat
1.Perubahan hormon
Apabila berlaku perubahan hormone seperti akhir baligh remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan,iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku
2.Tekanan (Stress)
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.
- Tekanan fizikal:
- Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
- Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
- Jadual seharian yang sangat ketat
- Merokok, pengambilan dadah
Tekanan emosi: - Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
- Buli
- Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
- Kerja /study yang banyak
3.Pemakanan
Pemakanan yang tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.
4.Toksin
Jika kita tak pernah membuang toksin sejak pengambilan pemakanan yang tidak terkawal sehingga umur kita mencecah 30 tahun, bermakna dah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badan kita ni. Jika sistem semula jadi tubuh kita tak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit mudah kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain
5.Faktor Genetik
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Kat Malaysia memang top dengan produk antijerawat dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.
6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit. Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit. Bukan tumbuh kat muka je,..kat badan pun ada..jangan tak tahu ye.
7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut. Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.
9.Jangkitan pada kulit & Resdung
Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit kita dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.tapi tula yang jenis tangan tak boleh dok diam harus je garu si jerawat tu kan..sudahnye tinggal parut segala.Inilah yang saya buat dulu sampai kulit dah tak rupa kulit…sekarang dah licin..hehe
10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. Iklim negara kita ni hujan panas je kan..iklim yang tak menentu ni pun boleh menjadi sebab timbulnya keadaan kulit berjerawat.
Ada masalah jerawat? Nak cuba Set Shaklee? Boleh terus hubungi saya di talian 017-7774462
017-7774462
017-7774462
No comments:
Post a Comment