Wednesday, November 3, 2010

Melampau-lampau Dalam Berduka (Tazkirah )

Assalamualaikum semua, macam biasa klu cuya menulis di cni maksudnye cuya skrang sedang melepaskan stress lah ni,  topik di atas saje dikupas selepas cuya dgr tazkirah dari corong radio HotFM oleh Ustaz Izzi Hj Ali.. teringin pulak nk berkongsi dan sebarkan... InsyaAllah semua dapat manfaat..


Sebagai org muslim, kita perlulah percaya dgn Qada' dan Qadar Allah. Walaupun kita mdapat ujian bhw Allah telah menjemput org yg kita syg untuk selama-lamanya, kita hendaklah redha dgn takdirnya. Janganlah kita melampau-lampau dalam berduka. Sebaik-baiknya banyak2kn menyebut Innalillahi wainna ilaihiraji'un.. Sesunnguhnya dari Allah kita datang, dan kepadaNya lah tempat kembali kerana Allah ade berfirman  "QULLUNAFSIN ZAA IQATUL MAUT" maksudnya “SETIAP INSAN PASTI AKN MERASAI MATI”. Semoga tabah menghadapi hari2 yg mendatang.
Kali pertama cuya rase kehilangan org yg cuya paling syg ialah ketika umur 7 tahun, arwah abg ipin (10  tahun) meninggal dunia semasa  menyambut Hari Raya Aidil Adha di Kampung Mersing kerana lemas di laut sbb dibawa ombak.  Masa  tu semua orang tgh sibuk beraye kt umah sedara-mara, tapi abg dan sepupu2 yg lan kempunan dan “jakun” nak mandi laut, smpai abh pun xtau. Pagi tu cuya sempat jugak jumpa abg angah  kejap, lepas tu tgh hari abg dah xde, semua keluarga abah sedih. Mane tak nye, Tengah ceria2 beraya, tiba abg sepupu dtg dgn menjerittt “Paklong!!, Maklong !! ipin lemas.. cepat2!! Ipin dah hilang!!”. Time tu darah semua org menyirap, terperanjat ! mak terus lari ke laut. Mak ckp “Ya Allah, anak aku… (mak ulang2 ayat yg sama..)” . Dialog ni aku ingat smpai sekarang.  Abah boleh agak suatu buruk akn berlaku, sbb abh dh dpt tnda2 pemergian arwah (mimpi2 sblum dia pergi), mak pun dh dapat mimpi2 pelik jugak. Dalam hati abah kata “Kalau KAU nk ambil anak aku, AMBILLAH, Aku dah redha, tapi tolong temukan dia dgn kami segera..”.. Lepas 1 jam lebih pakcik2 cuya menyelam, abg tiba2 terapung..  Cuya dgn kak tika peluk mak dan kami menangis teresak-esak sambil  habis air mata.. yang tinggal hingus budak2.. time tu aku dah faham ape yg blaku. Dalam hati cuya “Ya Allah, Aku Akan Kehilangan Abang Ipin Untuk Selama-Lamanya”.  Itulah  “TRAGEDI MEI 1995” yg berlaku dlm keluarga kami. Aku masih lagi teringan wajah sayu dan sedih mak tak sanggup kehilangan ANAK.  Lepas tu, satu hari Guru Besar sekolah kebangsaan datang rumah, dia pesan kt mak dan saya adik beradik “Jangan risau,  dia sedang berada di pintu syurga sekarang, tunggu kedatangan ayah dan ibunya”. Cikgu tu nk ckp kt kami yg kalau seorang anak mati sebelum sampai umur baligh, dia akan tggu ibu bpnya di dpn pintu syurga (sweet je ayat ni).  Antara 3 org abg2 sulong, kenapelah dia yg Allah ambil dulu..  Semoga Arwah Abg Ipin Tenang di Alam sana , dtempatkn bersama org beriman dan Insya Allah kita akan berjumpa lagi suatu hari nanti (^__^).. (~Cuya Sayang abg Ipin a.k.a Wan Zainal Arifin~~) Alfatihah buat kamu.

Hidup kita di dunia ini sgtlah pendek, jadi manfaatkanlah waktu yg ada semaksima mungkin dan sibukknlah diri untuk berbuat kebaikan dan kebajikan. Semoga kita mencapi ape yg kita hajati (Syurga).. Dengarkanlah lagu ini, melodinya sgt indah dan liriknya juga terselit seribu makna. Nyanyikanlah dgn sungguh2, dan seseungguhnya kita harus percaya Allah itu MAHA MENDENGAR.


Tajuk lagu : Syurgamu
Penyanyi : UNGU

Segala Yg Ada Dalam Hidupku
Kusedari Semua Milikmu
Kuhanya Hambamu Yg Berlumur Dosa
Tunjukkan Aku Jalan Lurusmmu
Untuk Menggapai SYURGAMU
Terangiku Dalam Setiap Langkah Hidupku
Kerana Kutahu Hanya KAU Tuhanku..

Allahu Akbar Allah Maha Besar

Kumemujamu Disetiap Waktu
Hanyalah Padamu Tempat Kuberteduh
Kumohon Redha Dan Ampunanmu

Tunjukkan Aku Jalan Lurusmu
Untuk Menggapai SYURGAMU
Terangiku Dalam Setiap Langkah Hidupku
Kerana Kutahu Hanya Kau Tuhanku..

Allahu Akbar Allah Maha Besar

Kumemujamu Disetiap Waktu
Hanyalah Padamu Tempat Kuberteduh
Kumohon Redha Dan Ampunanmu….



No comments: