Pages

Friday, April 16, 2010

Siri Dakwah 03

03 Berbekallah Dengan Al-Quran       

Written by Mustafa Masyhur  
 
Saya merasa lemah ketika menulis permasalahan yang berkaitan bekalan di jalan da'wah, khususnya tentang bagaimana cara menyiapkan bekalan dan bagaimanakah mendapatkan bekalan iman, taqwa, hidayat dan nur. Perkara yang mustahak di sini bukanlah pengalaman, percubaan dan pengetahuan tetapi yang pertama sekali ianya bergantung kepada kurniaan kelebihan daripada Yang Maha Memberi dan Maha Menganugerah, Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Allah mengurniakan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.

(Surah Ali-'Imran: Ayat 74)

Hanya Allah yang menganugerahkan hidayat dan iman. Melimpahkan nur dan rahmatNya tanpa sempadan. Maka kita tidak perlu merasa sempit di atas kelebihan Allah.

Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dialah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

(Surah Al-Hujurat: Ayat 17)


Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

(Surah Al-Fatir: Ayat 2)


Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah sumber segala kebaikan. Namun, lantaran kelebihan dan rahmat daripadaNya, Allah telah menunjukkan kepada kita pelbagai wasilah dan sebab-musabab, agar kita menggunakannya untuk mendapatkan bekalan daripadaNya. Jika dihalusi, kita akan mendapati perkara pertama adalah kembali kepada keadaan seseorang hamba di hadapan TuhanNya. Dia bermohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar ia mendapat pemberian daripada­Nya. Maka Allah Subhanahu wa Ta'ala melihat kepada ketundukan hatinya, kekhusyu'kannya, kerendahan dirinya, penyerahan dirinya, ketakutan, pengharapan dirinya dan ketamakan dirinya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Inilah perkara asas. Selepas itu barulah diambil kira segala wasilah dan sebab-musabab. Sekadar mana kebenaran seorang hamba pada hal-hal tersebut, sekadar itu pemberian dan limpahan kurnia daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala yang Maha Memberi.

Dari sini saya merasa kasihan ke atas diriku sendiri, hingga-kan terkadang datang rasa takut ketika saya memberi bimbingan kepada orang lain berkaitan hal ini, sedangkan saya bukanlah orang yang selayaknya.

Akan tetapi, saya merasakan setiap orang yang melalui jalan da'wah amat memerlukan bahkan menjadi kemestian kepadanya untuk mendapatkan bekalan ini. Maka, saya memohon pertolongan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar dapat menulis pandangan sepintas lalu untuk bimbingan.

Oleh kerana bekalan ini seperti bekalan-bekalan lain, boleh bertambah dan berkurangan bahkan kehabisan; kita mestilah bersungguh-sungguh memperbaharuinya, menambahnya dan menjaganya agar tidak berkurangan atau kehabisan. Seperti-mana yang akan kita lihat, kita akan mendapati Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mempermudahkan untuk kita pelbagai sebab-musabab pada setiap masa tanpa sebarang hitungan.

A. AL-QUR'AN


Ia antara wasilah yang terpenting, termudah, terkuat dan terbanyak adalah kitab Allah, ini merupakan bekal yang sentiasa menolong dan tidak akan kehabisan. Bahkan kita mendapati di dalamnya beberapa jenis wasilah yang lain iaitu keilmuan, nur, hidayat, rahmat dan zikir.

Al Qur'an menggalakkan kita untuk membacanya kerana ini merupakan wasilah yang paling afdal untuk mendapatkan bekalan iman dan taqwa kepada Allah. Al-Qur'an juga membimbing kita mentauhidkan Allah, kerana ia mendamaikan dan mententeramkan jiwa. Al-Qur'an mengarahkan kita agar mengabdikan diri kepada Allah, kerana ia membolehkan seseorang itu mendapat bekalan taqwa yang sentiasa diperbaharui. Ia juga menyeru kita bertafakkur terhadap ciptaan Allah. Dengan itu, kita dapat mengenali sifat-sifat Allah yang melahirkan keinginan untuk mengagungkan, membesarkan dan menyucikan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Pada demikian itulah, bekalan iman dan taqwa yang terbaik. Di dalam Al-Qur'an kita mendapati nasihat dan teladan dari kisah-kisah para Rasul dan kaum-kaum terdahulu, yang dapat membekalkan pengalaman dan hikmah ketika kita berda'wah di jalan Allah.

Al-Qur'an menuntut agar kita ta'at dan mencontohi Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Itulah penolong dan pembimbing yang terbaik di jalan da'wah. Di dalam Al-Qur'an terdapat arahan dan gesaan melakukan kebaikan, dan berwaspada dari melakukan kejahatan dan menegahnya. Di dalamnya juga terdapat peringatan terhadap hari akhirat, hari kebangkitan, hisab dan pembalasan. Padanya terdapat galakan dan khabar gembira tentang syurga, dan juga ancaman neraka. Secara keseluruhannya kita mendapati di dalam Al-Qur'an segala kebaikan yang diperlukan insan untuk kebahagian dunia dan akhirat, memeliharanya, dan menyelamatkannya dari kesusahan, kecelakaan di dunia dan azab di akhirat. Seperti-mana terdapat di dalamnya unsur-unsur penting tarbiyyah yang membina keutuhan 'aqidah dan menjana tenaga ke arah kebaikan:

Sesungguhnya Al-Qur'an ini memberi petunjuk kejalan yang amat betul (agama Islam). Al-Qur'an ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).........(Surah Al-Jathiah: Ayat 20)


(Al-Qur'an) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.......(Surah Al-'Imran: Ayat 138)


Dan Kami turunkan dengan beramur-ansur dari Al-Qur'an Aya-ayat Suciyang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya....(Surah Al-Isra': Ayat 82)

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Qur'an yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman......(Surah Yunus: Ayat 57)


Sesungguhnyatelah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Qur'an) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Qur'an) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.....(Surah Al-MaMdah: Ayat 15-16)


B. DARI JAHILIYAH KEPADA ISLAM

Jika kita bertanya apakah yang berlaku, sehinggakan pelbagai jenis kerosakan dan kesesatan di Semenanjung 'Arab dan kaum jahiliyyah telah bertukar menjadi umat yang terbaik diutuskan kepada manusia? Telah lahir dari kalangan mereka contoh-contoh yang tiada bandingannya dan paling menarik diperkatakan dalam segenap segi kebaikan. Sekiranya kita melihat kita akan mendapati perkara yang berlaku di Semenanjung 'Arab iaitu turunnya Al-Qur'an kepada scorang yang jujur, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang di bawa oleh malaikat yang jujur Jibril. Nabi Muhammad menyampaikannya dengan penuh amanah kepada manusia. Setelah itu, mereka yang beriman mendapat tarbiyyah di madrasah Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam. Maka Al-Qur'anlah yang mengubah mereka. Lalu lahir pelbagai contoh yang mendorong pembentukan negara Islam. Tangan-tangan mereka meluaskan pembukaan empayar Islam. Nur terus menyinar menghilangkan kegelapan. Kita telah melihat mereka yang 'aqidah Islam menguasai dirinya, menanggung pelbagai jenis azab tanpa melepaskannya. Nilai ruh dan harta menjadi murah demi mempertahankan ketetapan 'aqidah. Yasir, Sumaiyyah, Bilal, Suhaib dan selain daripada mereka Radiyallahu 'anhum adalah insan teladan yang unggul. Mereka tetap menjadi contoh yang diperkatakan pada setiap generasi turun-temurun.

Kita juga melihat mereka yang menjadi contoh dalam mujahadah diri, mujahadah nafsu yang keji dan menghiasi diri dengan akhlaq yang murni. Diri mereka diperkatakan sebagai contoh dalam kebenaran, kesetiaan, amanah, lemah-lembut, zuhud, cinta, ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri), jihad, pertarungan dengan musuh, kemurahan hati, menegakkan keadilan dan rasa bertanggungjawab. Lahir dari kalangan pemuda mereka yang layak menjadi pemimpin tentara seperti Usamahbin ZaidRadiyallahu 'anhuma.

C. AL-QUR'AN DI TANGAN KITA


Inilah dia Al-Qur'an di tangan kita, tiada sebarang penyelewcngan padanya. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berjanji untuk menjaganya:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya......(Surah Al-llijr: Ayat 9)


Inilah dia madrasah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dihadapan mata kita yang tergambar di dalam sirah dan sunnah Baginda. Adakah boleh kita membuat perubahan dan melahirkan insan teladan yang hampir menyamainya? Saya katakan: Ya, sekiranya kita meng'amalkan Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sepertimana kaum Muslimin yang terdahulu meng'amalkannya. Kaum Muslimin yang terdahulu mengagungkan Al-Qur'an apabila mereka mendengarnya atau membacanya kerana ia adalah Kalam Allah yang Maha Agung, Maha Besar dan Maha Tinggi. Mereka memberikan nilaian yang sebenar terhadap kelebihan Allah dan rahmatNya dalam menyampaikan pengertian

KalamNya kepada pemahaman para makhluk melalui susunan huruf dan suara yang dimiliki oleh manusia. Mereka men­dengarnya dengan hati yang "hadir", tadabbur dan pertimbangan 'aqal sambil menghindarkan apa-apa yang menyekat kefahaman. Setiap mereka mendengarnya seolah-oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala mengkhususkan kepadanya setiap arahan dan larangan. Hati-hati mereka sentiasa terkesan dengan nasihat, ibarat, tegahan dan khabar gembira yang terdapat di dalamnya. Setiap kali mereka mendengar seruan: "Wahai orang-orang yang beriman"; mereka mendengarnya dengan penuh perhatian dan mengambil-berat terhadap segala tujuk-ajar, arahan atau larangan yang menyusul selepas seruan itu. Agar mereka dapat mendalami pemahamannya dan menghalusi dalam pelaksanaannya. Seterusnya, berserah secara mutlaq kepada Allah dan meredainya dengan sempurna tanpa berbolak-balik atau berlengah-lengah. Lantaran ia bukanlah seruan daripada seorang manusia, akan tetapi seruan Allah yang menjadikan manusia, dan yang memiliki kekuasaan dan keperkasaan. Pemikianlah keadaan mereka dengan Kitab Allah dan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam pada setiap seruan dan perintah atau larangan. Mereka menyakini bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam tidak bertutur dengan hawa nafsu akan tetapi dengan wahyu dan arahan Allah.

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami ta 'at" dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan....(Surah An-Nur: Ayat 51)

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka...(Surah Al-Ahzab: Ayat 36)


Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan Engkau hakim Dalam mana-mana perselisihan Yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa Yang telah Engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu Dengan sepenuhnya.

(Surah An-Nisa': Ayat 65)


Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (Sallallahu 'alaihi wasallam) kepada kamu maka terimalah serta 'amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya...............(Surah Al-Hasyr: Ayat 7)

Sesiapa yang ta 'at kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah...........(Surah An-Nisa': Ayat 80
)

Dengan demikianlah mereka menjadibagaikan Al-Qur'an yang hidup dan berjalan di muka bumi. 'Amalan mereka telah membantu mereka untuk menghafal Al-Qur'an bukanlah hafalan mereka yang membantu untuk ber'amal.

Adapun kaum Muslimin pada hari ini telah mewarisi Islam tanpa mengalami susah-payah dan keperitan. Mereka mewarisi sebahagian darinya atau bercampur dengan bid'ah dan khurafat. Mereka mewarisinya dalam keadaan intipatinya dan unsur-unsur pokoknya telah dicabuli. Mereka mewarisinya dengan semangat yang pudar, lemah dan pasif. Mereka tidak meletakkan nilaian yang sebenar pada kedudukan mereka dengan agama yang benar ini. Mereka tidak merasai nilai keagungan Al-Qur'an sebagai kalam Tuhan sekalian alam. Mereka menghindar dan berpaling darinya. Apabila mendengarnya mereka tidak mentadabbur, mengutamakannya atau akur terhadap suruhan dan larangannya. Mereka lebih memberi perhatian terhadap kemerduan suara qari seolah-olah mendengar nyanyian lagu. Mereka menyahut bacaan qari dengan hiruk-pikuk suara mereka sebagai tanda kekaguman terhadap suara qari. Sekiranya mereka mentadabbur dan hati mereka terkesan dengan ayat-ayat Allah itu nescaya mereka diam dan khusyu' kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala menyuruh:


Dan apabila Al-Qur'an itu dibacakan, makadengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

(Surah Al-A'raf: Ayat 204)


Alangkah jeleknya para qari yang merasa 'ujub dengan sendaan ini. Sekiranya mereka menghormati Al-Qur'an sudah tentu mereka akan meminta para pendengar berdiam, sekira­nya mereka enggan ia akan menghentikan bacaan.

Ramai dari kalangan kaum Muslimin pada hari ini dilekakan dengan kehidupan dunia. Hati dan 'aqal mereka amat sibuk dengannya. Itulah yang menjadi penghadang nur Al-Qur'an untuk menyinari hati mereka agar ia memancarkan nur iman:

(Setelah diterangkan Yang demikian) maka Adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

(Surah Muhammad: Ayat 24)

Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

(Surah Al-Mutaffifin: Ayat 14)


D. CONTOH TELADAN BOLEH BERULANG


Walaupun begitu, kehendak Allah telah menetapkan kekalnya kebaikan pada umat Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam sehinggalah hari qiamat. Ketika mana Allah berkehendak memperbaharui urusan agama ini dengan tangan Al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna Rahimahullah - kerana beliau mengetahui hikmah dan kesan Al-Qur'an di dalam jiwa lalu beliau mengumpulkan Ikhwan Muslimin dengan Kitab Allah dan sunnah NabiNya; beliau juga membimbing dan mendidik mereka sebagaimana salafussalih bermu'amalah dengan Al-Qur'an, beradab dengan adabnya, mematuhi segala ajarannya, mengkaji sirah dan menonjolkan teladan unggul yang dilahirkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam - kita mendapati gambaran-gambaran bagi teladan tersebut berulang. Kita melihatnya di dalam berbagai-bagai bidang. Ianya muncul di dalam jihad, pengorbanan, peperangan dan kerinduan mengecapi syahid di Palestin. la muncul di antara manusia sebagai contoh yang unggul untuk mematuhi ajaran Islam. Lantaran kebenaran, kesetiaan, amanah dan akhlaq yangbaik mereka menjadi sandaran yang dipercayai. la juga muncul di kalangan mereka yang menanggung kesakitan, azab dan ujian dari musuh Allah tetapi mereka tetap cekal dan tidak ber^anjak, maka Allah menjemput mereka sebagai syuhada'. Panji Islam terus dijulang tinggi sehinggalah discrahkan kepada orang selepas mereka tanpa kecuaian, kelemahan, pengabaian, penukaran dan pengubahan:

Di antara orang-orang yang beriman itu, adayang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka adayang telah selesai menjalankan janjinya itu (lain gugur syahid), dan di antaranya adayang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang merekajanjikan itu) sedikitpun.

(Surah Al-Ahzab: Ayat 23)


Maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.

(Surah Ali-'Imran: Ayat 146)


E. AYUHLAH KITA MEMPERELOKKAN HUBUNGAN DENGAN AL-QUR'AN


Selepas telah jelas kepada kita kesan Al-Qur'an kepada kita; bagaimana ia dapat mengubah jiwa dan menerangi jalan serta memben hidayat ke arah jalan yang lurus. Sesungguhnya pembacaannya menambah iman dan tawakkal orang mu'min terhadap Allah, sepertimana yang telah ditentukan ayat Al-Qur'an:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ilu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

(Surah Al-Anfal: Ayat 2)


Sekiranya, orang yang membaca Al-Qur'an memberikan pertimbangan yang sewajarnya dan takutkan Allah nescaya ia akan terkesan dengan Al-Qur'an, dan tubuhnya akan gementar ketika membaca atau mendengarnya. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan Iaitu Kitab suci Al-Quran Yang bersamaan isi kandungannya antara satu Dengan Yang lain (tentang benarnya dan indahnya), Yang berulang-ulang (keterangannya, Dengan berbagai cara); Yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang Yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk Dengan Al-Quran itu kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya Yang salah), maka tidak ada sesiapa pun Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadaNya.

(Surah Al-Zumar: Ayat 23)

Sekiranya Kami turunkan Al-Qur'an ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyu' serta pecah-belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

(Surah Al-Hasyr: Ayat 21
)

Jika kita memperelokkan hubungan dengan salah satu ayat dari Al-Qur'an, nescaya kesannya akan terhasil. Ianya menggegar perasaan dan menerangkan hati seperti aliran elektrik yang menghasilkan suatu tenaga. Manakala apabila terdapat penebat, alirannya tidak akan mengalir dan tidak memberikan apa-apa kesan.

Al-Qur'an mengubati permasalahan iman pada keseluruh-an aspeknya. la menunjukkan banyak tempat yang memudahkan orang tidak beriman untuk mendapatkan iman dan orang telah beriman menambahkan iman, pada setiap kali ia mem-baca atau mendengar Al-Qur'an.

Al-Qur'an menentukan risalahkita agar ditunaikan di dalam kehidupan dunia dan tidak menyimpang daripadanya; firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

(Surah Az-Zariyat: Ayat 56)


Al-Qur'an memelihara dan membimbing kita bagaimana menentukan sikap dalam pelbagai hal, agar kita menjejaki jalan para mu'minin pada perkataan dan perbuatan. Kita kembali kepada Allah ketika miskin, sakit, sempit, menghadapi tekanan dan bersua musuh. Demikian juga, kita mensyukuri segala ni'mat Allah. Berikut ini adalah ayat-ayat Al-Qur'an yang menjelaskan perkara tersebut:

Ia berdo'a dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yangEngkau berikan."

(Surah Al-Qasas: Ayat 24)

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdo'a merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani."

(Surah Al-Anbiya': Ayat 83)


Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orangyang menganiaya diri sendiri." Maka Kami kabulkan permohonan do'anya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelarnatkannya Kami akan selamatkan orang-orangyang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).

(Surah Al-Anbiya': Ayat 87-88)

Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdo 'a dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."

(Surah Al-Baqarah: Ayat 250)


Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdo'alah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku sttpaya tetap bersyukur akan ni'matmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan 'amal salih yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."

(Surah Al-Ahqaf: Ayat 15)

Kita mendapati Al-Qur'an mengawasi dan memelihara kita dari terjebak ke lembah dukacita dan putus asa terhadap rahmat Allah. Allah Subhanahu wa Ta'ala juga mencetuskan rasa ketenangan, kedamaian jiwa, impian dan rasa penuh pengharapan kepada rahmat Allah:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al-Zumar: Ayat 53)


Penda'wah di jalan Allah mendapati Al-Quran sebagai pembantu dan bekalan yang terbaik. la dapat mengenali uslub da'wah yang sahih yang disampaikan dengan Iisan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Bagaimana mereka bersabar di atas penghinaan daripada kaum mereka sendiri, mempunyai ke-cederungan yang tinggi terhadap iman, dan mengusir kekufur-an dan penderhakaan.

Pembacaan dan penghafalan Al-Qur'an adalah bekalan terbaik bagi penda'wah di jalan Allah. Ianya membantu untuk mereka mengemukakan dalil-dalil dari ayat Al-Qur'an ketika memperkatakan tentang sesuatu perkara. Maka penerangan mereka akan menjadi lebihberkesan terhadap jiwa.

F. MENGIKUT DAN MELAKSANAKAN


Kita mestilah mentadabbur Al-Qur'an ketika membacanya. Jika kita tidak terdaya mentadabbur melainkan dengan mengulang-ulangkan sebahagian ayat maka lakukanlah. Telah diriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam melakukan qiamullail dengan mengulang-ulangkan bacaan ayat:

Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak adayang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; danjika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Surah Al-Ma'idah: Ayat 118)

Kita mestilah meletakkan keinginan yang utama dalam pembacaan Al-Qur'an ialah untuk mengikut dan meng'amal-kan:

Dan turutlah - Al-Qur'an - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya

(Surah Al-Zumar: Ayat 55)


Kita hendaklah mengikut arahan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam pembacaan Al-Qur'an:

Bacalah Al-Qur'an selagi mana hatimu akrab padanya dan kulitmu lembut padanya. Apabila kamu berselisihan maka kamu bukanlah orang yang membacanya. Dalam riwayat yang lain: Apabila kamu berselisih beredarlah darinya (berpalinglah dari sebab berlakunya perpecahan).

Berwaspadalah, jangan hanya terlalu mengambil berat dengan makhraj huruf dan hukum-hakam tilawah sehingga mengabaikan tadabbur dan kefahaman. Tidak sewajarnya seluruh penumpuan diberikan kepadanya tanpa memahami segala maksud ayat sehinggakan tidak mendatangkan kesan kepada diri pembaca.

Berterusanlah membaca Al-Qur'an agar bekalan sentiasa diperbaharui dan hubungan dengan Allah sentiasa terjalin dengan cara membaca kalamNya. llafallah Al-Qur'an selagi mana terdaya. Ianya membantu untuk kita menunaikan salat, qiamullail dan mencari dalil pada perkara yang perlu. Adakala-nya mushaf tidak berada di tangan, maka kita merujuk kepada hafalan:

Dan Demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka Adakah sesiapa Yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

(Surah Al-Qamar: Ayat 17)

No comments:

Post a Comment