Wednesday, May 9, 2012

Cukuplah Cintai Dia Dalam Diam... Hmm

Cukuplah cinta dalam diam, dari cinta yang penuh berkata-kata tapi tiada makna... Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, 
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, kerana  Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasanKerana tiada yang tahu rencana Tuhan mungkin saja rasa ini 
ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

R.I.N.D.U...


"Aku merindukan dia sebenarnya, tapi apakan daya.. masa tak boleh berpatah balik. Mungkinkah dia akan kembali semula dlm hidupku, atau jodoh itu bersama insan lain. Benar kami same2 baru belajar erti cinta dan menjaga hati spy tidak melebihi cintaNYA. cinta Utama dan aku sedar cinta sebelum nikah perlukan jarak... dan cinta selepas nikah itu lebih indah. TIADA CINTA SEBELUM NIKAH.... Itu juga prinsipku...  "

P/s : "Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga." (Umar Bin Khattab ra)

Monday, May 7, 2012

"Awak, Saya Tak Nak Bercinta Lagi..."

Kita Becinta selepas Nikah je la...
Mencintai dan dicintai. Fitrahnya, suatu kemestian buat seorang insan. Hadirnya perasaan ini mungkin di kala ketidakmatangan dalam menilai cinta yang sejati. Namun, saat hati sudah pulang kepada Tuhan, cinta itu kembali bertandang dan berbunga semula. Ia mengundang 1001 kecelaruan.

Kenangan manis mahu pun sejarah hitam begitu asyik berputar menenggelamkan prinsip "bercinta selepas nikah". Bukan mudah diusir. Bukan mudah melupakan. Hanya Allah yang Maha Tahu betapa sengsara dan laranya hati menanggung seksa keseorangan. 

Buat mereka yang pernah bercinta dan mahu berubah, kembali kepada yang lebih berhak, TAHNIAH!
Buat mereka yang sedang derita dan bermuhajadah dalam kecelaruan cintanya, TAHNIAH!
Buat mereka yang tidak putus asa berusaha untuk mencari cinta Tuhan semula, TAHNIAH!
Buat mereka yang terseksa dengan amukan nafsu cinta remaja dan kini sedang mengubatinya, TAHNIAH!

TAHNIAH dan pujilah diri!
Itu adalah satu kebanggaan! Satu kehormatan yang tertinggi daripada mereka yang tidak pernah bercinta. Untungnya mereka ini, pernah merasa syoknya bercinta dan deritanya bercinta. Mujahadah yang paling besar buat seorang hamba adalah melawan nafsunya sendiri!


PUJUKLAH DIRI, LEPASKAN DIA PERGI...

Hasil didikan (tarbiyyah) cinta dusta mengajar kita untuk tidak berpaling ke lembah hina itu lagi. "Putus cinta dan mahu bercinta kembali" perlu dibuang jauh-jauh. Nyahkan dari otak! Hapuskan dari hati!
Allah mahu ajar kita, mahu didik kita, mahu tarbiyyah diri kita, betapa cinta sebelum nikah adalah hina. Mudahnya diri terperangkap dalam noda dan dosa. Asmara itu tidak bernafsu ketika akad. Kerana kesuciannya telah dibunuh hidup-hidup oleh kata-kata manis sang jejaka.
 Pujuklah diri, renungkan dalam-dalam dan ajarlah hati untuk menjiwai setiap bait kata-kata Allah ini. 
Firman Allah SWT : "Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang MENJAUHKAN DIRI dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang MEMELIHARA KEMALUANNYA kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi sesiapa yang DICARI BALIK itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang MELAMPUI BATAS. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi (SYURGA) FIRDAUS. Mereka KEKAL didalamnya."                                    (Surah al-Mukminun ayat 1-11)

p/s :Bukankah itu lebih indah?

Kan Best Kalau Kita Boleh Scan Hati Seseorang..

JODOH  itu Rahsia Allah...
☻♥☻
/█\/
█\
...SEKUAT mana saya SETIA...
... SEHEBAT mana saya MERANCANG...
...SEJAUH mana saya MENUNGGU...
...SEKERAS mana saya BERSABAR...
...SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK...

Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama.. Kita Tetap Tidak Akan Bersama.. Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang.. Tapi, kalau DIA Menjodohkan Kita Bersama, walau jauh mana sekalipun kita pergi,  Kita Tetap Akan Bersama.. Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t... Maha Perancang Segalanya.

Surat Untuk Calon Ibu Mertuaku...



Duhai calon ibu mertuaku,
Perkenalkanlah saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa
dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja
Saya bukanlah Khadijah ra,
Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita islam…dan teramat Mulia

Saya bukanlah Aisyah ra, Seorang yang baik dalam ketakwaannya
Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat terkenal dalam Ketabahannya
Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya
Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya

Tetapi, seperti yang saya katakan, saya hanya wanita biasa,
Dengan ketakwaan yang biasa
Ketabahan yang tak seberapa,
Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan

Namun ibu,
Saya adalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah
Yang akan berusaha mengabdi pada calon Suamiku
dan juga padamu….. Calon Ibu mertuaku
Saya bukanlah musuh mu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu 
Tetapi saya akan menjadi rakan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu 
Dan kelak pada mujahid – mujahidaku, calon cucu mu duhai ibu, 

Engkau tak perlu khuatir ibu,
Saya tak akan memonopoli perhatian anak mu
Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu

Kerana akan saya katakan padanya bahawa
engkau lah yang utama patut mendapat perhatiannya barulah saya
Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku
Kerana sebagai wanita yang baru menikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman
Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu 

Duhai, Calon ibu mertuaku
Saya harap kita dapat menjadi rakan yang baik,
Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahsia antara aku dan anakmu
Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami,
Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan
Menjadi pendengar yang setia saat saya ingin mengadu
Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan

share from : Pakar Cinta

Saturday, April 7, 2012

♥ JUST 4 TODAY… ♥

Everyday when you start your work, try to say this every morning:
Juz 4 Today…. I will not worried
Juz 4 Today…. I will not be angry
Juz 4 Today…. I will be an honest person
Juz 4 Today…. I will be kind to every living thing and
Juz 4 Today…. I will be my BEST!! ^__^
Juz 4 Today………

If you want to succeed in your life, your future employment, make sure you have a +ve and winning attitude.. --En Ahmad Zulkarnain Abdullah @ SMM06B GEMS Mersing

Be like a PENCIL..

5 things that pencil need to remember b4 they sent out:
1) You would able to do many great things but only if you allowed yourself to be held in someone hand. A pencil needs a person to hold them. All of us have potential, believe in Allah & yourself. You were created as a unique and great2 thing, share everything that you have and expose yourself to others.

2) You will experience a painful sharpening from time to time, but it is required if you want to become a better pencil. In GEMS, you have given the opportunities to do mistakes in order to make us become a better and stronger person.

3) You have the ability to correct every mistake you might make. Don’t repeat the same mistakes we did in GEMS.

4) The most important part of you will always be what inside a pencil. No matter what condition, you must continue to write. You must always leave a clear, legible mark no matter how difficult the situation. You just need to make sure that you can find yourself inside yourself.

5) A pencil has a responsible to write on any surface and leave mark. A pencil fully understanding what the maker’s purpose. Everyone is like a pencil, created by the maker for a special purpose in here and hereafter with the relationship with god, Allah SWT.

NOW, replace yourself with a pencil. In this way you will understand the person you want to be.
-- En @Ahmad Zulkarnain Abdullah GEMS SMM06B, Mersing

Monday, September 19, 2011

Buat Awak yang Cumilll...


Buat awak yakni...gadis-gadis solehah di seluruh dunia ni tau.... Hmm...nak panggil gadis-gadis solehah ini dgn pggilan “awak” boleNak bersembang sikit dengan awak...... ada pesanan dari “seseorang” …Hmm “Seseorang” la..... dia kata...dia tengah tunggu awak...siapa tu yea awak? … tunggu ape yea? …hmmm... tunggu la....hehe...Prolog tentang awak.......”pernah tak awak berbisik?”

awak tahu tak... yang awak adalah yang terbaik? yang terindah...? Pernah tak awak berbisik kat diriawak… yakini dan selalu bisikkan : “ ya! saya Gadis SOLEHAH yang Comel =) !” ???
hmm...tapi tak ke orang kate perasan "comel' kalau mcm tu???
hehe.. bukanla awak kene cakap macam tu kat ramai-ramai atau “cakap kuat-kuat” kat wall - wall facebook.. ! tapi itu untuk diri awak sendiri la.. untuk awak sematkan dalam hati je ...sebagai satuMotivasi buat awak...!

hehe...Yup! betul ni....sebab... semua daripada awak memang yang tercomel....! jadi...awak kenalahjaga kecomelan tu.... sebab kecomelan ni...boleh hilang tau... hmm...betul ni.... boleh hilang.... ia hilang....
Bila nilai “Solehah” itu dah tak ada pada awak...hehe...it is simple kan.. So...awak mestila kena sentiasa ada semangat untuk ISTIQAMAH jadi

INSAN yang SOLEHAH..... Sebab Insan Solehah tu BEST sangat-sangat..... yup! Betul ni, BEST....!sebab ape yea? hmm...takpe jom terus membaca molek-molek pesanan “Seseorang” tu....

Awak & fitrah awak....Fitrahnya awk pasti sama macam kawan-kawan awak yang lain. Gadis yang sedang meningkat dewasa.... suka tgk cerita korea.. Suka akan coklat.... Suka dengan baby...suka bermain dengan kucing... eh..”kitty...kitty la!”~ kata awak :) ...oh ya ka.... hmm :) awak kan lebih pandai dalam mencipta panggilan manja terhadap segala yang awak suka dan “cute” kan.... lepas tu minat baju-baju
cantik … beg tangan... minat jubah-jubah... dan...


tapi, bukan yang membazir dan mengada-ngada fasionnya tau!.. hehe...~smpat awk mencelah... hmm... minat juga pada tudung syiria.....eh....pendekla tudungnya...tp ada jgk yg tak pendek kan...yang mana yang tidak sampai tutup di paras yang sepatutnya, awak pun mesti akan cari yang lebihlabuh... kan...kan...kan...! hehe... takpe... bile awak teringin nak pakai apa yang awak suka, awk punpakaila suka-suka sahaja kat dalam bilik kalau ianya tak boleh dipakai kat luar.....kan.....smbil tgkcermin.....”waah, comelnya !” ~awak berbisik sorang-sorang, sambil tersenyum :) .... aha...! suka jugapada kecomelan diri sendiri apabila menonton diri kat cermin dan …..bila bersiap-siap sebelum kekelas msti bagi diri awak “terasa” comel terlebih dahulu... hehe....ya ka?

Hmm tapi.... awak hakikatnya hanya selesa dengan penampilan yang tidak sesekali mengganggumanusia yang ada 'penyakit' di hatinya kan!... dan awak tak suka juga mengganggu mata-mata insanyang akhirnya hanya membawa fitnah....kan..kan..kan... wah... Itulah kecomelan sejati~ berbisiksorang-sorang lagi... hihi.. suka sangat-sangat dengan kecomelan ya...!hehe...itu kan fitrah.....Ketika kawan-kawan awak tengok cerita korea...(terkadang) awak pun tumpang sekaki jugak kan. Tapiawak bukannya 'kaki' la.. yakni kaki cerita yang melekat sepanjang masa...sebab awak kan ada banyakkomitmen dan pengisian aktiviti yg lebih berfaedah.. kan?! ...

Kan Awak suka akan keaktifan...danpemanfaatan masa... gerakkan matlamat membina ummah & keunggulan semangat kerjasamasecomel wonderpet!!! (antara cerita kartun yang awak minat jugak tu – hihi.. awak selalu cakap...bakkate wondrpet : “apa yg penting...Kejesame” ).. cumanya kalau dlm bab cerita korea ni.... awktersentuh la jugak kan dgn Hero cerita korea tu....mungkin awak pernah berbisik... yang mereka inihensem & cool...kan...kan.....kan....hehe...itu kan fitrah....

Dalam cerita korea awak suka juga cara kisah dan warna-warni kehidupan yang dipersembahkan...apatah lagi kalau temanya tentang “CINTA”... tersenyum awak sorang-sorang menonton babak cintayang mengganggui jiwa awak.. kan...kan...kan... macam-macam pula yang awak fikirkan... macam bestje kalau jadi macam tu.....kan...kan...kan....?hehe itukan fitrah...Dengar pula lagu-lagunya yang membuat hati awk terpesona masa babak best dan terikut-ikut dgnmood Kekecewaan kalau melodinya beritma 'frust'.. huhu....betol la kata awak...lagu-lagu korea nimacam “Hidup”! Macam boleh berjalan-jalan dalam kapilari darah awak je...kan...kan...kan...hehe'feeling' la tu....



hehe itukan fitrah....

Tapi …. awak dalam minat-minat kat cerita korea tu... awak mesti akan berhenti atau tutup cerita tu setiap kali masuknya waktu solat kan... eh...pause saja la... sebab lepas ni nak sambung balik yea? ..hehe.. tapi awak sambung lepas beberapa ketika la... Lepas awak selesai solat, baca al-Quran & selesaikan komitmen-komitmen lain... lepas tu pula awk sekadar berkongsi pandangan suka-suka dan keminatan terhadap HERO2 crita Korea tu itu sesama kawan-kawan je kan... sambil bergurau-gurau.. gosip-gosip... hihi... sekadar mewarnai masa dlm persahabatan... Tapi awak sesekali tidak berlebih-lebihan, tak la sampai post & share sesuatu mcm HERO yang awak puja lagi mengujakan di wall-wall Facebook... seumpama membuat pengumuman yang “hebat” kat tempat awam... membuat persembahan “nilaian diri” utk tatapan semua...huhu..

tiba-tiba kawan awak kata itu suatu yang tak salah la sangat pun.. tak mengganggu ketenteraman awam pun.. hehe...tapi... awak bukan jenis mcm tu kan....awak pun nasihatla kawan-kawan awak tu ya.... jadilah mcm awk yg suka post-post peringatan dari ayat-ayat al-Quran & hadith, gambar-gambar petanda kebesaran Allah, perkongsian ilmu, perkembangan dunia islam dan.....

tiba2 kawan awk mencelah lagi.... “dia pun ada jgk tazkirah-tazkirah tau!” ...hehehe...menyampuk aje lah... kalau mcm tu meh ajak kawan awak sekali jadi gadis solehah yang Comel...meh la...best tau... haha.. itu pasal Facebook yang kita kadang-kadang tersilap guna... terlebih, terlalai dan terlupa yang kita msti jaga betul-betul nilai & maruah utk pameran ramai... huhu.....awak...kene la jaga-jaga juga kan.. biasalah itukan fitnah....dan lorong-lorongnya...

Awak... susah tak kalau nak terus ISTIQAMAH jadi Comel.. ? Hari itu ada seorang budak lelaki... masej-mesej..... hmm...pandainya dia dapat nombor telefon... awak mule-mule terkejut la kan....hish... curi-curi je no tepon orang.... pastu dia ulang-ualng mesej... sehari dua kali lepas makan..... macam jadual nak makan ubat antibiotik aje.... ish... sibuk je la dia tu kan?? eh.......sekejap...sekejap....!!! huh.... ayat-ayat dia Islamik la..... wah.. baiknye... baiknye....bersungguhnye...bersungguhnye....murninye...murninya.... Caringnya....Caringnya.... cool nye...cool nye.. aduh... awk teruja sudah..... awak suka dah ni... tersentuh sudah... adui awk minat sangat-sangatla dengan ayat-ayat yang best mcm tu.... tiba-tiba lagu “ayat-ayat cinta” bergema di hati awak….kui2.. itukan fitrah...

Hmm...kejap yea budak laki...nak makan sesuatu....nantilah nak ~~re....rep..rrrrr....repl..reply~~ (eh..nape
tersekat-sekat ni?...ade yg tak kene la tu awak!).. hehe.. Aha.. ade cokelat la... Alhamdulillah...yeay! coklat Cadbury! Makan jap eh... cokelat Cadbury... ade seseorang budak laki mane ntah yang bagi tadi....budak class ke awak???.... awak 'ter'terima lah sebab ada orang datang bagi cokelat tu tiba-tiba, takkan nak halau  dia macam tu sahaja....(lagipun..awak kan suka jgk kat coklat tu kan...hehe(“,)... tapi awak malu sangat-sangat waktu tu kan... awak takut menularnya fitnah yea?!.... ok2.... so, lepas nie awak akan lebih berjaga-jaga ya....! ;) aduh, Cadbury tu da cair la awak... panas kot awak...ia da cair.... ~msti hati awk pn macam tu kan ...cair mcm coklat Cadbury bile ada yg mencairkan hati awak....sebab awk letak cokelat kat ats meja aje.... kat tempat panas..... awk tak jaga cokelat tu... kan coklat mudah cair.... klu awk letak kat tempat sejuk dan bersesuaian, mesti coklat tu akan terus ISTIQAMAH molek bentuknye! Hehe.......sbb tu la awak... awak kena letak elok-elok, jaga elok-elok sesuatu yg mudah cair...... macam hati awk.... kalau elok terus dijaga, tak akan terkena lah 'bahang'nya... tak akan dicair semudahnye kan.... heee.. nasib baik awak teringat kembali.....

hehehe...itukan fitrah.....

tup...tup...tup.... erk...! “Abang ~~...Bla...bla...bla........sayang~~... bla..bla..bla...” huish....awat semacam aje roommate awk tu bersembang dengan abang kandungnya kat tepon?? 
.ish..ish..ish awk...! ….rase lebih lembut kot suaranya dari kelembutan kuih Seri Muka... hehe.... eh... awk ni la....baik sangka pulak...bukan abang kandung kot....abang lain kot.....hehe....tapi itu la awak, sangat-sangat murni hati awak kan, ~menjaga & Husnudzan dalam segenap sangkaan yang muncul kan…. alamak...!!! awak pun terganggu lagi....awak rase mesti best kan mcm tu....awak terfikir lagi.. hati mereka mesti asyik gembira aje.... terbelai, termamai, terbuai.... terBUAS...ops!....terbuas la pulak... Ok2... awk tak suka kan kalau sampai mcm tu.....! ya!...nasib baik awk tak suka kan... “Helloooo...!!!! I ingatkan you all dah kawin kalau dah sampai begitu cara nya!!!! grrr..grrrrrr...“ ~...wah...awk bersuara dlm sindiran...hehe...nah! kene “seketul” dari awak... baru tau kan garangnya awak... grrr~~.....Awk benar-benar bertegas dalam hal ni kan..kan..kan..... ! Hehe... bertambahlah tahap kecomelan awak lagi.....bravo yea awak...(“,) eh...sekejap....! keliru kan... bile awak tengok kawan awak tu macam sama ja dengan awk... pakaian & penampilan mcm awak... ada “jawatan-jawatan” jugak kot.... bila berkata-kata di luar, dengan ramai-ramai...ayat-ayatnya “Islamik” bagai... ...tapi..... tapi....emm....itukan fitrah....eh.... fitrah yang menjadi fitnah la!!! bolehkah dia berkata lagi pada dirinya yang dia adalah : “Gadis solehah yang Comel?”.. ..

hmm...FITRAH dan FITNAH...

hmm... sabar yea awak.....sbb awak msti nak terus jadi Gadis Solehah yang Comel....kan... awak kena
jaga molek-molek diri awak tau.. sebab awak pun tau betapa BESTnya jadi Gadis Solehah ni kan....kerana awak suka sangat-sangat dgn motivasi daripada Rasulullah... yg selalu awak sematkan inspirasinya dengan sabda baginda..:
---------------------------------------------------
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang
solehah." (Riwayat Muslim)
-----------------------------------------------------


Alhamdulillah.....yeay! awak kembali tersenyum...awak kembali tenang...awak kembali riang...awak kembali bersemangat....kerana awak tau... yang menjadi Insan solehah itu adalah sebaik-baik perhiasan di dunia ini... maka awak selalulah diiktiraf sebagai yang terindah....ya awak adalah GADIS Solehah yang COMEL! Yang Terindah! Yang teristimewa! yang paling CUN MELECUN gituuu ...hehe.. senyum sikit awak..!....alhamdulillah.... dari tadi lagi kan..asyik sebut 

fitrah...fitrah...fitrah.... mengapa awak senang tersentuh...? mudah untuk meminati...? mudah diganggui hatinya? mudah dibua-buai....? …..“sebab....awak ada hati yang sangat lembut & suka sesuatu yang mempunyai nilai yang “cute-cute”....

Betul tak awak?

disebalik cerita korea.. cokelat.....baby.....kucing...perhiasan dan lain-lain yang disebutkan tadi... bukan sengaja dikisahkan... tapi ada falsafah yang tersirat tentang ceciri jiwa awak.... semuanya berkait rapat dengan sesuatu yang membuatkan awak memandang dan terpengaruh akan sesuatu.. kerana itulah awak mesti kena jadi kuat...! selalu menjaga kelembutan itu dengan cangkerang keimanan.. ketaqwaan... kesucian....sebagaimana yang telah menjadi “trademark” awak selama ini.. Dan dengan kejayaan awak menempuh jerih payah mempertahankan cangkerang itu...keindahan yg lain pasti sedang menanti awak...

macam kisah cinta dlm cerita korea tu, cairnya hati awak macam coklat Cadbury tu... semuanya sememangnya akan hadir jua....kerana itu kan fitrah....semestinya Allah pasti menyempurnakan fitrah awak....... kerana... Dia jua telah ciptakan “seseorang” lagi yang turut punyai fitrah ...tugasnya....utk sama-sama sempurnakan fitrah yg tercipta....

So...

bolehkah awak berjanji.... yang...awak hanya menanti “seseorang” itu sahaja? Yang telah dicaturkan untuk sempurnakan fitrah-fitrah awak dalam keredhaan?... seseorang yang sebenarnya tidak ada masa pun menjadi seorang “budak laki pencair hati” bersama SMSnya berulang-ulangan...? seseorang yang tidak ada masa pun bersama coklat Cadburynya...? dan seseorang yang tidak pernah pandai pun memperdaya kelembutan awak itu...?

Tapi dialah seseorang yang masanya di saat ini hanyalah melangkah dan terus melangkah menyempurnakan misi-misi agamanya?

dia lah yang ingin selalu ingatkan awak ... selalu bermujahadah & menantikan awak.... dan dia lah “seseorang” yang pastinya menunggu awak .... kerana dialah Lelaki Soleh yang hanya inginkan awak.. 

si gadis solehah yg Comel! =)

(( hehe.. senyum yea awak..! BEST sangat-sangat kan Janji-janjiNYA...!))
p/s : “seseorang” tu pesan : cuba baca sekali lagi pesanan dia ini sambil mainkan lagu Bisikan Nurani, dendangan inteam tu :)