Monday, May 7, 2012

Surat Untuk Calon Ibu Mertuaku...



Duhai calon ibu mertuaku,
Perkenalkanlah saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa
dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja
Saya bukanlah Khadijah ra,
Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita islam…dan teramat Mulia

Saya bukanlah Aisyah ra, Seorang yang baik dalam ketakwaannya
Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat terkenal dalam Ketabahannya
Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya
Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya

Tetapi, seperti yang saya katakan, saya hanya wanita biasa,
Dengan ketakwaan yang biasa
Ketabahan yang tak seberapa,
Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan

Namun ibu,
Saya adalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah
Yang akan berusaha mengabdi pada calon Suamiku
dan juga padamu….. Calon Ibu mertuaku
Saya bukanlah musuh mu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu 
Tetapi saya akan menjadi rakan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu 
Dan kelak pada mujahid – mujahidaku, calon cucu mu duhai ibu, 

Engkau tak perlu khuatir ibu,
Saya tak akan memonopoli perhatian anak mu
Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu

Kerana akan saya katakan padanya bahawa
engkau lah yang utama patut mendapat perhatiannya barulah saya
Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku
Kerana sebagai wanita yang baru menikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman
Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu 

Duhai, Calon ibu mertuaku
Saya harap kita dapat menjadi rakan yang baik,
Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahsia antara aku dan anakmu
Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami,
Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan
Menjadi pendengar yang setia saat saya ingin mengadu
Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan

share from : Pakar Cinta

No comments: