PETIKAN HADITH
Jika seseorang itu malu kepada Allah, maka segala sesuatu akan malu terhadap dirinya. -Maaruf al Karkhi
Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud: "Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan solat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya."
Dari Malik Al-Asy'ari berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Suatu masa nanti, orang-orang dari umatku akan minum arak yang mereka beri nama lain. Mereka hidup berfoya-foya sambil menyanyi dengan tarian rebana. Kemudian Allah menenggelamkan artis-artis tersebut ke bumi, lalu menjadikan mereka sebagai kera dan babi hutan." Hadith riwayat Ibnu Majjah.
Dari Abu Hurairah ra ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Di antara tanda-tanda telah hampirnya hari kiamat ialah akan timbulnya pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaanya seperti bertelanjang."
Dari Abdullah bin Amr ra berkata: "Sesungguhnya di dalam laut terdapat beberapa syaitan yang dipenjara dan diikat oleh Nabi Sulaiman as, mereka akan keluar dan membacakan Al-Quran kepada manusia." Hadith riwayat Muslim.
Dari Huzaifah ra, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Akan hancur Islam ini seperti kain yang sudah buruk, sehingga tidak diketahui lagi oleh manusia apa itu puasa, apa itu solat, apa itu ibadat haji dan apa itu ibadat zakat. Dan di angkat kitab Allah pada suatu malam, sehingga tidak ada lagi satu ayat pun di atas bumi, dan tinggallah golongan lelaki dan wanita yang telah dewasa dan jahil, berkata: "Kami dapati bapa-bapa kami dahulu mengucapkan ini: Laa ila ha ilallah, maka kami pun mengucapkan kalimat tersebut." Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Dari Ibnu Mas'ud ra, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah hampirnya hari kiamat ialah akan munculnya suatu keadaan yang pada waktu itu seseorang melalui masjid dan tidak melakukan solat di dalamnya dua rakaat (solat sunat)." Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah.
Dari Ibnu Mas'ud ra, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain melainkan yang dikenali sahaja." Hadith riwayat Ahmad.
Dari Abu Hurairah ra, ia berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: " Jangka waktu akan semakin dekat ilmu agama akan dihilangkan, fitnah akan berleluasa, penyakit bakhil akan dicampakkan di dalam hati dan peperangan akan banyak terjadi." Hadith riwayat Muslim.
Dari Thauban ra, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga terdapat beberapa qabilah dari umatku yang bergabung dengan orang-orang musyrik dan sehingga mereka menyembah berhala. Dan sesungguhnya akan terdapat di kalangan umatku ini tiga puluh orang pembohong besar yang masing-masing mengaku sebagai Nabi, sedangkan akulah penutup para nabi, tidak ada nabi sesudahku." Hadith riwayat Abu Daud dan Tarmizi.
Dari Shu'ib bin Jathamah, ia berkata: aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: " Dajjal tidaklah keluar sehingga manusia lupa dari zikirnya dan juga para pemimpin lupa dengan zikirnya di atas mimbar."
No comments:
Post a Comment