Pages

Wednesday, August 30, 2017

SET ECZEMA SHAKLEE

SET ECZEMA SHAKLEE

Ekzema merupakan keadan kulit di mana menjadi merah, kering, gatal dan merekah. Menurut kajian, penyakit eczema mempunyai pertalian genetik di mana sekiranya salah seorang sama ada ibu atau bapa merupakan penghidap eczema maka ia memberi kesan genetic itu kepada anak-anak. Ya, demikianlah yang berlaku kepada anak kecil saya yang mempunyai masalah ini kerana suami saya juga turut menghidap eczema.


Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis (eczema atopik) yang sering berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa (usia lanjut). Hampir 30% keputusan diagnosis simptom kulit melibatkan eczema otopik.Perkataan Ekzema (eczema) berasal dari Greek iaitu ekzein yang bermaksud “mendidih” dan perkataan Ek bermaksud “keluar”. Manakala dalam bahasa Yunani pula, zema bermaksud “mendidih”. Ia terbahagi kepada 2 jenis ekzema iaitu:


ACUTE ECZEMA
  • Erythema : kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan
  • Papules : pembentukan tompok-tompok merah
ECZEMA KRONIK
  • Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
  • Kulit menebal kasar dan berkedut.

Apakah Simptom Simptom Penyakit Ekzema ?

Ekzema atopik biasanya akan berlaku berterusan dalam tempoh waktu yang sangat lama. Ia merupakan gelaja penyakit kronik yang hadir sepanjang masa di mana sepanjang tempoh itu akan berlaku pelupasan dan perluapan yang mungin teruk sehingga memerlukan rawatan intensif. Antara simptom utama penyakit ini adalah:
  • Kulit akan pecah dan merekah
  • Kawasan kulit tertentu mungkin akan koyak
  • Kulit terasa sangat kering
  • Rasa gatal selalunya akan lebih teruk pada waktu malam
  • Menggaru akan menyebabkan kulit terasa seperti menebal
  • Kulit menjadi radang, kemerahan, melepuh dan terkandung cecair
  • Kulit kelihatan seperti ada tompok lebam kecil, bertompok merah atau coklat kelabu.

Punca Atau Faktor Penyakit Eczema

Untuk pengetahuan anda, sehingga kini punca sebenar eczema masih belum dapat dikenalpasti sepenuhnya.. namun begitu, berdasarkan kepada kajian dan diagnosis yang telah dilakukan, terdapat beberapa punca dan faktor eczema telah dikenalpasti antaranya :
  • Perubahan emosi (resah dan stress)
  • Allergik kepada makanan dan bahan pengawet
  • Cuaca yang panas
  • Alergik kepada persekitaran (asap rokok, bahan kimia, haiwan berbulu, habuk)
  • Kuat berpeluh
  • Alahan kepada bahan pencuci seperti sabun dan detergen
  • Air berklorin tinggi
  • Alahan kepada pemakaian barang kemas dan bahan kosmetik
  • Alahan kepada fabric tertentu.
Kebiasaannya, bagi orang dewasa ekzema akan menyerang pada bahagian muka, siku, buku lali, leher dan lutut. Sementara bagi bayi pula, tanda-tanda eczema boleh jelas kelihatan pada bahagain pipi, leher, dahi, lengan, betis dan kulit kepala. Penyakit ini menyerang tidak mengira msa, ada yang menghidap eczema sejak bayi da nada juga yang mendapat eczema ketika dewasa.

Rawatan Penyakit Ekzema

Ekzema tercetus apabila kulit gagal berfungsi dengan baik untuk menghalang kemasukan “allergens” atau alahan dimana ia menyebabkan kulit menjadi kering. Hal yang mengakibatkan kulit menjadi sangat gatal dan pesakit akan menggaru. Tabiat menggaru ini akan menyebabkan kulit semakin kering, lapisan kulit akan terkoyak dan ruam akan mula muncul. Kitaran ini akan berulang seperti rajah di bawah.
kitar_eczema

Dengan mengetahui kitar ezkzema dan pencetusnya, ia memudahkan kita untuk mewujudkan langkah-langkah bagi mengawal kelembapan kulit serta mengubati radang. Antara langkah yang boleh diambil adalah:

Pakaian
  • Pakai pakaian yang longgar dan fabric yang selesa seperti kapas.
  • Elakkan memakai pakaian yang ketak serta tidak menyerap peluh.
Pemakanan
  • Makan makanan berkhasiat yang mampu mengekalkan daya tahan badan
  • Elakkan makanan yang pernah mendatangkan kesan-kesan alergik seperti sebelum ini seperti makanan laut, kekacang dan sebagainya.
Persekitaran
  • Mewujudkan pengudaraan yang baik di tempat tinggal.
  • Pastikan tahap kelembapan adalah sederhana.
  • Sentiasa menukar cadar dan selimut yang bersih.
  • Menggunakan sarung tangan jika perlu
Sikap
  • Elakkan terdedah dengan matahari yang kerap
  • Elakkan mandi dengan air panas
  • Kerap memotong kuku agar kulit tidak cedera teruk akibat digaru.
  • Mematuhi arahan doktor.
Rawatan eczema dengan Set Eczema Shaklee. Penyakit eczema boleh dihapadi oleh pelbagai peringkat umur termasuk bayi dan kanak-kanak. Menurut pakar kulit, penyakit eczema tidak dapat sembuh sepenuhnya. Namun begitu rawatan dan perhatian yang intensif dapat mengurangkan kesan penyakit itu dari terus menular dan menjadi kronik. Selain itu, pesakit juga perlu mendisiplinkan diri dengan penjagaan makanan, pakaian, selalu bersenam dan mengamalkan cara hidup yang sihat.
Jom kita baca cara merawat ekzema dan sakit kulit dengan Shaklee mengikut peringkat umur:

Bayi Berusia Bawah 1 tahun 
  • Kepada ibu yang menyusukan anak yanag menghidapi eczema, anda disyorkan mengambil Omega Guard dan Energizing Soy Protein (ESP). Khasiat dan kebaikannya akan disalurkan kepada bayi melalui penyusuan susu ibu.
  • Krim Herbal Bland boleh disapu kepada kulit bayi bagi megurangkan rasa gatal dan pedih.
  • Untuk luka-luka pada kulit, anda boleh menyapu Vitamin E (Gunting sedikit di hujung kapsul) pada bahagian luka.
Kanak-Kanak Berumur 1 Tahun Ke Atas
  • Kanak-kanak boleh mengambil Omega Guard bagi mengawal dan merawat eczema, menguatkan membrane sel, mencegah radang kulit dan mengurangkan kegatalan.
  • Selain itu, boleh juga mengambil Mealshakes yang diperkaya dengan mineral dan multivitamin untuk kesihatan tisu kulit serta menghilangkan parut.
  • Kombinasi Herbal Bland dan vitamin E boleh digunakan untuk merawat luka akibat eczema.
Remaja dan dewasa
  • Energizing Soy Protein (ESP) sangat bagus untuk membantu penghasilan sel kulit baru yang rosak akibat eczema. Ia akan menjadikan kulit lebih anjal,sihat dan gebu.
  • Omega Guard berfungsi mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mmencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan. Hal ini kerana penghidap eczema mempunyai kulit yang sensitif.
  • Gabungan Omega Guard dan ESP memastikan eczema tidak terus merebak dan memlihara kulit dari dalam.
  • Gabungan Vitamin E dan GLA Complex berkhasiat untuk merawat kulit yang rosak serta membantu memudarkan parut dengan berkesan. Ia juga mampu meningkatkan daya tahan (sistem imunisasi) bagi melawan eczema sekaligus mempercepatkan proses pemulihan kulit.
  • Krim Herbal Bland semestinya krim herba semulajadi yang bagus untuk melegakan kegatalan dan pedih akibat luka eczema.
  • Pengambilan Alfalfa Complex yang bertindak sebagai penyahtoksin adalah digalakkan bagi mempertingkatkan lagi kekuatas sistem dalam tubuh badan.
Suami dan anak saya sendiri adalah penghidap eczema, Alhamdulillah dengan pengambilan supplement secara sistematik, terdapat perubahan ketara terhadap kulit mereka dan anak saya tidak lagi sering menggaru dan merengek. Sebagai seorang isteri dan ibu kepada penghidap eczema, saya amat memahami perasaan anda yang ingin melihat orang yang tersayang sentiasa sihat dan ceria. Oleh itu suka untuk saya kongsikan dengan anda penawar bagi masalah kulit yang kronik ini.                               

FB :Suria Salha
FB: Pengedar Shaklee Batu Pahat 0177774462
Instagram : Suria_Combi

No comments:

Post a Comment