Wednesday, December 29, 2010

Haruman Kasturi dan Dari Mana Asal Usulnya KASTURI??


Anugerah kijang jantan

Awal ceriter.... Macam biasa pg2 aku dgr radio.. Siapa dgr Can I Help U (CIHU) ERAfm?? Hari ni crew ERA knekn seorg penjual perfume (xtau jenama ape), tp dia seorg melayu.
In the middle of conversation :
DJ Haniff : What is the contents of the perfume??
Penjual : The perfume is produce from the MUSK..
DJ Haniff : Is it M.A.S.K?? that women use on the face??
Penjual :No, it is MUSK, M.U.S.K.. It is from the part of the body of deer (RUSA)..
Hah??? It sound weird?? MUSK?? Semak maksud MUSK --> kesturi,sejenis bahan yg berbau keras yg terdapat dlm kelenjar rusa jantan dan digunakan utk mmbuat minyak wangi (sejenis rusa yg xde tanduk di Asia Tengah) .. Bila bincang2 dgn kwn2, baru sy tau asal usul Kasturi ni.. Selama ini sy cuma fikir kasturi ini mesti dtg dr pati bunga xpun buah.. bg yg xpernh tau, mari ambik tau.. (^_^)



Kasturi bertindak sebagai agen haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.

BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.

Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya. Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.

Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi. Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.

Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala. Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras. Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.

"Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama. "Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya,"

Dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.
"Bukan tikus yang macam kita jumpa di lorong dan longkang, tapi jenis tikus yang besar saiznya," terangnya segera tatkala melihat penulis mengerutkan dahi membayangkan haruman dikaitkan dengan makhluk yang gemar habitat kotor itu.Apa yang dimaksudkan adalah rodensia besar seperti memerang iaitu tikus muskrat (Ondatra zibethicus). .

"Ada juga kasturi yang berangkai dan harganya antara RM500 hingga RM1,000, bergantung pada bilangan kasturi yang bersambung bersama. "Pembeli kasturi ini terdiri daripada golongan mereka yang turut berniaga barangan yang berkaitan dengan minyak wangi. Ada juga yang membeli sekadar minat mengumpul atau menganggapnya sebagai perhiasan. "Lebih istimewa apabila ada pelanggan warga Bangladesh dan Pakistan yang membelinya untuk dimakan kerana percaya ia mempunyai khasiat perubatan," katanya.

Mari hayati sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Al-Bazzar yang bermaksud : “Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi”
Satu hadis lain yang diriwayatkan oleh imam Muslim ialah, Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi”


Khasiat Kasturi
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-
1) Memberi kekuatan pada roh- Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)

2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia

20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

Sumber: Madrasah Darul Atiq

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah atau Awal Muharam 1432

Assalamualaikum..  

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun” 

Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia. Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


Peristiwa-peristiwa penting: 
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.Allah menjadikan ‘Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.Nabi Isa diangkat ke langit.

Amalan-amalan sunat: 
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1. Berpuasa.
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X.
Berdoa awal tahun pada 1 Muharam selepas solat sunat Maghrib 3X.
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharam):
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada Neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11.Solat sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12.Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer” . Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada Neraka.

sumber : http://fazdleeisa.wordpress.com/2008/12/29/peristiwa-peristiwa-penting-di-bulan-muharram/
 
suria : Selamat menyambut Awal Muharam atau dipanggil juga Maal Hijrah 1432.. Semoga Allah megampun kesalahan2 kita yg lepas dan mmbntu kita mmperbaiki azam kita lg.. Marilah kita cipta azam baru spy kita mnjadi HAMBA yg LEBIH BAIK dari yg TERBAIK, semoga ALLAH tunjukkan jln ps stiap dugaan yg menimpa diri kita..



Zikir / Wirid / Doa Lepas Solat (Sembahyang) yg diajarkn oleh Rasullulah S.A.W

Hey, I am single


Hey, I am single
Don't wanna mingle
Unless it's legal
Or else it's evil
There's only one girl
My wife, my angel

(What Single Muslim Brothers Say) 

I am available but not for sale,
Don't you ever expect me in your mail,
There's only one story beneath this veil,
It's modesty, and not an ad to hail,
Woo me not because you will surely fail,
You really really think I am that frail?
You're not a hammer and I'm not a nail,
I don't want a boyfriend, he's such an ail,
I would prefer to be stuck in a jail,
But I'm free of you and your fairytale,
If you want me then be the alpha male,
Don't hide in your shell like a slimy snail,
Be my husband, by Allah we stand still.

Friday, December 3, 2010

Mudahnya seorang wanita mendapat pahala...

Subhanallah..
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
  1. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  2. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
  3. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
  4. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  5. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
  6. Wanita yang menyebabkan sumainya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
  7. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari ketana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
  8. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "Bismillah" didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  9. Wanita yang menguli tepung dengan "Bismillah" Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
  10. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
  11. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
  12. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
  13. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
  14. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira masti syahid.
  15. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
  16. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun  maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
  17. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
  18. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
  19. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
  20. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
  21. Jika suami mengajar satu maslaah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
  22. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah ALlah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
  23. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
  24. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
  25. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: " Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya pula redha kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa fisabilillah. Bila dia merasa sakit ketika akan melahirkan, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan dia menyusu dengan susunya sendiri, maka setiap teguk susunya Allah berikan satu kebajikan. Bila dia semalaman tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis, sakit dan sebagainya maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam Fisabilillah dengan ikhlas." (Hadith Riwayat Hassan bin Sofwan, AT Tabrani, Ibnu Asakir)


Mengenai layanan terhadap suami, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada anaknya Fatimah yang bermaksud: " Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, memotong kukunya maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut, dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi Titian SIrat tanpa menempuh kesusahan."

Wednesday, December 1, 2010

Renungkanlah...



Halaqah sentuhan qalbu TV9-akhir hayat

 

ku rindu Rasulullah SAW... 

Sunday, November 28, 2010

Erti Syukur = Nikmat +++


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih"
 Surah Ibrahim : Ayat 7 

Tafsiran ringkas : Setiap detik kita menggunakan nikmat kurnian Allah, amat sedikit yang menyadarinya, apa lagi untuk mensyukuri akan kurnian itu. Kurnian Allah tidak terhitungkan.


Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya."(Surah An-Nahl : 18). 

Adakah kita tergolong dari golongan yang bersyukur?. Allah menjelaskan " Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur" (Surah Yusuf : 38) .Ingatlah, Allah mengurniakan nikmat kepada seluruh makhluk-Nya semata-mata untuk disyukuri, bukan untuk dikhianati. Sesungguhnya Allah pemberi nikmat sebenar yang menjanjikan tambahan nikmat kepada mereka yang bersyukur dan azab seksa amat pedih bagi mereka yang kufur. Mungkin sahaja selama ini kita menjalani kehidupan tanpa ada rasa syukur, atau rasa syukur yang amat sedikit. Manusia sering merasakan bahawa apa yang dimiliki adalah hasil usaha dan menjadi hak mutlak mereka. Kerana itu apabila sesuatu keinginan tidak dapat dicapai atau diperolehi kita mudah berasa kesal. Malah mungkin juga kecewa, lalu menyalahkan takdir dan mencari-cari kesalahan orang lain. Itu adalah akibat gersang rasa syukur dalam diri manusia.Syukur, inilah satu perasaan yang jarang melekat di hati kita. Malah kita kerap kali lupa dan alpa. 

Mulai sekarang, ketahuilah bahawa sebenarnya kita adalah orang yang sangat bertuah, baik dalam pelajaran, keluarga, ekonomi, politik mahupun dalam kehidupan sehari-hari. Maka sewajarnyalah untuk kita syukuri. Masih ragu?. Jika kita masih ada makanan untuk dikunyah dan tidur kekenyangan, pakaian cantik menutupi badan, tilam empuk untuk tidur, rumah untuk berlindung dari panas dan hujan, maka kita masih bertuah berbanding sebahagian penduduk dunia yang lain. Sebahagian mereka kebuluran dan tidak cukup makanan, pakaian yang koyak dan lusuh, tidur bertilam tanah, dan berlindung di mana sahaja kaki terhenti sama ada di bawah jambatan atau di bawah rimbunan pokok-pokok.


Masih lagi kita enggan bersyukur?. Jika kita tidak pernah mengalami kesengsaraan kerana peperangan, masih dapat mengunjungi masjid dan mengamalkan amal ibadah tanpa rasa takut diancam, dicederakan atau dibunuh. Jika kita masih dapat hadir ke sekolah, kolej atau universiti, dapat membaca akhbar, majalah dan melayari internet. Maka kita masih bertuah dari sebahagian penduduk dunia yang lain. Sebahagian mereka hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Sejuk dan kelaparan. Sukar beribadah secara terang-terangan. Anak-anak kecil tidak pernah kenal erti sekolah jauh sekali untuk membaca atau memegang komputer. Masih lagi kita enggan bersyukur?.

Dalam Hadis Riwayat Tirmizi menyatakan "Dua perkara apabila dimiliki oleh seseorang dia dicatat oleh Allah sebagai orang yg bersyukur dan sabar. Dalam urusan agama dia melihat kepada yang lebih tinggi lalu meniru dan mencontohinya. Dalam urusan dunia dia melihat kepada yang lebih bawah lalu bersyukur kepada Allah bahawa dia masih diberi kelebihan".Syukur boleh diertikan sebagai rasa terima kasih atas sesuatu anugerah atau kurnian dengan rasa senang dihati, ucapan puji-pujian dan melakukan yang terbaik sebagai tanda menghargai suatu anugerah atau kurnian itu. Pemberi anugerah dan kurnian itu ialah Allah, Tuhan yang maha agung dan tiada sekutu bagi-Nya. Pemilik segala yang di langit dan dibumi dan isi di antara kedua-duanya. Syukur itu bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga dengan perbuatan. 

Maka para ulama memaknakan syukur itu "perbuatan yang menuju kepada pengagungan yang memberi nikmat iaitu Allah".

Bersyukurlah hari ini: 

1. Sebelum kita berkata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak boleh berkata-kata sama sekali. 

2.Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

3. Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

4.Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

5. Sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup

6. Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

7. Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

8. Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor karena pembantu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

9. Sebelum kita mengeluh tentang jauh perjalanan dengan memandu kereta, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.

10. Dan disaat kita penat dan mengeluh tentang pekerjaan, fikirkan tentang orang yang menganggur atau orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

11. Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan.

Kufur adalah sifat yang berlawanan dengan syukur. Kufur pada bahasa ialah menutupi manakala pada istilah kufur bemaksud tidak beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan mendustakannya  (contoh : mengatakan solat itu tidak wajib) atau tidak mendustakan (contoh: tahu solat itu wajib tetapi tidak menunaikan tuntutan solat itu). 
Manakala kufur nikmat ialah tidak mengunakan nikmat yang dikurnia oleh Allah ke jalan kemaksiatan yang tidak diredhai oleh-Nya. Mata digunakan untuk melihat perkara-perkara maksiat, lidah digunakan untuk mengata dan mengumpat, tangan digunakan untuk mencuri. Maka segala cara mempergunakan nikmat anugerah dan kurnian Allah ke jalan yang salah dan batil itu dinamakan kufur. 
Orang-orang yang kufur dibenci oleh Allah. Orang yang dibenci Allah, maka Allah menjanjikan balasan azab yang amat pedih. Kejayaan dan kebahagian sangat erat dengan orang yang bersyukur. Kerana Allah menjanjikan penambahan nikmat apabila kita bersyukur. Ayat ini menganjurkan kita supaya sentiasa bersyukur dengan memperbanyakkan memuji-muji Allah atau atau berkata " alhamdulilah" sebanyak-banyaknya, bahkan sampai ribuan atau jutaan kali sehari. Bukan hanya untuk memperoleh ganjaran pahala. Tetapi mengingatkan kita akan kasih sayang Allah kepada kita, dan tidak berbuat sesuatu yang dimurkai dan dibenci oleh Allah. Ingat Allah telah menjanjikan penambahan nikmat-Nya jika kita bersyukur. Tentunya ia sebagai modal untuk berjaya, tenang dan bahagia.
Ada tiga manfaat besar dari bersyukur. Kedua manfaat ini akan mengubah hidup kita jika kita mendapatkannya.
1. Pahala dari Allah. Jelas, bersyukur adalah perintah Allah, kita akan mendapatkan pahala jika kita bersyukur dengan ikhlas.
2. Menciptakan rasa tenang,bahagia dan gembira. Dengan bersyukur akan membuatkan kita lebih bahagia. Lebih tenang. Lebih gembira. Perasaan kita menjadi lebih tenteram dan segar dengan bersyukur. Fikiran kita akan berfokus pada berbagai kebaikan yang kita terima dan nikmati. 
3. Kekayaan akan bertambah kerana itu janji Allah, Allah akan akan tambah nikmat-Nya kepada sesiapa yang bersyukur.Bersyukurlah sebelum terlambat, sebelum apa yang kita miliki hilang lenyap. 
Sebelum apa yang kita ada meninggalkan kita. Sebelum kita tidak punya apa-apa. Peka terhadap nikmat yang kita kecapi. Merasakan kehadirannya. Mengagungkan pemberi nikmat itu iaitu Allah. Tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih dan Maha Megasihani.Dengan bersyukur nikmat akan bertambah, rezeki akan melimpah, hidup penuh barokah. Kaya dan bahagia dengan bersyukur. 

Sudahkan kita bersyukur hari ini?

Tuesday, November 23, 2010

Dilema Seorang Wanita : Kenapa wajib menutup aurat

Telah diturunkan ayat Allah supaya kita menutup aurat dan berhijab bg perempuan, knp kita masih mengingkarinya lagi.. Adakah bila dh tua baru nk mula menutup kepala??... adakah nk tggu hidayah sampai bru nk berhijab, sedarlah wahai muslimah, tutuplah auratmu sblum terlamabat.. kenapa islam mwajibkn kte mnutup aurat????

 




Semua orang tahu salah satu tuntutan agama ialah menutup aurat dan membuka aurat adalah termasuk dalam 70 dosa2 besar. Namun bercakap soal dosa-pahala, hidayah petunjuk adalah perkara yang sangat kompleks kerana banyak penyebab ‘hidayah tak sampai’ atau ‘seru belum sampai’. Jadi saya tidak akan menyentuh tentang kewajipan menutup aurat, dosa-pahala dan sebagainya. Lagipun menjadi kelaziman bahawa ‘pakai tudung tak semestinya baik’ jadi rasanya adalah lebih baik kita tak menyentuhnya. Maklumlah saya pakai tudung pun bukannya baik.

Masa saya belajar dulu, kami diajar bawa al-Quran kecil ke mana-mana. Supaya kalau terjadi apa-apa, i.e. kemalangan yang menghancurkan tubuh badan kita, misalnya terhempas kapal terbang ke, bila ditemui al-Quran berdekatan, dapatlah diagak kita orang Islam.

Bayangkan kalau kita pakai baju yang tak mencerminkan seorang Islam… katakan sesuatu berlaku. Kita mati lemas ke, bila identiti kita tidak dapat dipastikan, kita pula pakai baju nampak pusat dengan skirt pendek… Bagaimana kita nak dikenali sebagai wanita Islam? Mungkin di Malaysia tak susah, bila hilang keluarga akan buat laporan.. bagaimana kalau terjadi di luar negara yang mana pihak berkuasa tak ada nak layan benda2 nak cari family ni.. ataupun dihanyutkan ke sungai sampai ke kampung orang asli. Bila pakai macam orang asli, diorang pun ingat kita orang asli jugak.

Simple sajakan? Supaya kita mudah dikenali. Lagi2 bila kita pun dah tak hidup lagi untuk terangkan kepada orang siapa kita sebenarnya.Tutup aurat tak semestinya baik, tak tutup aurat tak semestinya tak baik. 

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 59 “Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali supaya mereka tidak diganggu”

Ayat di atas tidak langsung menyebut “anak dan isteri orang Mukmin yang melabuhkan jilbab adalah yang solehah, kusyuk lagi tawaduk”. Menutup aurat adalah kehendak individu, betul. Tujuan menutup aurat mengikut ayat di atas ialah supaya wanita Islam dikenali sebagai wanita Islam dan tidak diganggu. Jadi terpulanglah kalau tak mahu. Tutup aurat ni sama je kedudukannya dengan dosa2 lain seperti mengumpat dan mengata. Apa beza kalau pakai tutup litup tapi lidah duk mengata mengumpat orang kan? Malah itu lebih teruk lagi kerana disamakan Rasulullah SAW sebagai makan daging saudara sendiri. Membuka aurat ni tak ada kaitan dengan sesiapa, totally individu.

Mengikut sejarah, pertama kali sejarah pembukaan aurat adalah oleh nabi Adam dan Siti Hawa, setelah mereka berdua termakan pujukan syaitan. Itulah kejayaan pertama syaitan dan mereka terus memperjuangkan panji2 tersebut hingga sekarang, dan nyata mereka berjaya, nyah. Pasukan syaitan ni ternyata hebat betul dengan agenda yang sama dibawa dari zaman Nabi Adam sampai sekarang, tak pernah pun mereka beralih dari tujuan asal mereka… tak macam kita. Kejap camni kejap camtu. Hari ni cakap macam ni, esok cakap macam tu. Hari ni tak boleh, esok boleh pulak. Ehhh pelik sungguh. Mungkin tak nak ikut perangai setan kot, tu yang asik tukar2 fikiran je hehe.
Jadinya macam inilah kita sekarang.

Lagi tujuan menutup aurat selain dikenali sebagai orang Islam:

1. Membezakan kita dengan binatang. Ayohh, teruk kan perbandingan ni. Tapi binatang mana pakai baju.. ehh ada lah. Anjing2 cute chihuahua tu pakai baju apa. Kucing comel pun ada pakai baju. Kalau kita pakai baju macam tarzan, ada iras2 juga dengan Terk dan Kerchak. Tak percaya cuba tonton filem Tarzan. Kenapa tarzan diterima di kalangan haiwan liar? Sebab dia pun lebih kurang mereka je. 

2. Supaya orang2 berniat tak baik segan nak menakal dengan kita. Antara si jubah tudung labuh dengan si baju ketat, siapa yang paling banyak disiul mamat2 tepian jalan? Maunya mamat tepian jalan nak siul si jubah, silap gaya sebakul tazkirah dapat. Memakai pakaian tutup aurat yang sempurna menyelamatkan seorang gadis dari siulan2 nakal jejaka2 kureng macam tu. Kalau ada tu mungkin yang tegar atau dah kena cabar dengan kawan2 untuk tackle si awek ni macam dalam filem Syurga Cinta tu. Tapi tak taulah kalau ada orang suka kena siul2 macam tu. Kalau saya memang cari nahas la, tunggu la time kau jalan sorang2, siaplah kami pulak yang siul.

3. Sebagai bukti kita hamba-Nya yang lemah. Bayangkan kalau kita dalam tawanan. Kita tak ada daya nak buat apa, orang suruh buat itu, itulah kita buat. Kena pula orang tu yang berpistol berparang bagai kata “Kalau kau nak selamat, hari2 kau kena basuh jamban aku pakai tangan, kalau tak aku selam kau dalam tangki najis”. Dalam keadaan macam tu, kita tak ada daya, hanya ada 2 pilihan, cuci tandas dengan tangan, atau masuk tangki najis. Kita diumpamakan sebagai lemahlah sebab tak boleh nak lawan. Dan Allah juga telah ‘kata’ bahawa kalau nak masuk syurga kena jadi hamba yang Dia sayang. Nak Dia sayang kena lah ikut suruhan dia. Dia suruh kita tutup aurat (salah satu daripada banyak gilosss lagi suruhan-Nya). Jadi kalau kita buat tak tau saja dengan suruhan Dia tu, agak2 nak ke Dia mencucuri rahmat-Nya ke atas kita?
 
Memang betul, banyak lagi kebaikan lain. Bak kata Mustapha Kamal dalam syurga cinta “Buat apa nak semayang, kita selalu menderma, bersedekah, pelihara anak angkat… KONFEM TAK MASUK NERAKA”. 
 
Saya tulis ni bukan nak menyelar sesiapa, atau ‘mengata’ sesiapa yang masih belum menutup auratnya. Kita sendiri pun tak sempurna menutup auratnya. Aurat tu bukan rambut je… Pakai tudung macam Mak Arab tapi baju seluar ketat… tak sempurna juga. Pakai tudung bagai tapi nampak batang leher, pun tak sempurna juga. Pakai tutup semua bagus tapi suara mendayu2 menggoda pun tak sempurna juga.

Sekadar berkongsi saja… setiap orang tak boleh kita nilai dari labuh tudungnya, panjang jubahnya. Respect semua sama rata, kecuali mereka2 yang tersenarai dalam golongan yang tak patut dihormati. Tapi sejahat mana manusia pun, bila dia bertaubat, dia adalah hamba yang paling disayangi Allah.

So, selalu2lah muhasabah diri sendiri dan banyakkan istighfar. Kita disuruh berpesan2 kepada kebenaran dan kesabaran… jangan takut nak tegur orang, kerana:
1. Bila kita tegur orang dengan niat kerana Allah (bukan sebab tunjuk best) kita dapat pahala.
2. Bila orng tu buat apa yang kita nasihatkan, kita dapat lagi pahala.
3. Bila dia pula ajak orang lain buat benda yang kita nasihat pada dia, kita pun dapat pahala juga.

Kurang2 kalau orang tak buat pun kita dah dapat pahala lah. Senang kan? Tapi ingat, pahala banyak2 bukan penentu kita masuk syurga. Yang memasukkan kita ke sana ialah rahmat-Nya…

sumber : http://mysuperkids.net/kenapa-perlu-tutup-aurat/ 

Puisi Cinta : from film Ketika Ketika Bertasbih

Thursday, November 11, 2010

SOLAT SELEPAS HAID:PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..

Kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!! 

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... 
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti  dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu" 

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.. 

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : 

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar. 

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali) 

HURAIAN MASALAH : 
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? 
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas) 
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama? 
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor. 
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : 
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'. 
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) 
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. 
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!! 
by Marlia Pa'muda on Thursday, October 28, 2010 at 12:45pm
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Khabar Haji & Talbiah Haji




Cuya dok rase bosan, jd kne bg masa utk bace artikel2.. asyik dgr radio, melalak sorang2, bce buku exam pun x besss jugak, bnyk stress O_o.. haa, inilh mase yg sesuai melepaskn stress, selain kat komuniti iluvislam (suria_mahsuri88, nnti bolehlah add cuya as friend) dan facebook.. tiba2 cuya rase nk p cari n buat artikel ringkas pasal Hari Raya Aidil Adha yg bakal dirai ni.. cuya menulis pun sekadar nk mengasah otak kasi tajam cikit O_o (mencanai minda), sambil2 mentela'ah tu bolehlah nk berbagi rasa... (^_^).. syok sendiri.

Apa itu Haji??
Ada apa dlm Haji??
Kenapa kita sambut Raya Haji??
Apa itu talbiah haji

Tanah Suci Makkah : Baitullah

"Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata (diantaranya) makam Ibrahim, barang siapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia, mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengedakan perjalanan ke Baitullah, Barang siapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah maha kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam". (Ali-Imran:97)

Ibadah haji merupakan suatu kewajiban bagi umat Islam yang sudah sanggup untuk melaksanakannya, baik itu secara jasmani maupun secara rohani, sanggup disini menunjukkan kepada kesanggupan untuk menyediakan bekal selama diperjalanan sampai pulang ke negerinya kembali. Begitu juga sanggup di sini bererti mempunyai harta untuk keluarga yang dtinggalkannya selama melaksanakan ibadah haji. Seorang fakir yang tidak mempunyai harta untuk menghidupi diri dan kelurganya maka tidaklah wajib baginya melaksanakan ibadah haji. Dan begitu juga ketika seseorang memiliki harta yang cukup untuk perbekalan tetapi tidak ada kenderaan untuk pergi melaksanakan ibadah haji karena tempatnya yang jauh dan tidak mampu ditempuh dengan berjalan kaki maka tidaklah wajib baginya ibadah haji. Begitu juga walaupun ada kendaraan akan tetapi perjalanannya tidak aman atau akan mendapatkan berbagai macam bahaya maka tidaklah juga wajib baginya untuk melaksanakan ibadah haji, kerana semua yang kita sebutkan diatas tersebut diketegorikan kepada tidak sanggup.

Haji merupakan salah satu rukun Islam. Islam sangat menganjurkan kepada pemeluknya untuk melaksanakan ibadah haji tersebut. Rasulullah SAW dalam haditsnya memotivasi kita untuk melaksanakannya:" Barang siapa yang melaksanakan ibadah haji, kemudian tidak berkata kotor dan tidak berbuat kefasikan, akan dibersihkan dosa-dosanya, sebagaimana waktu ia baru dilahirkan oleh ibunya.

Dalam hadith lain Rasulullah berkata: Haji mabrur tidaklah ada balasannya kecuali syurga.
Begitu pentingnya ibadah haji ini, Rasulullah sangat menganjurkan ibadah ini dengan mengumpamakan bagi seorang yang sudah melaksanakan ibadah haji akan suci sebagaimana seorang bayi yang baru dilahirkan ke muka bumi, begitu juga bagi orang yang melaksanakan ibadah haji dan ia memperoleh haji yang mabrur, maka dia akan mendapat balasan surga, sebagaimana yang dijelaskan hadits yang kita bacakan tadi.   

Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 197:" (Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan Haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan  di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa dan bertaqwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal. (QS. 2:197).

Firman Allah ini menegaskan kepada kita bahwa ketika kita sudah berazzam (menetapkan niat ) untuk melaksanakan ibadah haji, hendaklah dia mempersiapkan dirinya dengan sebaik-baiknya. Persiapan itu adalah tidak berkata kotor, berbuat fasik dan berbantah-bantahan ketika melaksanakan ibadah haji. Karena ibadah haji merupukan ibadah yang sangat mulia, Allah mengisyaratkan untuk benar-benar membersihkan dirinya dari sifat-sifat, tingkah laku dan akhlaq yang tercela. Hal ini adalah sarana untuk mendapatkan haji yang mabrur yang sudah di janjikan Allah Swt.  

Pada akhir ayat ini sangat jelas di terangkan bahwa sebaik-baik bekal untuk melaksanakan ibadah haji adalah Taqwa. Persiapan menjelang ibadah haji adalalh dengan meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Melakukan amalan-amalan wajib dan sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Artinya seseorang yang akan melaksanakan ibadah haji sudah tergambar kebersihan dirinya sebelum melaksanakan ibadah haji tersebut. Berbeda dari yang banyak di pahami orang bahwa kebersihan diri didapatkan setelah melaksanakan ibadah haji. Banyak orang beranggapan bahwa setelah haji dia akan lebih taat kepada Allah. Ketahuilah bahwa setiap perbuatan atau ibadah yang kita lakukan, sukses atau tidaknya banyak tergantung kepada persiapan dan perbekalan yang sudah di siapkan. Kerana itu bagi seseorang yang akan melaksanakan ibadah haji hendaklah menilai@ muhasabah diri. Sehingga dengan perbekalan taqwa yang kuat kita bisa meraih haji yang mabrur.

Berapa banyak orang yang melaksanakan ibadah haji, tetapi hanya mendapatkan lelah saja. Berapa banyak orang yang sebelum dan sesudah melaksanakan ibadah haji tidak terlihat pada dirinya pengaruh ibadah haji tersebut. Dan berapa banyak juga kita melihat orang yang melaksanakan ibadah haji hanya untuk mendapatkan gelar di panggil sebagai seorang haji. Dan banyak juga kita melihat banyak orang yang bisa melakukan perubahan-perubahan positif dalam kehidupannya. Hanya Allah yang Maha Tahu siapa di antara hambanya yang akan mendapatkan haji yang mabrur. Hanya Allah yang tahu siapa yang benar-benar bisa meresapi makna ibadah haji


Friday, November 5, 2010

Cinta Tidak Perlu Diungkap


Fana, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta.
Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.
Selepas saya menulis beberapa artikel yang menyentuh serba sedikit tentang isu evergreen iaitu CINTA, membuatkan diri ditempatkan oleh pembaca menjadi salah seorang dari rujukan
Sedangkan nikah pun belum, ayat power dan sakti untuk mencairkan wanita belum lagi digunakan.
Dan sekarang satu demi satu ada yang meminta pandangan.
Saya serba sedikit cuba untuk menjadi pendengar yang setia, bukan untuk memberikan satu jawapan yang tepat dan jitu.


Kerana cinta itu masalah dan bicara jiwa.
Jiwa pula berbeza-beza tempatnya disetiap manusia.
Mana mungkin saya memberikan jawapan melainkan banyak berkongsi cerita bagaimana untuk menguruskan cinta.

Memberikan alat kepada mereka untuk mencari jawapan.
Hadir dalam riang. Hadir dalam duka. Hadir dalam keliru. Hadir dalam blurr.
Itulah warna warni pembaca yang tampil untuk berkongsi cerita dengan saya. Sudah semestinya setiap yang hadir, saya raikan dengan hati yang berbunga-bunga.

Cinta diungkap, hati gelisah.
"Amad, anda percaya tentang mimpi tak?" tanya seorang teman maya.
"Mimpi? Nak kata tak percaya, tidak juga. Nak kata percaya, silaplah. Tapi banyaknya tak percayalah. Kenapa tiba-tiba buka bab mimpi ni?" saya menjawab dan pada masa sama cuba memberi ruang keselesaan kepada beliau untuk berkongsi rasa.
"Macam ini, saya semenjak dua tiga hari ini, asyik bermimpi tentang seorang lelaki ni saja. Saya tak nak, tapi sering termimpi," dia bercerita.
Lelaki mimpi lelaki? Haru! Kawan maya saya ini adalah seorang wanita.
Jadi pantas saja yang masuk dalam mimpinya lelaki.
"Special sangatkah lelaki tu sampai angau begitu sekali?" saya bertanya lagi. Cuba mengumpulkan sebanyak mungkin informasi daripada history taking yang dijalankan.
"Macam ini sebenarnya. Saya ini ada suka seorang lelaki ini. Tapi tahu sahajalah, saya perempuan, bila suka, hanya mampu buat hanya diam saja. Pendam rasa sorang-sorang. Itu ok lagi.
Tetapi satu hari, sebelum lelaki itu mahu ke luar negara belajar untuk beberapa tahun, dia datang jumpa dengan saya..." beliau bercerita.
Orang menaruh hati memendam rasa, datang pula sang jejaka pujaan. Mengantuk disorongkan bantai beb. Indah!
"Apa yang dia cakapkan?" tanya saya lagi. Cuba mengumpul simptom.
"Dia cakap dia sukakan saya. Dia janji selepas habis belajar nanti, dia akan datang cari saya kembali, Insyallah. Dan itulah masalahnya. Selepas itu hati saya tak tenang, asyik teringatkan dia. Sedangkan dia di luar negara, tanpa beri keputusan yang pasti," beliau menyambung.
Penantian satu penyeksaan.
Keluar daripada kes sebentar, ini terutama untuk muslimat.
Jika orang hadir, bertanya soal hati, cubalah menyatakan keputusan itu secepat mungkin dengan berfikir.
Jika YA, katakan dengan cepat.
Jika TIDAK, katakan dengan cepat. Anda mungkin tidak perasaan dan tidak mengerti, ada lelaki yang tidak keruan hidup tanpa keputusan yang tepat dan cepat.


Jangan seksa mereka dengan penantian yang lama.
"Apa pandangan dan nasihat Amad pada saya? Saya tahu itu silap, tapi macam mana nak baiki dan ubah?"sedih bunyinya.
"Pertama, saya nak sekeh kepala mamat yang cakap sayang tu," saya menjawap.
"Hah, suka hati nak sekeh kepala orang," cepat beliau memberi respon.
"Ops, maaf terlupa pula kepala orang saya nak sekeh itu adalah 'cik abang'," saya bergurau.
"Sebenarnya, orang yang membuat kesilapan paling besar adalah lelaki itu. Anda, rasa suka, rasa minat kepada seseorang, itu wajar saja. Tetapi tindakan lelaki itu adalah amat tidak wajar," saya bagi pandangan.
"Salah lelaki tu? Kenapa? saya tidak faham," dia menyoal balas.
"Silap paling besar lelaki itu adalah dia mengucapkan rasa sayang dia itu pada anda!"


Perasaan wanita, lelaki harus hormati.
Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?
Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?
Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.
Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan.
Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan.
Mengantuk disorongkan bantal.
Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana.
Empuk bicaranya, hakikatnya sensara. Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sengsaranya adalah penantian tidak pasti.
Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu.
Anda mahu pergi jauh, pergilah.
Jangan mengusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama tetapi dalam nada yang tempang.
Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka? Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.
Anda mahu pergi dalam masa yang lama, pergilah.
Pulang, jika masih ada sisa sayang dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis.
Dan jika si gadis pada saat itu sudah diijabkabulkan dengan jejaka lain, apa susah, cari saja yang lain!
Reda dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu dosa.


Jadi, bila perlu beritahu yang kita berkenan pada dia?
Apabila sudah berkenan, hadirnya rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas.
Pada saat itu, silakanlah mengungkap rasa kasih dan sayang itu kepada ibu bapa si gadis.
Bertemulah dengan kedua orang tua si gadis. Mintalah izin dengan ibu bapa si gadis.
Cepat-cepatkanlah kepada shake hand dan lafazkan "Aku Terima Nikahnya".

Lawan jangan layan jangan.
"Dah tu, sekarang dia pun terlepas cakap. Saya pulak dah lama terseksa dengan perasaan ini. Macam mana nak buang ni?" tanya beliau.
Buang jangan, manage perlu. Bagaimana? Cara menguruskan angau yang tidak berpijak ini adalah dengan melupakannya.
Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!
Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.
Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.




Ustaz Hasrizal
Tidak lupa juga ingin saya berpesan untuk sekian kalinya, masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah SWT.
Jangan lepas daripada bermunajat kepada-Nya memohon kekuatan. Jika tidak dijawab dalam satu hari, biarlah terus berusaha hatta 100 tahun sekalipun. Doa tetap doa, kerana kita hamba.
Cinta itu harus fikir, fikir itu harus mengunakan akal, akal mampu sihat dengan hanya disirami iman.

Sumber : Manual Bercinta: Cinta Tidak Perlu Diungkap | iluvislam.com + discover the beauty of islam