~~Aku milik Tuhanku~~
Ujian Allah dtg dgn pelbagai cara...
Ade org diuji dgn kesenangan hidup, harta..
ade org diuji dgn kesempitan hidup, kelaparan..
Ade org diuji dgn kecantikan, ilmu..
Ade org diuji dgn nikmat iman dan islam..
Ade org diuji dgn kematian org2 yg disayangiiii..
Ade org diuji dgn bencana (kebakaran, banjir, PEPERANGAN)..
Ade org dijiuji dgn penyakit (kemalangan, sakit kronik, demam)
Ade org diuji dgn .......... macam2 lagi lah ALLAH uji kita...
demi untuk menguji tahap keIMANan hambaNya..
“Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan,kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu org2 yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al Baqarah : 155-157 )
...Doa Ringkas Agar Terhindar dari Angin Ahmar....
Suatu hari, lepas abah balik dari kuliyyah masjid. Abah bagi kertas ni kat aku. Helaian doa ni, abah dah kasi kat Aku sejak aku kt matrikulasi PJ lagi, abah pesan "Jgn lupa bace doa ni tiap kali lepas solat spy Allah lindung kita smua dari angin ahmar, doakn utk abah dan mak jugak tau"... Alhamdulillah, lepas solat selalu aku akn bace ni dan aku doakn utk abah dan mak sekali.. Sebagai seorang yang beriman, kita hendaklah yakin bahawa segala kesusahan atau pun kesenangan yang Allah berikan semuanya adalah ujian terhadap hamba-Nya. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan aku jadikan bagi kamu sekalian keburukan dan kebaikan sebagai fitnah (ujian) dan kepada Akulah kamu akan dikembalikan.” (Surah al-Anbia’, ayat 35)
- Tanda2 org yg BERIMAN ---> SABAR , berdoa dan tawakkal menerima ujian, SABAR melawan nafsu, SABAR mengerjakan perintah Allah SWT.
- Tanda2 org yg tiada IMAN--> PUTUS ASA, dan MENYALAHKAN TAKDIR
No comments:
Post a Comment