Thursday, September 21, 2017

CARA MENGIKUT PETUA KURUSKAN BADAN TANPA UBATAN



1. PILIH MAKANAN BEREMPAH
· Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.



2. PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG
· Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang didalam makanan kerana mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, dan mineral.

3. DIARI PEMAKANAN

· Simpan satu diari dan rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda.
· Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat.
· Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

4. UTAMAKAN KESIHATAN
· Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus.
· Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

5. CARA MEMASAK
· Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus.

· PILIHAN PERKAKAS
Ketika memilih piring makanan, ambil lah piring yang rata dan bukan piring cekung.Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk daging.Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.

6. TABIAT BERBELANJA
· Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

7. KURANGKAN GULA
· Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


8. AKTIVITI SAMPINGAN
· Berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja diisi.
· Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. 

No comments: