Tuesday, August 9, 2011

Semoga Ramadhan Kali Ini Tidak Rugi Lagi..


Ramadan umpama bulan bonus atau bulan durian runtuh bagi para peniaga juadah. Ada peniaga yangyang kata berniaga sebulan bulan Ramadhan boleh menampung keperluan hidup keluarga untuk tempoh setahun.
Memang diperakukan bahawa Ramadan memang bulan pesta, bulan bonus, bulan Mega sales dan aneka macam mega tetapi bukan dalam bentuk pesta melambakkan pelbagai juadah di meja makan, lebih-lebih lagi hingga sampai ke tatap menyumbang kepada pembaziran.
Sebaliknya, Ramadan adalah bulan Allah SWT melelong, membuat Mega sales dan memberi bonus pahala berganda kepada hamba-hamba-Nya yang mengambil kesempatan daripada berkatnya Ramdaan untuk bertaubat nasuha dan memperbanyakan ibadah dengan ganjaran berganda berbanding denganbulan-bulan biasa.
Rugi benar kalau kita tidak rebut peluang yang Allah sediakan sepanjang Ramadan. Kerana pahala itu tidak nampak seperti keuntungan berniaga di pasar ramadhan. Orang berebut-rebut untuk dapatkan tapak pasar malam, tetapi tidak berebut-rebut untuk dapatkan tempat di majlis-majlis ilmu, zikir, dan majlis agama yg lain. Bukan salah berniaga, bahkan ia sunnah, tetapi tidak lagi menjadi sunnah andai solat asar dan maghrib tergadai akibat sibuk dengan persiapan.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 183) 


Road To Ramadhan
i)   Lazimi solat berjemaah setiap waktu di masjid dan beri'tikaf di masjid.
ii)  Baca al-Quran sejuzuk sehari.
iii) Puasa sunat Isnin Khamis.
iv) Perbanyakkan ibadah sunat seperti qiamullail, sedekah, berzikir dan sebagainya.
v)  Tinggalkan perbualan atau percakapan yang sia-sia.
vi) Bangun awal 30 minit sebelum waktu solat Subuh.

Sumber : Iluvislam.com

Saturday, June 25, 2011

Ihsan Dalam Semua Perkara

PERKATAAN “Ihsan” boleh diertikan sebagai berbuat baik dalam melakukan sesuatu perkara dan perkataan ini adalah berlawanan dengan perkataan “ Isa’ah” yakni keburukan. Sebenarnya masyarakat kita sering melafazkan ihsan dalam banyak aspek kehidupan mereka.

Sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa menyuruh kita supaya bersifat ihsan dalam kehidupan sehinggakan Allah berjanji untuk memberi balasan dengan ganjaran pahala yang setimpal dengan amalannya iaitu syurga Allah yang amat dinantikan oleh semua manusia di akhirat kelak. Ini adalah bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah Yunus ayat : 26 yang bermaksud:

"Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalan baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli syurga mereka kekal didalamnya selama-lamanya."

Ihsan itu boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:-


Pertama : Ihsan dalam melakukan ibadah
Sifat itu sepatutnya dimiliki oleh setiap insan di dalam melakukan ibadah kepada Allah S.W.T untuk menjadi umat Islam yang cemerlang. Apabila kita melakukan setiap ibadah seolah-olah macam kita lihat Allah, tetapi sudah pasti kita tidak dapat melihat Allah bahkan yang pasti ialah Allah sentiasa melihat kita. Jadi sudah tentu kita akan melakukan ibadah tersebut dengan cara bersungguh-sungguh.

Ini bersesuaian dengan apa yang diterangkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Jibril a.s dalam satu hadis yang panjang seperti mana yang telah diriwayatkan oleh muslim yang bermaksud:

"Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya, tetapi jika engkau tidak melihatnya, maka sesungguhnya ia melihat engkau."


Kedua : Ihsan dalam amalan
Ihsan dalam amalan ini bermaksud setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang itu adalah bertepatan dan berlandaskan kepada apa yang disyariatkan oleh Allah serta apa yang dibawa oleh baginda Nabi S.A.W.Ini adalah bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat:112 yang bermaksud:

"(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahnya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya disisi tuhannya, dan tidaklah ada kebimbingan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."


Ketiga : Ihsan dalam perkataan
Ihsan dalam perkataan bermaksud apabila kita hendak mengeluarkan perkataan atau bercakap, maka hendaklah dibuat saringan terlebih dahulu di dalam pemikiran kita, samada setiap perkataan itu boleh mendatangkan manfaat atau sebaliknya.

Kerana semua manusia pada asasnya inginkan orang lain bercakap kepadanya dengan baik dan lemah lembut, maka tidak dapat tidak, ia perlulah melalui dari dalam dirinya sendiri terlebih dahulu untuk memberikan yang terbaik kepada orang lain seperti mana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat : 83 yang bermaksud:


"… Dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan yang baik…"

Keempat : Ihsan kepada manusia
Suruhan untuk melakukan ihsan sesama manusia merupakan suatu tuntutan daripada Allah S.W.T kerana ada kalanya ihsan itu adalah wajib, seperti bersifat ihsan kepada kedua ibubapa serta kaum kerabat seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat :36 yang bermaksud.

"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat….)"

Allah S.W.T memerinthakan supaya manusia sentiasa melakukan ihsan kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat samada dalam keadaan senang atau pun susah, sihat ataupun sakit, ihsan ini boleh dilakukan dengan melaksanakan kebaikan kepada mereka dan menghindarkan keburukan dan kemudaratan terhadap mereka.

Adapun ihsan sesama manusia ada kalanya tidak diwajibkan oleh Allah, tetapi sangat disukai olehnya seperti melakukan sedekah dan sebagainya.


Kelima : Ihsan kepada haiwan
Bersifat ihsan kepada haiwan juga merupakan satu tuntutan kepada kita, samada binatang itu halal dimakan atau sebaliknya. Ianya boleh disembelih atau pun tidak, ini bertepatan dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Dari Abu Yakli Sadad bin Usa dari Rasulullah S.A.W katanya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan atas tiap-tiap sesautu apabila kamu membunuh maka elokanlah pembunuhan dan apabila menyembelih maka elokanlah penyembelihan dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan mata pisaunya dan hendaklah ia melapangkan binatang sembelihannya."

Apabila kita meneliti hadis ini maka faham dan jelaslah kepada kita bahawa bidang ihsan ini adalah terlalu luas skopnya, sehinggakan Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa “ Ihsan itu ada pada tiap-tiap sesuatu.” Kesimpulannya di sini ialah jika seseorang itu sudah mengamalkan tuntutan Islam dan iman, maka belum tentu lagi ia menjadi seorang yang telah sempurna keimanannya kerana ia perlulah bersifat ihsan dalam setiap gerak langkah dan tindakan serta amalannya, kerana ihsan merupakan pergerakan atau pemangkin kepada tingkah laku manusia agar setiap amalan, perbuatan, percakapan dan niat adalah menepati kehendak syarak.

Ia melakukan sesuatu itu bukan atas dasar kepura-puraan, riak atau takbur, tetapi sebalinya ikhlas hanya kerana Allah semata-mata kerana ia tahu bahawa Allah sentiasa memerhatikannya zahir dan batin di setiap masa dan setiap tempat, tidak kira senang atau pun susah.

Marilah sama-sama kita menyemai benih ihsan dan membajainya setiap masa supaya ianya sentiasa tumbuh subur dan menghasilkan buah yang boleh memberi manfaat kepada semua mahkluk Allah.

Sumber : Bahagian Dakwah, JAIS

Monday, June 6, 2011

Ingat 5 Sebelum Datang 5


Assalamualaikum wrt dan salam ceria.

Apakah mood anda hari ini?
Suka? Duka? Ceria? Sedih? Manis? Kelat? Marah?
Apapun mood kita, pastikan ianya tidak memalingkan kita daripada terus mencari redha Allah.
Anda gembira? Alhamdulillah. Namun pastikan kegembiraan kita bertepatan dengan kehendak Allah. 
Bukan gembira kerana melakukan perkara yang dilarang-Nya. Muhasabah diri.
Anda sedih? Bersabarlah. Allah sentiasa bersedia untuk mendengar rintihan dan keluhan kita.
Mudah-mudahan kita tetap teguh mencari redha-Nya walau apa pun mood kita


Rasulullah s.a.w bersabda,

"Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati" (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Selamat Beramal...
Salam ceria... Tepuk hati tanyalah IMAN.. 


Tuesday, May 10, 2011

JADILAH TERBAEK


1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu kian bahagia.

2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan...

5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi pahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan kamu.

6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis. tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

7. Jangan menunggu keuntungan baru bekerja, tapi bekerjalah, maka keuntungan akan menunggumu.

8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah, bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.

11. Jangan menunggu sukses baru bersyukur. Tapi bersyukurlah, maka bertambah kesuksesanmu.

12. Jangan menunggu mampu baru melakukan, tapi lakukanlah! Kamu pasti mampu!:)

Insya Allah semoga berjaya... (=

Monday, May 9, 2011

Siapakah pekerja cemerlang?


Assalamualaikum Sahabat2~~

Alhamdulillah pagi ni staf-staf full-time iluvislam berusrah mingguan seperti biasa. Tajuk yang dipilih untuk minggu ini adalah "siapakah pekerja cemerlang?"

Usrah dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Gee (Hazeeha Ibrahim) dan Iffah Rosdi. Surah yang mereka pillih adalah surah Al-Mukminun yang pastinya berkaitan dengan kecemerlangan sebagai seorang mukmin.

Aimi Amirah pula berkongsi hadis Rasulullah saw berkaitan kecemerlangan sebagai seorang pekerja. Cantik sungguh hadis yang dikongsikan oleh Aimi.

Kali ini, Azliza Norazri dan Nur Illa adalah person-in-charge (PIC) untuk menyampaikan tazkirah 5 minit berkaitan tajuk yang dibincangkan.

Satu perkongsian menarik daripada Azliza adalah apa yang disebut oleh Dato' Fadzilah Kamsah :
"Orang yang cemerlang sentiasa mencari emas di dalam diri."
Azliza juga berkongsi satu rahsia perkeja cemerlang iaitu ABCDEFGHI

A- Amanah
B- Bijak
C- Cergas
D- Desikasi
E- Elok
F- Faham
G- Gigih
H- Hasrat
I- Iman dan Ilmu

Menurut Ila, pekerja yang cemerlang sentiasa melaksanakan amanah lebih daripada apa yang diperlukan. Katanya, kalau ofis hour pukul 9-5, pekerja yang cemerlang contohnya dtg awal 8.30 dan pulang agak lewat 6 petang contohnya.

Selain itu, pekerja cemerlang sentiasa check niat mereka dalam melaksanakan kerja. Kerana niat adalah perkara pokok dalam apa sahaja perkara/kerja yang kita laksanakan.

Tempat kerja atau organisasi adalah tempat untuk kita belajar dan terus belajar. Pekerja yang cemerlang sentiasa belajar perkara baru dan cuba praktikkan dalam kehidupan seharian.

Akhirnya, saya ada berkongsi beberapa perkara. Pada pandangan saya, untuk menjadi seorang pekerja yang cemerlang, kita perlu kepada KOMITMEN. Komitmen akan melahirkan PASSION dan dengan kedua-dua perkara ini kita akan mempunyai momentum yang hebat dan berterusan.

Selain itu, sebagai seorang ahli pasukan, kita perlu sentiasa positif supaya energi yang kita alirkan kepada organisasi adalah positif dan baik. InsyaAllah bila kita positif, hasil kerja kita akan lebih baik, dan persekitaran kerja kita akan lebih cemerlang.

InsyaAllah, walau di mana kita berada, sebagai staf atau volunteer iluvislam, kita perlu berusaha sehabis baik untuk menjadi cemerlang. Hal ini kerana kecemerlangan itu diajar oleh Allah dan rasulullah saw melalui kitab Al-Quran dan kehidupan seharian Nabi junjungan kita.

Disini, sy sertakan 7 Tips menjadi Pekerja Cemerlang...
Bila Anda memasang matlamat mahu menjadi pekerja cemerlang, ini beberapa tips asas.

1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja. Saya memandang lebih pada aspek dalaman iaitu hati dan niat. Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu bermula dari asas, iaitu niat hati Anda. Buat muhasabah diri, kaji untuk apa Anda turun setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana Anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah apa tu kecmerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali?
Ini kerana setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi mereka jadi malas, tak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tak ambil kisah, janji duit gaji masyuk.
Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai 'booster' motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, performance, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.

2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu. Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Misalnya, jika kawan sekerja Anda masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga Anda tak sedar masa berlalu.

3. Komited. Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda tunjuk rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri bukan kawan-kawan Anda tu yang bayar gaji Anda.
Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan.

4. Bijak Menyelit. Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit 'politik'. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji attitude rakan-rakan sekerja Anda.
Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu dimana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.
Tapi, pekerja yang cemerlang takkan pernah bodek bossnya untuk cepat naik pangkat!

5. Belajar Tanpa Henti.
Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan. Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat. Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu-satu masa, one thing at a time, step by step.

6. Hormat Semua Orang.
Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya. Menceriakan orang maksudnya Anda bijak membuat mereka rasa gembira dan membuat mereka rasa senang dengan Anda. Cemana? mungkin dengan berkongsi cerita-cerita lucu, beberapa jenaka atau membantu mereka di kala susah. Bila Anda ikhlas membuat orang lain jadi ceria, mereka akan hormat pada Anda. Takde gunanya Anda jadi 'bising' maca tin kosong di tempat kerja tapi suka mengacau tak tentu pasal, pedas dengan umpatan, sindiran dan komplain-komplain yang remeh. Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi, diamkan mulut, rajinkan tangan bekerja.

7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.
Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan 'first impression' orang lain amat penting dalam suasana kerja.
Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja. Kalau berserabut, berhambur, berterabur dan langsung tak teratur, itu tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu berterabur, ubah cepat perangai tu.
Itu menampakkan Anda seorang yang pemalas. Apa pendapat Anda, adakah kata-kata saya ini betul? Beri pendapat Anda di ruang komen. Ia tidak semestinya berlaku pada semua orang. Ada juga pekerja yang mejanya berserabut, tapi performance kerjanya cemerlang ! Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk overtime lebih atau pujian semata. Ini resepi utama seorang pekerja cemerlang.

Walaupun ada 7 tips di atas, saya lebih memandang pada konsep 'memberi', tak kira sama ada sudi memberi tunjuk ajar, ikhlas membantu, sudi bekerjasama, komited dengan tugasan, bijak berkomunikasi dan melakukan lebih dari apa yang sepatutnya.
 Lebih banyak anda memberi, lebih banyak juga anda akan menerima. Tumpukan pada 7 tips ini dan kecemerlangan dalam kerjaya akan datang dengan sendirinya pada anda. Dijamin 
Semoga kita lebih sukses, dan iluvislam terus lebih sukses.

Insya Allah...Yes WE can! :)

Sunday, May 8, 2011

♥ Selamat Hari Ibu dan Selamat hari Lahir Ummi ♥

AJAIBNYA TANGAN IBU

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap, Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman, Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata, Ketika kita gembira... tangan ibu yang menadah Syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia, Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang, Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,  Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata: Sabar nak, Sabar ye sayang.... Sabar ye sayang....
Namun, Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad... Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu, Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...
Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)

 ♥ Dikesempatan Ini saya ingin mengucapakn Selamat Hari Ibu dan Selamat hari Lahir Mak yg bernama Puan Semi Bt Othman, 57 tahun dari anakmu Wan Suria Salha, Suria Atika, Wan Kamarul Zaman, وأن هدايةالله, Wan Zainal Abidin dan Wan Zainal Ariffin ♥

Biarpun dunia merayakan hari ibu untukmu.. namun bagiku setiap hari ini dan hari2 seterusnya
adlh hari untukmu.. Tanpa emak siapalah sy.. Terima Kasih mak ats segalanya... I Love U Mom~~
Fahamilah bahawa ibu bapa adalah perantara yang menyebabkan kita berada di dunia ini. Mereka terlalu banyak berkorban tenaga, masa dan harta demi kebahagiaan anak-anak. Sedarilah bahawa ibu bapa kita kini telah tua, lemah tenaga, kabur penglihatan dan kurang pendengaran. Mereka sangat mengharapkan pertolongan dan perhatian anak-anak. Gembiralah ibu bapa andainya mereka di kasihi dan dimuliakan dan hancurlah hati ibu bapa jika kita menderhakainya. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan ibu bapa amat besar dan tidak mungkin kita dapat menebusnya.

“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [al-Isra’ 17:24]

Redha Allah terletak atas redha Ibu bapamu... jadi ibu, ku pinta jgnlah ibu lupa mendoakan diri ku... anak mu ini sentiasa mendoakan ibu supaya dikurniakan kesejahteraan di dunia dan beroleh syurga di akhirat nanti.. Amin Ya Rabb!

With Luv
♥ CuyaSoleha ♥

Wednesday, April 27, 2011

Ya Allah, Forgive Me when I whine.


Setiap makhluk Allah diciptakan dgn bermacam2 bentuk dan rupa, 
berlainan keistimewaan, keupayaan dan semuanya pasti ade hikmahnya.. 
Tapi Allah telah memilih manusia sebagai khalifah di muka bumi ini..
Jadi, Amat besar amanah kita di muka bumi ini.. 
Amanah adalah sesuatu yg akan ditanyakan diakhirat kelak..
"Kita adalah Khalifah@Pemimpin".. 
Untuk siapa?? Untuk Agama, Ummah, Org Lain, Utk diri sendiri.. 

Pengajaran dari video : 
Sbg khalifatullah, gunakan nikmat yg Allah kurniakan ini sebaik mungkin..
Mungkin kita lebih sempurna dari mereka, dan jika kita xsempurna dari mereka,
sesungguhnya ade lagi orang yang lebih susah/ naif dari kita.. 
Percayalah ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

With Love,
CuyaSolehah