|           Huraian        1. Salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. Dengan wudhuk         yang sempurna seseorang akan dapat mengerjakan solat/sembahyang dengan         penuh khusyuk.        2. Ketika berwudhuk kita diharuskan membaca doa-doa yang tertentu         seperti berikut:        i. Ketika berkumur, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa mulut         dan lidahku ini".         ii. Ketika membasuh muka, berniatlah:"Ya Allah, putihkanlah         (berikanlah cahaya) pada mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau         hitamkan muka ku ini".         iii. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah:"Ya Allah,         berikanlah buku hisab ku di tangan kanan ku ini".         iv. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah:"Ya Allah, janganlah         Kau berikan buku hisab ku di tangan kiri ku ini".         v. Ketika membasuh kepala, berniatlah:"Ya Allah, lindunglah aku         dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".        vi. Ketika membasuh telinga, berniatlah:"Ya Allah, ampunilah dosa         telinga ku ini".         vii. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah:"Ya Allah,         permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim".        viii. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah:"Ya Allah, bawakanlah         daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat         maksiat".         3. Berwudhuk tidak sahaja diperlukan ketika hendak mengerjakan solat         tetapi kita juga disarankan agar berwudhuk apabila hendak membaca         al-Quran, mempelajari sesuatu ilmu dan ketika hendak masuk tidur kerana         sesungguhnya wudhuk itu dapat menggugurkan dosa-dosa kecil yang         dilakukan dan menjadikan seseorang itu sentiasa berada dalam keadaan         bersih di samping menambah keserian wajah.           |         
       
No comments:
Post a Comment