Pages

Friday, April 16, 2010

Siri Dakwah 05

05 Bertakaffur Terhadap Nikmat Allah      
Written by Mustafa Masyhur  

Kita mendapati manusia sentiasa berterima-kasih sesama mereka ketika mana seseorang daripada mereka menghulurkan bantuan kepada saudaranya yang lain, sekalipun pertolongan itu kecil. Kita tidak menemui ramai yang bcisyukur kepada Allah di atas ni'matNya sekalipun besar. Scolah-oleh ni'mat-ni'mat itu adalah suatu yang diperolehi dengan usaha sendiri, bukan Dengan kelebihan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Malahan ramai yang menggunakan ni'mat untuk tuiuan maksiat. Itulah kelalaian, bantahan dan kekufuran terhadap ni'mat. Mereka tidak memberikan nilaian sebenar terhadap ni'mat melainkan jika mereka terhalang dari mendapatkannya atau musibah menimpa mereka. Tatkala itu, mereka akan kembali memohon kepada Allah. Ada juga yang merasa sempit (putus asa) dengan kehidupan sehingga ingin membunuh diri.

Dan apa-apa nikmat Yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; Kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.

Kemudian, apabila ia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan (sesuatu Yang lain) Dengan Tuhan mereka.

(Mereka melakukan Yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat Yang Kami berikan kepada mereka. oleh itu, Bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia), kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk Yang akan menimpa kamu).

(Surah Al-Nahl: Ayat 53-55)

Dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua Yang kamu hajati. dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

(Surah Ibrahim: Ayat 34)

Dengan itu, kita mendapati Al-Qur'an Al-Karim menyeru kita agar bertafakkur dan mengenali ni'mat Allah yang tidak terhingga banyaknya. Perlulah diberi nilai yang scwajarnya kepadanya dan merasai kelebihan Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan limpahan kurniaNya. Mestilah dilaksanakan segala kewajipan puji dan syukur kepada Allah. Amat penting sekali kita merenung, bertadabbur dan menghargai terhadap segala tanda-tanda kekuasaan Allah. Dengan demikian, kita dapat menambah perasaan ingin menerima kelebihan, kemuliaan, rahmat, dan ihsan Allah. Selain itu, rasa kefakiran dan keperlu-an diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala juga bertambah, pada setiap detik dan pergerakan atau diam. Perlu juga disedari betapa cuainya kita dalam menunaikan kewajipan syukur dan kemestian menggunakan ni'mat-ni'mat ini untuk keta'atan dan menjauhi kemaksiatan.

Ni'mat yang terbesar dan teragung ialah ni'mat Islam:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al-Ma'idah: Ayat 3)

Sesungguhnya deen diredai disisi Allah ialah Islam

(Surah Ali-'Imran: Ayat 19)

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

(Surah Ali-'Imran: Ayat 85)

Agama inilah yang membekalkan kebahagiaan, keharmonian dan ketenangan di dunia; dan kejayaan, keni'matan dan keselamatan di akhirat. Tanpanya, akan mengundang segala kesengsaraan, kehilangan dan perpecahan di dunia; dan kerugian, azab, terhijab dari keredaan Allah dan keni'matan di akhirat.

Sesungguhnya ramai Muslimin hari ini tidak menilai ni'mat Islam yang mereka anuti. Lantaran mereka mewarisinya tanpa penat-lelah. Mereka tidak berusaha untuk mengenali perkara yang mendatangkan kebaikan di dunia dan akhirat. Ni'mat Islam adalah segala-galanya, dan tiada apa pada selainnya. Ini kerana, musibah yang menimplfagama adalah lebih bahaya daripada musibah yang menimpa harta, anak-anak, pendengaran, penglihatan dan Iain-lain perhiasan dunia. Inilah dia Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang kita kasihi membimbing ke arah tersebut dengan do'a:

Ya Allah ! Janganlah jadikan musibah kepada agama kami, dan janganlah jadikan dunia sebagai keinginan kami yang terbesar dan matlamat ilmu kami.

Kita amat perlu mengulang-ulangkan kata-kata memuji Allah di atas ni'mat ini:

Dan Kami cabutkan Segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam syurga) Yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur Dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin Kami (dengan taufiqNya); Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan Kami Dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah syurga Yang diberikan kamu mewarisinya Dengan sebab apa Yang kamu telah kerjakan".

(Surah Al-A'raf: Ayat 43 )

Allah Subhanahu wa Ta'ala menyeru kita agar memelihara ni'mat ini sehinggalah kita bertemu denganNya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

(Surah Ali-'Imran: Ayat 102)

Ini kerana ketetapan amalan adalah dengan amalan yang terakhir. Lihatlah Nabi Yusuf 'Alaihissalam setelah diberikan kepadanya kuasa pemerintahan, Baginda berdo'a agar Allah mewafatkannya dalam Islam.

Wahai Tuhanku!' Sesungguhnya Engkau telah mengurmakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang salih.

(Surah Yusuf: Ayat 101)

Untuk menyempurnakan ni'mat ini ke atas kita, wajiblah kita menjadi Muslim yang sebenar bukanlah sekadar keturunan sahaja.

Ni'mat ukhuwwah dan kasih-sayang yang terjalin kerana Allah adalah ikatan yang kuat dan tulus. Alangkah berharganya kebahagian dan kelapangan jiwa yang tidak dapat dinilai me­lainkan orang yang merasainya. Siapa yang merasa pasti mengetahui. Dengan kerana Allah mereka bantu-membantu untuk membuat kebaikan, memberi nasihat, mengingatkan perkara yang baik, bersemangat setiakawan, menjalin kemesraan dan kasih-sayang. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengingatkan kita ni'mat ini dengan firmanNya:

Dan (Dia lah) Yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah Engkau belanjakan Segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Surah Al-Anfal: Ayat 63)

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah ni'mat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan ni'mat Islam), maka menjadilah kamu dengan ni'mat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.

(Surah Ali-'Imran: Ayat 103)

Kehidupan di tengah-tengah kelompok masyarakat yang hati mereka diselaputi kedengkian, iri hati, rasa permusuhan dan kebencian adalah kehidupan yang tandus. Sepanjang masa diselubungi dukacita, kesedihan dan penderitaan. Kita memohon perlindungan daripada Allah dari hal seperti ini.

Selepas kita menilai ni'mat yang besar ini, marilah kita perhatikan ni'mat yang lebih kecil darinya. Cubalah bayangkan ketika anda bersendirian: Mata anda terkena sesuatu menyebabkan hilang penglihatan dan para doktor pula gagal mengubatinya. Fikirkanlah secara mendalam tentang perubahan yang akan berlaku dalam kehidupan engkau: Perbuatan, pergerakkan dan segalanya yang berhubungkait dengan kehidupan engkau akan mengalami kepayahan dan kesempitan. Sedalam mana kamu berfikir tentangnya, sekadar itulah engkau menilai ni'mat ini. Di mana, jika engkau diberi pilih antara harta yang banyak dengan ni'mat ini nescaya engkau memilihnya. Tatkala itu, engkau mempunyai perscdiaan yang cukup untuk berjanji dengan kepada Allah: "Sekiranya Allah mengembalikan penglihatan, nescaya engkau menggunakannya untuk keta'atan kepada Allah dan engkau tidak menggunakannya di jalan maksiat." Sayugialah kita melazimkan diri sendiri melaksanakan perkara ini atau menanti musibah menimpa lalu kita ingin berjanji.

Bayangkan jika engkau kehilangan pendengaran dan penglihatan. Bagaimanakah keadaan ketika itu. Engkau akan merasakan diri berada di dalam penjara yang gelap-gelita. Engkau tidak boleh melihat dan mendengar apa-apa yang ada di persekitaran. Semua pergerakkan dan urusan kehidupan engkau menjadi lebih susah, sempit dan terbatas.

Tatkala itu engkau dapat mengetahui nilai ni'mat ini, kelebihan, rahmat dan ihsan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dan juga sejauh mana kefakiran dan keperluan engkau kepadaNya. Sesungguhnya jika engkau berpuasa sepanjang hari, melakukan qiamullail sepanjang malam dan seluruh umur digunakan untuk keta'atan kepada Allah, engkau masih lagi tidak menunaikan hak kesyukuran yang sebenarnya di atas dua ni'mat tersebut.

Wahai saudaraku! Janganlah merasa kesempitan. Teruskan bersamaku dan gambarkan pula engkau telahpun kehilangan pendengaran dan penglihatan, kemudian tidak boleh bertutur. Bagaimanakah keadaan ketika itu. Penjara akan menjadi bertambah gelap dan pergerakan semakin terbatas. Susah bagi engkau untuk menjalani kehidupan. Amat sukar diketahui kehendak sebenar apabila engkau inginkan sesuatu atau sese-orang inginkan sesuatu daripada engkau. Tanyalah diri sendiri tentang kadar kesabaran dan keredaan dengan keadaan itu. Selagi mana engkau tidak merasai kelazatan iman engkau tidak mampu menjalani kehidupan seperti itu.

Sayugialah kita melazimkan diri sendiri menggunakan ni'mat ini untuk ta'at kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Janganlah melihat inclainkan yang halal, janganlah mendengar melainkan yang halal, janganlah bertutur melainkan yang baik.

Alangkah besarnya ni'mat akal yang Allah Subhanahu wa Ta'ala anugerahkan. Sekiranya tiga pancaindera engkau itu dikembahkan tetapi suatu musibah atau penyakit menimpa 'aqal, gambarkanlah apa yang akan berlaku. Alhamdulillah anda mempunyai 'aqal, jika tidak sudah tentu anda tidak mengikuti penulisan ini dan saya juga Merehatkan diri; apakah yang akan terjadi? Tiadalah kawalan, tiada kesedaran diri, tidak menyedari sebarang bahaya, tiada kesefahaman dan tiada kesejahteraan dari berlakunya sebarang tindakan pada bila-bila masa. Kesudahannya ialah diri mereka dikurungbersama mereka yang sama jenis sehinggalah menemui ajal. Adakah kita tidak merasai nilai ni'mat 'aqal lalu menggunakannya untuk mengenali Allah dan apa-apa yang mendatangkan manfa'at kepada din dan agama. Kita juga tidak mengguna-kannya pada perkara yang Allah murkai.

Demikianlah jika kita fikirkan pada ni'mat yang lain yang terdapat pada jasad manusia seperi tangan, jari, kaki dan Iain-lain anggota serta organ-organ di dalam jasad. Jika salah seorang dari kita kehilangan sebahagian darinya nescaya akan cacatlah pergerakannya. Kemungkinan kita terpenjara di atas katil sepanjang hayat. Gambaran-gambaran seperti ini yang kelihatan di hadapan kita, seperti sedikit kesilapan pada urat saraf di dalam otak mungkin menyebabkan kecacatan tidak boleh bertutur atau lain-lain. Adakah kita bersyukur kepada Allah di atas kesejahteraan? Bacalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan tadabbur dan khusyu':

Wahai manusia! apakah Yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah? -

Tuhan Yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan Yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan Dengan kekuatannya;

Dalam bentuk dan rupa apa sahaja Yang dikehendakiNya, ia menyusun kejadianmu.

(Surah Al-lnfitar: Ayat 6-8)

Ni'mat yang banyak ini diperlukan oleh jasad seperti makanan, air, udara dan kepanasan, haiwan, tumbuhan, burung merupakan ni'mat yang jika tidak digunakan mungkin kita akan mati atau terdedah kepada kebinasaan. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjadikan air yang boleh menghidupkan segala-galanya. Adakah engkau fikirkan bagaimana air sampai kepada engkau melalui suatu proses. Bermula di lautan menjadi wap lalu dibawa angin menjadi awan. Setelah itu, angin membawa awan dan menurunkan hujan. Dengan sebab adanyabukit dan dataran tinggi, air mengalir melalui sungai sehingga sampai kepada kita?

Di dalam udara pula terkandung gas-gas yang perlu untuk kehidupan. Demikianlah, sekiranya digambarkan tiadanya air, udara, makanan atau kepanasan nescaya engkau tidak berupaya untuk hidup dan terdedah kepada kebinasaan.

Alangkah indahnya sunnah Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang mengingatkan kita tentang kelebihan dan ni'mat Allah setiap kali kita meni'mati sebahagian ni'mat-ni'mat ini.

Adakah kita telah melupakan ni'mat isteri dan zuriat yang salih:

Danjuga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdo'a dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat kemrnnan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa."

(Surah Al-Furqan: Ayat 74)

Gambarkan bagaimana kehidupan bersama isteri yang tidak salibah atau tanpa beristeri. la akan menyebabkan diri engkau terganggu, menanggung kepenatan bahkan boleh berlaku fitnah. Begitu juga zuriat yang tidak salih, akan menyebabkan keduka-citaan dan kesusahan. Lihatlah mereka yang tidak dianugerahkan zuriat, mereka amat merinduinya.

Bersyukurlah dan takutlah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan adanya ni'mat-ni'mat ini dan tunaikanlah kewajipan terhadapnya. Benarlah firman Allah yang Maha Benar:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih-sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

(Surah Al-Rum: Ayat 21)

Adakah tidak kamu tikirkan?

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan la yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfa'at darinya). Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. Dan la telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung ni'mat. Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai ni'mat Tuhannya.

(Surah Ibrahim: Ayat 32-34)

Tuhan kami! Engkaulah yang Maha Benar. Kami tidak dapat menghitungnya. Kami juga tidak terdaya untuk melakukan kewajipan bersyukur kepada Hngkau sepenuhnya. Engkau adalah sepertimana pujian Engkau ke atas diri Engkau. Wahai saudaraku! Adakah anda fikirkan jika anda dihalang dari mendapat ni'mat ini? Alangkah indahnya firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mengingatkan kita mengenainya:

Katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; Tuhan Yang manakah Yang lain dari Allah, Yang dapat membawakan cahaya Yang menerangi kepada kamu? maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?"

Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; Tuhan Yang manakah Yang lain dari Allah, Yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan Bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?"

dan di antara rahmat pemberianNya, ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.

(Surah Al-Qasas: Ayat 71-73)

Justeru, adakah kita bersyukur?

Sesungguhnya kita tidak berdaya untuk terus menghitung ni'mat-ni'mat Allah. Akan tetapi, wahai saudaraku, rasailah ni'mat Allah ke atas engkau pada setiap perkara. Ketika engkau bergerak, bertulur, makan, minum, memakai pakaian, tidur, bangun, melihat, mendengar, menghidu, merasa atau melakukan apa sahaja di dalam kehidupan. Tanpa kelebihan dan rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, engkau tidak berupaya melakukan sesuatupun. Maka, bermuraqabahlah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Jadikan apa sahaja daripada engkau adalah kerana Allah, dengan nama Allah danbertepatan dengan syari'at Allah.

Ramai manusia tersilap apabila mereka membataskan pandangan terhadap ni'mat Allah pada pendapatan bulanan atau tahunan. Mereka melupakan ni'mat-ni'mat Allah yang lain yang telah kami sebutkan sebahagiannya sebelum ini. Ianya tidak menyamai nilai wang berjuta-juta. Benarlah firman Allah yang Maha Besar:

(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang detnikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuhakan dan di-mewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya "Tuhanku telah memuliakan daku" Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"

(Surah Al-Fajr: Ayat 15-16)

Bctapa perlunya kita membetulkan pandangan seperti ini. Kehidupan dunia ini adalah ujian. Kita diuji dengan kebaikan seperti mana diuji dengan kejahatan:

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

(Surah Al-Anbiya': Ayat 35)

Selepas imbasan tafakkur pada ni'mat Allah ini, saya merasakan kita telah memperolehi bekalan pengetahuan, kelebihan ni'mat dan keindahan ihsan Allah terhadap kita, dan sejauh mana kefakiran kita kepada Allah. Inilah bekalan yang mendorong kita untuk membesarkan dan mentaati Allah serta mengelokkan 'amalan. la juga memelihara kita daripada terburu-buru menggunakan ni'mat untuk tujuan maksiat. Jika Allah menghentikan daripada menurunkan rahmatNya kepada insan nescaya berubahlah ni'mat yang sedia ada sekarang ini kepada seksaan yang menyebabkan kesengaraan dan kita merasai dosa dengan sebabnya.

No comments:

Post a Comment