Thursday, August 2, 2012

Kenape Tak Kusyuk ni??? Mengantuk..

Arghhhhh.... I'm so sleeepy

ZzzzzZZzzz
Pas buka posa, mestilah mkn bnyk mcm biasa jugak..
Tapi, masa solat terawih tu mulalah ngantuk tersengguk-sengguk..
Rasa sebelum solat dah niat betul2..
Selalu jugak set nawaitu jgn kasi ngantuk..
Cam mane nk ilgkn ngantuk tahap gaban nih??? Aduhai Cuya..

Tak laen dan tak bukan cara inilah yg terbaek...
  1. Basuh muka- Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? refresh gitu..
  2. Senaman ringan- Cara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan tangan. sure bole hilangkan rasa mengantuk, tp maybe ciket jep.
  3. Minum Banyak Air- Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat.
  4. Amalkan Teknik Pernafasan Betul- Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih
  5. Membaca Ayat Al-Quran- Membaca sepotong ayat Al-Quran di dalam ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan mengantuk. Sebaiknya bacalaha keseluruhan Ayat Qursi tersebut kerana keseluruhan Qursi pun tidaklah panjang pun. Potongan ayat tersebut berbunyi…

    “LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

    p/s: Rajin2kanlah diri pi solat terawih bulan ramadhan ni. Jangan kerana kenyang menjadikan kita malas nk beribadah pulak ye. Mesti ingat, bulan Ramadhan ini bukan bulan puasa semata-mata, tapi sebenaqnya bulan IBADAAAAAHHH... ada paham?? 

No comments: