1. Kurang minum air
Fungsi utama air adalah untuk menyahtoksinkan organ-organ penting badan kita dan membantu membawa nutrient dalam darah kepada sel-sel dalam tubuh. Kurangnya air dalam badan kita boleh membuatkan sistem badan kita tidak dapat berfungsi dengan seimbang.
2. Stress atau Tertekan
Stress adalah keadaan mendesak dan menekan yang melebihi keupayaan seseorang untuk menanganinya. Biasanya apabila stress, Kita lebih cenderung untuk merokok, makan makanan ringan atau tidur secara berlebihan. Selain itu, hormon kortisol yang dirembeskan semasa kita sedang stress boleh mengurangkan penghasilan kolagen oleh kulit.
3. Kurang tidur
Tidur yang cukup membolehkan badan menerima nutrient secara optima. Badan kita akan terasa lebih segar dan kulit akan menjadi lebih bersinar setelah bangun tidur keesokan harinya.
4. Kurang bersenam
Bersenam bole mengurangkan hormon kortisol yang terhasil akibat stress. Hormon kortisol boleh menyebabkan penghasilan minyak yang berlebihan dan mengurangkan penghasilan kolagen oleh kulit
5. Perokok tegar
Bahan kimia yang terdapat dalam asap tembakau boleh menyebabkan kulit kendur dan kerepot. Merokok tegar boleh menyebabkan perubahan warna pada kulit, gigi dan kuku, juga dikenali sebagai ‘stained finger’
6. Makeup tidak dibersihkan dengan sempurna. Membersihkan makeup dengan betul penting untuk mengelakkan pori-pori tersumbat dengan kotoran. Bila pori-pori kita tersumbat, jerawat mula tumbuh dan kulit akan lebih berminyak.
7. Diet yang tidak seimbang
Kekurangan vitamin B, C, E , betakarotin dan potasium juga adalah punca kepada kulit kusam dan berjerawat. Nutrient- nutrient ini boleh diperolehi dlm buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kak Sue harap perkongsian ini bermanfaat pada uolss.
#setkecantikan
#cantik
Nak makan supplemen untuk tambah cantik? Hubungi saya sekarang..
Suria Shines
Pengedar Shaklee Skudai
www.wasap.my/60177774462
No comments:
Post a Comment