Friday, August 11, 2017

10 FAKTOR PENYEBAB JERAWAT

10 FAKTOR PENYEBAB JERAWAT...ATASI JERAWAT DEnGAN SET JERAWAT SHAKLEE

Assalamualikum dan salam sejahtera

Stress kan setiap kali jerawat naik dekat muka. Lagi-lagi time nak datang periodkan. Perasaan tak bila nak dekat period jer jerawat bukan main berluma-lumba naik dekat muka. 
Perasan tak jerawat ni biasa timbul dekat kawasan yang sama jer kan. Kalau nak tahu sebab berlakunya jerawat di kawasan-kawasan tertentu boleh rujuk gambar ini. 

10 SEBAB yang  menyebabkan jerawat

1.Perubahan hormon

Apabila berlaku perubahan hormone seperti akhir baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan,iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku

2.Tekanan (Stress) 

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

  • Tekanan fizikal:
  •  Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
  • Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
  •  Jadual seharian yang sangat ketat
  •  Merokok, pengambilan dadah

    Tekanan emosi:
  • Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
  • Buli
  • Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
  • Kerja /study yang banyak

3.Pemakanan
Pemakanan yang tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

 4.Toksin

Jika kita tak pernah membuang toksin sejak pengambilan pemakanan yang tidak terkawal sehingga umur kita mencecah 30 tahun, bermakna dah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badan kita ni. Jika sistem semula jadi tubuh kita tak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit mudah kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain


5.Faktor Genetik

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Kat Malaysia memang top dengan produk antijerawat dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab. 


6.Allergic atau alahan

Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit. Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit. Bukan tumbuh kat muka je,..kat badan pun ada..jangan tak tahu ye.


7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka


8.Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut. Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.



9.Jangkitan pada kulit & Resdung

 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit kita dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.tapi tula yang jenis tangan tak boleh dok diam harus je garu si jerawat tu kan..sudahnye tinggal parut segala.Inilah yang saya buat dulu sampai kulit dah tak rupa kulit…sekarang dah licin..hehe


10.Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. Iklim negara kita ni hujan panas je kan..iklim yang tak menentu ni pun boleh menjadi sebab timbulnya keadaan kulit berjerawat.


Ada masalah jerawat? Nak cuba Set Shaklee? Boleh terus hubungi saya di talian 017-7774462
017-7774462
017-7774462



Set Shaklee membantu anda menyelesaikan masalah jerawat...

Image result for set jerawat shaklee

MANFAAT ESP SHAKLEE YANG BOLEH BAGI KULIT ANDA CANTIK, CERAH DAN GEBU

24 MANFAAT ESP SHAKLEE YANG BOLEH BAGI KULIT ANDA CANTIK, CERAH DAN GEBU

Assalamualikum dan dalam sejahtera semua...

Ok hari ni Kak sue excited nak kongsi dengan korang semua tentang Kebaikan dan Manfaat minuman kegemaran Kak sue iaitu ESP Shaklee. Ramai tau dah jatuh cinta dengan ESP Shaklee ni termasuklah Kak sue sendiri...satu hari tak minum ESP ni bagai tidak tenteram jiwa ni..hahahaha poyo jer kan Kak sue ni..Tapi itu lah hakikat sebenarnya tau, korang kalau dah rasa ESP ni memang pasti jatuh cinta terutama tang kulit memang rasa glowing, lembab, jerawat pun susah nak tumbuh tau...

Mengapa Ramai Yang Jatuh Cinta Dengan ESP Shaklee?

ESP merupakan suplemen protein lengkap dengan Asid Amino yang tubuh manusia tidak dapat menghasilkannya. ESP diperkaya dengan 5 sumber Vitamin dan 4 sumber Mineral.

Setiap 1 tin ESP(850G) dihasilkan daripada 30 KG kacang soya (Non-Gmo) Kebanyakan kacang soya dipasaran telah diubah genetiknya untuk memenuhi permintaan pasaran yang tinggi. 

Disebabkan ramai yang dah jatuh cinta dengan ESP ni, Hari ni kak sue nak share pengalaman-pengalaman penguna yang mengamalkan ESP Shaklee dari segi Kecantikan Kulit. Antara kesan-kesan positif yang mereka alami ialah : 

  1. Kulit cantik tanpa makeup
  2. jerawat hilang
  3. jerawat cepat kecut
  4. kulit semakin cerah berseri
  5. parut jerawat hilang
  6. kulit lebih anjal dan glowing
  7. kulit tidak berminyak
  8. kulit tidak kering
  9. jeragat hilang
  10. kulit semakin lembab
  11. liang pori mengecil
  12. kulit semakin gebu
  13. kulit tidak kusam
  14. whitehead dan blackhead semakin hilang
  15. kulit semakin cerah
  16. tone kulit semakin sekata
  17. kedut-kedut diwajah hilang
  18. tiada masalah tumit kaki pecah
  19. kulit badan cerah dan licin
  20. stretch mark hilang
  21. Awet muda
  22. kulit lebih tegang    
  23. Elak jerawat pasir
  24. Elak kulit jadi sunburn/terbakar

Apa kata mereka yang telah mencuba ESP  

 Testimoni 1

 Image result for manfaat esp untuk kulit

 Testimoni 2

 Image result for manfaat esp untuk kulit

Testimoni 3

Image result for manfaat esp untuk kulit

Testimoni 4

                       

 

         Testimoni  5



 Testimoni 6

Image result for manfaat esp untuk kulit



 Testimoni 7 

 Image result for manfaat esp untuk kulit


 Testimoni 8 


Image result for manfaat esp untuk kulit


 Testimoni 9
 


 Testimoni 10




 Testimoni 11



Testimoni 12

 


Testimoni 13

 


 Testimoni 14



 Testimoni 15 


Testimoni 16

Image result for manfaat esp untuk kulit



Testimoni 17
Image result for manfaat esp untuk kulit


Dah tengok testimoni-testimoni mereka yang ambil ESP..Ini semua fedback yang betol tau bukan rekaan semata-mata..sharing dari hati mereka yang dah jatuh cinta dengan ESP SHAKLEE...

Sebenarnya masih ramai lagi yang belum kena ESP ni..Ada yang tanya ESP tu apa, sebab tu Kak sue tak jemu-jemu kongsi kebaikan ni biar ramai yang tahu dan rasa kebaikan ESP ni...

Percaya lah kalau korang dah cuba ESP ni, dah tahu kebaikan nya Kak sue berani jamin korang akan setia bersama ESP dan akan konsisten ambil ESP ni...Bagi yang masih ragu-ragu jangan bimbang ye, ESP pasti akan memberi manfaat kepada anda yang mengamalkannya... 


Nak cuba ESP? Boleh hubungi Kak Yong ditalian 017-7774462

017-7774462
017-7774462
017-7774462

Wednesday, August 9, 2017

CARA MAKAN SET TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE

CARA MAKAN SET TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE

Assalammualaikum...

Alhamdullillah bangun pagi2 tadi dapat order customer nak beli Set Tambah Berat Badan Shaklee. Selepas die masukkan duit je, die bagi alamat..rupanya duduk dekat2 je, so katanya nanti die nak datang rumah amik barang.hehehhe. So Ida akan kongsikan cara makan set tambah berat badan Shaklee ni.





Apa sebenarnya yang ada pada mealshake, vitalea dan vit B ni?

MEALSHAKE
Mengandungi 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang oenting. sumber yang kaya dengan kalsium, fober dan protein. mealshake ini berperisa vanila dan sedap jika diminum begitu sahaja bersama air kosong/susu.

VITALEA

Mempunyai 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pebnetukan sel darah merah. Khasiat lainnya, membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid/beguk, memberi badan rasa bertenga dan tidak mudah lesu, menjadikan kulit sentiasa tegang, menelak pitam dan pening.

Vitamin B Complex

Mempunyai 8 jenis vitamin B yang oenting untuk badan. mengawal kadar metabolisme dalam badan, mengekalkan kesihatan kardiiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan, memberi mood happy dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

CARA MAKAN SET TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE

Pagi (Sarapan) 
  • Makan pagi (terserah, nasi goreng or nasi lemak or ape2..janji mesti ada daging/ayam /telur/ikan)
  • Minum susu 1 gelas (bancuh 1 sudu Meal Shakes)
  • Makan B Complex (1 biji) dan Vitalea (1 biji) dengan air kosong.
Brunch (Makan dalam jam 10 pagi iaitu makan antara makan pagi dan makan tengah hari) :
  • Makan roti, Minum susu 1 gelas
Tengah hari /lunch
  • Makan siang yang bergizi seperti biasa seperti -nasi plus lauk ayam/ikan/daging. (Tak perlu makan banyak)
Minum Petang /Tea time
  • Makan roti, Minum susu 1 gelas (bancuh 1 sudu mealshake)
Makan Malam
  • (sebaiknya 3-4 jam sebelum tidur..nasi + lauk.. Tak perlu makan banyak). Makan Vitalea 1 biji.
10 minit sebelum tidur
  • Makan roti sekeping
  • Minum susu 1 gelas
Anda perlu mengambil Vitalea, B Complex dan Meal Shakes mengikut jadual yang telah disediakan. Kebiasaannya pengguna yang mengamalkan produk yang dicadangkan akan naik dalam lingkungan 2kg selapas sebulan.

PERATURAN:

Walaupun nak gemuk, jangan skip exercise sekurang-kurangnya 10 minit sehari..tak perlu exercise berat2, cukup dengan angkat botol air mineral yang 500ml tu je..angkat macam angkat berat tu..naik turun tangan....lepas tu exercise macam skipping ke...or apa2 exercise untuk bina muscle.. jangan makan junk food dan ikut jadual ni selama sebulan

BERAPA BANYAK MEAL SHAKE ANDA PERLUKAN SEHARI?

Bergantung pada jadual di bawah. Jika anda benar2 under-weight, anda perlukan meningkatkan pengambilan meal shake.

1 sudu meal shake = 9g protein
lihat jadual di bawah:

Tambahan info: pengambilan zinc juga sebenanya boleh menaikan nafsu makan


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

WAN SURIA SALHA
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0177774460

Fanpage : 

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Monday, August 7, 2017

ZINC COMPLEX

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Ok entry kali ini kak sue nak kongsi tentang produk Zinc Shaklee.

17 KELEBIHAN ZINC

Zinc ni biasanya dikaitkan dengan kesuburan lelaki & keguguran rambut... tapi Zinc sebenarnya sangat banyak khasiat dan faedahnya utk kesihatan kita.

                                            


Jom kita semak khasiat2 dan kelebihan Zinc.

1. MASALAH JERAWAT: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat. Ia lebih baik dari penggunaan antibiotik.

2. EKZEMA: Ekzema atau ectopic dermatitis antaranya disebabkan oleh kekurangan zink dalam badan. 

3. MENYEIMBANGKAN HORMON : Zinc mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan. 

4. KESIHATAN KULIT : zink berkait rapat dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

5. PENYEMBUHAN LUKA: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

6. GANGGUAN PROSTAT: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

7. MENURUNKAN BERAT BADAN: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

8. KEHAMILAN: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
    
9. KESUBURAN & PEMBIAKAN: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

10. FUNGSI BIOLOGI: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

11. MENGAWAL JANGKITAN : Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

12. ANTIOKSIDAN: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

13. ENZIM: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

14. KELESUAN KRONIK: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil makanan yg kaya dengan zink. 

15. BOTAK: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

16. KEMEROSOTAN TULANG: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang. 

17. RABUN MALAM: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Pengedar shaklee Batu Pahat
Pertanyaan & order
Pm fb : Pengedar shaklee Batu Pahat 017-7774462
Ig : suria_combi
Sms/whtsap : 017-7774462

VITAMIN E



Vitamin E adalah sejenis oksidan kuat yang boleh larut dalam lemak., di mana ia menyokong kesihatan jantung, otot, dan postat di samping meningkatkan paru-paru, kolon dan sistem imun badan.

Vita-E Complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang  melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap Kapsul Gel Lembut memberikan :
  • 400IU Vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
  • membantu memelihara kesihatan tubuh dengan baik.

Adakah Anda Tahu........

  • 400IU Vitamin E bersamaan dengan : 1kg gandum bersih/ 8kg bayam/ 500gm badam.
  • Vita-E Complex di perbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E. Ia diekstrak daripada d-alpha tocopheril yang aktif dan digabung dengan 8 jenis vitamin E yang lain.
  • Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap vitamin E, memelihara sel-sel badan, sel darah merah dan tisu-tisu otot.
  • Ia juga adalah antioksidan semulajadi yang boleh menyingkirkan raksa/merkuri, kadmium dan melindungi retina mata.


Manfaat Utama Vitamin E
  1. Memperbaiki sesetengah keadaan kulit.
  2. Membantu menangani masalah penyakit Parkinson.
  3. membantu lelaki yang menghadapi masalah kemandulan, memekatkan air mani dan kesuburan.
  4. Mencegah penyakit jantung.
  5. Mencagah penyakit Alzheimer pada usia muda.
  6. Melindungi pesakit diabetis
  7. Agen perlindungan kepada agen payudara.
  8. Mengurangkan senggugut semasa haid dan anti penuaan.
  9. Meningkatkan sistem imun warga emas.
  10. Berkesan dalam merawat non-alkohol steatohepatitis, penyakit berkaitan obesiti dan penyakit hati yang kronik.


Fakta Nutrisi Setiap Hidangan




Bilangan size Setiap Botol : 120 biji  dalam 1 botol

Jadual Makan : 
Untuk memelihara kesihatan , 1 biji  selepas makan, setiap hari.

(credit to MamaIman @ IbuCergas for sharing)

Pengedar shaklee Batu Pahat
Pertanyaan & order
Pm fb : Pengedar shaklee Batu Pahat 017-7774462
Ig : suria_combi
Sms/whtsap : 017-7774462

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS


Sumber Vitamin C Semulajadi
Tubuh kita sering kehilangan Vitamin C dalam melaksanakan tugas harian. Vita-C Plus dengan pelepasan berperingkat dapat membantu untuk menyalurkan vitamin C secara berterusan. Vita-C Plus 500gm yang semulajadi ini mampu melengkap khasiat vitamin C yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Vitamin C adalah antioksidan yang kuat. Sustained Release Vita-C ini bermanfaat untuk :
  • Tinggi potensi vitamin C
  • Setiap tablet Sustained Release Vita-C Plus ini mengandungi 7.5 hidangan buah oren termasuk kulitnya (500gm)
  • Ujian klinikal telah membuktikan bahawa, vitamin C dalam setiap 2 tablet Sustained release vita-C Plus (yang diambil selang 5jam), mampu bertahan dalam plasma darah kita selama 24jam.
  • Satu formula yang membantu mengekalkan pertahanan antioksidan semulajadi, integriti sel dan kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan saluran darah.

Adakah Anda Tahu.........
  1. 1 batang roko mampu melupuskan 50-100mg vitamin C yang di ambil dalam tubuh si perokok.
  2. Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C dalam tubuh.
  3. Pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C dengan banyak.
  4. Terlebih dos vitamin C akan menyebabkan cirit-birit.


Fakta Lain Berkaitan Vitamin C
  1. Haiwan seperti arnab mampu menghasilkan vitamin C mereka sendiri kira-kira 18mg, manakal manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Ia hanya boleh diperolehi dari pemakanan.
  2. Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air. Maka ia akan hilang secara berterusan dari tubuh.
  3. Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60mg vitamin C kepada tubuh.
  4. Kandungan vitamin C paling banyak apabila buah masak ranum, tetapi vitamin C akan hilang apabila terdedah kepada kepanasan.

Fakta Nutrisi Setiap Hidangan





Bilangan size Setiap Botol : 180 biji  dalam 1 botol

Jadual Makan : 
Untuk memelihara kesihatan , 1-2biji  selepas makan, setiap hari.
(credit to MamaIman @ IbuCergas for sharing)

Pengedar shaklee Batu Pahat
Pertanyaan & order
Pm fb : Pengedar shaklee Batu Pahat 017-7774462
Ig : suria_combi
Sms/whtsap : 017-7774462

VITAMIN B WITH FOLIC ACID


Pengedar shaklee Batu Pahat
Pertanyaan & order
Pm fb : Pengedar shaklee Batu Pahat 017-7774462
Ig : suria_combi
Sms/whtsap : 017-7774462