Monday, April 11, 2011

Saya yg baru belajar bersugi menggunakan kayu sugi... hehehe (",)

Pengenalan Bersugi

Mukaddimah: Pernahkah anda jumpa satu alat yang menggabungkan berus gigi, ubat gigi, pencungkil gigi, penghapus bau mulut, pengurut gusi dan juga pembersih lidah, semua dalam satu? Itulah pakej bonus yang terdapat pada BERUS SUGI...
Ketinggalan Zaman?
Ada yang kata,’zaman sekarang canggih, dah ada berus gigi. Kalau nabi hidup zaman kita, dia pun guna kolget’. Hehe.. Lucu tapi karut. Boleh ke kolget menaikkan darjat solat 70 kali ganda? Tahukah saudara, di zaman baginda,ada macam-macam alat pembersih mulut, tapi bersugi tetap pilihan baginda kerana ianya dipromosikan oleh bukan calang-calang, Malaikat Jibril a.s. Secanggih-canggih berus gigi plastik, ada ke yang boleh diguna tanpa ubat gigi? Berus sugi boleh. Jadi, mana yang lebih canggih? Sebenarnya, berus sugi mendahului zaman.

Sugi
Berus sugi (miswak) diambil daripada akar pokok “Araak” (Salvadora Persica). Ianya terkenal sejak sekian lama sebagai satu-satunya alat penjagaan gigi dan mulut yang organik, mudah dan terbukti berkesan. Pengunaannya telah direkodkan seawal 7000SM di dalam kaedah perubatan Babylon dan ayurvedic India, dan tamadun-tamadun agung seperti Greek, Rom, Mesir Lama, Yahudi dan Islam. Berus sugi juga dikenali sebagai ‘amalan para nabi-nabi’. Nabi Muhammad s.a.w amat menggalakkan umat Islam bersugi sebagai satu amalan kebersihan diri dan kesempurnaan ibadat.Hari ini, berus sugi masih digunakan oleh berjuta-juta manusia seluruh dunia.

Apakah itu bersugi ? Bersugi bermaksud membersihkan gigi dengan menggunakan benda² yang kesat lagi suci seperti kayu sugi ( contoh : kayu pohon arak dari tanah Hijaz ) dan sebagainya.

Kepentingan bersugi dalam Islam ? Daripada Ibn Umar r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Jadikanbersugi itu satu amalan, kerana ianya(bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta" ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Hukum bersugi? Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : " Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat" (hadis riwayat Al-Bukhari). 

Melalui hadis di atas, para ulama telah menghukumkan bersugi sebagai sunat mua'kad. Ini kerana walaupun wujudnya perkataan 'amartahum' ( bermaksud 'menyuruh' ) yang mempunyai perintah wajib, namun perkataan tersebut telah didahului oleh perkataan 'laula' ( bermaksud jika tidak ) yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. memberikan kelonggaran kepada umatnya, maka menjadikan hukum bersugi ini sebagai sunat muakkad.
Semakin berkembang ilmu sains, maka semakin banyak lagi rahsia-rahsia, misteri dan amalan tradisional suatu ketika dahulu terbongkar. Penemuan rahsia gelombang elektromagnetik pada kayu sugi adalah sesuatu yang sungguh menakjubkan para saintis.

Panel Pembumi

Dalam tubuh badan manusia terdapat pengaliran caj yang berperanan memastikan sel-sel tubuh terus bertenaga dan menjalankan fungsi seperti normal. Secara umumnya kaum lelaki dewasa mempunyai caj elektron dominan. Manakala kaum wanita dan kanak-kanak mempunyai caj proton dominan. Antara kedua-dua jenis caj ini, elektron yang penting kerana ia mempertenagakan sel.

Elektron ini sentiasa digunakan dan akibatnya akan hadir caj proton. Caj proton yang berlebihan ini perlu dialirkan keluar supaya elektron dapat diperbaharui.

Pengaliran proton keluar perlu melalui panel khas yang digelar "panel pembumi". Pada tubuh terdapat dua bahan organik yang berfungsi sebagai panel peneutral kehadiran proton berlebihan pada tubuh iaitu rambut (bulu roma), gigi, kuku dan kulit mati (atau mana-mana organik binaan mineral yang menganjur keluar dari tubuh).

Pencemaran Panel

Sebagai Panel Pembumi, ia sentiasa akan menampung kehadiran caj proton. Oleh itu ia sangat berpotensi untuk tercemar. Pada peringkat pencemaran yang rendah, ia boleh dibersihkan melalui cara dibasuh menggunaan air mutlak dengan kerap.

Kawasan yang perlu dibersihkan ialah wajah (bulu roma terdapat banyak di wajah), kepala, anggota tangan dan kaki.

Panel Pembumi ini tidak dapat dibersihkan dengan air sekiranya kandungan sel mati terlalu tinggi (atau panjang). Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil

1. Kuku panjang perlu dibuang. Menyimpan kuku panjang akan menyebabkan caj protein lebih kerap mencemarinya.
2. Rambut yang panjang perlu dilindungi daripada terdedah kepada atmosfera luar rumah supaya tidak mudah tercemar dengan caj proton berlebihan. Memakai tudung akabila keluar rumah bukan sekadar menutup aurat terhadap orang bukan muhrim tetapi mempunyai alasan yang sungguh saintifik.
3. Mandi perlu kerap setiap hari supaya sel kulit mati dapat disingkirkan. Hubungan intim antara suami isteri akan meneutralkan caj elektron dan menjadikan potensi untuk dicemari caj proton lebih tinggi. Oleh itu, mandi junub selain untuk tujuan bersuci dari hadas, ia juga mempunyai alasan yang sungguh saintifik.

Gigi tidak memanjang atau menghasilkan sel mati, sebaliknya ia menghasilkan mineral kalsium semulajadi tubuh. Oleh itu, pencemaran yang berlaku di gigi akan menyebabkan gigi memendam caj proton.

Kesan pencemaran proton pada gigi
Gigi yang tercemar menjadikan ia mudah menarik logam berat dan bahan berasid untuk melekat kepadanya. Bahan ini akan melekat pada dinding gigi dan membentuk plak (plaque). Plak boleh menebal dan menjadi keras. Plak ini tidak boleh boleh dibersihkan secara fizikal seperti mencongkel, menggosok gigi dengan berus gigi bersama ubat gigi dan sebagainya.

Mudarat Burus Gigi Linen

Terdapat pelbagai jenis berus atau pembersih gigi di pasaran. Begitu juga dengan ubat gigi. Mereka membuat pelbagai teknik dan dakwaan. Antara teknik yang digunakan ialah seperti mesen getaran, mesen yang memutarkan berus, pengurut gusi daripada getah, pembersih lidah dan sebagainya. Berdasarkan kajian saintifik, memberus dengan pelbagai cara menggunakan berus linen atau plastik walaupun berus tersebut dibuat dengan rekabentuk yang canggih, sebenarnya tidak akan membantu membersihkan menanggalkan plak dengan berkesan.
Malah berus itu sendiri sebenarnya penuh dengan bakteria dan boleh memudaratkan gigi.
Berus yang diperbuat daripada linan atau plastik amat mudah memerangkap bakteria. Itu lah sebabnya persatuan doktor-doktor gigi menyarankan agar berus gigi ditukar setiap DUA bulan sekali! Mungkin anda lihat berus gigi tersebut masih baru dan belum rosak atau berusnya masih keras, etapi ia sudah boleh memudaratkan kesihatan gigi.
Lipas amat menyukai berus gigi. Mereka suka "membersihkan" berus gigi anda setiap malam.
Sekiranya anda boleh menukar berus gigi setiap bulan atau merawat berus gigi setiap kali digunakan, maka berus itu selamat digunakan.

Aliran Elektrostatik

Satu satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan mengalirkan perturakan caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui cara gosokan.

Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.
Liang kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan elektron apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh bertenaga sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya.

Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan melalui gosokan atau tekanan.

Kesan Gigi Mendapat Elektron

Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus.

Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.

Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menggalkan plak dengan sendiri, insya Allah.

Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.

Teknik Menggosok (Bersiwak)

Bersiwak atau menggosok dengan kayu sugi bukan sekadar membersih secara elektromangetik dan fizikal semata-mata, malah ia mencapai ke tahap spiritual dan merangsang kekuatan saraf gigi dan melibatkan koordinasi otak.

Teknik sebenar ialah tidak perlu gigit atau ketuk kayu tersebut untuk menjadikan ia berbulu. Ia boleh digosok terus sehingga berbulu. Apabila hujung kayu sugi berbulu, ia perlu dibuang semula kerana bulu yang terhasil itu didapati kekurangan elektron berbanding dengan kayu yang masih padat.

Kesimpulan Manfaat Bersugi

1. Memutihkan gigi (menanggalkan plak dan kaviti).
2. Mengoptimumkan keupayaan saraf gigi mengesan getaran nutrient makanan. Setiap batang gigi akan mengesan nutrient tertentu. Sekiranya gigi tersebut bersih, maka nutrient akan dikesan dengan baik untuk membantu melancarkan proses penghadaman.
3. Mengawal biotik (menghilangkan bau dan menghalang jangkitan bakteria).
4. Mengoptimumkan penghasilan kalsium semulajadi tubuh. Sebahagian besar kalsium yang diserap oleh orang dewasa dihasilkan oleh gigi. Tubuh berkeupayaan menghasilkan kesemua nutrient kecuali asid folik dan 
mineral. Gigi yang bersih dan bersugi akan menguatkan tulang.

No comments: