Pages

Friday, April 16, 2010

Siri Dakwah 04

04 Bertafakkur Terhadap Makhluk Dan Tanda-Tanda Kekuasaan Allah       
 
Written by Mustafa Masyhur   

"Pekerja di stesen keretapi mengubah landasan dan laluan keretapi, bukan dengan mengubah dan menghalakan keretapi itu ke laluan yang dikehendaki, tetapi ia mengubahnya dengan cara yang mudah iaitulah dengan menggunakan "alat pengubah haluan landasan." Dengan menarik sedikit "alat pengubah" tersebut, ia dapat mengubah haluan keretapi ke laluan yang lain tanpa bersusah-payah. Demikian juga hati manusia dan ma'rifatullah (mengenali Allah). Mengenali Allah secara hakiki merupakan "alat pengubah." Apabila hati insan mengalami suatu perubahan dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain, diri insan itu juga akan berubah. Apabila seseorang individu itu berubah, ummah juga akan berubah. Apabila engkau inginkan perubahan, maka baikilah hati manusia dengan mengenal-kannya dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala secara hakiki." (Dari kalam Al-Imam Al-Syahid di dalam Durus Al-Thulatha')

Kita sangat memerlukan kepada ma'rifatullah yang hakiki untuk membaiki hati dan mengubah keadaan agar keadaan uinat seluruhnya juga berubah. Di antara apa yang membekalkan kita dengan ma'rifat ini ialah bertafakkur terhadap ciptaan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya di alam semesta ini, serta mentadabbur nama-nama dan sifat-sifatNya.

Kebanyakan ayat Al-Qur'an Al-Karim menggesa kita agar bertafakkur:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

(Surah Al-'Imran: Ayat 190-191)


Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya).

(Surah Al-Yunus: Ayat 101)

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

(Surah Al-Ghasyiyah: Ayat 17)


Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar

(Surah Al-Nahl: Ayat 66)

Danjuga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

(Surah Az-Zariyat: Ayat 21)


Sepertimana Al-Qur'an mencela mereka yang tidak meng-gunakan 'aqal dan penglihatan untuk memerhatikan dan menilik apa-apa yang terdapat di sekitar mereka:

Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.

(Surah Al-Yusuf: Ayat 105)

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak darijin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengan­nya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

(Surah Al-A'raf: Ayat 179)

Bidang-bidang dalam bertafakkur kepada ciptaan dan kekuasaan Allah di alam ini terlalu banyak sehingga tidak dapat dihitung, ianya meliputi semua benda dan perkara.

A. SEGALANYA ADALAH TANDA KEKUASAAN ALLAH

Pada segala-galanya terdapat petanda yang memmjukkan kepada kekuasaanNya yang Maha Ksa. Oleh kerana kita tidak mampu menyingkap keseluruhannya maka memadailah kami mengemukakan beberapa contoh dengan pemerhatian yang mendalam. Kamu carilah penambahannya menerusi apa yang terbentang di dalam kitab Allah yang dibaca (Al-Qur'an) ber-kaitan keagungan Allah; dan kekuasaan Allah mencipta segalanya menerusi kitab Allah yang dilihat iaitulah alam semesta yang luas ini. Telahpun terdapat buku-buku yang mem-bahaskan secara terperinci beberapa penemuan sains moden. Banyak rahsia yang terkandung di alam semesta ini yang membuktikan kewujudan, keEsaaan dan sifat-sifat yang sempurna bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Di alam semesta yang luas ini, apabila kita melihat bulatan planet bumi kita mendapati ia adalah suatu yang sangat besar. Pada ruang angkasa pula terdapat bintang-bintang dan planet-planet, bahkan kita telah mengetahui penemuan sains terkini membenkan maklumatbilangan, saiz, berat, jarak dankelajuan pergerakkannya yang amat menakjubkan. Akal kita sudah tentu tidak mampu menggambarkan maklumat-maklumattersebut.

Matahari besarnya ialah 250,000,000 kali ganda lebih besar dari bumi. Di sana juga terdapat bintang-bintang yang berjuta-juta kali lebih besar dari matahari.

Semuanya beredar di atas orbit yang tertentu, tidak berlanggar dan tidak tersilap. Itulah kekuasaan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Unit perkiraan untuk jarak bintang adalah tahun cahaya. Iaitulah jarak yang dilalui cahaya selama setahun. Sedangkan kelajuan cahaya adalah tiga ratus ribu ki­lometer sesaat. Ahli falak telah mengatakan wujudnya bintang yang berada jauh dari kita dengan jarak ratusan juta tahun cahaya. Benarlah firman Allah Yang Maha Besar:

Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah Yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya

(Surah Al-Waqi'ah: Ayat 75-76)

Pada hari ini, selepas empat belas kurun turunnya ayat-ayat ini, barulah kita mulai mengetahui sedikit sebanyak tentang kedudukan bintang dan kehebatannya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

dan langit itu Kami dirikan Dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan Yang kukuh rapi). dan Sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan Yang Luas tidak terhingga.

dan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya); maka Kamilah sebaik-baik Yang menghamparkannya.

(Surah Az-Zariyat: Ayat 47-48)


Apabila kita meneliti kehalusan yang tak terhingga pada sunnatullah (aturan Allah pada alam semesta) pada matahari, bumi dan bulan dari segi jarak, kelajuan, berat, kecondongan paksi bumi, kelajuan putarannya, kelajuannya mengelilingi matahari, dan kelajuan matahari mengelilingi bumi; semuanya itu membolehkan manusia hidup di bumi dengan keadaan yang sesuai dan membolehkan kita mengetahui bilangan tahun dan membuat hitungan. Maha Suci Allah yang menjadikan segala-nya lalu mengaturnya dengan aturan yang bijaksana.

Setelah memerhatikan alam semesta yang terbentang luas, kita perhatikan pula alam zarah yang merupakan satu bahagian yang teramat kecil dari segalajenis ciptaan Allah. Bagaimanakah ianya terbentuk dan wujudnya kelainan antara unsur-unsur dan komponen-komponennya dengan sebab berbezanya unsur-unsur setiap zarah; sebagaimana yang dijangkakan ahli sains dalam penafsiran terhadap fenomena yang mereka temui. Saya telah membaca suatu pandangan yang menarik di dalam bidang ini: Walaupun manusia bersusah-payah untuk mengetahui teras sesuatu unsur ia tidak akan mencapainya, kerana ia adalah rahsia kejadian di sisi Allah semata-mata.

B. ALAM TUMBUHAN DAN SERANGGA

Kebesaran dan kekuasaan Allah juga tertera di alam tumbuhan dan serangga. Setiap benih tumbuhan mengandungi ciri-ciri yang tersendiri dan jenis-jenisnya juga saling berbeza di antara satu dengan lain. Terdapat kelainan pada jenis batang, daun, bunga, buah, warna, rasa dan bau setiap jenis tumbuhan. Benarlah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan di bumi ada beberapa potong tanah Yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) Yang berumpun dan Yang tidak berumpun; semuanya disiram Dengan air Yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya Yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang Yang (mahu) berfikir serta memahaminya.

(Surah Al-Ra'd: Ayat 4)

Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

(Surah Al-Waqi'ah: Ayat 63-64)


Perbezaan di antara tumbuhan ini berlaku pada peringkat pertumbuhannya dengan waktu dan iklim yang sesuai. Selain daripada itu juga terdapat banyak penemuan yang telah dicapai ilan juga yang masih belum ditemui. Sekalipun para ahli sains (dianugerahkan ilmu yang tinggi, namun mereka tidak mampu membuat benih tumbuhan dan menumbuhkannya apabila diletakkan di atas tanah dan disiramkan dengan air. Ini kerana rahsia pertumbuhan di dalam benih asal adalah pengkhususan ilmu Allah semata-mata. Manusia tidak akan mampu berbuat scdemikian dengan benih tiruan.

Pada alam serangga pula, amat menakjubkan kita, setiap serangga sekalipun amat kerdil ia mempunyai organ dan panca-indera dengan fungsi-fungsinya yang khusus di dalam ke-hidupan mengikut fitrah yang Allah jadikan. Para ahli sains masih lagi menemui perkara yang menakjubkan 'aqal tentang apa yang berlaku di dalam komuniti setiap jenis serangga. Mereka melakukan fungsi dengan cergas, terdapat sistem yang halus, tidak berlaku perselisihan di dalam pengkhususan tugas antara satu dengan yang lain, bentuk dan binaan tempat tinggal yang begitu unik dan menakjubkan, ia memelihara mereka daripada perubahan cuaca. Sebagai contoh, kita boleh lihat sarang lebah. Bagaimana kerja-kerja diagihkan mengikut peng­khususan. Sarangnya amat unik dengan bentuknya yang leper, melekit dan berbentuk segi enam. Itulah suatu fitrah yang Allah Subhanahu wa Ta'ala jadikan. Benarlah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)?

(Surah Luqman: Ayat 11)

Yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semula jadinya yang sesuai dengannya, kemudian Ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya.

(Surah Taha: Ayat 50)

Para ahli sains membuat kajian dan menemui sebanyak sepuluh ribu jenis serangga yang berlainan wujud pada setiap setahun dan juga ditemui lebih 30,000 jenis kumbang. Demikian juga manusia tidak mampu membuat seekor serangga kerana rahsia kehidupan adalah khusus pada (pengetahuan) Allah Subhanahu wa Ta'ala sahaja:

Wahai umat manusia, Inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya Dengan bersungguh-sungguh. sebenarnya mereka Yang kamu seru dan sembah, Yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat Walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah Yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah Yang diminta (daripada menunaikannya).

mereka (yang kafir musyrik) itu tidak menghormati Allah menurut penghormatan Yang selayaknya (sebagaimana Yang ditetapkanNya); Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
(Surah Al-Hajj: Ayat 73-74)

C. DISEGENAP UFUK


Alam burung juga terdapat pelbagai jenis. Bentuk, saiz, warna, suara, umur, nisbah populasi, cara mengeram telur, memelihara anak dan memben makanan yang sesuai mengikut peringkat umur; semuanya berbeza antara suatu jenis dengan icnis burung yang lain. Kita mendapati burung mengembara pada musim dan tempat tertentu kemudian pulang semula ke sarang asalnya tanpa peta atau alat pengukur. Kecemburuan burung jantan terhadap burung benna melebihi perasaan antara sesama kebanyakan manusia pada hari ini.

Sekiranya kita perhatikan perkembangan dan perubahan yang berlaku pada janin sehinggalah bagaimana keluar dan menjalani kehidupan, nescaya ketara kepada kita kekuasaan dan rahmat Allah. Ianya tidak member ikan sebarang syak dan sangkaan kepada mereka yang ragu-ragu dalam keimanan terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Alam haiwan yang amat luas, terdapat yang jinak dan yang ganas. Jenis, bentuk, saiz, warna, tabiat, umur, makanan, penyusunan organ dalaman dan fungsinya; adalah berbeza-beza antara satu jenis dengan yang lain. Janin sentiasa meng-alami perkembangan dalam jangka masa tertentu. Susu yang keluar di antara hampas makanan dan darah, amat sesuai untuk mengeyangkan anak yang baru lahir. Para ahli sains masih lagi mendapati penemuan baru pada setiap hari. Semua-nya mengukuhkan lagi kekuasaan Allah di dalam penciptaan dan kebijaksanaanNya yang tidak terhingga, bagi sesiapa yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.

Di alam lautan yang luas, terkandung di dalamnya pelbagai keajaiban walaupun penemuan yang dibuat masih lagi sedikit, lantaran kekurangan peralatan moden yang dapat digunakan untuk menyelam ke dasar lautan dengan aman dan selamat. Telah dikatakan bahawa apa yang terdapat di dalam lautan adalah lebih banyak daripada apa yang ada di atas daratan, dari segi jenis dan bilangan. Jika kita perhatikan pada satu aspek, lautan telah menyebabkan udara menjadi nyaman. Air lautan pula menjadi wap yang membentuk awan. Kemudian ia menurunkan hujan di berbagai-bagai tempat. Jika sekiranya tidak wujud gunung-gunung nescaya tiadalah aliran sungai-sungai.

Ini pula, lapisan udara yang meliputi bumi. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menempatkan di dalamnya berbagai jenis gas dengan kadar yang tertentu. Dengan itu, keadaan di muka bumi ini sesuai untuk ciptaan yang hidup dan tumbuhan menjalani kehidupan. Seterusnya, bagaimanakah perubahan cuaca berlaku, apakah kesan kepanasan matahari, perbezaan tekanan udara, kesan tiupan angin, kepulan awan dan penurunan hujan. Ahli kaji cuaca masih lagi membuat penemuan yang baru berkaitan perkara yang amat rumit dan hebat ini.

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang adapadanya; lalu la menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orangyang celik mata hatinya berfikir.

(Surah An-Nur:Ayat 43-44)

Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya? Kalau Kami kehendaki, Kami akanmjadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.

(Surah Al-Waqi'ah: Ayat 68-70)

Seterusnya, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

(Surah Az-Zariyat: Ayat 21)

Kita perhatikan pula bagaimana kejadian diri kita sendiri. Terdapat berbagai jcnis organ yang berbeza-beza seperti yang berkaitan Dengan penccrnaan, datali, pernaf'asan, saraf, air kencing dan lain-lain lagi. Sememangnya kita tidak berupaya menyingkap semua kekuasaan dan kebesaran Allah di dalam penciptaan yang amat halus.

Perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya

(Surah Al-Naml: Ayat 88)


Rahmat dan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta'ala juga ternyata melalui perkembangan janin. Allah telah menjaga dan memeliharanya. 'Aqal manusia pula bagaimanakah ia diguna kan dan berfikir. Bagaimana ingatannya boleh menyimpandan mengeluarkan pelbagai maklumat. Hakikatnya, bukanlahkami ingin menyenaraikan keseluruhan jenis ni'mat tetapi sekadat menyebut contoh.

Ini hanyalah sebahagian kecil daripada selainnya yang lebih banyak lagi. Umumnya, pada setiap kajian dan teori tertera sifat kesempurnaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Apa yang manusia temui di alam semesta masih lagi sedikit berbanding apa yang merekabelum ketahui:

Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.

(Surah Al-Isra': Ayat 85)

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan la mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan la mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan burnt dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

(Surah Al-An'am: Ayat 59)

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Qur'an adalah benar

(Surah Fussilat: Ayat 53)

Kita amat memerlukan kepada ikatan ilmu dengan Maha Pencipta:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu

(Surah Al-'Alaq: Ayat 1)


'Ilmulah yang mendorong keimanan. Demikian juga bertafakkur mengenai tanda kekuasaan Allah dan ciptaan Allah menghasilkan ma'rifah kepada Allah dan penambahan iman serta membesarkan dan menyucikanNya. Sekadar mana tautan hati kepada Allah sekadar itulah - insya'Allah - kedudukan kita di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kita hendaklah mengetahui bahawa sesiapapun tidak akan terdaya untuk meletakkan kadar yang sebenar terhadap Allah. Benarlah, Maha Suci Allah yang mengetahui kadar yang selain-Nya. Sekadar mana sekalipun kita mengambarkan sifat Allah, ianya tidak akan sampai kepada hakikat sifatNya yang hakiki.

No comments:

Post a Comment