Pages

Wednesday, September 20, 2017

REVIEW SET GOUT SHAKLEE

SET GOUT SHAKLEE

GOUT SENTUH LANTAI PUN SAKIT 

Kita selalu dengar orang sakit GOUT. Kalau ke masjid nampak pakcik-pakcik solat guna kerusi tu haa, kena gout la tu. Sebab nak duduk antara dua sujud memang sangat tak mampu.

Sakit woo..  Alhamdulillah diri sendiri tak ada GOUT. Ok Sue intro sikeet apakah itu GOUT.


GOUT ni anak beranak dengan arthritis. Biasanya yang paling kerap kes kena kat orang lelaki. Umur 40 an. Tapi ada jugak Umur 24 tahun dah ada. Muda lagi ! Haaa.. depend la ya dengan gaya pemakanan. Ikutkan GOUT dengan ARTRITIS keadaan sakit nya sama lebih kurang.

Macam mana boleh jadi GOUT?
Abam-abam yang kena GOUT ni mereka ada masalah tidak dapat keluarkan ENZIM nama URIKASE. Fungsi enzim ni adalah tukarkan urik asid yang tak larut kepada bentuk yang larut. Oleh sebab kegagalan inilah lama kelamaan paras urik asid akan tinggi dalam darah dan tisu. Bila banyak berkumpul, akan terbentuk jadi cystalization atau kita panggil penghabluran.

Haa crystal? Elok la, cantik. Hahahah.. Crystal ni tak cantik ya. Yang ini SAKIT. Mau tak nya bila elok mendap kat sendi ibu kaki, kat pergelangan kaki. Tahap dewa sakit bila kat lutut. Jangan sentuh ! Mau kena lempang nanti. Para isteri sekalian, mohon faham. Kawal anak-anak jangan bagi bising dan main dekat kaki yang sakit ya.

Ok, boleh faham setakat ini?

Boleh kita sambung bagaimana suplemen Shaklee boleh bantu dan yang mana satukah sesuai.

SHAKLEE : GOUT

ALFALFA
***
Raja segala tumbuhan. Shaklee telah memilih sumber alfalfa yang ditanam secara organik dan gred paling tinggi dalam kelas alfalfa. Akar pokok alfalfa ni panjangnya 20 kaki ke dasar bumi. Bayang jelah berapa banyak nutrient yang alfalfa mampu serap.

Alfalfa bantu DETOX DARAH. Ingat tadi Sue cerita uruk asid berkumpul dalam darah dan tisu. Alfalfa ni tumbuhan yang sangat beralkali.

            Asid + Alkali = Neutral
            Urik asid + Alfalfa = paras acid mula neutral

Alfalfa juga bersifat "diuretic" penggalak kencing kerana ia kaya dengan mineral, asid amino dan nutrien (fosforus, kalsium, magnesium, kalium, dan karoten). Semua mineral ini "diuretik". Maka ia membantu untuk membuang pengumpulan bendalir di tisu otot dan sendi melalui kencing.

Alfalfa juga bersifat anti radang. Jadi ALFALFA ni boleh dikatakan "core suplement" untuk GOUT.

BCOMPLEX
*****
Antara punca GOUT adalah dari makanan yang tinggi PURIN - (daging merah, kekacang, seafood, buahan tertentu). Purin ni la antara komponen Urik Asid yang membentuk crystal. Adoii nama mu cantik, tapi tabiatmu ganazzz.

Bcomplex adalah nutrient untuk saraf. Tapi specifically dalam kes GOUT. Asid folik (salah satu jenis vitamin B) penting untuk memetabolisme nukleoprotin (kaum kerabat PURIN/PURINE).

OMEGAGUARD
******
Omegaguard memang famous. Banyak sangat manfaat. Ok. Gout adalah keradangan. Mana nakncam ia keradangan atau tak?

Tanda-tanda keradangan adalah :
Bila sentuh rasa panas
Bila tengok nampak bengkak
Ada warna merah
Dan pastinya rasa SAKIT

Ada kan rasa macam gini kalau masa attack GOUT?
Jadi Omegaguard ni kita otai la jugak as antiinflamation. Melegakan keradangan. Sebab ada OMEGA 3. Special OMEGAGUARD Shaklee ni dalam satu kapsule tu 90 % OMEGA 3. High concentration. Pastu pulak, bebas merkuri. Sumber ikan kecil yang minimum contaminasi dan 3 kali penulingan. Makan untuk GOUT, kolestrol turun skali. Otak pun lebih fokus.

Akhirnya..VIVIX
panjang dah ni. Letih gak dah taip.
Tapi nak jugak explain tentang VIVIX. Sebab yang ni super the penting.

Geng-geng GOUTbies ni memang gula-gula kegemaran mereka adalan PREDNISONE, TRAMAL, nak lagi kaw king kong ARCOXIA erm..ini semua memang melegakan. Sungguh. Makan ni jap lagi lega lah.

Tapi bila dah selalu amal ubatan ni, perasan tak, kekerapan sakit makin kerap. Tahu tak apa sebab nya?

Sebab yang Sue terpaksa bagitahu walaupun ia sadis. Semua ubatan ini adalah ramuan pemusnah buah pinggang. Jujur ku bagitahu. Boleh buka kitab MIMS al kitab of ubat. Tengok lah tertulis side effect.

Tahap kesihatan buah pinggang akan merosot. Makin lama makin tak mampu mengkumuhkan toxin termasuk urik asid tadi.

Oleh ikut Sue cadangkan sebelum anda adalah dicalonkan sebagai pesakit buah pinggang dan pelanggan tetap mesin dialysis, bantu buah pinggang anda sekarang. Baik pulih diri buah pinggang dengan bantuan VIVIX.

Macam nak tulis lagi. Tapi post dulu la. Jari jemari i lengguh dah ni.
FEEL FREE TO LIKE, COMMENT & SHARE.

No comments:

Post a Comment